Selawat Atas Muhammad S.A.W
Just wanna share something interesting dan moga mendapat manfaatnyer.... sama2lah kita memperbanyakkan selawat ke atas Junjungan kita Rasullulah SAW.....moga kita akn mendapat syafaatnyer di akhirat kelak....insyaallah
Telah diriwayatkan daripada Siti Aishah bahawa ia telah berkata: Sedang aku menjahit baju pada waktu sahur (sebelum subuh) maka jatuhlah jarum daripada tanganku, tiba-tiba kebetulan lampu pun padam, lalu masuklah Rasulullah s.a.w. Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum itu kerana cahaya wajahnya, lalu aku berkata, “Hai Rasulullah alangkah bercahayanya wajahmu!”
Seterusnya aku bertanya: “Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat?”
Jawab Rasulullah: “Orang yang bakhil.”
Aku bertanya lagi: “Siapakah orang yang bakhil itu?”
Jawab baginda: “Orang yang ketika disebut namaku di depannya, dia tidak mengucap selawat ke atasku.”
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa: Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail as telah berkata kepadaku;
Berkata Jibril A.S:
“Wahai Rasulullah SAW, barangsiapa yang membaca SELAWAT ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar.”
Malaikat Malik A.S pula berkata:
“Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu.”
Berkata Malaikat Israfil A.S:
“Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah SWT dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah SWT mengampuni orang itu.”
Berkata Malaikat Izrail A.S:
“Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh para nabi-nabi.”
Firman Allah (s.w.t) yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.” [Surah Al-Ahzab: 56]
Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud:
“Barangsesiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah (s.w.t) akan berselawat ke atasnya sepuluh kali.” [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘Ass r.a]
Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud:
“Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku.” [Hadith riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Mas’ud r.a]
Sabda Rasulullah (S.A.W.) juga yang bermaksud:
“Barangsesiapa yang berselawat ke atasku sekali nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali.” [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a]
Maka, jangan pernah lupa untuk berselawat untuk Nabi Muhammad S.A.W… banyak fadhilat dan keuntungan dengan mengingati Baginda. Itulah sekurang2 nya tanda ingatan dan kasih sayang yang dapat kita berikan kepada Rasulullah, atas balasan segala kasih sayang dan doa beliau kepada kita semua umatnya yang lebih banyak dan tidak terhingga :)