Menjadi Seorang Wanita!
Sy tertarik utk berkongsi tentang artikel ini, almaklumlah sy ada 3 org ank perempuan yg sedang membesar.....semua perkara ini mmg patut di dedahkan kepada ank2 gadis kita.....
Ank sy yg berumur 11 thn bercerita tentang "haid" yg mana didengarnya melalui guru di sklh agama dan juga teman2 sklhnya......Ada yg tak seronoknya apabila teman2 ank sy tanpa segan silu menceritakan mereka telah mengalami haid yg pertama dn kalau bawa "pad" tu tanpa segan silu lg tak dibungkus langsung. Seingat sy masa zaman sy dulu nk sebut tentang "haid" pun malu apatah lagi nk bawak dan beli "pad" tu...hahahaha...biasanyer menyorok2 aje.... pendedahan tentang perkara itu mmg perlu agar ank2 kita mendapat pencerahan yg jitu....dn mereka akan tahu mengawal diri mereka.....Kita sebagai ibu dan bapa, terutamanya kaum ibu mesti menjelaskan perkara ini dgn sejelas-jelasnye...itu yg penting....
Apa itu haid?
Haid juga dikenali sebagai menstruasi. Ia menunjukkan anda kini menjadi seorang wanita.
Apabila haid berlaku, anda akan mengalami pendarahan dari faraj. Haid yang berlaku adalah berbeza dari seorang wanita dengan wanita lain.Setiap kitaran haid adalah selama 3-7 hari. Tempoh antara sebuah kitaran haid ke kitaran seterusnya adalah berbeza iaitu di antara 21-35 hari.
Apabila haid berlaku, anda akan mengalami pendarahan dari faraj. Haid yang berlaku adalah berbeza dari seorang wanita dengan wanita lain.Setiap kitaran haid adalah selama 3-7 hari. Tempoh antara sebuah kitaran haid ke kitaran seterusnya adalah berbeza iaitu di antara 21-35 hari.
Haid yang pertama:-
|
Anda mengalami masalah dengan haid anda?
Ada masanya masalah mungkin akan timbul, contohnya:
Sindrom Pra-Menstruasi (PMS)
Sindrom Pra-Menstruasi (PMS)
- Ia mungkin berlaku beberapa hari sebelum anda didatangi haid
- Anda mungkin mengalami cepat marah, rasa sedih dan kecewa serta keinginan yang kuat terhadap sesuatu
- Anda juga akan merasa sebu dan sembap, sedikit sakit pada payudara dan jerawat mula timbul
- Ini hanyalah untuk sementara sahaja dan anda akan berasa lebih baik sehari dua selepas anda didatangi haid
Senggugut
- Ianya adalah perkara biasa semasa hari-hari awal haid anda
- Ia juga dikenali sebagai dysmenorrhoea
- Anda akan berasa sakit pada bahagian bawah abdomen atau pada bahagian bawah belakang pinggang dan kaki
- Senggugut boleh dilegakan dengan mengambil ubat tahan sakit seperti parasetamol
- Jika sakit anda amat teruk dan berpanjangan, berjumpalah dengan doktor anda
Haid yang terlalu banyak
Mungkin berlaku akibat ketidakseimbangan hormon.
Apabila anda mendapat haid yang terlalu banyak, anda akan mengalami:
Apabila anda mendapat haid yang terlalu banyak, anda akan mengalami:
- Pendarahan yang berpanjangan
- Senggugut
- Haid yang kerap dalam tempoh yang pendek
- Sila berjumpa doktor anda jika anda mengalami haid yang terlalu banyak
Tidak datang haid
- Jangan risau, ia adalah perkara biasa bagi tahun pertama haid
- Ia mungkin disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon yang menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur
- Sekiranya seseorang wanita itu mengamalkan seks secara aktif, tidak datang haid boleh menandakan beliau mengandung
- Sila rujuk doktor anda untuk nasihat lanjut
Haid yang tidak teratur
Haid yang tidak teratur adalah haid yang tidak tetap:
- Haid mungkin berlaku terlalu awal atau terlalu lewat
- Ia juga mungkin disebabkan oleh gangguan hormon yang menjadi punca haid yang tidak teratur
Jika masalah ini terjadi, anda dinasihatkan:
- Menyimpan catatan dalam diari tentang kitaran haid anda setiap bulan
- Mencatatkan tempoh masa setiap haid anda
- Mencatatkan sama ada anda mengalami senggugut semasa haid
Apa yang harus dilakukan semasa haid?
Ingatlah, haid adalah satu kejadian normal dalam kehidupan wanita.
- Anda masih boleh bersenam dan melakukan perkara-perkara yang anda gemari
- Menjaga kebersihan dan menukar tuala wanita dengan kerap
- Anda boleh mengambil ubat penahan sakit seandainya mengalami senggugut
- Menggunakan tampon dengan baik. Patuhi arahan yang diberikan
Note:Sekiranya anda mengalami demam, muntah-muntah, pening kepala mahupun rasa kurang sihat semasa menggunakan tampon, segeralah berjumpa dengan doktor anda. Anda mungkin mengalami keadaan serius yang dikenali sebagai Sindrom Kejutan Toksik.
Perlu kah anda mengambil ubat bagi haid yang tidak teratur atau haid yang terlalu banyak?
- Ia perlu bagi memperbetulkan haid anda
- Jangan mengambil ubat tanpa nasihat doktor
- Sila rujuk doktor anda untuk nasihat lanjut
Perlukan bantuan dengan haid anda?
Seandainya anda mengalami masalah, dapatkan nasihat daripada:
Seandainya anda mengalami masalah, dapatkan nasihat daripada:
- Ibu
- Doktor atau jururawat
- Guru