F
Showing posts with label Diet. Show all posts
Showing posts with label Diet. Show all posts

iNTERMITTENT FASTING - sihatkah diri?

Salam sahabat pembaca...... ๐Ÿ’
Semoga hari-hari indah sentiasa  bersama anda. Limpahan keceriaan dan nikmat kebahagiaan yg berpanjangan. Andai semalam ada secubit kesalan, maka jadikan hari ini suatu pelajaran dan belajar berdamai dgnnya  serta berusaha lah menjadi orang hebat dlm versi anda sendiri!

Oooo ye sahabat pembaca....hari ini aku ingin berkongsi satu cara utk sihat. Ianya dari pengalaman aku sendiri. Aku nukilkan agar bermanfaat utk anda yg masih mencari cara sihat utk diri anda. Bila bercakap tentang sihat semua manusia ada perspektif masing-masing. Bagi aku sihat bermakna aku merasa selesa dan nyaman dengan diri aku. Aku tak peduli apa tanggapan org lain kerana aku adalah aku dan aku tak boleh jadi orang lain. Namun setiap input yg baik akn aku selami dan hadam adakah ianya baik utk aku atau tidak.

Semuanya bermula hujung 2021..... 
Aku dpt merasakan badan aku  tidak selesa kerana beban berat badan ku yg memberi beban kepada lutut aku. Lutut rasa sakit dan meminimakan pergerakan aku. Namun aku masih aktif, walking, dan hiking. Berat badan aku ketika itu 85kg. Beratkan tapi masih dalam anggapan bahawa bentuk tubuh badan, gemuk atau kurus bukan ukuran kepada sihatnya tubuh. Ada saje org yg gemuk, sihat tiada sebarang penyakit. Ada juga yg kurus sakit sana sini. Sihat adalah subjektif. Mana-mana manusia perlu menentukan sihat mengikut tubuh badan masing-masing. Perlu kenal diri masing-masing. Jangan mengukur baju di badan org lain...jadi susah sendiri.

Aku juga sama merasai bahawa berat aku 85Kg ini, aku tiada sebarang penyakit berat tapi aku dapat rasa dengan berat ini memberi beban kepada lutut aku. Ianya dapat aku rasai sekian lama walaupun aku nafikan, biarkan dan its cool...gemuk bkn bermakna sakit, kurus bukan bermakna sihat. Lama aku pegang tanggapan itu. Namun semua berubah, aku tidak tahu kenapa aku berubah pada awal 2022 itu, aku mula mengurangkan portion makanan aku, namun masih makan 3 kali sehari. Dan kemudiannya aku mula tidak mengambil karbohidrat dan gula secara berperingkat-peringkat. Aku tidak sama sekali  ambil dua makanan itu terutama apa saje yg berasaskan tepung gandum dan nasi.

Ianya berlarutan selama 3 bulan. Susah tetapi aku gagahkan juga. Tentulah susahkan..dah biasa mkn nasi tiber kene tahan diri utk tak ambil semua itu. Namun akhirnya 3 bulan itu membuat berat badan ku turun 8kg. Kalau dulu nak turun 1kg pun susah. Naik aje atau mantain aje. Tak percaya kan...Tapi itu hakikatnya. Aku berjaya turun 20kg dlm tempoh masa 8 bulan. Dan ketika aku menukilkn pengalaman aku ni berat aku 57kg... dan ianya sentiasa berubah antara 56 kg - 59kg... dalm julat itu. Skrg aku hanya maintain berat badan ku dlm julat tersebut.

Aku kongsikan cara aku melakukan diet turun berat badan ini. Apa-apa pun gali ilmu dulu sebelum melakukan sesuatu yg baru, jgn ditolak dan jgn diterima bulat-bulat begitu saje. Ambil tahu dahulu dan kemudian beramal.

Amalan yg aku lakukan:-
  • Cara yg aku lakukan ini dipanggil "Intermittent Fasting". Diet IF ini memfokuskan pada masa anda makan, bukan apa yang anda makan – iaitu dengan mempraktikkan kitaran antara tempoh berpuasa dan tempoh makan. Contoh 16:8 iaitu anda berpuasa 16jam termasuk waktu tidur dan  anda makan dalam tempoh 8jam. Contoh last meal hari ini jam 7malam dan dalam tempoh 16 jam sehingga jam 11pagi esoknya anda boleh lah makan selama 8jam berikutnya. Dan teruskan lah rutin tersebut sehingga anda membiasakan diri dengan waktu makan tersebut.Waktu makan 8jam tu, fahamkan maksud makan 8jam tu...aku yakin anda tak larat pun makan aje dalam 8jam tu kan..mksd aku adalah dlm tempoh 8jam tu anda makan lah bila-bila perlu, bukan makan selama 8jam. Takut meletup plak perut anda. 
  • Ada beberapa kaedah masa boleh diamalkan. Ikutlah kemampuan tubuh badan sendiri.Jangan ikut org lain.
            12:12,        
            16:8,
            18:6, 
            20:4, 
            23:1, 
            OMAD 
            Puasa sunat - seperti yg diamalkan oleh org Islam.

