F
Showing posts with label Dakwah. Show all posts
Showing posts with label Dakwah. Show all posts

PERKONGSIAN : Bagaimana Allah Menegur kita


Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

*Tazkirah hari ini sempena Ramadhan...Bulan penyucian rohani.*

Wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik mambancuh simen.. melihat logam kecil itu , tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja.
Tidak menunggu lama , tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya.

Dia menyambung semula kerjanya. Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya . Lelaki itu menoleh ke kiri kanan sekelilingnya. Tiada siapa yang berdekatan dgnnya . Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya . Tidak lama kemudian , lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya . Pun sama , dia mengambil dan menyimpannya . "Rezeki aku !" Kata lelaki itu dalam hati .

Lelaki itu tidak sedar , logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya dari aras lapan bangunan separuh siap yang mereka bina itu. Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan , cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah. Namun , jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah , ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan dapatlah dia menyampaikan pesanannya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya,sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah , lelaki itu masih belum jugak mendongak ke atas. Lantas , ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah. Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu . Setelah merasa sakit , lelaki itu mendongak ke atas , melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yang menyerang tadi. Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

Sahabat sekalian , Allah sering menjatuhkan syiling (REZEKI) , rahmat  atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita..... Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sbg satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas utk mengingati dan bersyukur dengan kurniaanNya. Tetapi , acap kali kita lalai utk 'mendongak' ke atas, sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa ucapan syukur.

 Seperti kisah ketua dan pekerja tadi , apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian ,lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah , kegagalan , keperitan dan pengalaman yg menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu , barulah kita teringat utk mendongak , menadah tangan utk bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.

Semoga memberi manfaat

Israk Mikraj - ubati kesedihan Nabi Muhammad, Rasulullah

Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Berkongsi cerita tentang Israk Mikraj 1435H.....
Rejab adalah bulan ketujuh dalam kalendar Islam mencatat dua peristiwa sedih memilukan hati dalam sejarah perjalanan hidup rasul kesayangan kita, iaitu Nabi Muhammad. 

Dua peristiwa sedih ialah kewafatan Saidatina Khadijah, isteri yang sangat disayangi Baginda. Saidatina Khadijah dengan penuh ikhlas dan rela hati menyumbang semua harta miliknya untuk kepentingan dan kemajuan dakwah Rasulullah dalam usaha menegakkan risalah Islamiah. 

Kematian bapa saudara Nabi, Abu Talib yang begitu rapat dengan hidup Nabi. Justeru, Abu Talib bersungguh-sungguh dan bermati-matian membela dan melindungi Rasulullah daripada ancaman orang kafir Quraisy.

Pemergian kedua-duanya berlaku dalam tahun yang sama. Hal ini begitu terkenal dalam sirah sehingga sejarawan telah menamakan tahun tersebut sebagai 'Tahun Kesedihan' ('amul huzni’). 

Peristiwa Israk Mikraj perlu diingati seluruh umat Islam kerana ia membuktikan kebesaran Allah SWT dan kebenaran ajaran Islam. Kurniaan Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW itu sebagai mengubat kesedihan Baginda itu. Apa yang penting,  di sebalik kesedihan dirasai Nabi Muhammad SAW, peristiwa Israk Mikraj perlu diingati kerana hikmah daripada perjalanan baginda dari Masjid al-Haram di Mekah ke Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis, Palestin dan mikraj Rasul hingga ke langit ketujuh (Sidratul Muntaha), seperti mana yang dirakamkan dalam al-Quran itu adalah untuk meningkatkan keimanan kepada kekuasaan Allah SWT. 

Firman Allah SWT, “Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Al-Israa’: 1)

Israk dan Mikraj bukan sekadar peristiwa, tetapi ia juga membawa pelbagai hikmah yang besar, ditunjukkan kepada Nabi SAW sebagai bukti kebesaran Allah SWT. Di dalamnya juga diperintahkan ibadah yang terbesar di dalam Islam iaitu ibadah solat.

Israk dan Mikraj juga merupakan medan ujian bagi manusia, sama ada selepas mendengar kisah ini akan terus beriman kepada Allah SWT atau mengingkarinya lalu kembali kepada kekufuran.


Ia juga adalah pengukur bagi iman seseorang, jika seseorang itu tidak mempercayai dan menafikan kisah ini, maka imannya terbatal. Justeru, akurlah bahawa akal dan diri kita ini amat lemah berbanding dengan kerajaan dan kekuasaan Allah SWT.

Justeru, umat Islam perlu menghayati ajaran al-Quran serta memahami sejarah perjuangan Nabi Muhammad SAW termasuk peristiwa besar membabitkan Baginda dalam menyebarkan syariat Islam kepada seluruh ummah.

Nikmati Masa yang ada sebaik-baiknya!



Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Hari berganti hari, minggu berganti minggu,bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun, dan begitulah seterusnya kehidupan kita di dunia ini. Usia masih juga meningkat, tak akan pernah turun kembali, wajah yang cantik, kelihatan kedutan di sana sini, biarpunlah ditempekkan dengan bedak tebal....ianya tidak dapat menutup akan hakikat kebenaran usia kita. Kalau pun orang lain tidak tahu akan usia sebenar kita, kita sendiri tahu akan kebenaran hakikat itu. Itulah permainan kehidupan di pentas dunia ini. Semuanya hanyalah sebuah perjalanan yang pasti semua orang akan tempuhi. Dalam pelbagai cara dan situasi. Masa memang bergerak pantas, meninggalkan kita kalau kita lalai, namun kita tetap boleh bergerak seiring masa seandainya kita bijak mengatur masa.

