Sakit Belakang
Sekadar berkongsi ilmu....moga mendapat manfaatnya......sakit belakang ni mmg biasa pada setiap individu cuma bagaimana kita menanganinya aje yg berbeza...ada tu yg ambil "pain killer", urut dn mcm2 lg....apa-apa pun cuba mengelakkan dari melakukan aktvt lasak apabila kita berasa sakit belakang...... diharap info ini dpt memberi sedikit manfaat........
Punca Sakit Belakang
Di dalam tulang belakang terdapat saraf tunjang yang menghubungkan antara organ dengan otak. Saraf ini berfungsi menerima isyarat memproses dan mejadi pengantara antara bahagian otak dan sesuatu organ yang lain.
Sesuatu organ akan sentiasa menerima isyarat tenaga daripada Kelenjar Pineal dalam bentuk isyarat bertekanan tinggi dan menghantar isyarat yang bertekanan rendah ke tulang Coccyx (tulang sulbi). Proses ini akan memastikan sesuatu organ terus berfungsi seperti biasa.
Apabila suatu organ lemah atau berpenyakit, ia akan menghantar isyarat bertekanan rendah yang lebih banyak daripada biasa. Isyarat ini akan dipendam oleh saraf tunjang sebelum diproses untuk dihantar dan dineutralkan oleh tulang sulbi. Pemendaman inilah (sementara menunggu ia dihantar dan diproses oleh tulang sulbi) akan menyebab-kan struktur atom di bahagian tulang belakang menjadi lemah ikatannya. Pemendaman tenaga yang berterusan ini akan menjadikan tulang atau ruas tulang menjadi sangat lembut dan mudah tercedera. Kesan tekanan graviti atau aktiviti lasak akan menjadikan ia mudah tercedera atau menyebabkan kesan tergelincir. Antara penyakit kronik yang didakwa atau diistilahkan berkaitan dengan sakit tulang belakang iala slip disk.
Sebenarnya walaupun hanya ada terlebih sedikit sahaja isyarat bertekanan rendah daripada tahap normal, rasa kesakitan telah mula dirasai. Jika isyarat tersebut terlalu banyak dan berlaku berulang kali, maka ia akan menyebabkan sakit belakang menjadi kronik.
Petua Mengurangkan Simptom Sakit Belakang
Setiap pesakit mempunyai punca yang berbeza antara satu sama lain dan ia dapat ditentukan setelah pemeriksaan (mengikut kaedah Applied Kinesiology secara terpeinci dan tepat)dijalankan. Untuk tidak menghampakan, berikut ialah ringkasan petua yang ingin diperturunkan di sini untuk mengurangkan simptom sakit belakang.
Cara mengangkat barang dgn betul |
Amalkan membengkok lutut ketika mengambil barang, jangan membongkokkan pinggang. Caranya ialah dengan duduk mencangkung sedikit, angkat barang dan naik dengan cara meluruskan lutut semula. Cara ini dapat mengelakkan sakit belakang terutama di bahagian pinggul atau Cervical.
Jaga amalan pemakanan kerana sebahagian sakit tulang belakang adalah berpunca daripada organ-organ yang terlibat dengan penghadaman. Elakkan makan makanan yang masam berlebihan, makanan yang mengandungi pewarna atau perisa atau pengawit. Elakkan mengambil kopi terutama Nescafe dan air bergas /bikarbonat. Menghentikan makanan berprotein akan menyumbang kepada 80% kesan pemulihan terhadap sakit belakang.
Sebagai langkah amalan gaya hidup sihat, berikut ialah perkara yang perlu dijaga:
Banyak bersabar, kawal perasaan marah - berkaitan dengan Hempedu
Jaga tekanan darah tinggi
Jangan mudah rasa teraniaya jika dizalimi atau diperlakukan dengan sesuatu yang tidak adil -berkaitan dengan sistem limpatik .
Jangan mudah rasa tidak puas hati, cemburu, kecewa, dengki, khianat - berkaitan dengan organ pankreas
Jangan mudah bersedih - berkaitan dengan organ paru-paru .
Jangan mudah risau - berkaitan dengan jantung
Jangan terlalu cerewet, berkira atau cepat melatah - berkaitan dengan buah pinggang.