F
Showing posts with label Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Keluarga. Show all posts

Bahagiakah Anda?

Salam ceria sahabat pembaca, 
Semoga dilimpahi segala kebahagiaan dan limpahan nikmat kehidupan, serta  indah bersama insan-insan yg disayangi!



Nikmat ketenangan dan kebahagiaan selalunya ketika kita berada bersama seseorang. Berada dalam linkungan insan yg memberi dan mengungkapkan kata utk membuat kita gembira. 

Nikmatnya dirasai sgt panjang dan mampu membuat kita tersenyum panjang. Puas di dlm hati seandainya nikmat tenang dan bahagia bersamaan dengan org yg tersayang. Siapa? Adakah insan tersebut seseorang yg anda namakan sebagai, keluarga, teman, dan pasangan anda. Mampukah mereka semua ini memberi kebahagiaan sejati kepada anda?


Pasangan? Adakah mereka insan yg tepat memberikan bahagia pada anda? Berapa ramai pulak pasangan yg mengundang derita? Menumpahkan air mata? 

Teman? Adakah teman anda sentiasa memberi bahagia pada anda? Pada ketika suka dan duka anda? Kalau ada beruntunglah anda, namun berapa ramai pula yg di "tikam belakang" dek teman sendiri. Teman yg membuat anda sakit hati, derita dan stress....

Ibu, bapa, dan adik beradik? Adakah mereka ini insan yg dpt memberi bahagia sepenuhnya pada anda? Adakah mereka ini membuat hati anda tenang dan bahagia? Berapa ramai pula yg bertikam lidah dengan adik beradik, bermasam muka dengan ibu dan bapa? Ada  dikalangan mereka membuat hati anda sedih, terluka dan turut berdukacita atas pelbagai sebab. Adakah mereka itu yg dpt memberi bahagia? Jadi siapakah insan itu?

Secara dasarnya,bahagia ini subjektif. Bahagia pada kita mgkn tidak pada org lain...tapi yg pasti semua orang inginkan kebahagiaan. Ada yg tak nak bahagia ke?😍 
Apakah ukuran bahagia? Tiada nilai untuk dinilaikan pada kebahagiaan kerana orang yang wangnya banyak juga tidak menjanjikan dia bahagia.. Org yg sihat tubuh badannya pun berasa tidak bahagia, entah apa juga yg buat mereka tidak bahagia dan sunyi. Yg ada teman di samping pun, ketika bersama masih talipon bimbit jadi temanan.Kau kau, aku aku juga! 

Berapa ramai yg ada semua kekayaan dan kekuasaan, berjawatan tinggi tapi tiada kebahagiaan jua. Mencari bahagia bukan seperti mencari duit, kerja hujung bulan dapat gaji! Kebahagiaan bukanlah kekayaan dengan banyaknya harta benda, ramainya kawan, tinggi jawatan, tingginya darjat keturunan tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati.

Kaya hati dengan semua sikap sebaik-baik INSAN! Bukan seperti manusia yg bersifat binatang yang hanya bertujuan mencari kesenangan dan nafsu syahwat semata-mata. 

Selagi mana kita dapat memahami dan  menghargai maksud bahagia itu maka kita akn dapat bahagia itu! Apabila anda hargai dan faham...maka yg lain-lain perkara akan mengikut dengan sendirinya....

Keluarga, teman, harta dan wang ringgit itu semua adalah sebahagian proses utk bahagia.... tapi hati yg damai dan ikhlas adalah penawar asli utk berasa bahagia itu.
Saat naik ke puncak gunung ada masanya kita turun, saat pergi ada masanya kita pulang, saat bertemu ada masanya kita berpisah. Pada akhirnya kita sedar bahwa semua ada masanya. Bahagia hanya akan hadir dan kekal selagi mana kita ikhlas dan bersyukur dalam merasai nikmat bahagia itu di dlm hati!

3 Cara Sederhana Menikmati Hidup Bahagia:-
  • Mensyukuri akan perkara-perkara yg kecil
  • Meluangkan Waktu dengan keluarga
  • Menikmati Momen Tanpa Gangguan Teknologi - kalau nk citer bab teknologi/gadget masa kini mmg satu topik panjang tapi ada mata lihat, ada telinga dengar lah apa yg terjadi di sekeliling kita, ramai seperti duduk bersama tapi semua dlm dunia masing-masing dek kerana teknology/ gadget ini. 
Apa-apa pun semoga perkongsian ini membuka mata hati kita. Nikmati lah hidup ini dengan segala apa jua yg ada di hadapan kita, walaupun dengan segala ujian yg dtg menimpa diri. Semua ujian itu adalah sebahagian dari kisah hidup kita. Jangan berdukacita hanya kerana diuji dengan pelbagai ujian. Hidup ini tanpa ujian - indah dan dengan ujian juga indah!💓


PAEDOPHILIA


Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Artikel ni sy terima daripad Group Whatsapp sy... terpanggil untuk share kepada semua.... moga ada manfaat.

🔴 *PERLU BACA* 🔴


*Mohon sebarkan perkara ni supaya lebih ramai ibu bapa aware dan ambil peranan. Lindungi hak anak-anak*

Paedophilia atau paedophile, adalah satu spesis manusia yang rare. Diorang ni kalau tengok budak-budak akan timbul rasa SEXUALLY attracted!

Sebenarnya kat Malaysia, ada golongan pedophile ini. Memang ada dan memang wujud. Cuma, kesedaran kita ibu bapa di Malaysia terhadap gejala pedophilia ni amat sikit. Cuba randomly tanya mana-mana parents kat luar sana,

"Apa itu pedophilia?"
80% daripada mereka mesti ingat pedophilia tu nama kuih ke nama pokok ke apa. 

Most of us unaware pasal ni. Dan bila unaware, kita tak faham kenapa terlalu banyak kes penculikan budak, kes budak hilang, pergi playground tak balik-balik, kes budak pergi beli kuih last-last kena rogol dengan pak guard, kes budak lelaki 5 tahun kena liwat berulang kali tapi tak cakap apa-apa sebab ingat benda tu normal, kes cikgu sekolah rendah perkosa murid, kes bayi diliwat, etc. 

Bila baca kes-kes macam ni, kita sedih tapi KITA TAK FAHAM. Tak faham how can all this happen.

Itulah dia--
PEDOPHILES.

Pedophiles ialah the scariest kind of human-being yang ada extreme sexual imagination towards kids. Diorang ni ada point-of-view yang berbeza bila tengok kids, tak macam orang-orang normal yang lain. Don't say ini semua tak masuk akal. Pedophile always see kids sebagai pemuas nafsu. That's it. 

So apa yang kita boleh buat? Itu persoalannya sekarang. Ibu bapa kena main peranan PENTING. Nak harapkan pak guard protect anak-anak kita? Pak guard tu punnnn pedophile. Cikgu kat sekolah? Pun boleh jadi pedophile. We wouldn't know...

Obviously kita tak boleh ubah these pedophile people. Kita tak mampu nak bagitau ke telinga mereka sambil menyeru mereka balik ke jalan yang benar. Mereka akan sentiasa mencari kanak-kanak untuk  jadikan mangsa. Tapi apa yang kita boleh buat ialah, MINIMIZE THE RISK.

