Tidak solat tapi kaya dan berjaya di dunia
Assalamualaikum....
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Hari ini entah kenapa along bertanya...
Along : Mama, kenapa org yg tak solat tu, boleh berjaya... kaya pulak tu.... rumah besar, kereta mewah?
Mama : (Berfikir sejenak) Memanglah.... ajal, maut, jodoh, pertemuan dan rezeki semuanya ditangan Allah SWT. Siapalah kita untuk tanya itu dan ini.... kenapa dan mengapa. Cuma satu yg perlu along dan angah ingat.... apabila kita berjaya dan kaya di dunia adakah itu semua dalam redho Allah SWT? Tanya itu dulu.... kita nak semua kejayaan dan kekayaan di dunia ini dengan atau tanpa REDHO Allah SWT?
Along dan Angah : Eh mestilah dengan redho Allah WT, ma. (jwp mereka serentak)
Mama : (Saya tersenyum) Namun dalam apa jua perbuatan, sikap dlm mengapai kejayaan dan kekayaan di dunia along dan angah mesti menjalani kehidupan dgn meninggalkan apa yg Allah larang dan membuat apa yg Allah perintahkan. In sya Allah hidup kita akan dlm redho Allah SWT. Maka selepas itu, berusaha sedaya mungkin utk berjaya dan belajar bersyukur akan segala nikmat yang Allah berikan.
Terdiam seketika.
Mama : Beri contoh perkara asas dalam kehidupan dalam mendapat redho Allah????
Angah : Solat 5 waktu.
Mama : Betul...... Kalau org yg tak bersolat berjaya.... mereka itu bukanlah di dalam redho Allah... mereka akn mendapat murka Allah, malah kesenangan dan kemewahan itulah yg akan membawa mereka ke neraka jahannam.
Terdiam lagi.....
Mama : Berbeza dgn org2 yg melakukan apa yg diperintah Allah dan meninggalkan larangan Allah. Mereka ini mgkn tidak nampk berjaya di dunia dari kaca mata kita sebagai manusia tetapi mereka berjaya pada pandangan Allah SWT. Mgkn manusia lain nampak mereka susah sgt tapi hati mereka senang... malah mereka bahagia berbanding dengan org yg kaya dan berjaya tanpa redho Allah SWT.
Angah : Ya lah ma, betul sgt... berjaya tapi macm tak berjaya... lebih baik tak payah berjaya... senang dulu tp susah kemudian.... hishhhh... x best....
Along : Betul tu.
Mama : Dan ingat orang2 yg sebegini ada nama khas untuk mereka yg disebut ISTIDRAJ iaitu, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu adalah untuk menjadikan mereka lebih jauh dariNya. Dan biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.
Dari perbualan itu saya merasakan anak2 saya sudah cukup memahami.
Benar..... Kita cukup sedar bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita. Malah banyak senario di luar sana kita lihat org yg melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian mereka berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Adakah ini di namakan KEJAYAAN? Adakah ini KEJAYAAN yg kita inginkan??? Malah ada pula yg segelintirnya dengan bangga berkata, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya". Apakah yang akan terjadi kepada ketika itu? Berjaya, tetapi kejayaan yang membawa kita semakin jauh dari ALLAH. Dan itulah ISTIDRAJ.
Jangan berasa kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah belajar bersungguh2, gagal dalam perniagaan walau kemas dalam menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Ingatlah bahawa , siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi jgnlah kita berasa gundah apabila kita lihat kawan kita tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan dugaan. Dan kita berasa tertindas oleh keadaan itu. Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Kuatkan lagi hubungan keimanan kita dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu kita perhatikan. Jika kita berjaya membina hubungan keimanan yang baik, in sya ALLAH, datanglah badai apa sekalipun, pasti kita akan mampu melaluinya. Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu bkn bermaksud gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada kita. Bersangka baiklah kita kepada Allah SWT...
Dan sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita. Jangan senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti kita merana.
Jangan berfikir atau rela melafazkan kata-kata yg berbaur atau bermaksud serupa seperti.....
Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. !
jazakallaha khairan