            Bila amalkan kaedah ini, perlukan semangat yg kuat. Apa-apa pun tambahkan lagi ilmu   
            pengetahuan dalam setiap apa yg kita ingin buat.
  • Next....Selama beberapa bulan tak silap aku dlm 5 bulan aku mengamalkan gaya makan seperti itu, dan aku mula jadi selesa dengan tubuh badan aku, aku tidak pasti di mana bermulanya aku mula ambil makan sekali sehari yg dipanggil OMAD (one meal a day). Dan pada ketika ini aku telah mula makan memilih apa makanan yg aku masukkn ke dlm badan ku. Contohnya aku mula tidak mengambil karbohidrat dan apa saje makanan yg bergula. Contoh nasi, aneka kuih muih dan air yg ada gula tak kiralah gula putih atau gula perang. Ianya berlaku selama beberapa bulan.
  • Selepas aku dpt berat ideal 56kg - 59kg tu aku hanya perlu jaga apa yg aku masukkan dlm badan. Malah aku selesa dgn cara mkn aku dengan tidak mengambil karbohidrat dan gula, namun sesekali aku teringin nk makan nasi atau kuih muih aku ambil saje skit, dan aku elakkn makan kuih muih yg berasaskan tepung gandum. Actually byk makanan yg aku elakkn, oleh sebab itu aku jarang makan di luar, biasa aku akn masak sendiri. 
  • Contoh makanan yg aku mkn adalah ayam, daging, seafood, sayur skit, buah skit, dan gula putih sama sekali tidak aku sentuh. Kalau teringin nak minum yg rasa manis aku letak stevia atau gula kelapa. Namun bukan lah jadi habit, hanya bila aku teringin. Apa-apa pun diri sendiri yg perlu kawal apa yg kita nak makan. Jangan kalah pada nafsu sendiri. Tetapi sesekali aku ingin makan kuih aku akan buat kuih muih yg berasaskan tepung beras, atau kalau aku rajin aku kisar je beras. Ilmu nk buat kuih dgn tepung beras pun kene belajarlah... Jangan malas nk cari cara. Ada seribu satu macam kaedah utk menikmati hidup. Walaupun kita makann dalam keterbatasan tapi ada cara utk kita melewati keterbatasan itu dengan cara yg berhemah. Cari dan gali ilmu itu! Hidup itu nikmat! Hidup sentiasa dalam pencarian utk memiliki Nikmat!
  • Secara menariknya, konsep ini lebih kurang sama dgn dengan amalan puasa di bulan Ramadan, di mana umat Islam berpuasa dari subuh hingga maghrib. Perbezaannya ialah puasa Ramadan lebih kepada ibadah, manakala diet IF lebih kepada tujuan kesihatan. Kaedah ini bukan hanya bertujuan untuk menurunkan berat badan tetapi juga memperbaiki kesihatan metabolisme dan meningkatkan daya tahan tubuh. Ianya memberikan badan masa untuk memproses tenaga secara lebih cekap. Dalam tempoh berpuasa, badan menggunakan lemak yang disimpan sebagai sumber tenaga, menjadikannya kaedah semula jadi untuk membakar lemak. Cuma manusia walaupun berpuasa di bulan Ramadhan itu merupakan satu ibadah yg baik, tetapi manusia selalu kalah dengan nafsu sendiri, pabila berbuka puasa tak sah kalau tak penuh makanan di meja...mgkn tak semua org begitu tapi kebanyakan begitulah. Mana taknya bazar makanan begitu banyak di kala bulan Ramadhan. Konsep ibadah hanya sekadar ibadah tetapi kosong di jiwa masing-masing. Opss tak semua begitu....tapi kebanyakan begitu๐Ÿ˜Š

Aku berharap agar perkongsian aku ini dpt membuka mata anda utk mencari tahu. Kalau anda inginkan maklumat lebih lanjut aku rasa bersepah dalam alam maya ni...cuma pandai-pandai lah memilih dan mengkaji kebenarannya. Jangan terima dan tolak membabi buta.

Sebenarnya...diri kita adalah apa yg kita makan...kerana semua nya akan menjadi darah daging kita. Kenal pasti apa yg baik utk tubuh anda, jgn ikut org lain, kerana setiap tubuh badan berlainan caranya namun satu hal yg pasti tubuh kita menginginkan makanan yg sihat "Halalan toyibba".
Halal tidak bermakna baik utk badan
Tetapi baik dan elok sudah pasti terbaik utk tubuh badan kita.๐Ÿ˜‰


TIPS MENDAPATKAN PEMBAKARAN LEMAK SECARA OPTIMAL

Assalamualaikum....

 ุงู„ู„َّู‡ُู…َّ ุตَู„ِّ ุนَู„َู‰ ู…ُุญَู…َّุฏٍ ูˆَุนَู„َู‰ ุขู„ِ ู…ُุญَู…َّุฏٍ

ุจِุณْู…ِ ุงู„ู„ู‡ِ ุงู„ุฑَّุญْู…ู†ِ ุงู„ุฑَّุญِูŠู…ِ

Pada kesempatan ini, saya  ingin berkongsi berkenaan pembakaran lemak secara optimal. Bukan mudah nak dapatkan situasi di mana kita bersenam dan dalam masa yang sama lemak terbakar secara optimal.   Kita tahu bahwa untuk mendapatkan tubuh yang ideal, kita harus bersenam. Ada yang kata “Saya sudah bersenam, namun tidak ada hasil yang signifikan”. Oleh itu kita harus mempelajari bagaimana hendak mendapatkan pembakaran lemak dan cari mana-mana kesalahan yang kita lakukan ketika bersenam.

Berikut beberapa perkara asas yang harus kita ketahui untuk membantu program fat loss kita :

1.Keringat bukanlah lemak

Banyak orang yang masih menganggap jika kita berkeringat banyak, maka berat badan akan turun. Jika hal demikian memang benar, mengapa kita tidak duduk  saja didalam kereta tanpa menyalakan penghawa dingin? Sebenarnya yang keluar dari tubuh kita adalah keringat yang kandungannya berupa air, garam, dan beberapa zat-zat lainnya. Sehingga hal ini tidak mempengaruhi pembakaran lemak dalam tubuh kita.

2.Memilih antara Berjalan dan Berlari pada saat berolahraga/bersenam

Contoh mudah  di mana anda sudah bermain bola dengan kadar tinggi setiap hari. Namun masih saja tidak berhasil mendapatkan proses pembakaran lemak yang optimal ? Hal ini disebabkan karena saat bermain bola/berolahraga ,hal yang lebih banyak dilakukan adalah berlari. Pada saat kita berlari yang terbakar adalah gula darah, bukan lemak. Jadi jika anda masih beranggapan dengan terus berlari anda akan membakar lemak, itu sangatlah tidak efektif. Berjalan cepat membakar lemak jauh lebih optimal dibandingkan berlari. Terutama bila anda melakukannya setelah bangun tidur, dan perut yang kosong di isi dengan 2 gelas air putih atau segelas black coffee. Berjalanlah lebih dari 45 menit, kerana pada 30 minit pertama tubuh harus membakar gula darah yang tersisa, setelah itu baru boleh membakar lemak secara efektif. Untuk pembakaran lemak yang paling efektif selain jalan pagi, adalah digalakkan mengamalkan kaedah HIIT (High Intensity-Interval Training) dan EHIIT(Elevated High Intensity Interval Training) . Inmerupakan kaedah pembakaran lemak yang di perkenalkan oleh Denny Santoso. SILA BACA DI SINI!