Kurangkan exposure yang tak sepatutnya terhadap anak-anak kita. Contoh paling mudah, SOCIAL MEDIA.

FIKIR sebelum upload apa-apa gambar anak di social media. Ye saya tahu anak awak comel. Telanjang pun comel. Semua anak pun comel, kan? Tapi jaga privasi mereka. Anak lelaki mahupun anak perempuan. Jaga, gambar mandi, gambar tak pakai baju, gambar pakai skirt pendek, gambar terkangkang, gambar tengah change diapers, gambar anak pakai swimming suit, gambar bontot anak, those photos are high-risk photos! Pedophiles akan senang attracted dengan gambar kids. Lagi comel lagi geram.. 

Ahhh lantak ahhh. Ni  kan anak aku. Facebook aku. Instagram aku. Aku punya suka ahh!! Comel kott gambar anak aku tengah mandi. Lagipun FB aku friends tak ramai. Ada family members dan close friends je." Bare in mind, pedophilia boleh jadi TANPA KITA SEDAR, boleh jadi SESIAPA SAJE termasuk ORANG-ORANG SEKELILING KITA.

Yes, anak-anak bagi kita mungkin comel. Adorable like hell. But to pedophiles. They get SEXUALLY AROUSED. Beza kan, comel dengan sexually attractive? Kan?

Pedophiles ni tak semestinya akan attack depan-depan, ada jugak pedophiles yang senyap-senyap. Jenis yang save photos or videos of kids and having sexual imagination using the photos. Sounds insane kan? Tapi possible. Dan ingat, walau se-private mana pun social media kita, it still can be access by public in so many ways. Nothing is private when it is ONLINE. 

"Ahhh merepek! Selama ni aku upload gambar bogel anak aku, takde apa-apa jadi pun!" So nak tunggu anak hilang dulu, kena culik dulu, kena bunuh dulu, baru nak stop publish?

Act now. Mencegah lebih baik dari merawat. 

These are 12 safety rules yang parents are encouraged to follow, to avoid our kids dari serangan pedophilia jahanam nih.

1) Never post photos of kids yang tak appropriate. 
Contohnya tengah mandi, tak pakai baju, tengah tidur terkangkang, pakai skirt pendek, etc. Anak lelaki atau perempuan. Both kena jaga!

2) Never expose specifically lokasi sekolah anak, rumah babysitter anak, tempat anak main, etc.

3) Never post status yang macam, "Rindu anak mama yang tengah kat rumah babysitter tu. Hari ni mama balik lewat malam sikit ye sayang."

Atau,

"Baru suruh Daniel beli telur kat kedai runcit kat depan sana. Cepat balik tau! Mama nak masak ni." NEVER.

4) Sentiasa teman anak kemana sahaja dia pergi.
Playground, rumah kawan, kedai, atau ke mana saje. Yes, anak kita mungkin dah boleh berdikari, tahu jalan balik apa semua. But remember, pedophiles are everywhere.

5) Latih anak untuk tidak duduk di atas peha / pangkuan sesiapa sahaja, terutama lelaki. Tak kisah dalam apa jua keadaan, dengan sesiapa saje. Kalau boleh, AVOID. Especially yang ada anak yang pasif atau jenis "duduk diam".

6) Jangan paksa anak kalau dia "tak selesa" dengan orang tertentu. Observe kelakuan anak, kalau-kalau dia nampak macam "takut" atau "mengelak" bila nampak mana-mana orang dewasa.

7) Alert dengan perangai anak. Kalau tetiba dia kemurungan atau ketakutan. There must be something yang ganggu fikiran dia. 

8) Ajar anak supaya tidak membenarkan sesiapa sahaja pegang, tengok atau "tersentuh" their private part.

9) Ambil peduli bila anak tak puas hati dan sedang bercakap tentang seseorang (dewasa). Pay attention kalau-kalau there is something wrong with that particular adult.

10) Sentiasa pakaikan anak pakaian yang appropriate untuk tontonan umum. Simpan sikit kecomelan anak untuk diri sendiri. Jangan ditayang-tayang sangat.

11) Respect your kids privacy. Bila anak tak mahu bergambar atau need some space or privacy, hormati kehendak mereka.

12) Kalau ada tanda-tanda anak korang adalah mangsa pedophile, atau korang macam suspect seseorang itu adalah pedophile, terus call ChildLine 15999. Adu lah apa sahaja pasal child abuse kat situ dan dapat kan bantuan.

We are currently living in an era yang langsung tada barrier. Langsung tada sekatan. Bila tada barrier takde sekatan, tada keselamatan. Pandai-pandai jaga anak sendiri.

INGAT...
Pedophiles are everywhere. Pedophiles can be anyone.
Don't say these people dont exist. They do. Dan RAMAI sebenarnya.

Jom sama-sama kita tengok balik gambar-gambar anak yang kita pernah post dulu. Kalau ada yang kurang sopan atau high-risk, DELETE je.

*TOLONG VIRALKAN KEPADA SESIAPA SAHAJA YANG PERLU DIINGATKAN SUPAYA TIDAK BERLAKU KEPADA ANAK-ANAK KAWAN ATAU SAUDARA MARA KITA*

Cara "HAPUS" Kisah Silam


Assalamualaikum....

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Dah lama artikel ni tersimpan dlm draft... hari ni baru ada kesempatan update entri. Moga perkongsian ini mendapat manfaat....

Setiap manusia pasti ada kisah silam, tak kiralah sama ada  yang baik atau sebaliknya, namun apa pun sekali kisah silam itu, biarlah ia kekal sebagai satu lipatan sejarah meskipun tak mungkin hilang sampai bila-bila. Selalunya ia akan kekal menjadi rahsia yang disimpan walaupun telah berumahtangga. Biasanya kisah-kisah silam ni memberi impak besar dlm kehidupan terutama pada yg telah berumahtangga. Cuma di harap agar jgn disebabkan kisah silam, hidup kita jadi tak keruan. Hilang tumpuan dan sering murung dan pelbagai perasaan timbul dek kisah silam ini. Usah menoleh ke belakang... maju dan terus maju ke hadapan, jadikan kisah silam itu kenangan yg akhirnya akn luput. 

Antara cara yang boleh dipraktikkan untuk 'bakar & hapus' pengalaman@kisah lampau ialah:

1.  Berusahalah melupakan kisah silam!
Memang sukar, tetapi kita perlu sentiasa mencuba dengan gigih dan tidak berputus asa sehingga semua memori dan kisah silam itu hilang. Kegagalan cinta, disakiti, teraniaya dan pelbagai kisah silam yg duka atau suka bukan kehancuran dalam hidup. Motivasikan diri bahawa setiap apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya..  Oleh itu, teruskan berusaha melupakan dan menghapuskan kisah silam itu. Apa yang penting, kita perlu berusaha menggali hikmahnya. Sekiranya belum terungkap, jangan biarkan hal kisah silam itu menjadi beban trauma yang dapat mengekang prestasi kita pada masa akan datang.

2.  Lihatlah kelebihan pada pasangan kita sekarang
Penting untuk kita melihat semula apa sahaja kelebihan pasangan kita. Lihat isteri, pasti dia juga memiliki kelebihan seperti dia yang dahulu. Begitu juga para isteri, lihat suami masing-masing. Kita pasti akan menemui kelebihan pada dirinya. 

