F
Showing posts with label Komunikasi. Show all posts
Showing posts with label Komunikasi. Show all posts

Membina Kemahiran Berfikir

BERFIKIR tidak saja suatu kegiatan akal tetapi ia boleh dibentuk sebagai suatu kemahiran. Kemahiran berfikir tidak datang begitu saja tetapi memerlukan latihan dan juga persiapan. fikir

Berfikir sekadar berfikir melihat sesuatu seadanya tidak mendatangkan apa-apa kemahiran. Tetapi sesuatu itu apabila ditanggapi berasaskan perspektif tertentu maka kemahiran mula terbentuk.

Melihat silih gantian siang dan malam, hujan dan panas, angin dan ribut seadanya tidak membimbing seseorang kepada kemahiran berfikir.

Tetapi apabila seseorang mula bertanya hikmah di sebalik hal-hal tersebut, kemahiran berfikir mula wujud. Mengagumi sumber-sumber alam yang banyak, keindahan pemandangan, debur ombak dan kicau burung boleh menjadi fenomena biasa. Ia akan menjadi suatu kemahiran apabila seseorang mula mengkaji secara tafakur dan tadabbur hikmah di sebalik kejadian tersebut. Ia mendorong tidak saja melihat sesuatu itu sebagai fenomena biasa tetapi ada rahsia yang boleh dikongsi tidak saja untuk menafaat kehidupan tetapi ada menafaat yang lebih tinggi dan murni.

Berfikir secara tafakur dan tadabbur tidak saja melihat sesuatu secara zahiri atau gambaran luaran seadanya tetapi ia membimbing manusia bertanya di sebalik adanya sesuatu tentu adanya proses penciptaan. Dan sesuatu itu tidak dicipta atau dijadikan atau wujud dengan begitu saja tetapi tentu bersebab. Walau pun keupayaan berfikir tidak mungkin mampu menjawab semua perkara tetapi ada pedoman asas yang membolehkan seseorang menghubungkan faktor kewujudan dengan faktor penciptaan dan faktor penciptaan sebagai sumber hikmah.

Oleh itu sebagai pemikir yang Islami, proses berfikir harus ditautkan dengan asas tauhid. Faktor tauhid menghubungkan kejadian sebagai ciptaan Allah. Sesuatu tidak terjadi tanpa hikmah tetapi sesuatu terjadi dan dicipta mempunyai maksud tertentu. Maksud itu boleh dikaji oleh akal manusia dalam batasan yang termampu. Dalam batas yang termampu manusia boleh sampai kepada suatu titik tentang keperkasaan dan kebesaran Allah s.w.t..

Apabila al-Quran dalam surah al-Alaq menyebutkan tentang kejadian manusia dari sebutir nutfah, ayat terawal dari Allah itu sudah membuka ruang fikir manusia tentang sains embriologi atau kejadian manusia. Apabila surah al- Mukminun: 12-14 mengisahkan bagaimana Allah menciptakan manusia dari pati yang berasal dari tanah, meletakkan air benih ‘pada tempat penetapan yang teguh kukuh’, kemudian menjadi sebuku darah beku, kemudian menjadi seketul daging, kemudian beberapa tulang, kemudian dibalut dengan daging-daging dan menjadi manusia yang sempurna.

Hikmah yang terungkap dari al-Quran ini mendorong pemikir mengembangkan pemikirannya dengan mengambil perspektif sains sebagai asas. Perspektif sains mendapati ungkapan al-Quran itu tidak bercanggah dengan kaedah dan dapatan sains moden.

Al-Quran, dalam Surah al-Mukminun ayat 18, menyebutkan tentang bagaimana Allah s.w.t. menurunkan hujan dengan sukatan yang tertentu serta ditempatkan air hujan itu tersimpan di bumi dan sesungguhnya Allah Maha Berkuasa melenyapkannya. Ayat ini memberi perspektif berfikir mengenai matematik, geologi dan juga memahami kekuasaan Allah. Ayat ini kalau dikembangkan dalam pemikiran secara tafakur dan tadabbur, ia mampu membimbing seseorang kepada pemikiran sains yang Qurani.

Oleh itu kemahiran berfikir secara Islami tidak saja memanfaatkan potensi akliah dan indrawiah sebagai sumber mendapatkan ilmu dan maklumat yang berbagai tetapi apabila asas maklumat, ilmu itu dilihat menerusi jendela tafakur dan tadabbur, ia mampu membimbing pemikiran manusia di tahap tinggi. Pemikiran tahap tinggi inilah yang sering menghubungkan kemahiran berfikir tidak secara lepas bebas tetapi kemahiran berfikir yang ditautkan dengan memahami dan menginsafi tanda-tanda kebesaran dan keperkasaan Allah.

Bezanya orang-orang Islam dengan orang-orang bukan Islam dalam membangun tradisi pemikiran ialah kemahiran berfikir, baik ia bersifat rasional, logik, reflektif, kreatif, lateral, kritikal atau saintifik tidak saja berkembang dalam potensi akal dan inderawi seadanya menerusi proses pemerhatian dan pengamatan serta uji kaji bagi melahirkan hipotesis, teori dan andaian tentang sesuatu tetapi ia dipandu oleh sumber naqliah atau wahyu sebagai pedoman memahami perkara yang nyata dan juga perkara yang ghaib.

Para remaja Islam perlu memahami asas kemahiran berfikir yang sifatnya integratif. Tidak mungkin remaja Islam mampu berfikir di tahap tinggi tanpa memahami al-Quran sebagai sumber dan sunah Nabi sebagai manifestasi amal Islami. Prasyarat untuk mengembangkan kemahiran berfikir walau dalam apa bentuk pun bermula dengan penguasaan ilmu.