Di mana dalam proses ini anda akan mengkombinasikan jalan cepat dan lari. Hal ini akan memicu jantung kita berdetak lebih cepat, dan proses metabolisme yang meningkat sehingga pembakaran kalori terjadi secara optimal. Dalam proses HIIT dan EHIIT yang anda target bukan lah angka pembakaran pada mesin treadmill. Namun yang ditargetkan disini adalah proses “afterburn”. Yaitu meningkatnya Basal Metabolism Rate anda sehingga proses pembakaran lemak masih berjalan di atas rata-rata meskipun anda sudah berhenti olahraga untuk beberapa jam.

3. Hindari lemak jahat

Tentu kita sering nih makan gorengan ? nah sebenarnya yang membuat kita gemuk bukan lah karena minyak – minyak dari gorengan tersebut secara langsung menjadi lemak didalam tubuh kita.Namun proses yang sebenarnya terjadi adalah lemak jahat yang dikandung oleh gorengan – gorengan dan makanan-makanan tidak sehat lainnya, akan menghambat proses metabolisme didalam tubuh kita.Sehingga rata-rata pembakaran kalori didalam tubuh kita secara bertahap akan menurun.Dan hal ini akan menyebabkan kalori yang tidak terproses akan menjadi lemak.Cara lain untuk memblok lemak jahat selain dengan cara menghindarinya, adalah dengan menkonsumsi teh hijau.Teh hijau berfungsi untuk memblok lemak jahat yang masuk kedalam tubuh kita.Sehinga proses metabolisme tidak terhambat oleh lemak jahat.Tapi ingat, teh hijau ini bukan teh hijau botolan yang sudah dikemas ya  .Anda boleh memilih teh hijau yang ada di supermarket dalam bentuk teh celup ataupun daun teh.

4. Angkat beban

Dalam poin ini saya akan memberi analogi yang sederhana

“Semakin besar mesin sebuah kendaraan, maka semakin banyak bahan bakar yang diperlukan”

Hal yang sama berlaku pada tubuh kita. Otot adalah mesin, dan lemak adalah bahan bakar. Jika kita memiliki mesin yang kecil dan memiliki banyak bahan bakar, maka bila masa bahan bakar baru akan dihabiskan? Ketika kita melakukan olahraga/bersenam – olahraga angkat beban, maka otot yang lama akan rusak dan membentuk otot baru. Disini kita memiliki banyak keuntungan iaitu :

-Proses pembentukan otot baru memerlukan kalori, ertinya disini terjadi pembakaran lemak;

-Otot baru yang lebih besar dari otot sebelumnya memerlukan kalori yang lebih besar juga, disini lemak juga dibakar lebih banyak.

-Mengencangkan tubuh kita, jadi tak ada istilah “tubuh bergelambir setelah kehilangan lemak”

Untuk yang wanita, jangan takut untuk angkat beban. Hormon Testosteron yang lelaki miliki kadarnya 10x ganda lebih banyak daripada yang wanita miliki, sehingga badan lelaki cenderung “sado” .Hal ini tidak akan terjadi ke wanita, kecuali anda memang bertujuan untuk melakukan body build dan melakukan angkat beban dengan intensiti super tinggi.

5.Lakukan kebiasaan – kebiasaan yang sihat

Untuk poin ini, lebih cenderung kepada individu itu sendiri yang mana lebih selesa dengan diri sendiri. Contoh-contoh kebiasaan yang dapat dilakukan dalam proses fat loss ini.

-Minum 2 gelas air putih setelah bangun tidur, lalu consumed black coffee 30 minit;

-Tidak menggunakan lift, dan memilih berjalan menaiki tangga;

-Kurangi nasi sekitar 3/8 porsi, dan digantikan dengan sayuran, daging ayam, ataupun buah;

-Cari tahu makanan favorite anda yang merupakan makanan sihat. Kalau saya sendiri suka makan telur, jadinya ketika saya lapar, saya akan membuat omelet, ataupun telur rebus dan dikonsumsi tanpa nasi.

-Makan 3x main meal dan 3x healthy snack time dalam sehari

Healthy snack adalah susu hi protein, kacang almond, buah-buahan, yoghurt 0% fat, sayur – sayuran. Sehingga tubuh kita tetap terisi dan proses metabolisme tidak menurun. Anda boleh mengambil healthy snack 2 jam setelah main meal;

-Berhenti berpikir makan 1x sehari = cara diet yang baik;

Semasa kita makan 1x sehari,tubuh tidak menerima signal bahwa kita mau diet.Yang diterima oleh tubuh kita adalah signal SOS, kita dianggap terdampar di tengah hutan tanpa makanan. Sehingga tubuh akan mengaktifkan “power saving mode”. Dan hal ini akan memperlambat proses metabolisme yang menyebabkan pembakaran lemak tidak optimal.

6.Buat tubuh anda “shock”

Terkadang pembakaran lemak didalam tubuh kita menurun secara bertahap. Hal ini disebabkan oleh aktiviti kita sehari-hari sudah beradaptasi didalam tubuh kita. Jadi kita harus memberikan cabaran baru ke dalam tubuh kita. Contohnya : biasanya kita hanya mampu berlari dengan kecepatan 12km/h dalam 2 minit .Cabarlah tubuh anda dengan berlari secepat 14km/h untuk lebih dari 2 minit. Dengan begitu tubuh anda harus membiasakan diri dengan kebiasaan baru. Dan dalam proses ini rata-rata pembakaran lemak akan terus meningkat.

Semoga tips-tips di atas dapat membantu anda dan saya sendiri pun masih meneruskan akitiviti ini untuk kesihatan saya secara peribadi, cuma kadang-kadang tersasar juga.

stay healthy !

Merangsang metabolisma badan


Assalamualaikum....

 ุงู„ู„َّู‡ُู…َّ ุตَู„ِّ ุนَู„َู‰ ู…ُุญَู…َّุฏٍ ูˆَุนَู„َู‰ ุขู„ِ ู…ُุญَู…َّุฏٍ
Jerebu masih lagi tinggi di area kediaman saya....  Bacaan IPU..... tapi dah sedikit menurun, dan area kediaman saya antara yang masih tinggi IPUnya.... Anak2 dah saya suruh ke sklh, dgn menggunakan topeng penutup mulut....insyaAllah semuanya akan baik-baik sahaja.  Entri ni dah lama simpan dalam draft..... la  ni baru sempat nak post....just utk  koleksi@peringatan sendiri dan tatapan pembaca....moga ada manfaat.


