F

Tentang SUNBURN

Last enti saya share tentang "SUNBLOCK"....kali ini sy ingin berkongsi info SUNBURN.... moga ada manfaatyer....
Cahaya matahari adalah anugerah dari Allah, namun pandai-pandailah kita memanfaatkannya.
CAHAYA MATAHARI DAN CAHAYA UV
Cahaya matahari mengandungi jaluran-jaluran yang berbeza dari segi kekuatannya, bergantung kepada wavelength jaluran tersebut. Wavelength ini diukur dalam nanometers (nm). Mata manusia hanya boleh melihat cahaya matahari dari wavelength 700nm (warna merah) sehingga 400nm (warna violet). 

Kebanyakan spektrum cahaya matahari ini tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia. Spektrum yang tidak dapat dilihat ini ialah:   

      cahaya infra red (IR) yang mempunyai wavelength 780nm sehingga 8,000nm.   

      cahaya ultraviolet (UV) yang mempunyai wavelength 60nm sehingga 400nm. 

Cahaya UV inilah yang menjadikan pendedahan kepada cahaya matahari merbahaya kepada kita. Cahaya-cahaya UV boleh menembusi kulit dan menyebabkan perubahan struktur sel kulit anda dengan mengubah kedudukan fiber-fiber elastin kulit. Antara kesan akhir pendedahan ini ialah kanser kulit dan proses penuaan yang cepat daripada sepatutnya. 

Ada tiga jenis cahaya UV yang utama iaitu : Ultraviolet A (UVA) iaitu wavelength 320nm sehingga 400nm - cahaya ini adalah cahaya yang paling banyak dalam cahaya matahari, dan ia mampu menembusi lapisan atas kulit dengan mudah. Cahaya UVA akan menyebabkan kerosakan pada tisu-tisu penyambung dan meningkatkan risiko mendapat kanser kulit. UVA adalah cahaya yang menyebabkan kulit menjagi tan (suntan - sila lihat di bawah) secara perlahan-lahan. Selain daripada kanser kulit dan kedutan awal, UVA juga telah dikaitkan dengan penurunan sistem imuniti.
    Ultraviolet B (UVB) iaitu wavelength 290nm sehingga 320nm - kandungan cahaya ini dibumi kita adalah kurang berbanding UVA kerana kebanyakannya telah diserap oleh lapisan ozone. UVB seringkali dikaitkan dengan kebakaran kulit (sunburn - sila lihat di bawah). Kesan UVB banyak dilihat pada ketika panas terik seperti waktu tengahari.    

Ultraviolet C (UVC) iaitu wavelength kurang daripada 290nm - cahaya ini adalah sangat merbahaya tetapi boleh dikatakan 100% cahaya ini tidak sempat mencapai bumi kerana ia diserap oleh lapisan ozone.


Kesan-kesan pendedahan kepada cahaya UV : Pendedahan kepada cahaya UV adalah faktor persekitaran yang paling penting yang boleh menyebabkan kanser kulit dan bibir. Kanser seperti melanoma adalah jenis kanser yang sangat merbahaya.
Selain daripada itu, cahaya UV ini akan menyebabkan "premature ageing" iaitu proses penuaan yang berlaku dengan lebih cepat daripada sepatutnya.

Pendedahan cahaya UV pada mata boleh menyebabkan masalah mata yang lebih dikenali sebagai cataract.
Kerosakan yang berlaku pada kulit akibat cahaya matahari adalah "cumulative", iaitu ia akan berkumpul. Oleh yang demikian, adalah penting untuk memastikan bahawa kanak-kanak diberi perhatian yang lebih tentang bahaya pendedahan kepada cahaya matahari. Adalah dianggarkan bahawa orang yang berusia 15 tahun telahpun menerima separuh daripada jumlah keseluruhan hidupnya, radiasi-radiasi yang merbahaya akibat cahaya matahari. Ini kerana kanak-kanak lebih gemar bermain di luar rumah tanpa memikirkan keburukan-keburukan yang bakal mereka hadapi. Risiko untuk mendapat kanser kulit semasa kanak-kanak ini dewasa akan meningkat.

FAKTA TENTANG CAHAYA UV: Penembusan cahaya-cahaya UV ke dalam lapisan dalam kulit akan meyebabkan penghasilan melanin yang lebih banyak. Melanin ini akhirnya akan keluar ke bahagian luar kulit dan menyebabkan kulit kelihatan lebih gelap. Keadaan ini dikenali sebagai suntan. Suntan bukanlah satu petanda bahawa anda sihat. Ini kerana suntan adalah respon kepada kecederaan yang berlaku akibat cahaya UV yang telah merosakkan sel-sel kulit anda.

