F
Showing posts with label Santai. Show all posts
Showing posts with label Santai. Show all posts

Marhaban Ya RAMADHAN!

Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Alhamdulillah kita bakal bertemu di bulan mulia, bulan penuh keberkatan - Ramadhan kareem - Ramadhan al-Mubarak - pada tahun ini, 1437H/2016M. Dijangka puasa pada 6hb June 2016. Alhamdulillah kita masih diberi ruang dan peluang....Masih panjang umur...untuk nikmati hidup ini....

Moga Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang lebih baik dari sebelumnya.  Diisi dengan amalan soleh - solat wajib 5 waktu + solat-solat sunat (Tarawih-Witir-Dhuha-dan lain-lain), zikrullah sepanjang saat, tilawah/tadabbur Al-Quran secara tartil (khatam 30 juzuk,insyaAllah), banyakkan sadaqah, ... dihentikan semua yang berdosa/mungkar - berkaitan anggota badan atau lisan atau hati - semua sekali,insyaAllah.

Selamat menunaikan ibadah puasa & segala amalan soleh lainnya & meninggalkan amalan dosa & mungkar. Kurangkan bincang-bincang pasal baju Raya, kuih Raya, juadah Raya, aktiviti Raya & shopping Raya sakan. Saban tahun dah kita asyik dok tumpu hal-hal keduniaan sebegini...ubah fokus sikit tahun ni. Tumpu & fokus kepada amalan baik & bagaimana nak meningkatkan kualitinya. Malu kepada Allah SWT & kepada baginda Rasulullah SAW - lain disuuh & ditunjukkan teladan, lain yang kita buat....tak gitu? Ubahlah perlahan-lahan ...... tapi jangan lah pelan sangat..sampai rasa macam tak bergerak......

Marhaban Ya Ramadhan.....

Bertuah dan syukur kita kepada ALLAH sebagai umat Islam kerana dapat menyambut dan melaksanakan ibadah Ramadhan pada tahun ini. Semoga kita semua umat Islam dapat menunaikan puasa dan ibadah-ibadah lain dengan baik. 

Kedatangan Ramadhan bulan yang mulia sememangnya dinantikan oleh umat Islam seluruh dunia. Ramadhan adalah bulan istimewa kerana ia satu-satunya bulan menuntut umat Islam berkewajipan menunaikan ibadah utama yang merupakan sebahagian daripada Rukun Islam dengan menahan lapar dan dahaga demi meraih cinta dan redha-Nya.

Inilah peluang terbaik untuk kita memperbaiki disiplin dari pelbagai aspek dan mendidik akhlak yang baik dengan akhlak terpuji dan murni. Muhasabah diri harus dilakukan agar kita dapat menjalani ibadah puasa tahun ini lebih baik berbanding tahun-tahun terdahulu. Kerana dengan bermuhasabah diri dapatlah kita perbaiki kelemahan yang telah kita lakukan pada tahun-tahun sebelumnya dan berazam untuk lakukan yang terbaik. Firman Allah SWT, bermaksud, " Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kalian puasa sebagaimana diwajibkan kepada orang-orang sebelum kalian, mudah-mudahan kalian bertaqwa." (Al-Baqarah:183)

Puasa seharusnya mendidik manusia menjaga hati dan juga lidah serta pancaindera lain. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, " Sesungguhnya seseorang yang berbicara dengan kalimat yang mendatangkan keredhaan Allah dan dia tidak mengira kalimatnya itu mampu mencapai apa yang aku capai, maka Allah akan menetapkan untuknya keredhaan hingga kelak datang hari kiamat." (Riwayat Imam Malik).
Oleh itu, jadikan puasa sebagai ibadah bagi mendekatkan diri kepada Allah, mendidik sifat kemanusiaan dan kesederhaan, melakukan perubahan ke arah kebaikan dan juga memahami dan menghayati kesyumulan Islam.