Sebagai insan yang peka kepada hakikat masa itu usia, akan mengisi masa  sepenuh-penuhnya dengan amal soleh dan kebajikan, supaya tiada masa yang terbuang dengan percuma. Setiap saat sangat bernilai, maka janganlah dihabiskannya kecuali untuk sesuatu yang bernilai. Jika kita mampu untuk mengisi masa dengan amal ibadah yang berat, ibadah kebajikan yang ringan dan kecil sedang menunggu untuk mendapatkan sedikit masa daripada kita. 

Tanyakan pada diri, adakah kita menggunakan masa yang telah diberi dalam menjalani kehidupan seharian sebagai seorang hamba pada jalan yang diredhai oleh Allah? Atau sebaliknya? 
Jika jawapannya "ya"........ Alhamdulillah, terus istiqomah. Jika tidak...mulakan sekarang masih belum terlewat lagi...... kerana tiada istilah terlewat dalam beramal apatah lagi amalan-amalan kita kepada Allah, Rasul dan manusia. Justeru, bagi menyelamatkan masa pada diri kita, ada beberapa perkara yang boleh kita lakukan antaranya:-

  • Uruskan masa dengan berjaya dengan menggunakan masa yang ada dengan baik.
  • Beriman keapada kebenaran Islam dengan menegakkan perinsip keimanan di atas enam rukun, iaitu iman kepada Allah, Malaikat, Rasul, Kitab-kitab, hari Akhirat dan qada serta kadar.
  • Beramal soleh dengan menunaikan kewajipan terhadap Allah, sama ada yang berupa kewajipan `aini atau kifa`i.
  • Berpesan-pesan dengan dengan kebenaran, sebarkan kebenaran di mana-mana jua anda berada.  Bimbinglah orang jahil dan tunjuklah jalan keapada orang yang mencarinya.
  • Berpesan-pesan dengan bersabar kerana dunia tempat menguji, tiada perkara yang diberi dengan selamat dan percuma, semuanya ada risiko sekalipun berbeza.  Hanya kesabaran jua yang menjadi penawar hidup di dunia yang penuh dengan bala dan ujian.
Demi masa......sesungguhnya manusia memang suka lalai dan bertangguh-tangguh, terutama akan dua nikmat ini iaitu nikmat sihat dan nikmat masa lapang.  Lalai itu adalah penyakit dalam jiwa manusia.  Ianya menghilangkan rasa sayang kepada masa.   Jika dibiarkan, semakin hari ia akan semakin menghakis kesungguhan kita untuk memperhambakan diri kepada Allah, bahkan ia turut merosakkan kesungguhan kita dalam ibadah-ibadah lain juga. Dan penyakit ini akan lebih  parah bila mana kita lalai, tetapi kita tidak sedar yang kita sedang lalai. Maka, sebab itu Allah hantar peringatan dalam bentuk yang pelbagai. Tinggal lagi kita sedar atau tidak saja itu sebenarnya adalah peringatan dari Allah supaya kita mula duduk dan muhasabah diri. Jika manusia peka kepada masa sesingkat ini, nescaya dimanfaat sepenuhnya masa yang ada kerana menyedari kerugiannya adalah kerugian umur yang hanya sekelip mata.

Begitu juga sikap suka bertangguh-tangguh. Ermmm....kejap lagi lah aku solat, kejap lagilah aku buat keje tu.... Kejap, kejap dan kejap! Sikap ini juga merupakan pengancam masa dan pembunuh usia, namun tidak ramai orang peka,  bahkan begitu ramai orang yang suka menangguh-nangguh kerja hingga ke saat-saat akhir, sekalipun berbagai-bagai kerugian di luar jangka boleh berlaku pada saat-saat yang ditangguhkan itu. 

Semoga kita tidak tergolong di kalangan orang-orang yang rugi....sampaikanlah apa jua pesanan yang baik dan benar dan terus bersabar menyampaikan pesanan itu demi memenuhi masa hidup kita dengan sebaik-baiknya. InsyaAllah.

HADITH PALSU KELEBIHAN TARAWIH

Alhamdulillah, syukur sy panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad salla Allahu alaihi wasallam, keluarga, sahabat, para tabi'e, tabi' tabie, serta semua ulama semoga dibawah naugan Allah hendaknya... aaamin... Sy ingin berkongsi artikel tentang "Hadith Palsu Kelebihan Tarawih"....sy mmg dh selalu membaca artikel2 berkenaan kelebihan bertarawih ini, tetapi tak pula mencari kebenarannya.... kebanyakan dari kita berpendapat bahawa kalau benda yg baik tak pe lah.....tp sebenarnya kita tidak mahu umat Islam kita ini terleka kerana musuh Islam mmg banyak kat luar sana yg cuba menyesatkan secara diam2...so be aware ......kita tidak mahu mengikut sesuatu yg bukan dari sunnah atau hadith Nabi kita....bak kata org "menokoktambah" benda yg tak ada..... tak mahu umat Islam tertipu dgn sesuatu yg bukan bersumber dari hadith yg benar......jadi terasa terpanggil untuk berkongsi akan artikel ini. Sumber yg saya perolehi dari laman web rasmi JAIS....namun apa pun sy ingin berkongsi juga tentang "Pengertian Sunat Tarawih" ini........ moga ada manfaatnya.