Apa yang kita makan setiap hari bukan saja menjadi membentuk badan secara fizikal malah menentukan masa depan kesihatan tulang jantung dan juga risiko mendapat diabetes ketika mencecah usia akhir 40-an. Bina piramid pemakanan anda terdiri daripada 40 peratus karbohidrat kompleks, 30 peratus protein dan 30 peratus lemak sihat. Disini disenaraikan beberapa cara untuk meningkatkan metabolisme badan.

1 - Jangan diet
Diet kesihatan lelaki bukan tentang makan kurang, tetapi tentang makan lebih - makanan gizi-padat lebih - untuk penuhkan kalori kosong dan membuat anda penuh sepanjang hari. Itu penting, kerana makanan menyekat akan membunuh metabolisme anda. Hal ini membuat tubuh anda berfikir, "Aku kelaparan di sini!" Dan tubuh anda merespon dengan melambatkan kadar metabolisme anda untuk berpegang pada menyimpan tenaga yang ada.

Yang lebih parah lagi, jika kekurangan makanan (crash diet bererti anda) terus, anda akan mula membakar jaringan otot, yang hanya memberi musuh anda iaitu lemak visceral, keuntungan lebih besar. Metabolisme anda akan turun lebih banyak, dan lemak terus untuk menuntut lebih ruang.

2 - Tidur lebih awal
Satu kajian di Finland melihat pasang kembar seiras dan mendapati bahawa setiap set saudara kandung, kembar yang tidur kurang dan berada di bawah tekanan lebih memiliki lemak visceral. Apa itu lemak visceral? 

Lemak visceral berbeza dari lemak tubuh lainnya (lemak subkutan-lemak di bawah kulit). Lemak Visceral , juga disebut lemak intra-abdomen, adalah lembaran lemak yang mengelilingi organ internal tubuh manusia yang ditunjukkan dalam ukuran ketebalannya. Sedangkan lemak subkutan berada di sisi lain, adalah lemak tubuh yang berada dekat dengan permukaan kulit dan dianggap kurang berbahaya, dan lebih sangat mudah dihilangkan daripada lemak visceral.

Visceral body fat adalah yang paling membahayakan kerana ia ‘sukar dilihat dengan mata kasar’. Pakar perubatan mengesyorkan tiada cara lain yang dapat menyingkirkan “visceral body fat“, melainkan melalui senaman secara berterusan sepanjang hayat. Siapa sangka, senaman seperti berjalan kaki di taman sebanyak 3 kali seminggu mampu mengatasi peningkatan jumlah “visceral body fat“.TAPI bila ckp mengenai senaman, ramai yg anggap ianya menyusahkan..so bagaimana? Tepuk dada tanya selera yer!!!

3 - Makan lebih protein
Pentingkan makanan kaya protein setiap kali mengambil makanan untuk mengekalkan rasa kenyang dan juga melawan perubahan mood yang boleh menimbulkan rasa lapar. Para penyelidik sekarang mengesyorkan jumlah antara 0.8 dan 1 gram per paun berat badan. Amalkan susu soya, tauhu dan kacang soya dalam pemakanan harian. Ia mengandungi oestrogen yang membantu menyeimbangkan perubahan hormon yang boleh menyebabkan kelaparan.

4 - Amalkan makan kekacang 
Makan antara makan tengah hari dan minum petang. Badam boleh merangsang kalsium yang diperlukan untuk pembentukan tulang dan vitamin E bagi mendapatkan kulit yang berkualiti dan cantik selain membantu mengawal berat badan.

5 - Mengamalkan pemakanan organik setakat yang mampu

6 - Bangunlah, berdiri
Dalam satu kajian mendapati bahawa tidak aktif (selama 4 jam atau lebih) menyebabkan 'shutdown' dalam enzim yang mengawal metabolisme lemak dan kolesterol. Untuk menjaga enzim ini aktif dan meningkatkan pembakaran lemak anda, pecahkan waktu lama 'downtime' dengan berdiri, contohnya ketika berbicara di telefon.

7 - Minum air sejuk
Penyelidik di Jerman mendapati bahawa minum 6 cawan air sejuk sehari (48 aun) dapat meningkatkan metabolisme istirehat sekitar 50 kalori setiap hari - cukup untuk membuang 5 paun dalam setahun.

8 - Makan pedas
Menambah cili atau mustard dalam makanan akan membantu membakar sehingga 12 peratus kalori. Ternyata bahawa capsicum, sebatian yang memberikan cili mulut-membakar, juga boleh meningkatkan metabolisme. Makan sekitar 1 sudu makan cabai merah atau hijau cincang meningkatkan pengeluaran panas tubuh anda dan aktiviti sistem saraf simpatik anda (bertanggung jawab untuk respon 'melawan-atau-mengalah' kita), menurut sebuah kajian yang diterbitkan dalam Journal of Nutritional Science and Vitaminology.

9 - Isi perut waktu pagi
Makan sarapan pagi akan melompat-mula metabolisme dan menjaga tenaga yang tinggi sepanjang hari. Bukan kebetulan bahawa mereka yang melewatkan makan ini adalah 4 1/2 kali lebih cenderung menjadi gemuk. Dan makan pertama anda yang bersungguh adalah lebih baik. Dalam satu kajian yang diterbitkan oleh American Journal of Epidemiology, sukarelawan yang mendapat 22-55 peratus dari jumlah keseluruhan kalori ketika sarapan pagi hanya menambah 1.7 paun purata selama 4 tahun. Mereka yang makan sifar hingga 11 peratus kalori mereka di pagi hari menambah hampir 3 paun.

10 - Minum kopi atau teh
Kafein adalah stimulasi sistem saraf pusat, dan  boleh meningkatkan metabolisme anda 5 hingga 8 peratus - sekitar 98-174 kalori per hari. Secangkir teh dapat meningkatkan metabolisme anda dengan 12 peratus, menurut satu kajian di Jepun. Para penyelidik percaya bahawa antioksidan catechin dalam teh menyediakan 'perangsang'. Lima cawan teh hijau sehari juga dipercayai merangsang metabolisme dan membakar 100 kalori sehari

11 - Perangi lemak dengan serat (fiber)
Serat boleh meningkatkan pembakaran lemak anda sebanyak 30 peratus. Kajian mendapati bahawa mereka yang makan paling banyak serat ialah yang paling sedikit berat dari masa ke masa. Sasarkan sekitar 25 gram sehari - dalam jumlah tiga hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran.