Jadikan Ramadhan yang datangnya setahun sekali ini, sebagai bulan ke arah menjana taqwa dan meningkatkan keimanan. Justeru ucapan dan perbuatan sia-sia, tohmahan, maki, keji dan seranah, berbicara bohong dan menyebar fitnah sama ada melalui tulisan dan lisan adalah perbuatan yang patut dijauhi. Ini dijelaskan oleh Allah dalam firman-Nya yang bermaksud : "Demikianlah ajaran Allah dan sesiapa yang menghormati syiar-syiar agama Allah maka (dialah orang yang bertaqwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan daripada sifat-sifat taqwa hati orang mukmin." (Al-Hajj:32)

In sha Allah...semua kita akan mendapat ibadah yang diberkahi dan diredhai oleh Allah S.W.T.

Menu Iftar (23 Ramadhan 1434H)

Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Alhamdulillah dah 23 Ramadhan... saje nak berkongsi resepi iftar hari ni... Sayur maman dengan telur ikan tenggiri. Biasa sy masak yg dijeruk, tapi hari ni sayur mentah.... Memang sedap!


Resepi:-
1 ikat maman
1 kilo telur ikan tenggiri 

Bahan tumbuk:
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Cili api (ikut pedas)
1/2 inci kunyit hidup
1/2 biji kelapa (ambil santan pekat)
1 btg serai (diketuk)
Sedikit garam/gula


Cara-cara memasak:-
Siang pucuk maman, ambil yg lembut sahaja. Selepas itu rendam  sedikit garam. Lepas tu gaul dan ramas rata2. Tos maman tu. 

Campurkan semua bahan tumbuk, santan, maman , serai, garam dan gula ke dalam periuk. Jangan kacau sangat, biarkan maman terendam sahaja agar maman tidak berasa pahit. Masak dgn api sederhana, Setelah maman layu dan kuah dh menggelegak, masukkan telur ikan perlahan-lahan. Kacau perlahan agar telur tidak hancur. Lepas menggelegak, bolehlah diangkat dan hidang.

Makan bersama ikan talapia pekasam dan pucuk paku goreng. Alhamdulillah....nikmat rezeki Allah SWT beri. 


Talapia pekasam
Pucuk paku goreng + udang

Hari Lahir Suami tercinta!!!! Allah selamatkan Kamu, wahai suamiku....

Assalamualaikum....


 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Hari ni jerebu di area Nilai, N9, agak serious. Anak2 saya suruh mereka cuti aje.... walaupun sekolah mereka tidak diminta untuk bercuti lagi.... yelah demi sebuah kesihatan, cuti aje lah....sebab di sklh anak2 saya memang ramai benar pelajar2nya yang batuk2, sesak nafas, muntah2 dan ada juga beberapa pelajar yang pengsan. Jadi saya tidak mahu ambil sebarang risiko, jadi along dan angah saya sendiri yang arahkan mereka bercutiEmbarrassed

Oh ya, la ni saya nak kongsi cerita sambutan besday untuk suami tercinta!!! Bulan June ni mmg bulan makan kek aje...Khadijah dan papanya berkongsi besday dalam bulan yang sama.... preparation seperti biasa anak dara dua orang tu yang buat....sayang along dan angah! Birthday Babies

Buat suami tercinta " Moga sentiasa dalam perlindungan Allah SWT..... diberikan kesihatan yang sihat, dan moga hari mu sentiasa ceria disamping isteri dan anak2 mu ini...... InsyaAllah!
Alhamdulillah....... Inilah yang anak-anak dara berdua tu siapkan utk papanya
Mee Kari....tgk tu siap periuk atas meja...hehehhe....
kek Red velvet.....
P/S: Terima kasih along dan angah.....mama sayang along dan angah.....

Birthday Khadijah yang pertama!


Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Alhamdulillah...hari ni memang ada masa sgt nak update blog.....Khadijah dah tido, Keysha dok asyik main handphone papanya....haaaa.....boleh layannnnn jap blog ni yg tak seberapa ni.....
Sebenarnya banyak title yang dibuat dlm draft, yg nak dikongsikan....tapi masa macam tak berapa nak mengizinkan utk saya menaip..... namun hari ni mudah sikit lah, just buat skit editing dlm draft aje......