Sunburn pula ialah proses bila kulit menjadi terbakar kerana tidak tahan dengan cahaya matahari yang mengenainya. Sunburn tidak selalunya dapat dilihat serta merta. Kadangkala ia mengambil masa sehingga 24 jam untuk melihat kerosakan sebenar yang ditanggung. Sekiranya ia berlaku, anda perlu menyapu krim atau lotion khas untuk tujuan ini. Ubatan seperti hydrocortisone juga boleh disapu (kebanyakan lotion dan ubat ini boleh didapati dari farmasi). Untuk kes yang lebih teruk, contohnya bila diiringi dengan sakit kepala, demam dsb, rawatan segera adalah diperlukan.

Adalah lebih mudah dan murah untuk mencegah daripada merawat. Perlu diingat bahawa kerosakan akibat UV ini tidak boleh diperbaiki (non-reversible), malah ia akan berkumpul (cumulative).

Kejadian sunburn dan suntan banyak bergantung kepada jenis kulit selain daripada jumlah cahaya matahari yang mengenainya.

Jenis-jenis sunblock / sunscreen :  Penggunaan produk-produk sunblcok perlu difahami dan dilihat dari segi kebolehan sesuatu produk itu memberikan perlindungan daripada cahaya matahari, dan bukannya untuk membolehkan atau menggalakkan anda berjemur di bawah terik matahari lebih daripada sepatutnya.

Kini terdapat pelbagai jenis sunblock di pasaran seperti dari jenis losyen, spray, gel, milk, dan sebagainya. Ada juga yang khusus untuk bayi dan muka sahaja. Jenis yang hypoallergenik pula sesuai untuk penggunaan individu yang cepat alahan

Secara kasarnya produk-produk sunblock ini terbahagi kepada dua jenis:
 
      absorbers (penyerap) - mengandungi octyl methoxycinnamate (OMC) dan oxybenzone. Ia bertindak balas dengan cahaya matahari untuk memberikan perlindungan kepada kulit.
   
      reflectors (pelantun) - jenis ini menjadi halangan secara fizikal dengan melantunkan cahaya matahari daripada kulit. Selalunya ia mengandungi titanium dioxide. Jenis ini lebih disyorkan daripada jenis yang pertama dan ia adalah lebih sesuai untuk permukaan yang lembut seperti bibir dan muka. [/box]
[box title=SPF]Semasa membeli produk sunblock ini tentunya anda akan melihat pelbagai produk yang mempunyai SPF yang berlainan. Apakah sebenarnya SPF itu ?

SPF bermakna "sunprotection factor". SPF yang tinggi bererti perlindungan yang lebih tinggi. Untuk kegunaan seharian anda, atau semasa anda berkelah dsb, anda perlu menggunakan produk yang mempunyai SPF sekurang-kurangnya 15.

SPF bolehlah dikatakan sebagai ukuran perlindungan. Bagaimanapun, ia mempunyai kaitan dengan masa anda boleh berada di bawah cahaya matahari sebelum anda mengalami sunburn. Contohnya SPF 30 akan membolehkan anda berada di bawah cahaya matahari 30 kali lebih lama, berbanding tanpa penggunaan sunblock. Sekiranya anda boleh duduk di bawah cahaya matahari tanpa terbakar kulit selama 10 minit, penggunaan produk yang mempunyai SPF 30 membolehkan anda berada di bawah cahaya matahari selama 30 x 10 minit, iaitu bersamaan dengan 300 minit atau 5 jam.

Bagaimanapun ia adalah sekadar anggaran sahaja. Faktor SPF ini didapati dengan menjalankan ujian di dalam makmal. Sebagai contohnya, SPF dikira menggunakan ketebalan 2mg/cm padu sedangkan kajian mendapati bahawa pengguna-pengguna sunblock hanya meletakkan sebanyak 0.5 sehingga 1.3mg/cm padu sahaja pada kulit mereka. Oleh yang demikian, secara praktikalnya, produk sunblock mungkin perlu disapu lebih kerap berbanding secara teorinya sahaja.

Definisi sebenar SPF yang lebih tepat ialah kadar perbandingan (ratio) berapa banyak tenaga UV yang diperlukan untuk menyebabkan kemerahan (suntan) pada kulit yang disapu dengan sunblock tersebut, berbanding dengan tenaga UV yang diperlukan untuk menyebabkan perkara yang sama pada kulit yang tidak diletakkan dengan sunblock.

Orang yang berkulit putih dan kanak-kanak perlu menggunakan produk yang mempunyai SPF yang lebih tinggi untuk perlindungan yang lebih. Orang yang berkulit gelap memerlukan sunblock dengan SPF yang minima sahaja. 
0 Responses

Sahabat2ku.......