3.  Simpan Ketat Kisah Silam jauh di dasar hati, Jangan disebut-sebut.
Setelah mendirikan rumah tangga, seharusnya kisah silam tersebut disimpan sebaik-baiknya. Lebih-lebih lagi jika kisah itu berupaya mengguris hati dan perasaan pasangan. Benar, tiada rahsia dalam perkahwinan tetapi ada ketika, menyimpan sesuatu yang menyakitkan lebih baik dari meluahkan.Boleh jadi kisah silam anda melibatkan perkara-perkara yang mengaibkan seperti maksiat, jenayah dan macam-macam lagi. Pastinya perasaan bagai dirobek-robek tatkala mengingati masa lampau pasangan. Bukan mudah melupakan tetapi tidak mustahil ia boleh dilakukan. Ikhlaskan diri, menerima pasangan seadanya. Itu hanyalah sebuah kisah silam.....

Walaubagaimana pun seandainya mengetahui kisah silam pasangan, cuba bertindak positif dengan mengawal emosi dan keadaan. Kuatkan hati dan kumpul segala kesabaran untuk berhadapan dengan pasangan. Tanamkan keyakinan bahawa pasangan mampu berubah menjadi suami atau isteri yang solehah sekali gus menjalani kehidupan rumah tangga yang bahagia. Jangan sekali-sekali sisihkan pasangan apabila mengetahui akan kisah silamnya. Belajar untuk mempositifkan diri. 

Namun, sekiranya anda buntu dan tidak mampu menangani masalah ini seorang diri maka carilah individu yang boleh dipercayai untuk membantu. Meskipun tak mampu selesaikan semuanya sekelip mata, setidak-tidaknya sedikit bebanan yang tergalas di bahu kian hilang sedikit demi sedikit.

INGATLAH SELALU....
Tiada yang salah dengan perancangan-Nya. Mulakan dengan berprasangka baik, sentiasa berpegang teguh kepada istiqamah dan keikhlasan pada apa jua yang Allah SWT tetapkan
Langkah yang tepat dan betul harus kita lakukan ialah berusaha dan terus berusaha untuk melupakannya. Mengikhlaskan diri dan menerima semua takdir.

Beberapa Kesalahan Suami Terhadap Isteri

Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kepada para suami...... moga perkongsian ini memberi manfaat....

Keutuhan sebuah rumahtangga sangat dipengaruhi oleh baiknya kepemimpinan seorang suami (sebagai ketua keluarga) dalam membina keluarganya. Lebih-lebih lagi adalah SIKAP & PERILAKUnya dalam bergaul dengan isterinya. Suami isteri sebagai tokoh  UTAMA dalam sesebuah rumahtangga, bila mengalami kerusakan maka bangunan rumahtangga pun akan runtuh. Disebabkan hubungan ini seharusnya sangat  dijaga dengan memperhatikan HAK & KEWAJIBAN masing-masing. Bagi suami isteri harus saling menunaikan kewajibannya setelah itu baru boleh mendapatkan apa yang menjadi haknya.

Jika kita melihat kenyataan dalam masyarakat,  dua sikap suami yang saling bertentangan dalam menyantuni isteri mereka, sikap inilah yang perlu di ambil perhatian, hal ini dapat menimbulkan masalah yang berujung dengan sebuah perceraian.

Pertama, suami yang meremehkan isterinya, yang mensia – siakan hak-haknya & melakukan pelbagai kesalahan berkaitan dengan hak isterinya.

Kedua, suami melepaskan kendalinya terhadap isteri & membebaskannya begitu saja (dalam kata lain, , suami ber ‘LEPAS TANGAN’).

Allah berfirman dalam Al-Quran, Surah An Nisa : 34 :
“Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita, Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki atas sebahagian yang lain (wanita) & mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu, maka wanita yg soleh, ialah yang taat Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh karena  Allah telah memelihara (mereka). Wanita- wanita yg kamu khuatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka & pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka & pukullah mereka. Kemudian jika mereka menaatimu, maka janganlah kamu mencari–cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar”

Berikut adalah beberapa KESALAHAN-KESALAHAN suami yang banyak dilakukan, yang kesemuanya berdasarkan kepada dua sikap keliru kebanyakan para suami:

1. Tidak mengajarkan AGAMA dan HUKUM syariat Islam kepada isteri
Banyak kita temui bahwa para isteri tidak mengetahui bagaimana cara solat yang betul, hukum haid & nifas, bertingkah laku/berperilaku terhadap suami secara tidak Islamik & tidak mendidik anak-anak secara Islam. Bahkan ada yang terjerumus ke dalam pelbagai jenis kesyirikan. Yang menjadi fokus perhatian seorang isteri hanyalah bagaimana cara memasak & menghidangkan makanan tertentu, cara berdandan yang cantik dsb. Tidak lain semua kerana tuntutan suami, sedangkan masalah AGAMA, terutama ibadahnya tidak pernah ditanyakan oleh suami.

Padahal Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

“Hai orang–orang yang beriman, peliharalah dirimu & keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia & batu, penjaganya malaikat – malaikat yang kasar, keras & tidak mendurhakai Allah terhadap apa yg di perintahkan-Nya kepada mereka & selalu mengerjakan apa yang diperintakan” {Al-Quran, Surah At-Tahrim:6}

Maka para suami diminta untuk tidak sesekali mengABAIkan hal ini, karena semuanya akan diminta pertanggungjawaban atasnya. Hendaklah benar-benar mengajarkan agama kepada isterinya, baik dilakukan sendiri atau melalui perantara. Antara lain yang dapat dilakukan; menghadiahkan buku-buku tentang Islam & hukum-hukumnya serta berbincang bersama-sama, kaset/cd ceramah, mengajak isterinya menghadiri ke majlis-majlis ILMU yang disampaikan oleh orang-orang yang berilmu dsb.. (yang paling praktikal..... ajaklah solat berjamaah di rumah atau di masjid )

2. Suka mencari kekurangan & kesalahan isteri
Dalam suatu hadith riwayat Bukhari & Muslim, Rasulullah s.a.w melarang lelaki yang berpergian dalam waktu yang lama, pulang menemui keluarganya di waktu malam, karena  dikhuatiri  mendapati berbagai kekurangan isteri & cela isterinya. Bahkan suami diminta bersabar & menahan diri dari kekurangan yang ada pada isterinya, juga ketika isteri tidak melaksanakan kewajibannya. Kerana  suami juga mempunyai kekurangan & celaan,  seperti sabda Rasulullah:

“Janganlah seorang suami yang beriman membenci isterinya yang beriman. Jika dia tidak menyukai satu akhlak darinya, dia pasti meredhakan akhlak lain darinya.” {H.R. Muslim}

3. Memberi hukuman yang tidak sesuai dengan kesalahan isteri
Ini termasuk bentuk kezaliman terhadap isteri, antara lain iaitu:
(a) Menggunakan pukulan di tahap awal pemberitahuan hukuman {lihat  Al-Quran, Surah An-Nisa : 34}

Bermaksud : Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.