Saya nak kongsikan sambutan ulangtahun kelahiran Siti Khadijah Maisarah yg PERTAMA!!!!
Bukanlah beriya sangat, just for fun.... along dan angah yg excited sangat.... 

Aktiviti semasa membeli kek....
Sambutannya sebelah malam..... very simple aje...... persiapan semuanya anak dara dua orang tu yang buat, mama dan papanya tgk aje....
Just 4 fun..... agar ank2 happy...mama papa pun happy! Yang penting kita Njoy!!!

Sweet moments!

Assalamualaikum....


 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Sekadar berkongsi..... hari ni saje2 nk share gambar Siti Khadijah dengan memek2 mukanya..........so sweet....Valentine hand heart

Kalau nak diumpamakan riak wajah mengikut hari-hari, mungkin ini antara memek muka yang dapat menjadi sinopsis yang terbaik.......

ISNIN
Jiwa kacau......sedih nak bangun dari tidur!

SELASA
Dah boleh mengukir senyuman sikit....

RABU
Ehhhh... dah boleh senyum tawar....

KHAMIS
Dah boleh ketawa besar...manis wajahnya.....
eh mana gigi?
JUMAAT
Kegembiraan yang sepenuhnya...
hari paling bahagia dan indah!
Comeiiinyer...


SABTU DAN AHAD
Santai! Indah dan tenang...bersama......4ever!

Menu tengahari tadi....


Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Alhamdulillah.....baru selesai makan tengahari.... menu tengahari Ikan Sardin masak lemak berkangkung dan tempe masak lodeh.....Breakfast time....... Suami yang beriya sangat nk makan ikan sardin masal lemak tu, katanya hari tu dia pergi rumah kakaknya, dijamukan dengan ikan sardin masak lemak tapi campur pucuk ubi. Tu yang masak....demi suami tercinta....Heart Glasses, pucuk ubi tak ada dalam peti ais, tu yang gantikan dengan kangkung.....



Ikan Sardin Masak Lemak Kangkung
Bahan2nya:
Ikan Sardin Dalam Tin  (cap ayam)
Cili api (ikut kepedasan masing2) dtumbuk dengan bawang kecil & bawang putih 
serai diketuk
daun kunyit
Santan kelapa
Kangkung
Asam keping




Cara masak:
Masakkan santan di atas api perlahan. Masukkan bahan2 tumbuk (cili api, bawang kecil & bwg putih). Kacau sebati, masukkan kangkung dan ikan sardin (semua termasuk kuahnya), asam keping dan garam secukup rasa. Masak sekejap aje.....tak mahu kangkungnya terlalu layu.

Tempe masak lodeh
Bahan2nya:
Tempe
Ubi kentang
Tauhu
Udang kertas
Suun (rendam)
Santan
Bawang kecil & bwg putih + halia (ditumbuk)






Cara masak:
Tempe, tauhu, ubi kentang dihiris kecil, kemudian digoreng. Tumis bahan tumbuk dan udang dengan sedikit minyak. Masukkan santan, kacau sebati hingga mendidih, masukkan semua bahan2 yg telah digoreng. Masukkan suun dan garam secukup rasa. Kacau hingga kuah agak sedikit kering, lepas tu boleh lah diangkat. 

Note: 
Boleh campur pucuk tauhu, dan carrot (tapi kat peti ais tak ada), jadi masak apa yg ada aje lah....Happy smiley

Bubur Chacha Jagung bersago...



Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Sarapan pagi ni makan bubur chacha.....Dah lama benar nak masak bubur ni....hari tu masa menziarah rumah adik ipar, dihidangkan dengan bubur chacha pisang....sedapppp..... Alhamdulillah pagi ni diberi kesempatan, siapkan bubur ni sebelum hantar angah ke sekolah, dapat lah makan bubur chacha, cuma tak bubuh pisang.... Guna apa saja yg ada di rumah.... semalam pergi pasar malam, cari pisang tanduk tak jumpa yang jumpanya jagung....boleh lah tu....
Bahan-bahan
1/2 cawan biji sagu
1/2 cawan chacha
1/2 cawan jagung
beberapa ketul gula batu (ikut kemanisan masing2)
Santan kotak (ikut kepekatan)
sedikit garam
2 helai daun pandai disimpul


Cara-cara
  • Panaskan air dan rebus biji sagu hingga jernih - tapis
  • Biji chacha pun rebus dulu - tapis
  • Santan dimasak bersama-sama dgn jagung, biji chacha dan sago
  • kacau hingga pekat (nak banyak kuah, bubuh santan lebih)
  • Boleh dihidang panas atau sejukkan dalam peti ais.

Kuih Seri Gandus & Telinga Keling


Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Petang tadi selepas pergi jemput angah di sekolah...... teringin pula pergi ke pasar malam, rasanya dah lama tak pergi ke sana.... amboi ingatkan seawal 5 ptg tak ramai orang, tapi ramai sungguh! Alhamdulillah dapat parking kereta berdekatan dengan tapak pasar malam. Senang sikit nak jalan....tambahan bawak Keysha dan Khadijah...... 

Pergi ke sana bukan nak bershopping sangat pun, hanya teringin nak cuci mata...almaklum kat pasar malam ni pelbagai makanan yang dijual....  sambil2 tu beli jugalah beberapa jenis kuih-muih....

Antara kuih yang di beli di pasar malam....sedap kuih ni, namanya kuih seri Gandus, anak2 mmg suka kuih ni....di dalamnya ada inti nenas....5 biji/RM2, sbb sedap belilah RM6... puas makan....Flower











Kuih peneram @ Telinga keling - ini favorite si Keysha... Tadi beli RM2
                                    Bahan-bahan:-
1 Kg tepung beras 
900gm gula merah @ gula melaka
2 1/2 cawan air
segenggam tepung gandum
minyak yg banyak untuk menggoreng (deep fry)

Cara-cara:-
  • Masak gula dengan air sampai mendidih,..perlahankan api supaya air gula tidak melimpah,..kacau sampai gula betul-betul hancur.
  • Tapiskan air gula terus ke dalam tepung sambil di kacau agar tepung tidak berketul-ketul...(suamkan air gula....kalau tak bila dah goreng jadi terlalu rapuh sangat)
  • uli bancuhan tepung macam uli roti canai,...pastikan adunan tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut,..agak2 boleh di canai macam nak buat biskut.
  • Perapkan semalaman,bila nak goreng canaikan atas plastik yg telah disapu sedikit minyak supaya tidak melekat,  terapkan guna acuan yang berlubang atau tak payah pun boleh buat dengan tangan macam buat donut....
  • Pastikan minyak betul2 panas bila menggoreng,..try masukkan 1 dulu...kalau cepat je timbulnya dan tak hancur.......jadilah kuih peneram tu!
Nyum...nyum...nyum....sedap!

Arwah mak yang bagi resepi ni..... tapi saya tak pernah cuba, lagi pun saya tak berapa suka sangat kuih peneram ni....leceh membuatnya...kena banyak sabar.....SmileKalau Keysha nak makan beli aje....banyak jual di kedai....

Ucapan Terima Kasih!


Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Semalam (5.5.2013) pas mengundi, pergi TESCO, ank2 dan suami nak beli barang2 utk sambutan hari lahir mamanya....(gembira rasa hati Valentine balloons kerana diingati)...sementara ank2 bershopping saya pergi makan di food court Tesco.....lapar benar dari pagi sampai ke petang belum makan..... hanya sempat minum air koko aje sebelum pergi mengundi.....
Kesian ank ku ini.....lapar sgt!
Alhamdulillah...dah kenyang!
Insan-insan yang memeriahkan Hari Lahir ku....Valentine paper cutout

Malam itu...
Sementara menunggu keputusan PRU13..... saya duduk merehatkan badan...amboi gumbiranya rasa....
Akhirnya.... tadaaaaaa.....
Kek hari lahir ku..
Air Tembikai Lychee
Dessert buah2an
Macaroni cheezy! Sedap...
Terima kasih kepada suami dan anak2ku...... mama sangat2 menghargai apa yang telah kalian lakukan!