PENGERTIAN SUNAT TARAWIH
Tarawih ertinya beristirehat. Ia dikerjakan selepas solat isyak sehingga menjelang fajar. Solat Tarawih ini hanya dilakukan pada bulan ramadhan dan boleh dilakukan sama ada secara individu atau secara berjamaah. Bilangan rakaat yang dilakukan biasanya 8 rakaat dengan 3 witir atau 20 rakaat dengan 3 witir.
Sabda Rasulullah s.a.w :
Maksudnya : “Adalah Rasulullah s.a.w menganjurkan untuk mengerjakan solat pada malam bulan Ramadan tetapi tidak mewajibkannya. Baginda bersabda barang siapa bangun pada bulan Ramadan (mengerjakan solat tarawih) dengan rasa iman dan mengharapkan keredhaan Allah maka diampunilah dosa-dosanya yang telah lalu”.

Hukum Sembahyang Sunat Tarawih
  1. Hukumnya sunat Muakkad (yang sangat dituntut) dikerjakan oleh orangorang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada secara berseorangan atau berjemaah.
  2. Sunat dikerjakan di Masjid, Surau dan lain-lain tempat sembahyang orang-orang Islam.
Lafaz Niat Sembahyang Sunat Tarawih: 
      
Ertinya:"Sahaja aku sembahyang sunat tarawih dua rakaat makmum kerana Allah Taala."



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Puji-pujian bagi Allah Subhanahu Wata'ala, Selawat dan Salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'Alaihi Wasallam serta para sahabatnya. 
SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan Tarawih pada malam-malam Ramadan telah tersebar dengan meluas sekali. Media elektronik, cetak serta media massa lain turut memainkan peranan menyebarkannya melalui akhbar, dairi Islam, TV, radio, risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat, terutamanya dalam bulan yang diberkati itu. Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut.
Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadilat sembahyang Tarawih pada bulan Ramadan antaranya:
  • Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).

  • Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

  • Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.

  • Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.

  • Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.

  • Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

  • Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh
Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanah air mengenai kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunah Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini. Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang Tarawih dan kedudukannya dalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama kita dahulu.
Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya: Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim)
Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).
Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis mengenai pendustaan atas nama Nabi Muhammad s.a.w. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim. Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini. Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad s.a.w. di antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam? seterusnya dia berkata: Ulama sudahpun sepakat mengenai haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. Firman Allah bermaksud: Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).
Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan Tarawih dalam bulan Ramadan seperti kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang sebenarnya hadis itu pun direka atas nama nabi Muhammad s.a.w. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang Zuhur dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri. Jika dia meninggalkan sembahyang Asar dosanya adalah seperti meruntuhkan Kaabah.

Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)

Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan ke dalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)

Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan Tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun seksaannya, namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya. 
Antara ciri-ciri hadis maudhu`(rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah :
1.   Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad s.a.w. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.
2.   Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan sedangkan ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis sahih.
3.   Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi seperti yang terdapat dalam hadis-hadis sahih.
4.   Dalam sesetengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama hadis sudah mengatakan bahawa hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang sahih. Yang lainnya palsu.
Oleh itu umat Islam sekalian, terutamanya pihak seperti institusi agama di peringkat negeri dan pusat, sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan dakyah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.



Petikan dari terbitan dan edaran percuma:
DARUL QURAN WAS-SUNNAH Lot 1499, Taman Seri Demit, Jalan Sultanah Zainab 2
Kubang Kerian , 16150 Kota Bharu, Kelantan. 

Rasulullah berpoligami untuk kebaikan masyarakat

Bila berckp tentang poligami, mmg kaum wanitalah yg lebih beremosi almaklumlah "berkongsi suami" dgn org lain......bukan mudah dan senang untuk kita berkongsi suami kn??? Kalau barang ke makanan ke boleh jgk kita kongsi, tp suami lah katakan?????....namun disebalik "Poligami" yg dibenarkan dlm Islam itu telalu byk hikmahnya.... dan nikmatnya....bernikah lebih dari satu bkn hanya untuk nafsu semata2... byk perkara mesti ditimbangkan secara teliti. 

Ank2 sy pernah bertanya, org lelaki yg berkahwin byk tu jahat ke, mama???? Jeng..jeng...jeng.... Almaklumlah ank sy semuanya perempuan yg masih di bangku sklh rendah....hahaha...soalan mcm tu pun boleh ditanya??? So, cerita Rasullullah adalah satu teladan yg baik sekali untuk kita jadikan panduan bercerita kepada ank2 seusia itu, agar mereka faham dan senang untuk bercakap semula dgn rakan yg bkn beragama Islam. Pernah ank2 sy bercerita bahawa kwn2 yg beragama lain pernah bertanya kepadanya kenapa Nabi Muhammad awak byk isteri? Ank sy menjawap itu adalah kerana hendak menyebarkan agama Islam agar umat Islam akan menjadi lebih ramai........lg pun Nabi kita bkn suka2 saje nk kahwin ramai.....selepas isteri baginda Siti Khadijah wafat barulah nabi kita kahwin lagi......pandai jgk ank sy jwp...Ya betul3x....kerana sy pernah bercerita kepada mereka tentang itu.......Tp sebagai ibu kita mesti menerangkan hikmah dari poligami ini...kenapa, mengapa Islam membenarkannya........

Byk faktor yg perlu dilaksanakan dahulu sebelum berfikir untuk berpoligami. Bak kata org tua2lah kalau ingin berpoligami ikut Rasullullah, pastikan diri pun seperti Rasullullah kalau tidak,  jgn dok haru fikir nk berpoligami......seronok mgkn kaum suami tp yg tak seronok kaum isteri. Namun kalau keseronokanlah yg dicari di dunia ini.......ianya tak akn kekal untuk selamanya, Akhirat jua tempat yg kekal.... Apa2 pun kita sebagai isteri kalau telah ditakdirkan hidup berpoligami....bawalah muhasabah diri.....itulah yg terbaik....pasti ada hikmah di sebaliknya.