(b) Mengusir isteri dari rumahnya tanpa ada kebenaran secara syar’ie {lihat  Al-Quran, Surah At-Thalaq : 1}
Bermaksud : Hai Nabi, apabila kamu menceraikan istri-istrimu maka hendaklah kamu ceraikan mereka pada waktu mereka dapat (menghadapi) idahnya (yang wajar) dan hitunglah waktu idah itu serta bertakwalah kepada Allah Tuhanmu. Janganlah kamu keluarkan mereka dari rumah mereka dan janganlah mereka (diizinkan) ke luar kecuali kalau mereka mengerjakan perbuatan keji yang terang. Itulah hukum-hukum Allah dan barang siapa yang melanggar hukum-hukum Allah, maka sesungguhnya dia telah berbuat lalim terhadap dirinya sendiri. Kamu tidak mengetahui barangkali Allah mengadakan sesudah itu suatu hal yang baru.

(c) Memukul wajah, mencela dan menghina.
Dalam as-Sunan dan al-Musnan dari Mu’awiyah bin Haidah al-Qusyairi bahawa ia berkata: “Ya Rasulullah, apakah HAK isteri atas suaminya? Nabi s.a.w menjawab:

“Hendaklah engkau memberinya makan jika engkau makan, memberinya pakaian jika engkau berpakaian, tidak memukul wajah, tidak menjelek-jelekkannya …..” {H.R. Ibnu Majah disahihkan oleh Syeikh Albani}

4. Culas dalam memberi nafkah kepada isteri
“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun  yaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajiban ayah ialah memberi makan dan pakaian kepada isterinya itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita karena  anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang ayah  itu menderita karena anaknya; dan waris juga menanggung kewajiban yang tersebut (jika si ayah telah  tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri berkeinginan menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu berikan itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apapun  yang kamu lakukan.” {Al-Quran, Surah Al-Baqarah : 233}

Isteri BERHAK mendapatkan nafkah, kerana dia telah membolehkan suaminya bersenang–senang kepadanya, dia telah mentaati suaminya, tinggal di rumahnya, mengasuh & mendidik anak-anaknya. Dan jika isteri mendapati suaminya culas dalam memberi nafkah, bakhil, tidak memberikan nafkah kepadanya tanpa ada kebenaran syar’i, maka dia boleh mengambil harta suami untuk mencukupi keperluannya secara ma’ruf (tidak berlebihan) meskipun tanpa sepengetahuan suaminya.

Sabda Rasulullah s.a.w:
“Jika seorang muslim mengeluarkan nafkah untuk keluarganya sedangkan dia mengharapkan pahalanya, maka nafkah itu adalah sedekah baginya.” {Muttafaq ‘alaih}

5. Sikap keras, kasar, tidak lembut terhadap isteri
Rasulullah s.a.w bersabda: “Mukmin yang paling sempurna adalah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik–baik kalian adalah yang paling baik tehadap isteri-isterinya.” {H.R. at-Tirmidzi, disahihkan oleh Syeikh Albani}

Maka suami hendaklah berakhlak baik terhadap isterinya dengan bersikap lembut & menjauhi sikap kasar.

6. Kesombongan suami membantu isteri dalam urusan rumahtangga
Ini kesalahan yang paling banyak MENJANGKITI para suami. Padahal lelaki yang paling UTAMA yakni Rasulullah s.a.w tidak segan untuk membantu pekerjaan isterinya.

Ketika Aisyah r.a ditanya tentang apa yang dilakukan Rasulullah s.a.w di rumahnya, beliau menjawab:

“Beliau membantu pekerjaan isterinya & jika datang waktu solat, maka beliau pun keluar untuk solat.” {H.R. Bukhari}

7. Menyebarkan rahsia dan aib isterinya

“Sesungguhnya diantara orang yang paling buruk kedudukannya di sisi Allah pada hari kiamat adalah seseorang yang menggauli isterinya & isterinya menggaulinya kemudian dia menyebarkan rahsia-rahsia isterinya.” {H.R. Muslim}

Dalam hadith ini diHARAMkan seorang suami menyebarkan apa yang terjadi antara dia dengan isterinya terutama perilaku keduanya di tempat tidur. Juga diharamkan menyebutkan perinciannya, serta apa yang terjadi pada isterinya baik berupa perkataan maupun perbuatan lainnya.

8. Sikap terburu-buru dalam menceraikan isteri
Wahai suami yang mulia, sesungguhnya hubungan antara engkau & isterimu adalah hubungan yang kuat lagi suci, oleh karena itu  Islam menganggap penceraian adalah perkara besar yang tidak boleh diremehkan karena  penceraian akan menyeret kepada kerosakan, kacau bilaunya pendidikan anak dsb. Dan hendaknya perkataan cerai/talak itu tidak digunakan sebagai bahan gurauan/mainan. Kerana  Rasulullah s.a.w telah bersabda:

“Ada 3 hal yang kesungguhannya dan gurauannya sama-sama dianggap sungguh-sungguh yaitu: NIKAH, TALAK (cerai) dan RUJUK.” {H.R. Abu Daud, at-Tirmidzi dan Ibnu Majah, dinilai “hasan” oleh asy-Syeikh Albani}

Memang perselisihan antara suami isteri sering terjadi kadang sampai mengarah kepada penceraian. Akan tetapi penceraian ini tidak boleh dijadikan sebagai langkah pertama dalam penyelesaian perselisihan ini. Bahkana harus diusahakan berbagai cara untuk menyelesaikannya, karena kemungkinan besar akan banyak rasa penyesalan yang ditimbulkan dikemudian hari kelak.

Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya Iblis meletakkan singgahsananya di atas air (laut), kemudian ia mengutus para tenteranya. Maka tentera yang paling dekat dengan Iblis adalah yang paling besar fitnahnya (penyesatannya). Maka datanglah salah satu tenteranya dan melapor: Aku telah melakukan ini dan itu, maka Iblis berkata: Engkau belum melakukan apa-apa, kemudian datanglah tentera yang lain dan melapor: Aku telah menggodanya hingga akhirnya aku menceraikannya dengan isterinya. Maka Iblis pun mendekatkan tentara syaitan ini di sisinya lalu berkata: Engkau tentera terbaik.” {H.R. Muslim}

9. Berpoligami tanpa memperhatikan ketentuan syari’at
Menikah untuk kedua kali, ketiga dan keempat kali merupakan salah satu perkara yang Allah syariatkan. Akan tetapi yang menjadi catatan di sini bahwa sebahagian orang yang ingin menerapkan syariat ini/telah menerapkannya tidak memperhatikan sikapnya yang tidak memenuhi kewajiban serta tanggungjawab terhadap isteri. Terutama isteri pertama & anak-anaknya.

“Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinlah) seorang saja.” {Al-Quran, Surah An-Nisa : 3}

Sikap ini merupakan KEADILAN yang diperintahkan Allah s.w.t. Memang benar berpoligami merupakan syariat Islam, tetapi jika seseorang tidak mampu melaksanakannya dengan baik & tidak memenuhi syarat-syaratnya maka tidak boleh memikul tanggungjawabnya, bila dilakukan maka menjuruskan kerosakan sebuah rumahtangga, menghancurkan anak-anak & menambah permasalahan keluarga & juga kepada masyarakat. Maka fikirkanlah akibatnya & perhatikanlah dengan saksama perkaranya sebelum masuk kelayakan ke’dalam’nya.