12 - Makanlah makanan yang kaya dengan zat besi
Zat besi sangat penting untuk membawa oksigen yang diperlukan oleh otot anda untuk membakar lemak.
Kerang, daging tanpa lemak, kacang-kacangan, bijirin, dan bayam merupakan sumber yang sangat baik. (Tapi adalah tidak hanya perlu bergantung dengan pengambilan supplement zat besi semata-mata kerana terlalu banyak yang telah dikaitkan dengan risiko lebih besar kepada penyakit jantung pada lelaki. Dapatkan mineral penting ini dalam dos yang lebih natural dari makanan yang sebenarnya.)

13 - Dapatkan lebih banyak Vitamin D
Vitamin D sangat penting untuk mengekalkan rangkaian otot metabolisme-meningkat. Dapatkan 90 peratus daripada nilai yang disarankan harian (400 IU) dalam menyediakan 3.5 aun salmon. Sumber lain yang bagus ialah tuna, susu dan bijirin yang dikuatkan, dan telur.

14 - Minum susu
Ada beberapa bukti bahawa kekurangan kalsium boleh melambatkan metabolisme. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan kalsium dalam makanan tenusu seperti susu bebas lemak dan yogurt rendah lemak juga boleh mengurangkan penyerapan lemak dari makanan lain. Cuba minum susu dan makan telur semasa bersarapan; tuna, salmon, kekacang dan ayam untuk makan tengah hari; daging merah tipis atau produk berasaskan soya bagi makan malam.

15 - Makan tembikai 
Asid amino arginine, yang banyak dalam tembikai, boleh membantu mengurangkan berat badan, menurut satu kajian baru dalam Journal of Nutrition.

16 - Tetapkan terhidrasi
Semua reaksi kimia tubuh, termasuk metabolisme anda, bergantung pada air. Jika anda mengalami dehidrasi, anda mungkin akan membakar kalori sampai 2 peratus lebih sedikit, menurut para penyelidik di University of Utah yang memantau tahap metabolisme dari 10 orang dewasa ketika mereka minum jumlah yang berbeza-beza air dalam sehari. Dalam kajian tersebut, mereka yang minum sama ada lapan atau dua belas 8 aun gelas air sehari memiliki tingkat metabolisme yang lebih tinggi daripada mereka yang mempunyai empat.

17 - Beri perhatian kepada makanan yang kaya dengn nutrisi dan jangan ‘bazirkan’ kalori anda untuk makanan yang tidak mampu merangsang nutrisi penting untuk badan.

18 - Tukar diet bebas lemak dan karbohidrat kepada diet sihat yang seimbang dengan mengawal peratusan makanan yang diambil.

19 - Bina otot
Gunakan Pemberat untuk membina otot kerana otot boleh meningkatkan metabolisme berbanding dengan lemak terutamanya ketika berehat. Senaman pemberat adalah contoh senaman yang boleh membina otot.

20 - Bersenam
Lapangkan masa untuk bersenam atau berjogging.

Disiplin dalam berdiet bagi penderita diebetes

Assalamualaikum....
 ุงู„ู„َّู‡ُู…َّ ุตَู„ِّ ุนَู„َู‰ ู…ُุญَู…َّุฏٍ ูˆَุนَู„َู‰ ุขู„ِ ู…ُุญَู…َّุฏٍ
Penderita diebetes memang perlu berdisiplin dalam diet mereka. Mereka juga mesti bersedia untuk mengubah gaya hidup termasuk  rutin senaman mereka. Gaya hidup cergas dan disiplin dalam pengambilan makanan amat efektif dalam mencegah atau melengahkan penularan diabetes. Ada orang yang mengatakan bahawa pesakit diabetes mesti  menjalani diet ketat, makanan manis menjadi pantangan. Sehingga sering kali menu untuk penderita diabetes harus berbeza. Namun kini, itu semua tidak perlu dibimbangkan selagi pesakit diebetes itu sendiri tahu, faham akan diet yang patut untuk diri mereka sendiri. Bagi penderita diabetes secara prinsip dapat hidup normal asalkan berdisiplin dalam menjalani empat kaedah utama iaitu memahami  dan tahu mengatasi diebetes, mengatur pola makan, melakukan senaman secara teratur dan terapi ubat-ubatan.

Berikutan diabetes disifatkan berkaitan gaya hidup, sasaran utama dalam kawalan diet adalah untuk mencapai tahap glukos dalam darah yang normal. Individu yang mengalami diabetis jenis satu dan jenis dua yang mengambil insulin atau ubat makan perlu memadankan pengambilan kalori dengan pengambilan ubat atau insulin selain melakukan senaman bagi mengawal tahap glukos dalam darah. Apabila diet dan senaman dilakukan secara rutin, teratur dan disiplin maka gula darah penderita diabetes akan menurun dalam 2 minggu. Kunci utamanya adalah disiplin dan istiqomah.

Diabetes terjadi karena ketidakseimbangan jumlah dan respon insulin terhadap masuknya gula kedalam tubuh. Insulin berfungsi sebagai hormon pengawalan gula darah, dihasilkan di pankreas. Insulin dalam tubuh tidak cukup untuk menurunkan gula darah dari luar atau yang dihasilkan oleh hati. 