Artikel ini sy harap akn dpt lg menjernihkan fikiran kita tentang poligami.....harap ada manfaatnya.

BAHAGIA...kebahagiaan bermadu bukti kejayaan suami melaksanakan amanah dengan baik. - Gambar hiasan
BAHAGIA...kebahagiaan bermadu bukti kejayaan suami melaksanakan amanah dengan baik. - Gambar hiasan
POLIGAMI sering menjadi isu kontroversi dalam masyarakat kita. Islam membolehkan umatnya berpoligami namun ia bukan boleh berlaku sewenang-wenangnya.
Antara faktor yang me�nyumbang lelaki berkahwin lagi mungkin disebabkan kesihatan isteri gagal melahirkan zuriat, sering kali bekerja di luar kawasan atau memiliki dorongan nafsu seks yang kuat.
  
  • Foto
    BERI PERHATIAN...anak-anak tidak sesekali dibezakan ibunya selepas berpoligami.
  • Foto
    HINGGA KE AKHIR HAYAT...pamerkan kasih sayang serta sentiasa memahami antara satu lain dapat mengekalkan hubungan suami isteri.























Keharusan berpoligami mempunyai hikmah bagi kepentingan serta kesejahteraan umat Islam. Poligami bertujuan menghalang terjadinya perceraian antara pasangan.

Selain itu, poligami dapat menyelesaikan jumlah gadis berumur supaya mereka juga dapat merasa nikmat kehidupan berumah tangga dan berkeluarga.

Jika itu berlaku, jelaslah poligami dibolehkan dalam Islam bukanlah untuk memenuhi nafsu seks bagi lelaki semata-mata tetapi ia mempunyai maksud serta tujuan kemaslahatan umat Islam seluruhnya.

Islam tidak memandang mudah syarat yang dikenakan kepada suami yang ingin berpoligami. Sebab itulah tanggungjawab yang mereka perlu pikul bukan satu tugas mudah.

Rasulullah s.a.w sendiri berkahwin dengan isteri-isterinya atas dasar untuk membantu dan memberi perlindungan kepada mereka. Contohnya Rasulullah menikahi Siti Saudah binti Zam'ah kerana beliau kematian suami.

Seluruh kaum kerabat Siti Saudah adalah orang musyrik. Usia Siti Saudah ketika itu 66 tahun. Namun baginda tidak mahu membiarkan Siti Saudah bersendirian kerana bimbang Islamnya terancam.

Rasulullah juga berkahwin dengan Siti Aisyah dan Siti Hafsah sebagai penghargaan kepada orang tua mereka. Ibu bapa mereka adalah sahabat dan menteri Rasulullah iaitu Abu Bakar As-Siddiq dan Umar Al-Khatab.

Begitu juga halnya ketika Rasulullah berkahwin dengan Ummu Salamah (Hindun binti Abi Umayah bin Almuqirah). Ummu Salamah adalah salah seorang yang turut serta dalam penghijrahan ke Habsyah dan Madinah.

Suaminya, Abu Salamah meninggal dunia dan mereka mempunyai anak yang masih memerlukan didikan. Rasulullah mengahwini Ummu Salamah demi memuliakannya.

Selain itu, Ummu Salamah juga memiliki sifat terpuji dan termasuk daripada golongan yang awal menganut Islam. Jelas, Rasulullah berpoligami demi menguatkan ikatan kasih sayang antara kerabat dan kabilah isteri-isterinya supaya mereka memeluk Islam.

Poligami yang dilaksanakan Rasulullah sarat dengan pengajaran penting serta hikmahnya. Baginda tidak melakukannya secara sesuka hati atau tanpa pertimbangan yang wajar.

Allah berfirman yang bermaksud:
"Maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut dia tidak akan dapat berlaku adil, maka kahwinilah seorang saja" (Surah An-Nisa: ayat 3).

Dalam ayat berkenaan lelaki dibolehkan berkahwin sehingga empat wanita de�ngan syarat yang berat sekali iaitu mesti berlaku adil antara isterinya mengenai nafkah serta giliran.

Tetapi jika kita tidak dapat berlaku adil maka hendaklah seseorang itu beristeri seorang saja. Hikmahnya ialah orang lelaki pada zaman Nabi Muhammad bilangannya sedikit berbanding wanita disebabkan ramai yang mati dalam peperangan.

Oleh itu dibolehkan lelaki berkahwin lebih daripada seorang supaya janda yang kematian suami mendapat bantuan dan perhatian sewajarnya. Rasulullah cuma berkahwin dengan seorang gadis manakala yang lain semuanya janda bagi membantu kehidupan mereka.

Allah berfirman yang bermaksud:
"Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil antara perempuan-perempuan itu meskipun kamu sangat ingin perempuan-perempuan itu, meskipun kamu sangat ingin demikian itu, sebab itu janganlah kamu terlalu cenderung sehingga kamu tinggalkan perempuan yang lain sebagai seorang yang tergantung. Jika kamu perbaiki (kesalahanmu) dan bertakwa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang" (Surah An-Nisaa: ayat 129).

Poligami sebenarnya menjadi penyelesaian kepada masalah. Ia sama juga seperti talak yang dibolehkan kerana mahu mencari jalan keluar daripada kesulitan.

Bermakna, poligami tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya tetapi perlu berdasarkan nas syariat serta realiti keadaan masyarakat.