10. Lemahnya kecemburuan
Para suami memBIARkan kemolekan, keindahan & kecantikan isterinya DINIKMATI & DIPERTONTONkan oleh ramai orang. Dia memBIARkan isterinya menampakkan auratnya ketika keluar rumah, membiarkan berkumpul dengan lelaki-lelaki lain. Bahkan sebahagian ada yang BANGGA karena  telah memiliki isteri yang cantik yang boleh dinikmati ‘pandangan’ kebanyakan orang. Padahal wanita dimata Islam adalah makhluk yang SANGAT mulia, sehingga keindahan & keelokannya hanya diperuntukkan atau DIKHUSUSkan buat suaminya saja dan tidak sesekali di’jaja’ sebebasnya  kemana-mana.

Seorang suami yang memiliki kecemburuan terhadap istrinya tidak akan membiarkan isterinya berjabat tangan dengan lelaki lain yang BUKAN mahram.

“Ditusukkan kepala seorang lelaki dengan jarum dari besi lebih baik daripada dia menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya.” {lihat dalam ash-Shahihah : 226}

Seorang suami yang memiliki kecemburuan terhadap isterinya, dia akan memperhatikan sabda Rasulullah s.a.w:

“Janganlah kalian masuk menemui para wanita.” lalu seorang Ansar berkata, “Wahai Rasulullah, bagaimana dengan al-hamwu (kerabat suami/ipar )?” Beliau mengatakan, “Al- hamwu (ipar) adalah kematian.” {Muttafaq ‘alaih}

Perhatikan juga ancaman Rasulullah s.a.w terhadap lelaki yang tidak memiliki kecemburuan terhadap keluarga (isteri):

“Tiga golongan yang Allah s.w.t tidak akan melihat mereka pada hari kiamat iaitu seseorang yang durhaka kepada kedua orang tuanya, wanita yang menyerupai lelaki dan ad-Dayyuts” {H.R. An-Nasa’i dinilai ‘hasan’ oleh syeikh Albani, lihat ash-Shahihah : 674}

Dan ad-Dayyuts(dayus) adalah LELAKI yang tidak memiliki kecemburuan terhadap keluarganya.

Semoga bermanfaat buat kita semua.. insyaAllah

Tubuh dan Kepanasan yang melampau

Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Cuaca di Malaysia memang panas sangat sekarang. Kepanasan matahari semakin terik terutama pada tengah hari. Ramai mengeluh cuaca sekarang semakin panas. Suka atau tidak kehidupan kita memang dipengaruhi oleh keadaan cuaca harian. Yang pasti kita jalani sahaja kehidupan kita dengan redho dan rasa bersyukur. Usah dikeluh-kesah. Malah kita patut lebih bersyukur kerana keadaan cuaca di Malaysia ni tak macam di Haiti, Aceh dan baru2 ni di Chile. Malapetaka gitu.

Menurut laporan Berita Harian....... Malaysia tidak dilanda kemarau sebaliknya sedang mengalami cuaca panas, kata Timbalan Ketua Pengarah (Strategi dan Teknikal), Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), Dr Rosaidi Che Abas.

Beliau berkata, cuaca panas dengan suhu purata antara 34 dan 36 darjah Celsius di kebanyakan negeri di Semenanjung sekarang mengakibatkan keadaan kering mengikut tafsiran meteorologi. 

Nah...kita lalui semua ini dengan ikhlas dan banyak berdoa agar semua ini dapat diharungi dengan tabah.

Namun dalam pada itu... mestilah kita berhati2 dalam menghadapi situasi panas ini, terutama anak2 kecil kita di rumah. Peningkatan suhu keterlaluan boleh mengganggu fungsi badan, malah boleh sebabkan strok haba. Walaupun duduk di dalam ruang atau bilik hawa dingin, tekak masih terasa kering dan tidak mengurangkan suhu badan yang terasa panas, termasuk pada waktu malam.

Sedikit info utk dikongsi.....

Badan hilang upaya
Peningkatan suhu panas yang mendadak dan keterlaluan mengganggu fungsi sistem badan. Haba yang dijana pada badan akan bekerja keras untuk menghilangkan haba.

Biasanya, proses berpeluh dan penyejatan peluh memudahkan penyejukan badan. Namun, dalam suhu ekstrem melebihi 32.2 darjah celcius, jumlah haba yang dihasilkan melebihi kesan penyejukan penyejatan peluh.

Begitu juga, jika kelembapan mencapai 100 peratus, penyejatan peluh tidak lagi mungkin berlaku, dan badan kehilangan keupayaan untuk menghilangkan haba. Akhirnya suhu badan meningkat, membawa kepada penyahhidratan yang teruk.

Oleh itu, cuaca panas ini tidak boleh dipandang ringan dan kesihatan harus dijaga serta sentiasa terpelihara supaya tidak membawa akibat lebih buruk. Antara penyakit yang boleh menyerang akibat cuaca panas ialah sakit kepala, demam, batuk, selesema dan radang kulit seperti ruam.

Kepanasan melampau ini juga sudah pasti akan memberi impak dan menimbulkan masalah kulit, mata, selaran matahari, ruam panas, kekejangan otot, edema haba, sinkope haba, kelesuan haba dan paling serius ialah strok haba yang turut dikenali, sunstroke atau heat stroke.

Justeru, orang ramai dinasihatkan membataskan aktiviti di luar rumah atau bangunan bagi mengelak mereka terkena strok matahari atau haba yang boleh menyebabkan seseorang pengsan.

Kurangkan aktiviti di luar

Pastinya, ada yang tertanya-tanya apa sebenarnya strok haba. Mungkin juga ada masih mencari jawapan, apakah kesan mudarat strok haba kepada kesihatan dan risiko yang bakal ditanggung jika individu itu berterusan terdedah cuaca panas ini.

Strok haba sebenarnya ialah sejenis bentuk hipotermia, keadaan suhu badan meningkat lebih daripada paras normal. Dalam erti kata lain, strok haba adalah penyakit berkaitan haba. Ia adalah satu kecemasan perubatan yang boleh mengancam nyawa disebabkan kegagalan peraturan suhu badan (thermoregulation) mekanisme.

Tidak seperti penyakit haba yang lain, strok haba dicirikan oleh ketinggian melampau suhu badan (hyperthermia) dan berkaitan pusat disfungsi sistem saraf dan disfungsi organ.

Strok haba tidak sama seperti serangan strok, sebaliknya ‘strok’ adalah istilah umum digunakan untuk menggambarkan aliran oksigen berkurangan kepada kawasan otak.

Dalam keadaan cuaca yang teruk seperti Asia Barat terutama di Oman, badan kita melaksanakan pelbagai jenis fungsi yang kemudian membebaskan radiasi yang disebabkan oleh ‘aktiviti metabolik’ melalui peluh atau pembuangan haba daripada kulit. Ini adalah satu cara badan dapat mengekalkan suhu normal. Ketidakseimbangan dalam suhu badan akan mengakibatkan strok haba yang juga boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan segera.

Semua berisiko
Timbalan Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan, Dr. Zainal Ariffin Omar, menjelaskan strok haba adalah keadaan kesihatan atau penyakit berkaitan cuaca panas termasuk keletihan dan kelesuan akibat daripada panas.

Beliau yang juga Pakar Perunding Perubatan Kesihatan Awam, berkata setiap individu berisiko menghadapi masalah kesihatan terutama yang berisiko ada penyakit tertentu.