Pesakit diebetes perlu berbincang dengan pakar pemakanan bagi merancang diet secara individu mengikut garis panduan umum dengan mengambil kira keperluan kesihatan mereka.  Kesalahan utama penderita diabetes adalah tidak mahu makan supaya gulanya turun, dan ini adalah kesalahan yang tidak patut dilakukan. Penurunan gula darah secara drastuk dapat menyebabkan pengsan dan kematian (hipoglikemi). Prinsip yang harus dipegang adalah menjaga kadar gula darah dalam batas normal (bukan rendah). Secara ideal, pesakit perlu mensasarkan bacaan tahap glukos sebelum sajian pada 90 hingga 130 mg/dL dan tahap ketika tidur 110 hingga 150 mg/dL. 
  • Disiplin diet pesakit diabetes juga termasuk menimbang dan menyukat makanan bagi mendapatkan jumlah kalori yang betul. Bagi mereka yang baru menyesuaikan diri, guna cawan dan sudu penyukat serta penimbang gram.
  • Makanan juga perlu ditimbang dan disukat selepas masak. Selepas menyukat semua makanan selama seminggu atau lebih, kita sudah boleh mengagak sukatan makanan hanya dengan melihat.
  • Secara amnya, mereka perlu makan tiga hidangan mengikut aturan yang ditetapkan. Snek juga sangat penting pada waktu yang amat diperlukan.
  • Pesakit juga perlu memeriksa tahap gula setiap jam. Mereka perlu tahu akan tanda-tanda penyakit mereka seperti pening, hilang fokus, rasa tersangat lapar, menggigil, berpeluh dan seram sejuk,  agar tindakan ubatan@rawatan dapat diberikan.
Secara umum, diet pada penderita diabetes harus memenuhi 3 komponen yang mencukupi iaitu karbohidrat, lemak dan protein.

  • Karbohidrat pada diet penderita diabetes harus mencapai 70% dari total kalori dan berupa karbohidrat yang kompleks seperti nasi (nasi merah lebih baik dari nasi putih, dan kedua nasi ini sama-sama karbohidrat kompleks). Ubi Kentang adalah pilihan karbohidrat yang tidak baik karena lebih cepat membuat gula darah naik.
  • Lemak juga harus ada dalam diet diabetes karena lemak diperlukan untuk memperbaiki sel yang rosak.
  • Protein wajib disertakan dalam diet. Whey Protein adalah pilihan terbaik.
Berikut adalah beberapa tips diet bagi pesakit diebetes mencapai kejayaan:-

  • Jaga nafsu makan.
  • Makanan dalam porsi yang tetap agar kandungan gula dalam darah tidak selalu berubah-ubah.
  • Bagilah porsi makanan menjadi 3 porsi besar dan 3 porsi kecil.
  • Makan sebelum lapar dan berhentilah makan sebelum kenyang.
  • Teratur dalam jumlah, jenis dan jadual.
  • Perbanyak menu buah-buahan dan sayuran.
  • Gerak badan atau senaman secara teratur minima selama 30 minit atau 4 kali seminggu.
  • Pilih senaman yang sesuai. Jalan kaki atau berenang relatif lebih baik.
Ketahuilah had kemampuan diri, cubalah untuk mendisiplinkan diri, jangan menyimpang dari rutin diet dan ubat-ubatan yang ditetapkan serta jangan lupa untuk kerap bersenam. Dengan pemantauan yang dilakukan sendiri, pesakit tidak perlu buang masa ke klinik. 

Mengenali Piramid makanan

Assalamualaikum....

 ุงู„ู„َّู‡ُู…َّ ุตَู„ِّ ุนَู„َู‰ ู…ُุญَู…َّุฏٍ ูˆَุนَู„َู‰ ุขู„ِ ู…ُุญَู…َّุฏٍ
Untuk info kesihatan.... kita akan melihat panduan pemakanan terbaik melalui piramid makanan. Ketahui jenis makanan yang perlu dilebihkan dan dikurangkan. Kita selalu terdengar tentang diet yang seimbang perlu untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa. Tetapi, bagaimanakah yang dikatakan sebagai diet seimbang? Piramid makanan dapat memberi panduan tentang diet seimbang ini.

Piramid makanan ialah satu carta yang membantu kita untuk merancang pengambilan jenis-jenis makanan dan sukatan makanan yang sesuai untuk kita setiap hari. Ia digunakan sebagai panduan dalam penyediaan makanan sihat. Dengan Piramid Makanan ini ianya memberi satu panduan mudah bagi individu mempelbagaikan makanan harian mengikut jumlah sajian yang disarankan.

Beberapa fakta nutrisi yang perlu kita ketahui:- 

  • Protein membina otot-otot. Badan kita tidak boleh menyimpan protein, oleh itu kita perlu mengambil protein didalam diet setiap hari. Sumber-sumber protein adalah produk tenusu, daging, ikan, telur dan kekacang. Karbohidrat memberikan tenaga, iaitu "petrol" kepada badan anda. 
  • Sumber-sumber karbohidrat adalah pasta, nasi, roti, kentang, buah-buahan, sayuran dan bubur nasi. 
  • Lemak adalah sumber tenaga yang penting dan membantuk badan kita menyerap vitamin tertentu. Kanak-kanak perlukan lebih lemak daripada orang dewasa kerana proses tumbesaran mereka dan mereka lebih aktif daripada orang dewasa. Ada lemak yang baik dan juga sebaliknya. Oleh itu, apabila menyediakan makanan untuk anak anda, gunalah minyak zaitun atau minyak biji anggur.
  • Mineral sangat penting untuk saraf dan otot berfungsi dengan baik.Mineral-mineral yang perlu adalah: Zink – terdapat di dalam susu, daging, roti dan produk bijirin. Kalsium – terdapat di dalam produk tenusu dan sayuran hijau. Besi – terdapat di dalam kebanyakan makanan seperti daging, hati dan sayuran hijau. Walaupun ia terdapat dikebanyakan makanan, bukanlah mudah untuk kanak-kanak mendapatkan zat besi yang cukup. Anda boleh memberikan anak anda bijirin yang kaya dengan zat besi untuk menampung keperluan zat ini pada anak anda. Zat besi amat mudah meresap ke dalam badan dengan hadirnya vitamin C, oleh itu tambahkan buah-buahan sitrus ke dalam bijirin anak anda.
  • Vitamin penting untuk tumbesaran kanak-kanak dan kesihatan umum. Vitamin A – penting untuk kesihatan mata. Terdapat di dalam mentega, marjerin, ikan, hati, telur dan susu. Terdapat juga di dalam buah-buahan sitrus, beri, kentang dan juga sayuran. Vitamin ini juga terdapat di dalam ikan salmon dan juga minyak masakan.
Panduan ini telah dihasilkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kumpulan makanan terdapat dalam Piramid Makanan

ARAS 1
Aras 1 Piramid Makanan mengandungi kumpulan makanan yang kaya dengan karbohidrat kompleks, yang merupakan sumber tenaga yang utama. Makanan ini juga membekalkan vitamin, mineral, serat dan sedikit protein. Setiap hidangan makanan daripada kumpulan ini perlu diambil paling banyak. Contoh makanan bagi kumpulan ini adalah nasi, bubur, roti, mi, mihun, biskut, pasta, bijirin sarapan, capati, thosai, ubi keledek, keladi dan kentang.

