F

Boraklah dgn anak tentang BALIGH


Nice artikel to share....kita sebagai parents bertanggungjawap memberi pencerahan tentang baligh ini agar mereka lebih faham dan tahu apa tindakan yg mesti mereka lakukan. Terutamanya tentang dosa dan pahala..... berboraklah dgn ank2 kita agar mereka berasa selesa untuk berbicara dgn kita....



Pernahkah anda bercerita tentang baligh dengan anak-anak anda?

Adakah anda pernah berbicara dengannya soal tanda-tanda baligh? Tentang mimpi basah dan tentang mandi wajib?

Pernah anda menguji pengetahuannya tentang air mani dan air mazi?

Mungkin anda pernah, mungkin juga tidak. Jika tidak, kenapa?

Sedarkah anda bahawa hari ini, terdapat ramai anak-anak remaja yang masih jahil tentang hukum berkaitan baligh. Ada yang sudah berumur 17 atau 18 tahun tetapi masih buta dalam soal hadas besar dan baligh.
Berapa ramai remaja lelaki yang berkali-kali bermimpi basah, tetapi tidak tahu apa yang wajib dilakukan. Berapa ramai pula anak-anak perempuan yang datang haid, tapi tak tahu cara menyucikan diri bila haidnya selesai. Mereka tidak tahu cara untuk mandi wajib.Malah, tidak pernah pun mandi wajib!

Segala ibadat yang dilakukan selama ini rupa-rupanya dosa yang bertimpa-timpa. Segala-galanya dilakukan dalam keadaan kotor dan berhadas. Bertahun-tahun menghimpun dosa.

Siapa pihak pertama yang wajar dipersoalkan oleh Allah nanti. Siapa yang bertanggungjawab di hadapan Allah nanti. Tentulah yang paling hampir ialah ibu bapanya sendiri.

Ustazah tak cakap!

Tidak dinafikan bahawa persoalan di sekitar baligh merupakan perkara yang agak malu untuk dibicarakan. Ramai yang terasa janggal untuk membuka mulut bercakap soal ini kepada anak-anak. Ramai yang memilih untuk membiarkan anak memahami perkara itu melalui orang lain.

Tidak kurang yang meletakkan harapan sepenuhnya kepada guru untuk menjelaskan segala-galanya. Sebahagian pula langsung tidak kisah, dan berharap agar anak itu tahu sendiri bila besar nanti.

Hakikatnya amanah Allah ke atas ibu bapa tidak terlepas semata-mata dengan menghantar anak-anak ke sekolah. Dengan sistem pendidikan hari ini, ruang masa untuk pendedahan hukum hakam soal baligh amat terhad.

Tambahan pula tidak semua ustazah dan ustaz yang sudi bercerita soal ini tengan telus dan terang. Tak kurang juga ustazah yang malu-malu untuk bercerita soal yang sensitif ini. Kalau diterangkan sekali pun belum tentu anak-anak kita dapat benar-benar menghayatinya untuk diterjemahkan ke alam realiti.

Hari ini anak-anak muda amat senang terdedah dengan paparan berunsur seks. Mereka dapat akses dengan pelbagai gambar, video, cerita, rencana dan segala bahan tentang seks dan jantina dengan mudah, murah dan merata-rata.

Kemudahan telefon bimbit, internet dan lain-lain membuka seluas-luasnya ruang maklumat tentang seks. Sesama remaja mereka juga begitu ke hadapan berbicara soal-soal ini. Namun sejauh manakah mereka terdedah dengan hukum-hakam berkaitan seks?

Amat malang sekali, ketika mereka begitu hebat menguasai maklumat tentang seks, mereka begitu tercorot dalam memiliki ilmu dan kesedaran agama berkaitan dengan seks ini.

Ikut cara Nabi (SAW) dan para sahabat
Oleh yang demikian, ibu bapa hari ini tidak boleh lengah lagi. Zaman kini bukan seperti zaman ibu bapa menjadi anak-anak dulu. Dulu kebanyakan ibu bapa mengunci mulut dalam soal seks, termasuk tentang baligh, mani dan haid. Bercakap tentangnya dianggap kurang sopan dan lucah.

Tanggapan ini agak tempang.

Tidak dinafikan, bercakap soal ini agak sensitif, dan mengaibkan. Namun demi kerana ilmu, kebenaran dan akhlak anak-anak, ibu bapa perlu kesampingkan rasa malu itu. Ikutlah cara Nabi Muhammad (SAW) dan para sahabat yang berbicara soal ini pada saat dan waktu yang memerlukan.

Misalannya dalam kisah yang dicatat dalam satu Hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Ibnu Majah dan Al-Tarmizi, bahawa Sayyidina Ali k.w. berkata: Aku adalah seorang yang mazza' (iaitu seorang yang sering keluar air mazi dari zakar), maka aku pun bertanya kepada Nabi (SAW) tentangnya, maka jawab Baginda:

"Kalau mazi cukup dengan wudhu', dan kalau mani mestilah mandi." Dalam riwayat lain, Baginda menjawab: "Jika engkau memancutkan air (mani), maka mandilah dari janabah. Jika tidak memancutkan, tidak perlu mandi."
Sebenarnya banyak lagi kisah seumpama ini yang membuktikan ketelusan Baginda SAW dan para sahabat dalam mendalami ilmu dan mencari kebenaran. Maka amat wajar bagi ibu bapa bertindak menjadi pembicara yang dapat menerangkan kepada anak-anak tentang soal yang penting ini.