Menu sarapan pagi ni......



Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Saje nak share menu sarapan pagi hari ni...simple aje, nasi goreng ikan sardin bersalad.... Anak2 saya memang suka mkn nasi goreng ni....tambahan pula kalau ada kobis ungu, si Keysha tu kalau dibagi makan kobis ungu tak payah nak pujuk2 suruh makan sayur, pandai aje dia makan sendiri...anak sorng ni memang susah suruh makan sayur skit...kena pujuk2 dulu....

Bila masakan kita digemari anak2, nak masak pun rasa bersemangat....bahan tak cukup pun tak pa, masak dgn ikhlas, dan yang penting kita jadikan masakan kita tu sedap...lagi pun kita yang cipta masakan tu untuk jadi sedap, kan? Anak2 pula patutlah menghargai masakan ibu, jangan asyik comments aje kan? Jadi ibu bapa yang mithali dan anak2 yang soleh....kerana hidup berkeluarga ni lengkap melengkapi... insyaAllah bahagialah sesebuah keluarga itu! Mom And Kids

Saya sharekan resepinya yer.....
Dove 1Resepinya:
Nasi putih
Bwg putih diketuk
Cili api potong
Ikan sardin tin (ambik isinya aje) 
Kobis ungu (favorite ank2)
Daun salad

Cara-caranya sama macam masak nasi goreng yang lain;
Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan cili potong, masukkan isi ikan sardin tin tu, masukkan nasi putih dikacau sebati dan last sekali masukkan kobis ungu. Pas tu terus angkat. Salad tu susun2 aje dalam pinggan, pas tu curahkan aje nasi goreng di atasnya, jadi salad tu tak lah layu. Makan macam tu aje, sedap, fresh rasanyer....Thumbs up

Kek kesukaan anak2....



Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kek batik ni adalah kek favorite keluarga saya....boleh dikatakan sebulan sekali pasti buat kek ni ...simple, murah dan si along pun dah pandai membuatnya sendiri. Resepi saya ni mmg mudah...ada separuh org guna tepung (saya tak guna pun), ada tu pula guna telur, saya tak guna pun telur sbb tak suka bau telur tu (hanyir skit)..... ada pula susun2 biskut ke dalam loyang, kan? Saya punya resepi tak payah  buat tu semua, campurkan semuanya...senang sangat....... Sila lah mencubanya.....Blow Kiss
Kek Batik simple~
Bahan2: 
2 paket biskut marie (dipatah2kan)
1/2 tin  susu cair
1/2 tin susu pekat manis
2 sudu besar serbuk koko
1 tin kecil milo
1 buku buttercup (cairkan dulu)

Cara2:

* Cairkan buttercup,  
* Milo dibancuh dengan sedikit air panas supaya tak berketul2, masukkan ke dalam buttercup yang telah dicairkan. Masak di atas api yang perlahan.
* Kemudian masukkan susu cair, susu pekat, dan koko.  Kacau sebati.
* Bila dah pekat, masukkan biskut marie yang dah dipatah2kan ke dalam adunan.
* Tutup api.
Note : Jangan kacau sangat apabila dah dicampurkan semua adunan tu kerana nanti, biskut marie tu hancur....kacau manja2 gitu....

Sediakan loyang... greasekan loyang dengan sedikit mentega, lepas tu masukkan semua adunan kedalam loyang & ratakan...



Selepas diratakan, masukkan ke dalam peti ais dan sejam kemudian boleh lah dihidang.










Tadaaa....Siap untuk dimakan.... Biasanya tak sampai 3 hari dah selesai dah satu loyang tu...saya tak keluarkan dari loyang, potong terus dan hidangkan dalam pinggan....