Menjadi lumrah kehidupan di dunia, tidak semestinya semuanya indah belaka tetapi Allah akan sentiasa menguji kita dengan pelbagai dugaan bagi menilai kesabaran dan ketabahan hamba-Nya.

Dengan tegas diterangkan tuntutan supaya suami bersikap adil jika ingin berpoligami. Seorang suami yang sering kali sakit dan mengalami kesukaran keluar mencari rezeki sudah tentu tidak dapat menanggung isteri-isterinya.

Setiap isteri berhak mendapatkan hak masing-masing daripada suaminya. Dalam soal ini, suami tidak boleh mengurangi nafkah seorang isterinya dengan alasan isteri mempunyai sumber kewangan sendiri.

Prinsip adil tidak mengira sama ada mereka gadis atau janda, muda atau tua atau taraf pendidikan. Semuanya mempunyai hak sama rata sebagai isteri.

Adil dalam memberikan tempat tinggal dan ulama sepakat mengatakan suami bertanggungjawab menyediakan tempat tinggal masing-masing kepada setiap isteri dan anak sesuai dengan kemampuannya.

Jangan sampai berlaku pertengkaran atau saling cemburu antara mereka. Menyusun giliran aspek yang begitu penting jika hidup berpoligami.

Isteri berhak mendapat giliran suaminya menginap di rumahnya sama dengan waktu menginap di rumah isteri yang lain. Tujuan perkahwinan dalam Islam bukanlah untuk memenuhi tuntutan hubungan seks dengan isteri semata-mata tetapi ia bermaksud menyempurnakan ikatan kasih sayang, kemesraan dan kerukunan antara suami isteri.

Allah berfirman yang bermaksud:
"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya, dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir" (Surah ar-Ruum ayat 21).

Anak juga mempunyai hak mendapatkan perlindungan serta kasih sayang daripada ayahnya. Sebab itu disyaratkan agar setiap suami yang mahu berpoligami tidak membeza-bezakan antara anak mereka yang berlainan ibu itu.

Siti Aisyah r.a menerangkan, maksudnya:
Bahawa Rasulullah s.a.w selalu berlaku adil dalam mengadakan pembahagian antara isteri-isterinya.

Beliau berkata dalam doanya:
 "Ya Allah, inilah kemampuanku membahagi apa yang ada dalam milikku. Ya Allah, janganlah aku dimarahi dalam membahagi apa yang menjadi milikku dan apa yang bukan milikku."

Peruntukan undang-undang di Malaysia tidak melarang seseorang itu berkahwin lagi tetapi dengan syarat mereka perlu mendapat kebenaran bertulis daripada mahkamah.

Perunding motivasi Human Touch Consultant, Datuk Mohd Zawawi Yusoh berkata, dalam Islam lelaki yang ingin berpoligami perlu ada kemampuan dari segenap segi.

Ia bukan dilakukan atas dasar nafsu semata-mata. Lelaki yang berhajat mengahwini lebih daripada seorang wanita perlu berkemampuan dari sudut material dan paling penting mereka memiliki asas iman jitu supaya dapat membimbing isteri-isteri mereka.

Ada betulnya isteri tidak bersetuju suaminya berkahwin lain jika suami mereka tidak berkemampuan. Bantahan isteri itu bertujuan menyelamatkan suami daripada gagal menjalankan tanggungjawab kelak.

"Berbeza dengan suami yang mampu dalam situasi mereka tidak mampu melawan kehendak nafsunya, isteri tidak boleh membantah jika mereka ingin berpoligami kerana dibimbangi mereka terjebak dengan dosa," katanya.

Beliau berkata, poligami adalah perkongsian hidup yang memerlukan komitmen tanpa berbelah bagi kepada setiap isteri dan anak mereka.

“Maka di sini terletaknya tanggungjawab besar dalam menyediakan peruntukan wang ringgit bagi perbelanjaan setiap isi rumah, memberikan kasih sayang sama rata serta didikan buat isteri dan anak-anak.

“Jadi amat malang sekali kepada suami yang ingin mempraktikkan poligami namun kelak amanah itu tidak dilaksanakan bersungguh-sungguh,� katanya.

Mohd Zawawi berkata, antara hikmah yang terkandung dalam poligami apabila ia dapat menyelesaikan masalah yang berlaku dalam kehidupan seseorang.

Contohnya, poligami itu menjadikan seorang janda dan anak yatim hidup lebih terbela. Selepas kematian suami, sudah pasti mereka hilang tempat bergantung harap.

"Tambahan pula anak-anak masih kecil untuk ditanggung. Jadi sudah tentu kehadiran suami memberi sinar kepada mereka untuk terus menikmati kehidupan dengan lebih sempurna," katanya.

Beliau berkata, memang dalam masyarakat kita suami yang ingin berpoligami sukar diterima wanita dan isteri menganggap kebahagiaan mereka dirampas.

Itu sebabnya poligami dipandang serong sesetengah orang kerana golongan yang melaksanakan poligami berkenaan menunjukkan contoh tidak baik serta memberi gambaran mereka semakin bermasalah. 

Contoh yang baik pula jarang diketengahkan dalam masyarakat kita. 

Pada masa sama, lelaki perlu membuktikan kelayakan sebenar mereka memimpin sebuah keluarga besar yang berlandaskan prinsip adil selain ibadat mereka turut hebat.

Oleh itu, wanita perlu menukar persepsi bahawa suami yang berpoligami memikul pengorbanan tinggi kerana bukan mudah memperuntukkan masa serta kasih sayang sama rata antara setiap isteri dan anak-anak.