Semak pengetahuan anak

Oleh kerana anak-anak mungkin telah mempelajar ilmu ini dari ustazah atau ustaz di sekolah maka wajar ibu dan ayah menyemak pengetahuan mereka tentang baligh, tanda-tandanya dan bagaimana melaksanakan kewajipan dan larangan berkaitan dengannya. Jika mereka kelihatan tidak tahu atau keliru, maka wajib kepada ibu bapa menjelaskan satu-persatu tentang hukum baligh ini.

Berikut adalah beberapa dasar penting yang perlu diambil perhatian. Perinciannya perlu dirujuk dalam buku-buku fikah yang muktabar. Antara perkara yang dimaksudkan ialah:

1. Hakikat bahawa baligh itu sempadan dosa dan pahala. Pastikan anak anda benar-benar faham maksud 'taklif', 'mukallaf' dan juga 'baligh' dan apa kaitan kedua-duanya dengan dosa dan pahala, serta syurga dan neraka.

2. Tanda-tanda baligh antaranya ialah apabila anak itu bermimpi sesuatu yang merangsang naluri seks, dan mendapati tanda-tanda basah pada pakaian bila terjaga.

3. Perlu juga anak-anak mengetahui perbezaan antara air mazi dan air mani. Beza dari sudut bila kedua-dua jenis air itu keluar dari kemaluan dan bagaimana untuk bersuci dari kedua-duanya.

4. Bagi yang bermimpi dan basah ini, wajib mandi untuk menyucikan diri dari hadas besar. Mandi wajib ada kaedah dan caranya tersendiri. Apa yang penting niat yang nyata dan air yang suci diratakan di seluruh badan.

5. Bagi anak perempuan, tanda baligh mungkin juga bermula dengan keluar darah haid.

6. Bagi anak perempuan yang dalam haid, terdapat larangan-larangan tertentu yang perlu diperhatikan. Ibu terutamanya perlu memastikan anak-anak gadis memahami batas-batas agama ini. Juga perlu dijelaskan bagaimana untuk menentukan samada dia sudah suci daripada haid, dan bila dia wajib mandi hadas.

Baligh pada hari jadi?

Demikianlah perkara-perkara berkaitan soal baligh yang perlu dijelaskan kepada anak-anak agar mereka tidak teraba-raba mencari pedoman beribadah. Ibu bapa yang soleh dan bertaqwa sewajibnya tidak malu untuk menjadi penyampai kepada anak-anak tentang soal ini. Kenapa Allah mengaitkan soal baligh dan mukallaf ini dengan sesuatu yang memalukan dan mengaibkan? Kenapa perlu dikaitkan baligh dengan sesuatu yang keluar dari kemaluan? Kenapa Allah tidak tetapkan baligh itu berdasarkan kaedah lain? Kalau mahu mudah misalnya, Allah boleh tetapkan sahaja baligh itu dengan kiraan umur seperti 10 tahun atau 12 tahun.

Hakikatnya, semua ketentuan Allah ini ada hikmah tersendiri. Allah mahu soal kehormatan, soal keturunan, soal maruah dan harga diri diselarikan dengan landasan syariat. Allah juga mahukan agar ilmu berkaitan jantina dan seks tidak dipisahkan daripada soal dosa pahala. Biar agama yang memandu segala-galanya. Bahkan, inilah aspek indah dalam pendidikan seks dalam Islam. Mendidik anak-anak agar mengenali, dirinya, fizikalnya, perkembangan biologinya dan perubahan jiwanya sesuai dengan fitrah insani.

Selain itu, ibu bapa yang sudi berkongsi dengan anak-anak tentang ilmu berkaitan baligh ini, akan dipandang oleh anaknya sebagai seorang ibu atau bapa yang penyayang, memahami, dan senang dibawa berbincang. Jika anak itu mempunyai masalah yang agak peribadi sekalipun, dia tidak akan berasa kekok untuk berterus-terang dengan anaknya. Bahkan suatu hari nanti, dia tidak sulit untuk mendedahkan perasan hatinya termasuk dalam soal cinta. Sebaliknya, anak-anak tentunya akan sukar untuk terbuka jika ibu bapa terlalu berahsia dan enggan bercakap tentang soal baligh.

Ringkasnya, peranan ibu bapa hari ini makin mencabar. Zaman maklumat cepat sepantas kilat dan terbuka seluas lautan, memerlukan ketangkasan, keberanian dan keterbukaan ibu bapa untuk menghadapinya. Bicaralah dengan anak-anak tentang soal persediaan untuk baligh, serta tanggungjawab yang melingkarinya. Insyaallah kesungguhan ibu bapa untuk mendidik anak dalam kepayahan akan dibalas oleh Allah SWT.