“Malah mereka yang bekerja sebagai buruh, peladang, ahli sukan dan tentera serta kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah mudah diserang strok haba. Begitu juga dengan mereka yang menghidapi penyakit darah tinggi, kencing manis dan kelenjar tiroid, risiko berkali ganda terdedah kepada gejala berkenaan,” katanya.

Dr. Zainal berkata, dalam keadaan ini, orang ramai seharusnya elak memakai pakaian tebal dan ketat kerana ia boleh menghalang panas keluar, penyejatan atau pengeringan peluh.

“Masyarakat memang sedar keadaan ini. Biasanya mereka akan mengambil langkah pencegahan awal. Setakat ini, tiada sebarang kes mengenai kejadian ini dilaporkan di negara ini,” katanya yang turut menjelaskan negara lain terjejas termasuk di Asia Barat dan Afrika.

“Strok haba jarang berlaku di negara rantau ini seperti Singapura atau negara serantau lain,” katanya.

Katanya, mencegah baik daripada mengubati terutama kepada mereka yang diklasifikasikan dalam kumpulan berisiko tinggi dan mengambil langkah terbaik.

Apa yang penting, jangan sesekali mendedahkan diri dengan panas melampau, sebaliknya perlu menurunkan suhu badan dengan cepat untuk mengelakkan sawan, kerosakan organ atau kematian, selain mengekalkan pernafasan mencukupi.

Ini boleh dilakukan dengan berada pada persekitaran yang sejuk, tidak berpakaian tebal, kerap mandi. Mungkin anda boleh juga menggunakan pek ais diletakkan pada leher, ketiak dan pangkal paha.

INFO: Amalan mengelak jangkitan penyakit sepanjang musim panas
Perkara yang Perlu dilakukan.
  • Banyak minum air tanpa mengira tahap aktiviti anda. Jangan tunggu hingga dahaga.
  • Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
  • Berada di dalam rumah atau bangunan.
  • Hadkan aktiviti luar.
  • Berehat dengan kerap.
  • Mandi atau buka kipas angin untuk menyejukkan badan.
  • Pakai pakaian ringan, berwarna terang dan longgar.
  • Sewajarnya pakai pakaian diperbuat daripada 100 peratus kapas.
  • Pakai topi atau payung. Ia dapat mengelak mengawal 40 peratus haba pada bahagian kepala

Perkara yang Jangan/ tidak perlu dilakukan
  • Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol atau kandungan gula yang tinggi.
  • Jangan duduk di dalam kereta yang bertutup tanpa pendingin hawa.
  • Bersenam dalam cuaca panas

Simptom strok haba
  • Muka kemerah-merahan
  • Tidak berpeluh
  • Suhu badan meningkat ketara
  • Sawan
  • Sakit kepala
  • Denyutan nadi pantas
  • Tidak sedarkan diri
  • Lesu
  • Bingung
  • Kulit kering

Bagaimana anda merawat mangsa strok haba
  • Mangsa strok haba mesti menerima rawatan segera untuk mengelakkan kerosakan organ kekal. Pertama sekali, menyejukkan mangsa.
  • Bawa atau alihkan mangsa ke kawasan yang redup, tanggalkan pakaian, sapukan air sejuk atau suam pada kulit.
  • Kipas mangsa untuk menggalakkan peluh dan penyejatan. Letakkan pek ais tempat di bawah ketiak dan pangkal paha.
  • Jika mangsa mampu untuk minum cecair, berikannya minuman, tetapi pastikan ia tidak mengandungi alkohol atau kafein.
  • Pantau suhu badan dengan termometer dan teruskan usaha penyejukan sehingga suhu badan turun ke 38.3 hingga 38.8 darjah celcius.
  • Jika keadaan tidak berubah, segera bawa ke klinik atau hospital.

Sekalung Kasih Sayang Buat Suami

Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Dapat hadiah dari Suami, sebuah Samsung Galaxy Tablet 3.  Alhamdulillah.... terima kasih buat suamiku yang tersayangExpress your emotion.... walaupun bukanlah meraikan acara2 tertentu pun... tu yang membuat hati ini bertambah tersentuh....  Apa2 pun terima kasih Allah atas rezeki yang diberikan pada diriku ini dan terima kasih buat suamiku....Valentine hand heart

Pabila gadget tablet sampai aje di tanganku, along dan angah meluru... huyooooo.... mama ada tablet baru lah... ni yg jeles ni.... kata mereka..... diri ini tersenyum bangga.... bagiku tablet ni memang sesuatu yang tak pernah pun ingin dimilikki cuma bak kata orang rezeki jangan ditolak... aku lebih suka Samsung Corby 2 yg suami belikan dulu, masih elok lagi...dan yg pasti senang dibawa ke sana ke mari.... bila dah ada tablet ni yg pasti Keysha dan Khadijah insan yg paling suka...... 

Kini, Samsung Corby 2, bertukar tangan..... ku berikan kepada Along, amboi Big cheesy grin lebar along bila dpt hp, angah senyum sinis. Moga Along akan dapat menjaganya sebaik mungkin....

Sekalung kasih sayangku buatmu, wahai suami..... Terima kasih atas segalanya!

Ermmm...nilah tablet ku yg baru.....
anak2 mama jgn jelous yer... hehehheBig cheesy grin
Berikut adalah spesifikasi gadget ni... mana lah tau kalau ada yang berminat nak beli kn....

Galaxy Tab 3 10.1 dengan saiz skrin 10.1 inci menawarkan pengalaman aplikasi terbaik dengan grafik tiga Dimensi, keupayaan kamera belakang tiga megapiksel dan belakang (1.3 megapiksel), video definisi penuh (HD) dengan kecekapan penggunaan bateri (6,800mAh) selain melayari laman web dengan lebih pantas.

Selain itu, paparan Galaxy Tab 3 10.1 turut menggunakan Teknologi TFT dengan 16 juta kedalaman warna serta resolusi 1,280 x 800. 

Menggunakan sistem operasi Android 4.2, tablet terbaru keluaran Samsung ini lebih nipis iaitu 7.95 milimeter (mm) berbanding model sebelumnya, manakala panjangnya adalah 243.1mm dan lebar (176.1mm) sementara beratnya hanya 519 gram.

Dari segi hiburan, peranti itu berupaya menyokong format video MPEG4, H.264, H.263, WMV, DIVX dan mampu memainkan semula video dalam HD penuh (1,080 piksel), sementara audionya pula menyokong format MP3, AAC, WMA, FLAC dan AMR.

Galaxy Tab 3 10.1 turut didatangkan dengan sambungan USB v2.0, 3.5mm Stereo Earjack, slot memori luaran microSD sehingga 64 gigabait (GB), manakala memori dalaman 16GB selain, menyokong penggunaan kad sim.


Bagaimanakah Pola Makan anak-anak kita?

Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Mendidik anak dalam pemakanan yang sihat memang mencabarkan diri seorang ibuA confused smiley. Saya sendiri pun payah nak menyuruh anak2 makan dengan betul... tapi alhamdulillah mereka susah nak makan sayur aje, makanan jajan, atau snek ringan memang mereka tak makan. Sejak kecil memang saya tak bagi mereka makan benda2 macam tu, bukan apa snek ringan macam tu tak berkhasiat untuk tumbesaran mereka. Tapi makanan macam coklat2, seperti kit kat ke, cadbury ke saya belikan jugalah.

