F

Marhaban Ya RAMADHAN!

Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Alhamdulillah kita bakal bertemu di bulan mulia, bulan penuh keberkatan - Ramadhan kareem - Ramadhan al-Mubarak - pada tahun ini, 1437H/2016M. Dijangka puasa pada 6hb June 2016. Alhamdulillah kita masih diberi ruang dan peluang....Masih panjang umur...untuk nikmati hidup ini....

Moga Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan yang lebih baik dari sebelumnya.  Diisi dengan amalan soleh - solat wajib 5 waktu + solat-solat sunat (Tarawih-Witir-Dhuha-dan lain-lain), zikrullah sepanjang saat, tilawah/tadabbur Al-Quran secara tartil (khatam 30 juzuk,insyaAllah), banyakkan sadaqah, ... dihentikan semua yang berdosa/mungkar - berkaitan anggota badan atau lisan atau hati - semua sekali,insyaAllah.

Selamat menunaikan ibadah puasa & segala amalan soleh lainnya & meninggalkan amalan dosa & mungkar. Kurangkan bincang-bincang pasal baju Raya, kuih Raya, juadah Raya, aktiviti Raya & shopping Raya sakan. Saban tahun dah kita asyik dok tumpu hal-hal keduniaan sebegini...ubah fokus sikit tahun ni. Tumpu & fokus kepada amalan baik & bagaimana nak meningkatkan kualitinya. Malu kepada Allah SWT & kepada baginda Rasulullah SAW - lain disuuh & ditunjukkan teladan, lain yang kita buat....tak gitu? Ubahlah perlahan-lahan ...... tapi jangan lah pelan sangat..sampai rasa macam tak bergerak......

Marhaban Ya Ramadhan.....

Bertuah dan syukur kita kepada ALLAH sebagai umat Islam kerana dapat menyambut dan melaksanakan ibadah Ramadhan pada tahun ini. Semoga kita semua umat Islam dapat menunaikan puasa dan ibadah-ibadah lain dengan baik. 

Kedatangan Ramadhan bulan yang mulia sememangnya dinantikan oleh umat Islam seluruh dunia. Ramadhan adalah bulan istimewa kerana ia satu-satunya bulan menuntut umat Islam berkewajipan menunaikan ibadah utama yang merupakan sebahagian daripada Rukun Islam dengan menahan lapar dan dahaga demi meraih cinta dan redha-Nya.

Inilah peluang terbaik untuk kita memperbaiki disiplin dari pelbagai aspek dan mendidik akhlak yang baik dengan akhlak terpuji dan murni. Muhasabah diri harus dilakukan agar kita dapat menjalani ibadah puasa tahun ini lebih baik berbanding tahun-tahun terdahulu. Kerana dengan bermuhasabah diri dapatlah kita perbaiki kelemahan yang telah kita lakukan pada tahun-tahun sebelumnya dan berazam untuk lakukan yang terbaik. Firman Allah SWT, bermaksud, " Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kalian puasa sebagaimana diwajibkan kepada orang-orang sebelum kalian, mudah-mudahan kalian bertaqwa." (Al-Baqarah:183)

Puasa seharusnya mendidik manusia menjaga hati dan juga lidah serta pancaindera lain. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, " Sesungguhnya seseorang yang berbicara dengan kalimat yang mendatangkan keredhaan Allah dan dia tidak mengira kalimatnya itu mampu mencapai apa yang aku capai, maka Allah akan menetapkan untuknya keredhaan hingga kelak datang hari kiamat." (Riwayat Imam Malik).
Oleh itu, jadikan puasa sebagai ibadah bagi mendekatkan diri kepada Allah, mendidik sifat kemanusiaan dan kesederhaan, melakukan perubahan ke arah kebaikan dan juga memahami dan menghayati kesyumulan Islam.

Jadikan Ramadhan yang datangnya setahun sekali ini, sebagai bulan ke arah menjana taqwa dan meningkatkan keimanan. Justeru ucapan dan perbuatan sia-sia, tohmahan, maki, keji dan seranah, berbicara bohong dan menyebar fitnah sama ada melalui tulisan dan lisan adalah perbuatan yang patut dijauhi. Ini dijelaskan oleh Allah dalam firman-Nya yang bermaksud : "Demikianlah ajaran Allah dan sesiapa yang menghormati syiar-syiar agama Allah maka (dialah orang yang bertaqwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan daripada sifat-sifat taqwa hati orang mukmin." (Al-Hajj:32)

In sha Allah...semua kita akan mendapat ibadah yang diberkahi dan diredhai oleh Allah S.W.T.

0 Responses

Sahabat2ku.......