Selamat berbicara dengan anak-anak!

sumber: iluvislam.com

Sempurnakanlah Wudukmu


Dalil Al-Quran tentang berwuduk
“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat, basuhlah muka dan tangan kamu sampai siku dan sapulah kepala kamu dan basuh kaki kamu hingga keduamata kaki”
(Surah al-Maidah ayat 6)
Hadith Rasulullah SAW tentang berwuduk
Rasulullah pernah berkata, “ Apabila kamu hendak tidur, berwuduklah seperti kamu hendak solat. Sesudah itu berbaringlah ke kanan dan bacalah ‘YA ALLAH, kuserahkan diriku kepadamun, kuserahkan segala urusanku kepadamu, aku berlindung kepadamu.
Tidak ada tempat berlindung dan tempat mencari keselamatan kecuali kepadamu.Ya Allah, aku percaya pada kitab yang Engkau turunkan dan kepada Nabi yang kau utuskan.’ Sekiranya kamu mati pada malam itu, maka kamu mati dalam Muslim. Jadikanlah doa itu sebagai akhir pembicaraan kamu.”
(hadis Riwayat Bukhari)
Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata,
“Pada Hari Kiamat , umatku dipanggil dengan ghurram muhajjalin, kerana bekas wuduknya (yang bercahaya). Siapa yang mahu menambah ghurramnya, silalah lakukan,”
(Hadis Riwayat Bukhari).

Dari Abu Hurairah r.a, katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: sesungguhnya umatku akan datang pada hari kiamat, dalam keadaan indah berseri serta bercahaya-cahaya mukanya dan anggotanya yang lain dari kesan wuduknya(yang sempurna).
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Huraian Hadith:
1. Setiap perbuatan ibadah ada hikmahnya
2. Wuduk yang sempurna ialah yang sampai air ke seluruh anggota badan disertai niat berwuduk dan tidak melakukan pembaziran air.

Ibadah adalah saat seorang hamba bersujud di hadapan penciptanya sebagai perakuan taat setia dan tunduknya kepada Tuhan yang menghidupkannya. Pada detik inilah manusia berusaha membersihkan jiwa dan roh mereka melalui perantaraan ibadah, seperti solat. Menariknya dalam kebanyakkan ibadah yang hendak dilakukan disyaratkan membersihkan diri dengan berwuduk. Setiap hari sekurang-kurangnya orang Islam yang taat membasuh muka, tangan, kepala, telinga dan kaki lima kali setiap hari. Banyak kajian dilakukan terhadap manfaat wuduk terhadap kesihatan fizikal manusia. Antara konklusi yang diambil daripada kajian-kajian saintifik ini adalah seperti berikut:

1. Mengenakan air pada anggota-anggota tertentu tubuh boleh mencegah kanser kulit kerana bahagian tubuh yang dibasuh dalam wuduk adalah yang paling biasa terdedah kepada pencemaran dalaman dan luaran. Wuduk berupaya menghilangkan pencemaran ini lima kali sehari dan memastikan lapisan kulit luar sentiasa bersih supaya sel-sel kulit dapat berfungsi dengan baik.

2. Berkumur lima kali sehari boleh membersihkan mulut daripada cebisan makanan yang dimakan. Ini mengelak daripada kerosakan gigi dan gusi. Selain itu ia juga dapat mengelak daripada bau mulut yang busuk.

3. Memasukkan air ke dalam hidung dan mengeluarkannya kembali dapat menghilangkan kotoran yang terperangkap pada bulu-bulu hidung. Bulu hidung berfungsi sebagai penapis udara disedut masuk ke dalam sistem pernafasan. Amalan ini mempunyai kesan positif kepada kebersihan hidung. Mereka mendapati orang yang sering berwuduk mempunyai hidung yang lebih bersih tanpa debu atau kotoran pada bulu hidung. Sedang mereka yang tidak berwuduk atau jarang-jarang solat, mempunyai hidung yang hitam, kotor dan bulu hidungnya mudah tercabut.

4. Membasuh muka berulang kali memelihara sel-sel muka dan mencegah berlakunya kedutan awal. Secara tidak langsung ia menjadi terapi anti penuaan yang berkesan. Selain itu, ia juga membantu membersihkan mata dan mencegah jangkitan kuman pada mata.

5. Membasuh tangan sangat membantu memelihara diri daripada jangkitan kuman. Ini kerana, tangan adalah anggota paling kerap memegang pelbagai barang yang sudah tentu tercemar dengan kuman yang tidak terlihat dengan mata kasar. Sedangkan tangan juga digunakan untuk memegang makanan, menggosok mata dan hidung serta menyusap muka dan anggota lain. Dengan kerap membasuhnya secara tidak langsung mengurangkan risiko jangkitan ini.

6. Amalan menyelati jari-jari ketika membasuh kaki juga sangat penting. Ini kerana kaki yang sering berada di dalam kasut yang tertutup boleh merosakkannya sebagaimana kerap terjadi pada atlet. Membongkokkan badan ketika menyelati kaki juga membantu menguatkan pinggang.

Oleh itu, kewajipan berwuduk sebelum beribadah membuktikan pembersihan roh dan jiwa perlu dimulakan dengan pembersihan fizikal luaran. Ini juga menggambarkan kesucian dan kemurnian hati seseorang itu dimanifestasikan melalui kebersihan jasmani yang mantap.