"Itulah yang diamalkan Rasulullah antara tujuan baginda berpoligami untuk memberi perlindungan dan martabat kepada wanita," katanya

Oleh Mohd Fadly Samsudin (fadly@hmetro.com.my)


Azab Pedih kalau tidak tahu bersyukur

Assalamualaikum....

Terima kasih kepada sahabat2 yg masih sudi berkunjung ke blog ku ini. Sudah lama rasanyer saya tidak menulis atau pun berkongsi artikel dengan sahabat2. Walau apa moga sahabat2 sentiasa dirahmati dan diberkahi oleh Allah swt dalam apa jua yg sahabat2 lakukan.

Hari ini ingin sekali saya berkongsi tentang artikel perlunya bersyukur. Saya sendiri memang amat bersyukur kepada Allah swt kerana dengan izinNya maka saya masih lagi dapat mengecapi kehidupan pada hari ini dan juga baru-baru ini diberi "Kurniaan" yg terindah seorang bayi perempuan. Bayi yg kami berikan nama yg kini berusia 25 hari..... KEYSHA DAMIA ZAHIRAH. Alhamdullillah. Selama lebih 8 thn tidak ada suara tangisan bayi di rumah kami, maka kini bertambah lagi ahli keluarga kami.  Suara tangisan bayi menyemarakkan lagi keceriaan keluarga kami. Semoga keluarga kami dirahmti dan diberkahi oleh Allah swt...insyaallah. Jadi sama-samalah kita memanjatkan kesyukuran kepadaNya, samada sesuatu yg baik atau sebaliknya yg diberikan kepada kita. Moga bermanfaat ya sahabat ku....


UMAT Islam masa kini perlu memperbanyakkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana ia adalah tanda keteguhan iman di atas segala nikmat kurniaan-Nya yang tidak terkira banyaknya.

Lebih-lebih lagi sebagai rakyat Malaysia mereka amat bertuah kerana Allah mentakdirkan berada atau memiliki sebuah negara yang aman dan mengurniakan pula rezeki dan nikmat yang melimpah ruah.

Nikmat keamanan yang diterima terus-menerus dan tidak putus-putus ini sepatutnya menambahkan lagi rasa terima kasih atau kesyukuran kepada Allah dan memperkuatkan lagi ketaatan serta pengabdian kepada-Nya.

Umat Islam di negara ini sepatutnya bermuhasabah diri seiring dengan usia yang semakin bertambah dan hampir ke penghujungnya. Saidina Umar al-Khattab pernah meluahkan ungkapan yang terkenal, iaitu: "Perhitungkanlah (hisablah) dirimu sebelum anda dihitung (dihisab) oleh Allah (pada hari akhirat)."

Bagaimanakah mengukur tahap rasa syukur kepada Allah atas segala nikmat pemberiannya yang tidak terhitung banyaknya selama ini?

Setiap umat Islam perlu berasa cemas dan takut kerana selepas banyak menikmati rezeki pemberian Allah, mereka tidak diiktiraf oleh Allah sebagai orang yang bersyukur kepada-Nya. Ini kerana di dalam al-Quran, Allah menyebut dalam beberapa ayat yang mana ramai manusia yang tidak berterima kasih kepada Allah atau sedikit sekali orang yang bersyukur kepada-Nya.

Orang yang tidak tahu atau tidak mahu bersyukur, maka azab Allah bakal diterimanya di akhirat. Sebaliknya, orang yang tahu bersyukur dan menghargai nikmat pemberian Allah, mereka beruntung kerana Allah berkenan menambahkan lagi pemberiannya, sebagai firman-Nya bermaksud: "Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." (QS. Ibrahim: 7)

Nikmat Allah yang dianugerahkan kepada manusia khususnya kepada Muslim boleh dibahagikan kepada dua, iaitu:

§ Nikmat untuk kelangsungan hidup di dunia seperti makanan, minuman pandangan, kekayaan, keamanan, kesihatan, umur dan nikmat berkasih sayang; dan

§ Nikmat yang paling mahal dan tinggi nilainya nikmat iman dan Islam kerana ia bukan setakat untuk di dunia tetapi berterusan sampai ke hari akhirat.

Umat Islam patut bersyukur kerana dikurniakan nikmat iman dan Islam di samping nikmat lain yang tidak terkira banyaknya. Marilah bersungguh-sungguh mempertahankan nikmat iman dan Islam sampai ke akhir hayat.

Soalnya, adakah umat Islam sebenarnya bersyukur dengan kedua-dua bentuk nikmat yang dikurniakan Allah? Allah berfirman, bahawa amat sedikit manusia yang bersyukur.

Allah menghuraikan mengenai banyaknya nikmat kurniaan Allah kepada manusia yang pasti tidak mampu dihitung. Firman Allah yang bermaksud: "Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (QS. An-Nahl: 18)

Allah meminta supaya manusia yang banyak menerima nikmat dan kurniaan Allah supaya bersyukur, seperti firman-Nya yang bermaksud: "Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur." (QS. An-Nahl:78)

Dalam ayat lain, Allah berfirman yang bermaksud: "Dan supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya, dan supaya kamu bersyukur." (QS. al-Baqarah: 185). Banyak lagi ayat al-Quran yang diakhiri dengan kalimah yang bermakna, "agar kamu bersyukur." Beberapa firman Allah (sekadar beberapa ayat) dalam al-Quran menyatakan bahawa kebanyakan manusia tidak bersyukur atau sedikit sekali yang berterima kasih kepada Allah, seperti firman-Nya bermaksud: 'Dan sedikit sekali daripada hamba-Ku yang tahu berterima kasih (bersyukur)." (QS. Sabda': 13)