Tingkatkan Jati Diri anak-anak!


Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Doktor Muda....InsyaAllah
Entri hari  ni citer santai aje....pg tadi jam 6:30 hantar angah ke sekolah......hari ni ada pertandingan bercerita Doktor Muda....moga angah dapat melakukan yg  terbaik dan majlis berjalan dengan lancar. Bulan ni mmg banyak acara pertandingan yang angah masuk....ank sorang ni mmg minat dgn xtvt macam ni, di sekolah dia antara yg terpilih kalau bab2 public speaking ni....yg bagusnya si angah tak pernah menolak, bayangkan bulan ni aje ada 4 teks bercerita yg hendak dihafal dan difahaminya. Dia cool aje, tapi mama nya ni lah yg menjadi penonton dan pengkritik setia si angah niSmiley, minatnya mmg sedari kecil lagi...dari tadika mmg tak pernah rasa takut bila berhadapan dgn orang ramai. Sebagai mama, just bagi support aje...
Pupuk semangat jati diri! Bakal Doktor Muda

Tapi berbeza dgn along....agak pemalu sikit, la ni dh banyak juga berubah si along tu, dah berani menonjolkan diri dalam kelas...kalau tidak duduk diam aje, acara public speaking mmg tak pernah nak masuk......... ada satu hari tu along diminta oleh guru kelasnya membuat presentation sejarah tentang penubuhan negeri Melaka....balik2 sekolah aje (dalam kereta lagi) dia dah cemas2 memberitahu dia dan groupnya ada presentation 2 hari lagi....macam2 katanya...dia takut lah tak yakin lah, macam tak beranilah....macam2 ayat negatif yang keluar dari mulutnya....jadi saya memang tak boleh menekan si along ni sbb dia ni kalau saya bagi pressure kat dia, mmg satu benda pun tak boleh masuk. Jadi saya pun ceritakanlah pengalaman saya padanya waktu saya sekolah, mcm2 perkara saya ceritakan padanya.....sehingga akhirnya dia macam dah dapat sedikit keyakinan diri...namun belum 100% lah tu, (kalau masih berkerut2 dahi tu Smiley), saya membantu along membuat kertas kerja, tlg surfing info dlm internet dll.....pendek kata duduk semeja ler menyiapkan kertas kerja nya tu....akhirnya siaplah , saya ajarkan bagaimana nak present paper tu nnt.... siap dgn lakonan lagi.....bila keluar kat depan jgn panik, tarik nafas....senyum.... dan bentangkanlah apa yg ada kat kepala mengikut kertas kerja tu....along angguk2kan kepala. Bila tiba hari pembentangan, pergi sekolah dengan semangat, tapi muka kelat2 takut gitu.....hehehhe.... Pesanan saya...just buat terbaik and then tawakal. Along senyum. 

Petang tu....sebaik masuk kereta dgn bangganya along berkata "ma, cikgu kata group along yg terbaik...Cikgu jadikan group kami sebagai contoh dan along dilantik menjadi ketua group along...". Saya tersenyum mendengarnya. Pertanyaan saya padanya....