Bijak Berbelanja - Anda mampu mengubahnya

Salam ceria di pagi Jumaat .......alhamdullillah tak lama lagi kita akn menghadapi bulan Ramadhan yg mulia... bulan di mana kit membendung hawa nafsu kita sendiri.....syaitan mmg dh diikat tp nafsu kita, kitalah yg kena ikatnya sendiri kn....hehehehe...... Biasanya bermula bln Ramadhan membawalah ke bulan Syawal, kaum ibulah yg paling bz sekali......mcm2 bznyer...nk beramal tambah pahala lg....nk memasak, dn mcm2 lg...bln Ramadhan jgk byk bazaar Ramadhan...rambanglah bijik mata nk beli itu nk beli ini.....duit keluar aje...masuknyer skit keluarnya yg byk....apa-apa pun berbelanjalah dgn bijak....rasanya bln Ramadhan ni adalah satu bln yg sepatutnya ramai yg boleh menabung...sbb tak byk pakai duit kecuali nafsu kita yg minta dibelanja...hehehehe....Moga tip di bawah dpt memberi manfaat......insyaallah
Panduan mudah tetapi penting untuk menjadi pengguna yang bijak semasa berbelanja; 
  • Sentiasa menyediakan senarai harga barangan yang hendak dibeli dan pastikan anda mematuhinya.
  • Jangan pergi berbelanja ketika anda tidak ada “mood”. Ini akan mendorong anda untuk membeli secara spontan (impulse) yang akan merugikan anda.
  • Sentiasa membandingkan harga dan kualiti dahulu sebelum membeli.
  • Jangan membawa terlalu banyak wang selain daripada yang diperlukan sahaja untuk membeli.
  • Sentiasalah memastikan dengan “cashier” dan resit belian anda untuk mengelakkan anda terlebih bayar (over-charged).
  • Janganlah berbelanja jika anda hanya ingin bersaing dengan kawan-kawan atau jiran. Belilah apa yang anda perlukan sahaja.
  • Sentiasa membandingkan kos harga makanan berdasarkan kos satu unit mengikut berat, ukuran atau perkhidmatan daripada membandingkan mengikut satu bungkusan atau tin. Bawa kalkulator untuk memudahkan pengiraan anda. La ni x pyh bwk kalkulator besar2 sbb kat hp pun ada....
  • Jangan membeli makanan dalam tin yang telah kemek dan berkarat. Pastikan tarikh luput untuk makanan berkenaan.
  • Bacalah label dengan teliti, ketahuilah kandungan barangan itu, cara-cara penggunaannya dan bagaimana cara untuk menyimpannya.
  • Belilah barangan yang menawarkan harga jualan yang lebih murah. Ambil kesempatan terhadap potongan harga dan diskaun yang ditawarkan.
  • Belilah barangan cukup untuk seminggu untuk mengurangkan perbelanjaan anda sentiasa berulang-alik ke kedai.
  • Jangan membeli hanya berdasarkan jenama, terutama membeli barangan import yang dianggap“branded goods”. Belilah barangan yang berkualiti. Belilah barangan buatan Malaysia. Promote skit barangan Malaysia..... Berbangga menjadi warga Malaysia...hehehehe....
  • Jangan terpengaruh dengan iklan.
  • Elakkan berbelanja menggunakan kad kredit. Ini menggalakkan anda berhutang.
  • Hanya berbelanja berdasarkan kemampuan anda dan kepentingannya.
    Insyaallah....kalau tip ini diikuti bulan ni byk lah duit tabungan kita kn.....
  • Sakit Belakang

    Sekadar berkongsi ilmu....moga mendapat manfaatnya......sakit belakang ni mmg biasa pada setiap individu cuma bagaimana kita menanganinya aje yg berbeza...ada tu yg ambil "pain killer", urut dn mcm2 lg....apa-apa pun cuba mengelakkan dari melakukan aktvt lasak apabila kita berasa sakit belakang...... diharap info ini dpt memberi sedikit manfaat........

    Punca Sakit Belakang

    Di dalam  tulang  belakang terdapat  saraf tunjang yang menghubungkan antara organ dengan otak. Saraf ini berfungsi menerima isyarat memproses dan mejadi pengantara antara bahagian otak dan sesuatu organ yang lain.


    Sesuatu organ akan  sentiasa menerima isyarat tenaga daripada Kelenjar Pineal  dalam bentuk isyarat bertekanan tinggi dan menghantar isyarat yang bertekanan  rendah  ke tulang  Coccyx (tulang sulbi).  Proses  ini akan  memastikan sesuatu organ terus berfungsi seperti biasa.

    Apabila  suatu  organ lemah atau berpenyakit, ia akan menghantar isyarat bertekanan  rendah yang lebih banyak daripada biasa. Isyarat ini akan dipendam oleh saraf tunjang  sebelum diproses  untuk dihantar dan dineutralkan oleh tulang sulbi. Pemendaman inilah (sementara menunggu ia dihantar dan diproses oleh tulang sulbi) akan menyebab-kan struktur atom di bahagian tulang belakang menjadi lemah ikatannya. Pemendaman tenaga  yang  berterusan  ini akan menjadikan tulang atau ruas tulang menjadi sangat lembut dan mudah tercedera. Kesan tekanan graviti atau aktiviti lasak akan menjadikan ia mudah  tercedera  atau menyebabkan kesan tergelincir. Antara penyakit kronik yang didakwa atau diistilahkan berkaitan dengan sakit tulang belakang iala slip disk.