ARAS 2
Aras 2 Piramid Makanan mengandungi makanan yang kaya dengan vitamin, mineral dan serat. Makanlah makanan di aras ini dengan banyak, dan pelbagaikan pilihan di dalam setiap hidangan. Contoh makanan bagi kumpulan ini ialah sayur-sayuran hijau dan buah-buahan.

ARAS 3
Daging, ayam, ikan dan kekacang terletak di Aras 3 Piramid Makanan. Makanan ini kaya dengan protein, vitamin B, zat besi, zink dan magnesium. Pilihlah daging rendah lemak dan buang semua lemak yang kelihatan pada daging dan ayam. Sekali sekala tukarkan penggunaan daging dengan kekacang, kerana ianya rendah lemak dan kaya dengan serat. Contoh kekacang adalah kacang soya dan hasilnya seperti tauhu dan tempe, kacang dhal dan kacang merah.

Hasil tenusu juga terletak di Aras 3 Piramid Makanan. Contoh hasil tenusu ialah susu, keju dan dadih. Makanan ini kaya dengan protein, kalsium dan biasanya diperkaya dengan vitamin D. Pilihlah hasil tenusu rendah lemak.

ARAS 4
Lemak, minyak, coklat, gula dan juga makanan yang kaya dengan bahan ini terletak di Aras 4 Piramid. Ini menunjukkan hanya sedikit sahaja makanan daripada kumpulan ini yang perlu dimakan.

Diet berkesan!



Assalamualaikum....


 ุงู„ู„َّู‡ُู…َّ ุตَู„ِّ ุนَู„َู‰ ู…ُุญَู…َّุฏٍ ูˆَุนَู„َู‰ ุขู„ِ ู…ُุญَู…َّุฏٍ
Sekadar berkongsi..... moga bermanfaat.
21 Tips Diet Yang Berkesan

Tip 1 – Untuk tips pertama ini, anda perlukan dua biji lobak merah dan sebiji timun. Kemudian, buang kulit kedua-dua buah tersebut dan perah untuk dapatkan airnya. Selepas itu, campurkan perahan dengan sebiji limau nipis dan bancuh sehingga sebati. Anda boleh minum sebanyak dua kali sehari sehingga mencapai berat badan yang diimpikan.


Alasannya? – Lobak dan limau nipis mengandungi banyak antioksida didalamnya. Antioksida ini dapat meneutralkan radikal bebas dan seterusnya menjadikan sistem hormon badan anda menjadi seimbang. Jadi lemak-lemak bebas dapat disingkirkan dengan mudah.



Tips 2 – Jangan tinggalkan sarapan. Anda mungkin ingin kurangkan pengambilan makanan kerana berdiet. Lalu anda abaikan sarapan. Tetapi, tindakan itu adalah kurang bijak. 

Alasanya? - Ini kerana, apabila anda telah berlapar semalaman kemudian tidak bersarapan. Kandungan glukosa dalam badan boleh menjadi rendah  dan mengakibatkan masalah fisiologi seperti pening dan pitam. Jadi, apabila tiba waktu  lunch, anda mungkin mengambil makanan secara berlebihan. Oleh itu, jangan tinggalkan sarapan walau hanya dengan sebiji buah epal.

Tips 3 – Kurma sebagai makanan pagi. Dengan pengambilan beberapa biji kurma sebagai sarapan, ianya mampu mengenyangkan dan membekalkan tenaga di sepanjang pagi. Malah, anda mungkin masih berasa kenyang sehingga tengahari. Dengan itu, anda tidak perlu makan dengan banyak di waktu lunch. Anda bukan sahaja dapat berdiet, malah mampu berjimat.


Alasannya? – Kurma mengandungi jumlah glukosa yang  sangat tinggi. Glukosa ini dapat memberikan tenaga yang secukupnya kepada badan untuk melakukan tugas harian. Berbanding makanan pagi yang berjenis kuih muih atau nasi, ia sebenarnya mengandungi tinggi kolestrol beserta karbohidrat.



Tips 4 – Ambil makanan kaya serat dengan banyak pada waktu makan. Contoh makanan kaya serat adalah; buah-buahan, sayur-sayuran, vitamin, mineral, dan bijiran penuh. 



Alasannya? - Makanan seperti itu mempunyai kuantiti kalori yang rendah tetapi kaya dengan diet serat yang diperlukan oleh oleh tubuh setiap hari.





Tips 5 – Sediakan buah-buahan dan sayuran berwarna hijau, oren dan kuning pada waktu makan. Contohnya; brokoli, lobak, dan buah-buahan sitrus (e.g. limau). Makanan seperti itu mempunyai sifat antioksida yang tinggi dan boleh diambil sebanyak lima atau lebih hidangan pada setiap hari.





Tips 6 – Pastikan kadar pengambilan kolesterol di bawah 300 mg pada setiap hari.Bagaimana? Kurangkan lemak haiwan di waktu makan yang boleh meningkatkan kadar kolesterol dalam darah. Anda boleh realisasikannya dengan memilih daging kurang lemak dan produk tenusu rendah lemak.

Alasannya? – Lemak adalah jenis tenaga yang terakhir sekali digunakan oleh badan. Jadi kebanyakkan lemak yang diambil tidak digunakan dan ia disimpan dibawah tisu. Lemak inilah yang membentuk badan anda menjadikannya ia tidak menarik.

Tips 7 – Pastikan sumber protein dalam diet harian. Pertama, anda perlu kurangkan pengambilan gula dan karbohidrat yang boleh meningkatkan berat badan anda. Kemudian, ambil sarapan yang kaya protein seperti minum susu segar dan sebiji telur. Semasa lunch pula, makan makanan seperti sup sayur atau ayam bersama nasi separuh dan sebiji epal. Apakah hasilnya? Tubuh akan menyimpan lebih banyak tenaga untuk menjalankan aktiviti sehingga keesokkan hari.