Dalam soal jawab Iblis dengan Allah, Iblis berkata, "Kemudian aku datang (memperdayakan) mereka dari muka, belakang, kanan dan kiri mereka. Dan tidaklah Engkau (Tuhan) akan mendapati kebanyakan daripada mereka tahu berterima kasih." (QS. al-A'raaf: 17). Seterusnya Allah berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah sentiasa melimpahkan kurnia-Nya kepada manusia (seluruhnya), tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur." (QS. al-Baqarah: 243)

Sewajarnya umat Islam menaruh perasaan bimbang dengan penjelasan Allah seperti dalam beberapa ayat berkenaan, iaitu apakah mereka daripada kalangan orang yang bersyukur. Semoga kisah berikut memberi pengajaran atau iktibar kepada kita.

Diceritakan bahawa ada seorang pemuda pada zaman Saidina Umar al-Khattab yang sering berdoa di sisi Baitullah yang maksudnya: "Ya Allah! masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit." Doa pemuda ini didengar oleh Saidina Umar ketika beliau (Umar) sedang bertawaf di Kaabah. Umar berasa hairan, iaitu kenapa pemuda berkenaan memohon doa sedemikian rupa.

Selepas selesai melakukan tawaf, Saidina Umar memanggil pemuda berkenaan lalu bertanya: "Kenapakah engkau berdoa sedemikian rupa (Ya Allah! masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit), apakah tiada permintaan lain yang boleh engkau mohon kepada Allah?"

Pemuda berkenaan menjawab: "Ya Amirul Mukminin! Aku membaca doa berkenaan kerana aku (berasa) takut dengan penjelasan Allah seperti firman-Nya dalam surah al-A'raaf ayat 10 yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekelian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber/jalan) penghidupan. (Tetapi) amat sedikitlah kamu bersyukur." Aku memohon agar Allah memasukkan aku dalam golongan yang sedikit, iaitu (lantaran) terlalu sedikit orang yang tahu bersyukur kepada Allah, jelas pemuda berkenaan.

Mendengar jawapan itu, Umar al-Khattab menepuk kepalanya sambil berkata kepada dirinya sendiri: "Wahai Umar, alangkah jahilnya engkau, orang ramai lebih alim daripadamu." Memanglah teramat sedikit yang tahu dan mahu bersyukur dan semoga kita termasuk dalam golongan yang sedikit berkenaan (yang bersyukur).

Bagaimanakah memastikan diri daripada kalangan orang yang bersyukur dengan segala nikmat yang diterima daripada Allah?

Menurut Imam al-Junaid, "Syukur ialah seseorang yang tidak menggunakan nikmat Allah untuk melakukan maksiat kepada-Nya". Ertinya, tanda bersyukur ialah menggunakan segala nikmat atau rezeki kurniaan Allah untuk melakukan ketaatan kepada-Nya dan memanfaatkannya ke arah kebajikan - bukan menyalurkannya ke kancah maksiat atau kejahatan.

Ulama bernama Ahsin bin Atha'ullah pula membahagikan syukur kepada tiga, iaitu:

§ Syukur dengan lidah, iaitu dengan cara menyebut nikmat kurniaan Allah seperti firman Allah: "Dan nikmat Tuhanmu hendaklah engkau menyebutkannya sebagai menzahirkan kesyukuran." (QS. adh-Dhuha: 11);

§ Syukur dengan anggota badan, iaitu dengan melaksanakan ketaatan kepada Allah, iaitu dengan menggunakan anggota badan ke atas perkara yang diredhai Allah; dan

§ Syukur dengan hati, iaitu mengiktiraf bahawa Allah sajalah pemberi segala nikmat di mana segala nikmat atau rezeki yang diperoleh oleh setiap manusia (hamba Allah) datangnya daripada Allah, sesuai dengan penjelasan Allah menerusi firman-Nya bermaksud: "Apa jua nikmat yang kamu peroleh, maka ia datangnya daripada Allah." (QS. an-Nahl: 53)

Ibnu Atha'ullah Askandari pula berkata: "Sesiapa yang tidak mensyukuri nikmat, maka dia membuka ruang seluas-luasnya untuk nikmat berkenaan hilang daripadanya. Sedangkan sesiapa bersyukur, maka (bermakna) dia mengukuhkan lagi ikatan kekalnya nikmat berkenaan kepada dirinya. Dan sesiapa yang tidak mempedulikan nikmat Allah yang diperolehinya, maka dia akan menghargainya apabila nikmat itu (telah) hilang daripadanya."

Ketika Siti Aisyah bertanya Rasulullah SAW (suaminya), mengapa baginda begitu kuat dan tekun beribadah (solat) sampai kakinya bengkak, sedangkan baginda seorang nabi yang telah diampun dosanya dahulu dan akan datang? Nabi Muhammad menjawab, "Tidak bolehkah aku menjadi orang yang bersyukur kepada Allah."

Ini bermakna mentaati perintah dan menjauhi apa jua larangan Allah adalah tanda syukur kepada-Nya. Insaflah bahawa apa jua yang Allah suruh kerjakan dan tinggalkan segala larangan-Nya adalah semata-mata untuk keuntungan manusia sendiri.

Allah tidak mengambil sebarang faedah daripada apa jua yang diperintah dan dilarang-Nya. Allah tidak sekali-kali rugi jika semua manusia sepakat untuk tidak mentaati-Nya dan tidak pula untung sekelumit pun sekiranya semua manusia beriman dan patuh kepada-Nya. Bukankah Allah mewujudkan manusia di muka bumi ini untuk diuji. Allah hendak melihat siapakah antara mereka yang paling baik perbuatannya?