    Sebenarnya walaupun hanya ada terlebih sedikit sahaja isyarat bertekanan rendah daripada tahap  normal,  rasa  kesakitan  telah mula dirasai. Jika isyarat tersebut terlalu banyak dan berlaku berulang kali, maka ia akan menyebabkan sakit belakang menjadi kronik.

    Petua Mengurangkan Simptom Sakit Belakang

    Setiap  pesakit  mempunyai  punca  yang  berbeza  antara  satu  sama  lain  dan ia dapat ditentukan setelah pemeriksaan (mengikut kaedah Applied Kinesiology secara terpeinci  dan tepat)dijalankan. Untuk tidak menghampakan,  berikut ialah ringkasan petua yang ingin diperturunkan di sini untuk mengurangkan simptom sakit belakang. 

    Cara mengangkat barang dgn betul
    Amalkan  membengkok  lutut  ketika  mengambil  barang,  jangan membongkokkan pinggang. Caranya ialah dengan duduk mencangkung sedikit, angkat barang dan naik dengan  cara  meluruskan lutut semula.  Cara ini dapat mengelakkan sakit belakang terutama di bahagian pinggul atau Cervical.

    Jaga amalan pemakanan kerana sebahagian sakit tulang belakang adalah berpunca daripada organ-organ yang terlibat dengan penghadaman. Elakkan makan makanan yang masam  berlebihan,  makanan  yang  mengandungi pewarna atau perisa  atau pengawit.  Elakkan  mengambil  kopi  terutama  Nescafe dan  air bergas /bikarbonat. Menghentikan makanan berprotein akan menyumbang kepada 80% kesan pemulihan terhadap sakit belakang.

    Sebagai langkah amalan gaya hidup sihat, berikut ialah perkara yang perlu dijaga:

    Banyak bersabar, kawal perasaan marah - berkaitan dengan Hempedu 

    Jaga tekanan darah tinggi 

    Jangan mudah rasa teraniaya jika dizalimi atau diperlakukan dengan sesuatu yang tidak adil -berkaitan dengan sistem limpatik .

    Jangan mudah rasa tidak puas hati, cemburu, kecewa, dengki, khianat - berkaitan dengan organ pankreas 

    Jangan mudah bersedih -  berkaitan dengan organ paru-paru .

    Jangan mudah risau - berkaitan dengan jantung 

    Jangan terlalu cerewet, berkira atau cepat melatah - berkaitan dengan buah pinggang.

    Mengatasi sifat Panas Baran

    Perasaan "panas baran"  disebabkan kesukaran menangani perasaan marah, akibatnya seseorang itu hilang malu, sanggup bertindak di luar batasan dan tidak mustahil boleh mencederakan orang lain. Perasaan marah yang tidak terkawal boleh memusnahkan apa saja. Islam sendiri memuji umatnya yang dapat mengawal perasaan marah. Sikap marah adalah antara pintu syaitan datang masuk ke hati manusia. Bukan senang mengawal perasaan marah ni...kalau ianya dah sebati dlm badan, namun tak susah jgk kalau kita mmg nk berubah kerana hanya kita aje yg boleh merubahkannya...biarlah seribu malah sejuta org memberi nasihat namun kita sendiri tidka berusaha ke arah perubahan itu...jawapannya hampes...sia-sia sahaja, takkan berjaya.... Semoga Ramadhan yg bakal menjelang ini akan dpt mengawal nafsu " panas baran" (jika ada) ........insyaallah.... Nabi Muhammad SAW pernah berpesan tiga langkah mengatasi rasa marah. Pertama, mengawal lidah iaitu berdiam diri dan mengubah posisi (misalnya, jika berdiri hendaklah duduk), mengambil wuduk dan beristighfar serta membaca al-Quran.


