Cara "HAPUS" Kisah Silam
Assalamualaikum....
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Setiap manusia pasti ada kisah silam, tak kiralah sama ada yang baik atau sebaliknya, namun apa pun sekali kisah silam itu, biarlah ia kekal sebagai satu lipatan sejarah meskipun tak mungkin hilang sampai bila-bila. Selalunya ia akan kekal menjadi rahsia yang disimpan walaupun telah berumahtangga. Biasanya kisah-kisah silam ni memberi impak besar dlm kehidupan terutama pada yg telah berumahtangga. Cuma di harap agar jgn disebabkan kisah silam, hidup kita jadi tak keruan. Hilang tumpuan dan sering murung dan pelbagai perasaan timbul dek kisah silam ini. Usah menoleh ke belakang... maju dan terus maju ke hadapan, jadikan kisah silam itu kenangan yg akhirnya akn luput.
1. Berusahalah melupakan kisah silam!
Memang sukar, tetapi kita perlu sentiasa mencuba dengan gigih dan tidak berputus asa sehingga semua memori dan kisah silam itu hilang. Kegagalan cinta, disakiti, teraniaya dan pelbagai kisah silam yg duka atau suka bukan kehancuran dalam hidup. Motivasikan diri bahawa setiap apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.. Oleh itu, teruskan berusaha melupakan dan menghapuskan kisah silam itu. Apa yang penting, kita perlu berusaha menggali hikmahnya. Sekiranya belum terungkap, jangan biarkan hal kisah silam itu menjadi beban trauma yang dapat mengekang prestasi kita pada masa akan datang.
2. Lihatlah kelebihan pada pasangan kita sekarang
Penting untuk kita melihat semula apa sahaja kelebihan pasangan kita. Lihat isteri, pasti dia juga memiliki kelebihan seperti dia yang dahulu. Begitu juga para isteri, lihat suami masing-masing. Kita pasti akan menemui kelebihan pada dirinya.
3. Simpan Ketat Kisah Silam jauh di dasar hati, Jangan disebut-sebut.
Setelah mendirikan rumah tangga, seharusnya kisah silam tersebut disimpan sebaik-baiknya. Lebih-lebih lagi jika kisah itu berupaya mengguris hati dan perasaan pasangan. Benar, tiada rahsia dalam perkahwinan tetapi ada ketika, menyimpan sesuatu yang menyakitkan lebih baik dari meluahkan.Boleh jadi kisah silam anda melibatkan perkara-perkara yang mengaibkan seperti maksiat, jenayah dan macam-macam lagi. Pastinya perasaan bagai dirobek-robek tatkala mengingati masa lampau pasangan. Bukan mudah melupakan tetapi tidak mustahil ia boleh dilakukan. Ikhlaskan diri, menerima pasangan seadanya. Itu hanyalah sebuah kisah silam.....
Walaubagaimana pun seandainya mengetahui kisah silam pasangan, cuba bertindak positif dengan mengawal emosi dan keadaan. Kuatkan hati dan kumpul segala kesabaran untuk berhadapan dengan pasangan. Tanamkan keyakinan bahawa pasangan mampu berubah menjadi suami atau isteri yang solehah sekali gus menjalani kehidupan rumah tangga yang bahagia. Jangan sekali-sekali sisihkan pasangan apabila mengetahui akan kisah silamnya. Belajar untuk mempositifkan diri.
Namun, sekiranya anda buntu dan tidak mampu menangani masalah ini seorang diri maka carilah individu yang boleh dipercayai untuk membantu. Meskipun tak mampu selesaikan semuanya sekelip mata, setidak-tidaknya sedikit bebanan yang tergalas di bahu kian hilang sedikit demi sedikit.

INGATLAH SELALU....
Tiada yang salah dengan perancangan-Nya. Mulakan dengan berprasangka baik, sentiasa berpegang teguh kepada istiqamah dan keikhlasan pada apa jua yang Allah SWT tetapkan
Langkah yang tepat dan betul harus kita lakukan ialah berusaha dan terus berusaha untuk melupakannya. Mengikhlaskan diri dan menerima semua takdir.
Memang bkn prkara mudah utk melupakn kisah silam

Ada cara yg lbh berkesan ke untuk melupakan kisah silam pasangan kita.

Sampai sekarang pun saya tak mampu nak lupakan kisah silam pasangan saya..