Along memang payah nak makan sayur, dia makan sayur yg dia suka aje macam sawi, taugeh, tapi yg pahit-pahit macam peria dia tak makan. Bagi mengatasi masalah along ni, setiap kali saya masak terung ke bendi ke peria ke.... saya akan paksa dia makan... akhirnya makan juga walaupun kena paksa.... Bukan apa semua tu makanan sihat. Macam angah tak ada masalah semua dia makan. Skrg ni dalam proses mengajar Keysha dan Khadijah makan sayur. Setiap kali masak saya akan masukkan lobak merah, putih bagi mereka makan. Baik sayur pahit ke manis ke apa jua jenis sayur saya akan masukkan ke dlm mulut mereka bagi mereka rasa, sama ada mereka menolak ke tidak saya akan paksa mereka makan. Nampak macam kasar bunyinyer kan... tapi sebagai ibu kita yg kena corakkan mereka, bukan sebaliknya. Perkara yang baik tak apa kita buat begitu, in sya Allah akan ada hasilnya. Sekarang ni Keysha dah boleh makan sup sawi ke bayam ke, kobis ke... macam tu aje. Alhamdulillah. Khadijah, mgkn tak ada masalah kerana dia mmg suka makan sayur. Walaupun usianya 1 thn lebih tp sebab dia tgk kakak2nya makan sayur dia pun ikut juga.... 

Berikut ada artikel yg saya ingin kongsikan bersama....

Kasim suka snek manis
Kasim, 7 tahun, berlebihan berat badan untuk umurnya. Apabila terasa lapar antara waktu makan, dia mengambil coklat dan snek manis. Ibu bapanya khuatir kerana dia sudah mula bersekolah dan mereka tidak dapat mengawalnya daripada mengambil snek yang tidak sihat di kantin sekolah.

Sara yang ingin jaga imej badan
Ibu Sara mengejutkannya setiap pagi hanya 20 minit sebelum loceng sekolah berbunyi. Justeru, Sara yang berusia 12 tahun ini selalu kelam kabut dan tidak sempat mengambil sarapan. Sara memang tidak berminat untuk bersarapan kerana dia sudah mula mementingkan penampilan diri dan ingin menjaga imej badan.

Kumar sentiasa sibuk
Kumar, 10 tahun, kurang bersenam kerana dia sentiasa sibuk. Sebagai persiapan untuk menduduki peperiksaan UPSR, ibu bapanya mendaftarkan Kumar dalam pelbagai kelas tuisyen selepas waktu sekolah. Kumar menghabiskan masa lapangnya dengan bermain komputer untuk merehatkan fikirannya. Apabila ibunya berleter, dia menjawab: “Takkan tak boleh main sekejap pun. Bosanlah kalau belajar sepanjang masa.”

Anak-anak anda yang sudah bersekolah mungkin menghadapi masalah yang sama seperti Kasim, Sara dan Kumar. Ini adalah masalah yang biasa dihadapi oleh ramai kanak-kanak dan ibu bapa mereka. Apabila ini berlaku, waktu makan yang sepatutnya menyeronokkan bagi ibu bapa dan anak-anak, akan bertukar menjadi keadaan yang merimaskan.

Mengasuh anak-anak makan dengan betul
Sebagai ibu bapa, banyak yang anda boleh lakukan untuk menyemaikan tabiat makan yang sihat dalam diri anak anda. Anda yang menentukan apa yang perlu dimasak dan dihidangkan untuk keluarga anda. Ini adalah kerana anda merupakan orang yang paling berpengaruh dalam kehidupan mereka, dan paling layak untuk menggalakkan tabiat makan yang sihat.

Lebih penting lagi, anda berpeluang untuk menunjukkan teladan yang baik. Anak-anak menganggap anda sebagai suri teladan. Lantaran itu, anda boleh memainkan peranan paling berkesan dalam usaha melentur anak-anak dan membiasakan mereka dengan tabiat makan yang sihat, baik di rumah mahu pun di luar. Setelah menerapkan amalan ini dalam diri mereka, anda tidak perlu lagi bimbang tentang kemungkinan mereka membuat pilihan makanan yang salah.

Malangnya, masih terdapat ramai ibu bapa di Malaysia yang tidak berusaha untuk memberi anak-anak mereka makanan yang berkhasiat dan menanamkan tabiat makan yang baik sejak mereka kecil, atau apabila mereka mula bersekolah.

Adakah kanak-kanak Malaysia mengalami masalah pemakanan?
Kebanyakan kanak-kanak Malaysia mendapat makanan yang secukupnya. Walau bagaimanapun, masih terdapat juga ramai kanak-kanak yang mungkin mengalami masalah malpemakanan. Masalah ini timbul sama ada disebabkan mereka tidak mendapat kalori dan nutrien secukupnya atau mereka mengambil makanan secara berlebihan. Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) III yang dijalankan di seluruh negara pada 2006, satu daripada lima kanak-kanak kita mengalami masalah pemakanan, dengan berat badan dan ketinggian yang tidak sepadan dengan usia mereka.

Makan secara berlebihan
Kumpulan kanak-kanak yang mengalami berat badan berlebihan adalah mereka yang berumur antara 7 hingga 13 tahun. Kanak-kanak yang makan secara berlebihan akan menjadi gemuk apabila dewasa. Kajian menunjukkan bahawa keadaan ini boleh meningkatkan risiko mereka menghidap penyakit seperti diabetes (kencing manis) dan hipertensi (tekanan tinggi) apabila usia mereka meningkat. Berlebihan berat badan atau kegemukan juga menyebabkan mereka menjadi lebih prihatin terhadap penampilan diri dan boleh menimbulkan perasaan rendah diri.

Kekurangan zat makanan 
Kanak-kanak dianggap kurang mendapat zat makanan apabila mereka tidak mendapat cukup tenaga daripada makanan. Ini juga boleh mengakibatkan kekurangan pengambilan pelbagai nutrien penting. Kanak-kanak ini lebih mudah mendapat jangkitan dan selalunya tidak mencapai potensi pertumbuhan yang optimum.

Mengapa kanak-kanak mengalami masalah pemakanan?
Rakyat Malaysia boleh dikatakan hidup senang dan dimanjakan dengan banyak pilihan makanan. Jadi, mengapa masih ramai kanak-kanak kita yang mengalami masalah pemakanan? Sebab utama ialah tabiat makan yang tidak betul dan pengambilan makanan yang tidak seimbang. Ini berpunca daripada kekurangan pengetahuan tentang pemakanan di kalangan ibu bapa, dan juga kekurangan perhatian dan penjagaan ibu bapa.

Satu kajian yang dijalankan dua tahun lepas oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke atas lebih 9,000 murid sekolah rendah berumur 7-12 tahun menunjukkan bahawa kanak-kanak di Malaysia mempunyai tabiat makan yang tidak sihat dan kurang melakukan aktiviti fizikal. Hasil kajian itu juga menunjukkan:

1.    Tidak mengambil sarapan
Satu dalam setiap tiga murid sekolah rendah tidak mengambil sarapan. Apabila anak-anak anda tidak mengambil sajian pertama yang penting dalam sehari, mereka tidak mendapat cukup tenaga untuk membolehkan mereka cerdas dan memberi tumpuan dalam kelas. Mereka juga menjadi lesu dan mudah merasa letih.