    Perlu difahami, panas baran bukan sifat semula jadi malah, bukan juga penyakit keturunan, sebaliknya ia adalah sifat yang dibenarkan wujud dalam diri seseorang. Ini bererti sifat panas baran boleh diatasi dan dibuang terus daripada diri seseorang bergantung kepada kehendak dirinya sendiri.
    Rasulullah mencadangkan dua tindakan bagi mengatasi panas baran iaitu dengan cara mengubah posisi atau cara duduk dan berwuduk. Kedua-dua saranan itu terdapat dalam sabda baginda yang bermaksud: "Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring."(hadis riwayat Muslim).
    Dalam hadis yang lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Marah itu datangnya daripada syaitan dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk."(hadis Riwayat Abi Daud).
    Mengikut kaedah psikologi, panas baran berpunca daripada kegagalan seseorang individu mengawal emosinya sendiri.
    Individu panas baran itu terlalu mudah mengikut emosi marah hingga menjadikan dirinya seorang yang pemarah dan panas baran walau hanya dengan sebab yang remeh.
    Lantas, pakar psikologi mencadangkan beberapa kaedah bagi mengatasi sikap panas baran yang ternyata memberikan kesan buruk kepada perhubungan.
    1. Jauhkan diri daripada situasi menimbulkan kemarahan
    Jika anda tahu pasangan anda mempunyai sikap panas baran, elakkan daripada melakukan perkara yang boleh menimbulkan kemarahannya. Cepat memohon maaf jika tersalah dan akui kesilapan.
    Bagi anda yang panas baran, jika bertembung dengan situasi yang boleh menimbulkan baran anda, segera jauhkan diri anda daripada keadaan tersebut dan carilah masa yang sesuai untuk bertenang.
    2. Mendiamkan diri ketika marah
    Panas baran bermula dengan tindakan demi tindakan. Cara terbaik untuk mengurangkan sikap panas baran anda adalah dengan mendiamkan diri tanpa mengambil apa-apa tindakan. Apabila anda berjaya menghayati sikap berdiam diri ketika marah, secara tidak langsung anda berusaha menghilangkan sikap panas baran anda sedikit demi sedikit.
    3. Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat.
    Jika sebelum ini anda terbiasa memekik atau bertindak garang ketika marah, usahakan untuk meluahkan rasa marah anda secara positif dan terhormat agar anda lebih dihormati.
    Perlahankan suara, bercakap menggunakan perkataan yang tidak menyakitkan orang lain dan elakkan daripada bertindak secara fizikal.
    4. Luah pada masa dan tempat sesuai
    Emosi marah yang tidak terkawal juga berpunca daripada perasaan yang dipendam. Ledakannya ibarat gunung berapi pendam yang mungkin meletus bila-bila masa tanpa amaran.
    Lantas, sentiasa luahkan emosi malah apa jua masalah yang anda alami bertepatan pada masa dan tempatnya. Tindakan ini akan dapat mengurangkan tekanan anda seterusnya mengurangkan sikap panas baran anda.
    5. Bawa bertenang
    Anda perlu sentiasa belajar mengawal diri dengan bertenang dalam menghadapi apa juga keadaan dan situasi yang menggugat kesabaran anda. Praktikkan untuk menarik nafas dalam-dalam dan lepaskan.
    Jika anda Muslim, beristighfarlah kerana dengan beristighfar anda akan tahu anda adalah hamba-Nya dan jika Allah mampu mengampunkan hamba-Nya, kenapa tidak anda? Memaafkan orang lain dapat mengelakkan panas baran.
    6. Senyum
    Nampak macam satu perkara mudah tetapi percayalah, senyuman mampu meredakan tekanan. Praktikkan untuk sentiasa melakarkan senyuman tanpa mengira masa dan keadaan.
    Senyuman yang sentiasa terukir di bibir menjadi satu penawar kepada kemarahan dan sikap panas baran anda.
    Untuk Muslim, saya menyarankan anda untuk sentiasa mengamalkan zikir-zikir bagi mengingati Allah. Ucapkanlah zikir Sayidatina Fatimah iaitu "Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah wallahu akbar." Sentiasa lafazkan zikir ini, insya-Allah akan dapat membantu meringankan tekanan hidup anda sekali gus mengelakkan sikap panas baran anda berleluasa.
    Ingatlah! Tiada satu faedah pun daripada sikap panas baran. Yang ada hanyalah keburukan yang memusnahkan perkahwinan, persahabatan, kerjaya dan kesihatan anda.
    Ingatlah! Segala cadangan disebutkan tadi tidak akan berhasil jika anda tidak melakukan satu perkara paling penting iaitu berubah!
    Hanya jika anda mahukan perubahan, barulah perubahan tersebut akan berlaku.

    Marhaban Ya Ramadhan!