Ini selaras dengan penegasan Allah menerusi firman-Nya yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami (Allah) menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya agar Kami menguji mereka siapakah antara mereka yang terbaik perbuatannya."(QS. al-Kahfi:7)

Wan Aminurrashid Wan Abd Hamid ialah Pensyarah Pusat Islam, 
Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang
Berita Harian, 19 Mei 2000

Kematian & Peringatan Untuk Kita Semua


Membicarakan perihal kematian akan membuatkan kita terdiam sejenak, kelu dan hilang kata-kata sewaktu rancak berbicara.

Sesiapa sahaja yang sedang asyik ketawa dan berbicara tentang perihal dunia maka pastinya akan terdiam atau sekurangnya merasa kurang enak apabila kita berbicara tentang kematian.

Kematian

"(Dialah) yang menjadikan mati dan hidup, agar Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun". (Al-Mulk: 2).
Cubalah berbicara tentang meninggal dunia, mengingati orang-orang sekeliling kita yang telah pergi mengadap Allah, jasad yang kaku, hilang segala-galanya hubungan dengan kehidupan.

Fikirkan pula tentang kubur, ruangan yang kecil, perlahan-lahan jasad diturunkan ke dalam lubang lalu ditimbus.

Gelap gelita, sempit sehingga sesak nafas, apa masih bernafaskah ? Ruangan yang gelap dan kehidupan yang tidak pasti apa akan berlaku seterusnya di hadapan. Kehidupan lalu di dunia semuanya terputus dan hilang tanpa ada upaya kembali walau sesaat untuk menguruskan apa yang belum sempat.

Tiada masa dan tidak akan ada peluang untuk membetulkan kembali kesalahan lalu, apakah masih berpeluang merangkak keluar dari kubur dengan jasad yang sudah tiada nyawa, tiada darah mengalir, badan yang sejuk kaku dan lama-lama membusuk ?

Masih berpeluangkah merangkak keluar dan kembali ke dunia dan kembali ke sisi keluarga untuk mengucup pipi ibu dan ayah bagi melepas rindu ? atau memeluk isteri barang sekali dua melepas rasa dendam kasih atau mencium anak-anak dan mengusap wajah dan kepala mereka sekejap cuma ?

Punyai waktu lagikah untuk menguruskan beberapa kerja yang tertangguh yang belum sempat disiapkan disebabkan datangnya malaikat mencabut nyawa dengan begitu cepat tanpa sempat membuat persediaan dan tanpa pemberitahuan ?

"Tiap-tiap umat memiliki ajal (batas waktu); maka apabila telah datang waktunya, mereka tidak akan dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat pula mempercepatkannya". (al-A’raaf: 34).
Kematian datang secara tiba-tiba dan tiada sesiapa dari kalangan manusia yang tidak terkejut dengan mati kecuali orang yang benar-benar beriman dan berjuang di jalan Allah yang mengharapkan kematian kerana Allah swt.

Kematian boleh berlaku dengan kemalangan, kecederaan atau sakit atau kadang-kadang tergempar dan tiba-tiba begitu sahaja. Maka hendaklah difahami bahawa tujuan hidup ini ialah beribadah dan melaksanakan satu misi khusus iaitu menjadi hamba dan beribadah kepada Allah swt sehingga mendapat redha-Nya dan memenuhi tanggungjawab kepada-Nya.

"Apakah manusia mengira, bahwa dia akan dibiarkan sia-sia?" (al-Qiyamah: 36)


Berkata Imam Syafi’i (ketika menafsirkan ayat ini): “Makna sia-sia adalah tanpa ada perintah, tanpa ada larangan.” (Tafsirul Quranul Karim, Ibnu Katsir, jilid 4, cet. Maktabah Darus Salam, 1413 H hal. 478) .

Ayat ini sudah dijawab oleh Allah swt dengan ayat yang lain apabila Allah menyebut : "Dan tidaklah aku ciptakan jin dan manusia, kecuali untuk beribadah kepada-Ku." (adz-Dzariyat: 56).

Penciptaan manusia ini sememangnya untuk beribadah dan menjalankan kewajipan kepada Allah swt tanpa mempedulikan apa pandangan manusia dan penghinaan yang diterima.

Seseorang yang akan mati maka tetap akan mati tetapi hendaklah berusaha mencapai kematian yang baik. Bagaimanakah kematian yang baik ? Apakah mati di atas tilam dalam pelukan isteri ? Mati di Mekah di dalam Ka'bah atau mati di dalam Masjid ? atau Mati di dalam loji najis atau mati di dalam Kereta kerana kemalangan atau di atas katil kerana sakit atau di atas jalan kerana ditembak oleh musuh Allah ??

Kematian yang baik ialah apa yang disebutkan oleh Allah swt di dalam kitab-Nya : "Hai orang-orang yang beriman bertaqwalah kalian kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa kepada-Nya dan janganlah kalian mati melainkan kalian mati dalam keadaan Islam". (Ali Imran: 102).Selama kematian itu dalam Islam dan kerana Islam maka tidakah mengapa keadaan mati itu kerana bukan cara mati itu baik digantung, ditembak, dibunuh, kemalangan itu yang menjadi perkiraan sebaliknya keadaan diri dan iman dan agama kita sewaktu mati itu yang menjadi nilaian Allah swt.

Oleh : Ustaz Emran