F

Bila anak2ku mula berblogging!

Cerita pasal blog ni...mmg byk perkara yg boleh kita ambil sebagai panduan dan pengajaran....ada blog yg baik dan sebaliknya...tgklah siapa yg menulisnya...ke mana hala tuju blog dn yang penting mmg buat blog untuk kebaikan. Saya sendiri mmg mengalakkan ank2 sy untuk berblog...namun sy buat pemantuan dari hari ke hari hasil dari penulisan mereka. Tujuan sy semoga mereka dpt beljar perkara2 baru yg baik2...dpt menambah pemahaman dlm menulis karangan almaklumlah pelajar sklh rendah, masih byk perkara yg perlu belajar.
 Tentang entri pula, setiap kali mereka buat entri, mereka akn tanya pendapat sy, so sy akn bg komen dan barulah mereka akn published. Panduan demi panduan mesti diberitahu pada ank2 sklh ni sbb mereka masih terlalu baru mengenal dunia siber, jadi mmg sebagai ibubapa kena buat byk kerja lah sikit melayan kerenah ank2 berblogging ni. Namun mereka tetap sy tetapkan masa bila perlu berblogging kerana sy tidak mahu mereka lalai dgn berblog saje....alhamdulillah mereka semua dengar kata...sehari satu entri...okaylah tu...biar mereka belajar perlahan-lahan.


Sy sering memberitahu anak2 sy bahawa nak jadi seorang blogger yang tahu menulis dan bercerita ni bukan sesuatu yang boleh berlaku dalam satu malam, kecualilah kalau orang tu memang dah banyak menulis sejak dari awal penglibatan dia dalam dunia blog. Dan dunia blog ni pun bukan setakat penulisan sahaja, malah lebih daripada itu. Selain daripada berkongsi buah fikiran, pemilik blog boleh berkongsi pengalaman, bakat atau apa2 saja kelebihan yg ada pada mereka. Skrg ini berblog juga boleh menghasilkan wang...... tak apa biarlah ank2 ku ini berblogging asalkan mereka tahu membahagikan masa.
Malah setiap daripada perkongsian tu akan ada orang yang menghargainya tetapi bukan semua. Jadi adalah normal kalau awal-awal buat blog memang takde langsung orang yang baca. Dulu blog ni pun mana ada orang baca, sekarang ok dah. Alhamdulillah. Apa2 pun niat mesti ikhlas berblogging untuk kebaikan....Untuk ank2 sklh yg penting bahasa mereka.......biarlah beradap dan berbudi bahasa kerana tulisan kita ini melambangkan akhlak kita...tambahan pula ank2 sklh mereka masih mentah lagi jadi byk perkara yg mereka harus pelajari...Tetapi perlahan2......
Nasihat sy pada ank2 sy......kalau nk berblogging santai aje.....baru nak mula menulis blog, relax je. Takde benda yang nak dikejarkan. Buat blog yang ada hala tuju, lama-lama akan ada orang yang ikut. Kepada budak-budak sekolah yang baru belajar nak tulis blog, diucapkan tahniah dan selamat berjaya. Budak-budak macam ni lebih cepat matang sebab bila menulis memang banyak gunakan otak untuk berfikir. Ibu bapa patut galakkan anak menulis blog. Di samping itu pantaulah mereka...ajar mereka perkara2 asas untuk berblog....... 
0 Responses

Sahabat2ku.......