    Tidak lama lagi Ramdhan akan menjelang tiba...sekadar "refreshing minda" tentang Ramadhan, sy yakin semua pasti tahu akan kelebihan bulan yang penuh barakah ini.....
      Kelebihan Ramadan
    • Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah  ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.
    • Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.
    • Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari bulan maka bacalah olehmu "AllahuAkbar" 3 kali, kemudian bacalah :
        (Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikan engkau, dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telah menjadikan engkau tanda (kekuasaan) bagi sekalian alam) nescaya bermegah Allah akan Dia dengan malaikat dan firmanNya: Hai malaikat! saksikanlah kamu, bahwa Aku telah merdekakan daripada api neraka, atau dibacakan :
        (Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan dengan keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan engkau Allah.)
    • Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!
    • Pada malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta'ala akan Jibrail Alaihisalam turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya , setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat ( Musyriq Ke Maghrib ). Untuk menyelamatkan umat Muhammad, Lalu memberi salam kepada tiap orang yang berjaga pada malam Lailatul Qadar beribadah kerana mencari keredaan Allah, dan orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama mereka mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga terbit fajar subuh....... berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w)  pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada  umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.
    • Apabila pada malam akhir Ramadan dinamakan malam persalinan. Pada malam hari raya Aidilfitri didatangkan Allah malaikat kepada tiap-tiap negeri turunlah mereka ke bumi, berdiri pada permukaan jalan menyeru dengan suara yang kuat, semua mendengarnya kecuali jin dan manusia berkata mereka, hai umat Muhammad keluarlah kamu menghadap tuhan yang amat mulia (sembahyang raya di pagi raya) yang memberi pemberian yang berpanjangan dan mengampun akan dosa-dosa yang besar. Apabila tibalah umat Muhammad ke tempat sembahyang, firman Allah kepada maliakat : Hai malaikatKu, apakah balasan orang yang mengambil upah apabila selesai kerjanya ? Jawab malaikat , hai Tuhan kami, sempurnakanlah upahnya! Firman Allah bahawa Aku saksikan kamu hai malaikatku, telah aku jadikan pahala mereka dari puasa mereka pada bulan Ramadan mereka mendirikan sembahyang, ialah keredaanKu dan keampunanKu kepada mereka! Maka firmannya lagi : Hai segala hambaku, pohonlah kamu kepada ku, maka demi ketinggianku dan kebesaranku, tiada memohon kepadaku hari ini akak sesuatu bagi agamamu dan duniamu, melainkan Aku kurniakan kepadamu! (Al-Hadith).
    • Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
      • a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
      • b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
      • c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
      • d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
      • e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)
    • Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa. Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah - Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa. (Al-Hadith)
    • Puasa menurut segala yang disuruh dan menjauh segala pantang larangannya, diampunkan dosanya, dan bertasbih, bertahlil dibinakan rumah indah dalam syurga.
    • Barang siapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadan, ditulis tiap langkahnya ibadat setahun, dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy. Siapa tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota bercahaya indah, cemerlangnya , dan yang berbakti kepada ibubapanya Allah memandang rahmat kepadanya, dan isteri yang berbuat sesuatu mencari keredaan suaminya, maka pahala yang besar Allah kurniakan kepadanya , seperti Siti Maryam dan siapa yang menyampaikan hajat orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya, dan siapa bersedekah kepada fakir miskin (yang ada anak isteri) tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya. (Al-Hadith).
    • Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith)
    • Pada hari Qiamat, Allah memerintah Malek Ridwan supaya dikeluarkan orang-orang berpuasa daripada kuburnya dengan keadaan lapar dan dahaga, lalu disuruh Malek Ridwan berikan segala keinginan mereka dari segala macam makanan dan minuman syurga. Maka Malek Ridwan memerintah kepada anak-anak membawa talam-talam makanan , minuman dan buah-buahan. Sebagai balasan berlapar di bulan Ramadan. (A-Hadith)
    • Orang mukmin yang tidur dalam bulan puasa kerana puasa Ramadan, dia membalikkan badannya sambil meyebut Allah! maka kata malaikat kepadanya : Rahimakallah (Allah Mencucuri Rahmat kepada kamu.)
      • - Apabila  dia berdiri maka berdoalah hamparannya :  (Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadanya hamparan permaidani  tebal kepadanya di dalam syurga)
      • - Apabila memakai pakaian , berdoalah pakaian (Wahai Tuhanku, kurniakan kepadanya pakaian syurga)
      • - Apabila memakai kasut, berdoalah kasut  (Wahai Tuhanku, tetapkanlah atas titian Siratul Mustaqim!)
      • - Apabila memegang timba berdoalah pula timba : (Wahai Tuhanku kurniakan kepadanya gelas syurga!)
      • - Apabila mengambil air sembahyang , berdoalah air itu : (Wahai Tuhanku sucikannya daripada segala dosa dan kesalahan!)
      • - Apabila berdiri sembahyang , berdoalah rumahnya:  ( Wahai Tuhanku cahayakanlah kuburnya dan luaskanlah , lapangkanlah kuburnya!)
      • Serta menilik Allah kepadanya , maksudnya : HambaKu berdoa dan Aku menerima! (Al-Hadith)
    • Malaikat yang banyak muka bersujud kepada Allah pada hari Qiamat, satu muka sujud , satu muka melihat syurga, satu muka melihat neraka, satu muka melihat Arasy , lalu berkata malaikat itu : Wahai Tuhanku , ampunlah umat Muhammad, kasihanilah mereka! janganlah disiksa orang yang berpuasa Ramadan dari umat Muhammad! (Al-Hadith)