Mama :    Along, bagaimana perasaan along bila dapat melakukan pembentangan tu?
Along  :    Ma....seronok sangat...mula2 along takut juga tapi lepas tu semuanya ok......   cikgu kata bagus, sebagai ketua along dah lakukan yg terbaik utk group along.
Mama :    Jadi moral of the story never say NO pada sesuatu yg belum kita buat!
Along :     Ya ma.....
Begitulah ragam anak2.....4 orang ank semuanya berbeza antara satu sama lain. Namun keperbezaan ini lah yg menjadikan dunia keibuaan saya menjadi menarik dan dipenuhi dengan warna warni. Cuma satu tentang along dan angah (Keysha dan Khadijah belum tahu lg macam mana) mereka amat mempunyai minat yang sama iaitu meminati muzik tradisional Caklempong. Saya sendiri memang menyokong 100% tentang minat mereka ini.       Pada saya muzik dapat meningkatkan kemahiran sosial mereka dan juga membina keyakinan diri. Malah hati saya rasa cemburu + bangga sebab mereka dpt memainkan lagu2 kegemaran mereka dgn gunakan keyboard...... (tu yg mamanya ni belajar dari angah dan along) so dptlah main beberapa lagu. Apabila anak2 boleh@mampu baca nota muzik, insyaallah instrument yg lain pun boleh jgk....Sebagai ibu kita mesti memberi dorongan dan semangat kepada anak2 ni. Kalau boleh kita turut serta dengan apa aktvt yg mereka suka, jadi mereka akan lebih terbuka dengan kita, tambahan anak2 saya semuanya perempuanSmiley.... Apa2 pun sebagai ibu kita hanya lakukan yg terbaik untuk membantu dan membimbing anak2 kita agar mempunyai jati diri mereka sendiri. Semua ini mesti dimulai semasa mereka kecil lagi. Perkara utama adalah membimbing emosi mereka dgn membantu pembangunan emosi anak2 kita dengan cara memahami emosi mereka sendiri dan ibu bapa bertindak balas terhadap emosi ini. Beberapa perkara boleh dipraktikkan:
Berbual dengan anak anda
Tanya anak anda bagaimana perasaannya dan berikan perhatian sepenuhnya bila dia bercakap. Dengar dengan berempati. Beri galakan bila dia cuba mengenal pasti dan memberitahu anda perasaannya. Bantunya jika perlu.
Fahami perasaannya
Ketahui bagaimana perasaan anak anda dengan memerhatikan bahasa isyarat badannya, ekspresi wajahnya dan mendengar nada suaranya. Dengan kepekaan kepada komunikasi tidak verbal ini, anda dapat memberi sokongan dan simpati bila dia sedih, marah atau kecewa, dan bergembira bersama bila dia riang atau gembira.
Jawab pertanyaannya
Anak anda dalam usia prasekolah gemar bertanya. Cuba sedaya upaya untuk menjawabnya. Jangan bersikap acuh tak acuh atau menyuruhnya jangan mengganggu anda dengan soalannya. Anda membuatnya takut untuk bertanya dan hilang semangat untuk belajar. Jika anda tidak tahu jawapannya, luangkan masa untuk mencari jawapan bersama-samanya. Begitu juga bagi anak2 yg remaja, jiwa mereka lebih sensitif, jadi setiap persoalan yang keluar dari mulut mereka, pastikan kita menjawapnya dgn realiti, tak perlu berselindung....lebih terbuka, dan beri mereka pengertian.
Bila anak anda membuat kesilapan
Pujuknya dengan memahami perasaannya selepas dia membuat kesilapan. Terangkan bahawa perasaan bersalah itu adalah normal. Bantu anak anda membetulkan kesilapannya. Dengan cara ini, anda memberikan penyelesaian kepada situasinya. Jangan memarahinya kerana ini hanya akan menjadikannya takut. Dia tidak akan belajar cara menyelesaikan masalah, mengulangi kesilapan sama dan menyebabkannya dimarahi lagi lalu menyangka dia tidak akan dapat melakukannya dengan betul.
Tetapkan batas
Meskipun semua perasaan – baik dan buruk – boleh diterima, bukan semua perangai boleh diterima. Sebagai contoh, dia marah dengan kawannya kerana menconteng bukunya tetapi itu tidak bermakna dia boleh memukul rakannya itu. Pastikan anak anda tahu apa yang diterima dan apa yang tidak patut dilakukan, dan bantunya mencari penyelesaian kepada masalahnya. Jangan saran@suruh mereka membalas perbuatan negatif kawan pada mereka. Daripada membalas secara negatif, suruh mereka fikirkan apa yang boleh dibuat bagi menyedarkan kawannya.
Beri merit/pujian 
Anak2 suka dipuji....jadi pujilah mereka atas usaha yg mereka lakukan....tetapi jgn terlebih puji....berpada-pada sahaja dah memadai.