Tips 8 – Lakukan aktiviti yang banyak pergerakan. Apabila anda ingin menjadi kurus, anda pasti terbayang aktiviti berjoging atau masuk ke gym yang melibatkan kos. Anda sebenarnya mempunyai pilihan iaitu dengan membuat aktiviti berjalan kaki sahaja. Ianya lebih mudah, murah dan menyeronokkan. Tambahan pula, aktiviti itu cukup untuk menjana tenaga dengan melatih paru-paru dan jantung untuk bekerja.
Untuk makluman anda, dalam setiap hari anda boleh melakukan aktiviti berjalan sebanyak 10,000 langkah sahaja. Amalan 10,000 langkah setiap hari mampu membakar lemak anda dibahagian peha dan juga perut.
Jadi ia memudahkan anda mengurangkan berat badan anda ke tahap yang diingini. Adakah anda fikir sukar untuk membuat 10,000 langkah dalam masa sehari? Bagi saya cara itu senang sahaja.

Antara aktiviti yang boleh anda lakukan untuk mencapai 10,000 langkah adalah seperti:
  • Berjalan-jalan dalam shopping kompleks dalam masa lebih 2 jam. 
  • Untuk ke setiap destinasi, anda boleh parking kereta jauh sedikit dari tempat yang anda tuju.  
  • Membersihkan rumah dengan menyapu serta mengelap lantai sebuah rumah. Ini bukan sahaja dapat menceriakan lagi rumah anda namun ia dapat memberikan anda satu senaman yang boleh menguruskan badan anda. 
  • Berjalan kaki meronda-ronda taman dalam masa 2 jam.
Tips 9 – Lakukan sedikit aktiviti selepas makan. Pada kebiasaannya, diri anda merasa berat dan mengantuk selepas makan. Apa kata anda membuat sedikit perubahan dengan berjalan-jalan atau menaikki tangga selepas selesai makan. 

Alasannya? - Ianya membantu untuk membakar sebahagian kalori dari makanan yang anda makan itu tadi. Tetapi, jangan pula terlalu mendesak. Ini kerana, anda baru habis makan dan mungkin boleh mendatangkan masalah lain.     

Tips 10 – Makan adalah satu keperluan, jadi jangan tak makan. Ini kerana, makanan adalah sumber kepada tenaga. Anda kurang makan, maka penggunaan tenaga menjadi kurang mengakibatkan tubuh anda akan mengalami kejutan. Perkara ini boleh menyebabkan kadar metabolisma anda menjadi rendah. Apabila hal ini berlaku, badan anda akan mula membakar otot untuk menggantikan makanan. Selepas itu, berat badan anda tidak akan berada pada tahap yang ideal.



Tips 11 – Minum air bersih 8 gelas sehari. Untuk pengetahuan anda, meminum air dalam kuantiti yang banyak boleh menurunkan selera makan  secara semulajadi. Oleh itu, sebelum makan makanan yang berat, minum air terlebih dahulu. Dengan berbuat demikian, anda dapat mengelakkan daripada makan dengan banyak.


Tips 12 – Kurangkan makanan yang bergaram. Sekiranya anda  mengambil garam dalam kuantiti yang tinggi, ianya menggalakkan penakungan air. Jadi, apabila anda kurangkan mengambil garam, sekaligus badan anda tidak menakung air dengan banyak. Seterusnya, tiada lagi masalah gemuk air.



Tips 13 – Jadikan air limau sebagai favourite drinks. Semasa anda makan di kedai makan, pesanlah air limau nipis atau oren. Ini kerana, minuman masam menggalakkan pembakaran lemak dalam badan. Tetapi, jangan pula pesan air limau yang manis.








Tips 14 – Katakan tidak kepada minuman berkarbonat. Saya yakin, anda pasti tahu bahawa minuman berkarbonat mengandungi 7-8 sudu gula. Banyak bukan? Dengan kandungan gula sebanyak itu, terang-terangan ia mampu memberi kemudaratan kepada tubuh badan dan mengganggu plan diet anda.


Tips 15 – Amalkan teknik pemakanan yang betul. Maksud teknik pemakanan di sini adalah merujuk kepada teknik kunyahan. Semasa makan, kunyahlah dengan perlahan-lahan dan jangan tergopoh-gapah. Cuba kunyah makanan yang disuap menjadi cebisan kecil sebelum ditelan agar ia mudah dihadam kelak.


Tips 16 – Gunakan piring makanan yang rata. Elakkan dari menggunakan piring yang cekung. Dengan memilih pinggan yang rata, maka anda dapat mengelakkan daripada mengambil makanan secara berlebihan. 





Tips 17 – Jangan percaya kepada mitos-mitos berdiet. Antara mitos berdiet yang kerap dibincangkan sehingga kini adalah; jangan sarapan pagi, jangan makan malam, jangan minum air masak, jangan minum jus oren. Sedangkan, mitos-mitos itu termasuk dalam plan diet yang baik dan sempurna.

Tips 18 – Tetapkan sasaran yang realistik. Anda harus meletakkan sasaran dalam tempoh menurunkan berat badan. Contohnya, minggu ini anda menyasarkan turun berat badan sebanyak 0.5 kg. Untuk minggu-minggu seterusnya, anda boleh  tingkatkan kepada 1-2 kg pula bagi mencapai berat badan impian. 

Tips 19 – Jangan timbang berat badan setiap hari. 

Alasannya? - Jika anda berbuat demikian, ianya boleh membuatkan anda berputus asa kerana anda tidak dapat melihat perubahan. Cadangan saya, timbang berat badan pada setiap minggu atau dua kali sebulan.




Tips 20 – Diari diet sebagai rekod. Untuk tips ini, saya sarankan anda memiliki sebuah diari diet. Dalam diari tersebut, anda perlu rekodkan setiap hari berapa kali dan berapa banyak anda makan, tahap kelaparan dan perasaan anda ketika makan. 

Alasannya? - Dengan berbuat demikian, ianya mampu meningkatkan kepekaan terhadap tabiat makan anda. Lama-kelamaan, anda pasti dapat mengenalpasti dan menukar tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Kemudian, bolehlah anda merangka plan diet yang lebih berkesan.


Tips 21 – Positifkan fikiran dengan beljar teori-teori ini dan sekarang jom mulakan langkah anda dengan mengamalkan teknik diet yang betul. Semoga dengan teknik  diet yang betul berserta senaman anda mampu mengurangkan berat badan anda. Jangan ambil jalan pantas untuk berdiet...nanti merosak diri.





Kredit untuk : Teknik diet pantas oleh Hafiz Wasa