      • Keredaan Allah (bagi orang yang taat)
      • Keampuan Allah (bagi orang yang maksiat)
      • Jaminan Allah (bagi orang yang taat)
      • Kejinakan Allah (bagi orang yang tawakkal)
      • Anugerah Allah (bagi orang yang benar).
        • Ramadan, Ramada, ertinya : membakar - yakni menghapuskan dosa dosa orang yang berpuasa dan beribadat bulan Ramadan.
        • Ramadan ertinya bulan mendapatkan keredhaan Allah dan keampunan bagi hambaNya. Orang yang mendapat keredhaan dan keampunan Allah bererti memberi jaminan (kerana ibadatnya pada bulan mulia dengan penuh taat) mendapat syurga anugerah Allah bagi hambaNya yang benar benar melakukan ibadat kerana Nya pada bulan Ramadan termulia ini dengan ganjaran pahala sehingga seribu kali ganda dan keampunan yang banyak sekali, teristimewa pada malam Lailatul Qadar.
        • "Bahawa di dalam syurga terdapat bilik bilik, dilihat dari luar nampak di dalamnya dan dilihat dari dalam kelihatan di luarnya, berkata sahabat : untuk siapakah ya Rasulullah? Lantas Baginda menjawab : Ialah bagi orang yang baik percakapannya, bagi orang yang memberi makan makanan, bagi orang yang sentiasa berpuasa, bagi orang yang sembahyang di tengah malam sedang manusia banyak tidur." (Al Hadith)
      • "Semulia mulia sedeqah ialah sedeqah pada bulan Ramadhan." (Al Hadith)
      • "Puasa itu perisai dan sedeqah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api." (Al Hadith)
      • "Siapa memberi makan ( berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya seumpama balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun ." (Al Hadith)
    • Sabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba berpuasa Ramadan, diam tiada berkata yang sia sia dan daripada yang haram dan yang makruh, dan sentiasa menyebut Allah (berzikrullah), menghalalkan yang dihalalkan Allah, mengharamkan akan yang diharamkan Allah, tiada mengerjakan kejahatan, melainkan sehingga berakhir Ramadan, telah diampunkan baginya segala dosanya, dan tiap tasbih, tiap tahlil, dibinakan sebuah rumah yang terindah di dalam syurga daripada permata zamrud, di dalamnya daripada yaqut merah indah, di dalam rangka permata itu (yaqut) terdapat sebuah khemah, di dalamnya terdapat bidadari ( hurul ain isteri syurga). Terhias dengan permata bercahaya indah yang menerangkan bumi seluruhnya.(Al Hadith)
    • Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawasanya bagi Allah beberapa kejadianNya, dijadikan mereka supaya menyampaikan segala hajat orang dan supaya orang meminta tolong kepada Nya, pada menyempurnakan segala hajat yang diperlukan, mereka itulah orang yang aman daripada siksa Allah (Riwayat At Tibrani) (Al-Hadith)
    • Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawa pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal Ramadan hingga akhir malam Ramadan, tiap orang yang bersembahyang pada malamnya dituliskan baginya tiap satu sujud 1700 kebajikan, dibina rumah baginya di dalam  syurga daripada yaqut merah indah, baginya 70 pintu daripada emas yang bertatah yaqut permata yang merah, orang yang berpuasa pada awal Ramadan diampunkan segala dosanya  hingga ke akhir bulan Ramadan, dibinakan baginya tiap tiap hari sebuah mahligai di dalam syurga, mempunya 1000 pintu daripa emas, dan meminta ampun baginya 70 000 malaikat  dari pagi  hingga tenggelam matahari (Al Hadith)
    • Sabda Nabi (s.a.w) : Kelebihan hari Jumaat pada bulan Ramadan atas segala hari yang lainnya seperti kelebihan Ramadan atas segala bulan (Al Hadith)
    • Barangsiapa mengerjakan ibadat pada bulan Ramadan dengan keimanannya dan ikhlasnya kerana Allah, maka di ampunkan segala dosanya yang telah lalu (Al Hadith)
    • Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan . (Al Hadith)
    • Apabila berakhir bulan Ramadan, menangis wali-wali Allah kerana terpisahnya bulan yang paling mulia yang digandakan ibadat berlipatkali ganda daripada bulan bulan yang lainnya, bulan Allah mudah menerima ampun taubat hambaNya, bulan yang banyak sekali diturun rahmat ke alam, bulan yang terdapat padanya malam Lailatul Qadar, suatu rahmat dan rahsia yang dikurniakan kepada hamba hamba Nya yang  salihin, yang tidak terdapat pada bulan bulan yang lainnya. Mereka menangis kerana belum tentu akan dapat menemui bulan termulia ini pada tahun tahun hadapan, kiranya dipanjangkan umur.
    • Apabila berakhirlah malam bulan Ramadan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, dan segala malaikat, jerana berlalu Ramadan berlalulah kelebihan, sebab musibah bagi umatku, dan duduk segala malaikat bagi musibah, orang bertanya : Ya Rasullullah, apa itu musibah ? Jawab rasullullah (s.a.w), Kerana segala doa padaNya itu mustajab, sedakah makbul, segala kebajikan digandakan dan siksa kubur diangkatmaka apakah musibah yang terlebih besar daripada ini bagi umatku?! (Al-Hadith)
    • Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turunnya padanya malaikat Jibrail dan beberapa malaikat dengan perintah Allah. Orang yang berjaga dengan malam ibadatnya untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar yang terahsia itu yang tidak diketahui oleh manusia, hanya orang-orang solihin yang hampir, orang berusaha mendapatkan malam mulia itu dengan berjaga malam pada sepuloh malam Ramadan yang terakhir maka diampunkan tuhan segala dosanya. Di pahalakannya dengan banyak , dirahmatkannya dengan limpah kurnia. Dan orang-orang solihin yang dikurniakan Allah mendapat malam Lailatul Qadar itu satu keberuntungan kebahagiaan bagi akhirat, mendapat keampunan dan rahmat terbesar, mendapat pimpinan Allah dalam hatinya, mendapat keredaan Allah dalam hidupnya dunia dan akhirat.
    • Malam Aidilfitri, malam raya, disunatkan kepada kita berjaga malam, beribadah, bertakbir "AllahuAkbar" sepanjang malamnya. Akan mendapat keampunan yang banyak, pahala yang besar, rahmat Allah tercurah kepadanya. Siapa yang menghidupkan dua malam raya (AidilFitri & AidilAdha) dengan ibadatnya dan takbirnya , tiada dimatikan hatinya pada hari yang dimatikan segala hati. (Al-Hadith).

    Sahabat2ku.......