 2.    Snek tidak sihat
Empat daripada sepuluh murid sekolah rendah mengambil snek setiap hari. Tabiat makan snek yang tidak sihat, sama ada mengambil snek terlalu hampir dengan waktu makan atau mengambil snek dengan kalori tinggi dan nutrien rendah seperti kentang goreng, coklat dan gula-gula, boleh mengganggu selera anak-anak untuk makan sajian yang sihat apabila tiba waktu makan.

 3.    Gaya hidup santai dan kurang aktiviti fizikal
Dua daripada lima murid sekolah rendah tidak aktif. Semakin ramai kanak-kanak menghabiskan masa lapang mereka dengan aktiviti santai seperti menonton televisyen, membaca, dan leka dengan permainan komputer/elektronik. Tiada perbezaan besar antara kanak-kanak bandar dan luar bandar.

Permulaan hari yang sihat
Jika anak anda cerewet makan, langkah pertama ialah kenal pasti punca masalah. Adakah mereka tidak mengambil sarapan? Kurang aktiviti fizikal atau kerap makan snek? Apabila sudah mengenal pasti puncanya, anda boleh mengambil langkah yang sesuai untuk menangani masalah ini.

Sebagai ibu bapa, anda memainkan peranan yang sangat penting untuk memperkasakan diri anda sendiri, supaya anda dapat menanamkan tabiat makan yang sihat di kalangan anak anda sejak kecil. Pelajari asas pemakanan yang baik dan turunkan pengetahuan ini kepada anak-anak anda.

Ajar anak anda memilih makanan mereka dengan bijak, serta mengamalkan tabiat makan yang sihat dan gaya hidup aktif sejak kecil. Ini akan memastikan mereka mempunyai asas yang kuat untuk membesar menjadi remaja dan orang dewasa yang sihat sepanjang hayat.

sumber

Cara Terbaik Mengekalkan Kemesraan dengan pasangan anda





Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

TERDAPAT PELBAGAI CARA UNTUK MENGEKALKAN HUBUNGAN ANTARA PASANGAN :
  • Jagalah penampilan diri kerana semua orang suka dengan kekemasan dan kecantikan. Penampilan harus dikekalkan sebagaimana sebelum kita bernikah.
  • Ikhlas dalam apa juga yang kita lakukan. Baik dalam memulakan percakapan atau perbuatan, jangan malu untuk jadi diri sendiri. Bukannya berlakon dan berlagak seperti orang lain yang akhirnya akan menjerat diri sendiri.
  • Ketika berinteraksi dengan pasangan, jangan lupa menggunakan bahasa tubuh seperti gerakan tangan, renungan mata dan tunjukkan minat ketika pasangan anda sedang bercakap.
  • Sentiasa berfikiran positif bila bersama pasangan dengan penilaian yang kosong dan tidak curiga, dengan berfikiran positif anda lebih mudah menerima pasangan anda seadanya.
  • Elakkan mengguna perkataan berunsur negatif seperti (Saya Tidak Suka). Lebih baik bercerita tentang kesukaan masing – masing. Gunakan ayat positif seperti (Saya Suka).
  • Bila memulakan percakapan atau dialog, jangan fokuskan perbualan tentang masalah, kesibukan kerja dan sebagainya. Pasangan anda tidak perlu mendengar masalah sahaja. Mulakan dengan suasana dan dialog yang gembira terlebih dahulu.
  • Jangan kedekut dengan kata pujian, Berikan pujian seikhlas hati anda Tapi jangan sampai berlebih-Lebih. anda boleh memuji warna bajunya,rambut, kasut, masakan dan sebagainya.
  • Tunjukkan Yang Anda Mengambil Berat Terhadap Pasangan Anda, Tolong Dalam Perkara – Perkara Kecil Seperti memotong sayur ketika pasangan anda sedang memasak atau sama-sama membasuh kereta bersama. Ini Menunjukkan Yang Anda Prihatin.
  • Jangan bersikap sombong, sebaliknya jangan abaikan unsur humor. Ini memberi tanda bahawa anda boleh didekati dan bersikap terbuka.
  • Jika pasangan anda melakukan kesalahan, Beri dia peluang untuk memberi keterangan. Mungkin dia ada alasan KUKUH atas perbuatannya, Jangan sampai anda yang malu sendiri.
  • Apabila anda melakukan kesalahan, Jangan malu untuk mengakuinya. Ringan mulut untuk mengucapkan perkataan maaf. Tunjukkan keikhlasan dan jangan sekali-sekali mengulanginya.
  • Cari waktu yang sesuai untuk membincangkan masalah. Persekitaran atau iklim komunikasi yang baik, dapat mempengaruhi perbincangan dan kaedah penyelesaian masalah.
  • Ketika membincangkan sesuatu masalah, jangan gunakan bahasa tersurat. Lebih baik berterus-Terang supaya pasangan anda faham akan perkara yang hendak di sampaikan.
  • Jangan terlalu menunjukkan yang anda adalah sangat baik dan sempurna. Dengar dahulu penjelasan pasangan anda, walaupun dia bersalah dan lebih baik bersikap merendah diri.
  • Ketika membincangkan sesuatu masalah, tumpukan kepada masalah, persoalan dan jalan penyelesaian, bukannya dengan menyalahkan atau menunding jari kepada sesiapa.
  • Jangan sekali-kali membandingkan pasangan anda dengan orang lain. Terutamanya, bekas kekasih, bekas isteri mahupun kawan-kawan baik anda, seolah-olah anda lebih mementingkan mereka.
  • Semua orang mempunyai ego. Hormati ego pasangan anda dan jangan merendahkan ego pasangan anda di hadapan orang ramai. Jika dia sedang marah, lebih baik berdiam diri.
  • Gunakan daya pujukan yang tinggi semasa menangani pasangan yang sedang merajuk. Gunakan kata-kata dan janji-janji manis. Tetapi Ingat! Jangan Menabur Janji.
  • Setiap masalah harus diselesaikan, bukannya ditinggalkan dengan alasan (Lupakan Saja). Suatu Hari nanti, masalah itu akan berbangkit dan membawa masalah baru yang lain.
  • Biarkan semua kenangan pahit itu berlalu kerana di sebalik itu pasti tersembunyi hikmahnya. Bersyukur atas ujian ini menjadikan kita lebih tabah dalam kehidupan.
  • Gunakan ganti nama yang mesra anda dan diri sendiri. Panggil pasangan dengan Nama yang lain daripada yang orang lain  gunakan. Ini memberi keistimewaan kepadanya.
  • Pasangan anda juga mempunyai rakan-rakan. Oleh sebab itu, saling mempercayai dalam hubungan adalah penting dan jangan terlalu mengongkong dalam kehidupan sosialnya.
  • Ajaklah pasangan anda melakukan aktiviti rekreasi bersama-sama, seperti berkelah, bermain bowling, jogging dan sebagainya. Aktiviti seperti ini dapat mengeratkan hubungan anda. Jika dah ada anak bawa anak-anak sekali, dan ini akan mengeratkan hubungan anda lagi.
  • Dekati hobi pasangan anda , dan cuba melibatkan diri dengan hobi tersebut. Ini akan mengeratkan hubungan anda kerana anda mempunyai aktiviti yang dapat dilakukan bersama.