Dengan mendalami ilmu tafsir dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya para remaja boleh membina kemahiran berfikir yang tidak saja mengambil pendekatan akliah dan inderawiah sebagai asas tetapi boleh dilanjutkan lebih jauh lagi supaya asas naqliah dapat dijadikan pedoman dalam membina kemahiran berfikir dalam perspektif yang berbagai.

Alam dan kehidupan, peristiwa dan kejadian adalah sumber-sumber yang amat relevan dalam mengembangkan kemahiran berfikir. Kemahiran berfikir akan subur kerana sentuhan pemikiran tidak saja kepada asas yang tersurat tetapi menjurus kepada hal-hal yang tersirat. Asas berfikir tidak saja melihat kepada fenomena sesuatu yang nyata tetapi juga merasakan nikmat iman mengenai sesuatu yang ghaib. Darinya mendekatkan pemikir kepada Pencipta dan Pengurus alam ini dan darinya lahir jiwa-jiwa yang muttaqin.

Asas berfikir tidak saja menanggapi sesuatu secara zahiri tetapi faktor batini juga diambil kira. Darinya lahir jiwa ihsan yang merasakan kemurnian makna kehidupan yang membolehkan remaja hidup secara sejahtera dan menginsafi bahawa remaja dijadikan oleh-Nya sebagai hamba dan khalifah untuk melaksanakan misi ibadullah dan ibadur rahman.

Jiwa iqra’ yang menjadi asas kepada ditanzilkan al-Quran harus mendorong remaja tidak saja berfikir dalam perspektif yang dangkal. Berfikir secara zahiri yang tidak ditautkan dengan faktor batini menjadikan hasil pemikiran hambar. Jiwa iqra’ harus memandu remaja melihat sesuatu dari jendela yang zahiri dan batini serta mendorong perspektif pemikiran didukung oleh nilai dan etika dan menyebabkan remaja merasai bahawa memahami faktor zahiri saja tidak cukup untuk mencari makna diri, kehidupan dan alam.

Berpandukan sumber nilai yang sifatnya Qurani, ia bakal memberikan kemahiran berfikir yang Islami dan remaja bakal menjadi pemikir yang tidak saja mampu menukil ilmu dan maklumat hasil adanya proses berfikir tetapi ilmu dan maklumat itu sifatnya mempedoman remaja ke arah jalan berfikir yang lebih fitrah.

Oleh: PROF. DR. SIDEK BABA - DR. SIDEK BABA ialah pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

TIPS MEMBAIKI KOMUNIKASI YG SEMAKIN HAMBAR

Sebelum berkahwin, pasangan akan berkongsi cerita suka duka bersama. Hal yg sebesar kuman pun ingin diceritakan. Tapi selepas lama berkahwin, komunikasi semakin hambar dan hanya perkara yg penting saja menjadi tajuk perbualan. Utk berbual kosong dan bergurau senda juga seperti sudah tak ada masa.

Tip2 di bawah ini boleh dijadikan panduan agar hubungan anda suami isteri pulih kembali. Umpama zaman percintaan yg sentiasa mengharum dan mewangi, begitulah hendaknya kehidupan perkahwinan anda. Mencari Waktu Yg Sesuai Utk Berbincang Jika anda mempunyai masalah atau sesuatu perkara penting hendak dibincangkan, lihat dulu situasi pasangan pada masa tersebut. Sesuatu yg sia2 sekiranya perkara yg anda perkatakan tidak di ambil perhatian kerana pasangan juga dalam suasana emosi yg tidak stabil. Amat penting utk anda bijak mencari masa yg sesuai. Tidak semua pasangan dpt memberi perhatian yg sepenuhnya kepada anda sedangkan anda sendiri tidak stabil perasaannya. Berbincang dalam situasi yg tenang. Mulai dgn kata2 yg manis tanpa terus ke tajuk perbualan. Pasti si dia akan berbesar hati mendengar setiap apa yg anda ingin perkatakan. Malahan akan cuba memberi pendapat sebagai tanda si dia menumpukan sepenuh perhatian terhadap anda. Itu adalah lebih baik daripada anda terus menerjahnya dengan masalah anda di saat si dia sedang kepenatan pulang dari kerja.

Jangan Meleret
Kebanyakan suami tidak suka si isteri bercerita tentang sesuatu perkara dengan meleret2. Terus kepada tajuk perbualan dan kemukakan perkara2 yg penting saja. Suami akan cepat merasa bosan jika anda suka meleret2. Berbeza dgn wanita, di mana kebanyakan wanita akan mudah mengingati perkara yg kecil dan remeh. Oleh itu jangan cuba utk memperkatakan sesuatu perkara yg agak terperinci kepada suami kerana sukar utknya mengingati semula. Katakan perkara yg boleh menarik perhatian dan mudah utk diingati. Pasti perbualan anda rancak dan masing2 tidak menunjukkan kebosanan. Jangan sampai suami mengungkapkan perkataan " Sudah, lupalah!" kerana dari situ menunjukkan si suami sudah tidak menaruh minat utk mendengar cerita selanjutnya.

Segera Tarik Perhatian
Apabila anda memperkatakan sesuatu dalam tempoh yg agak lama, pasti si dia akan jemu utk mendengar dan mengurangkan perhatian terhadap anda. Umpan si dia dgn cara tersendiri. Lari sedikit dari topik perbualan dan katakan sesuatu yg boleh membuatnya terkejut atau tersentak. Contohnya ketika si dia agak bosan mendengar masalah anda, cuba katakan padanya bahawa anda cintakannya atau ada suatu rahsia yg ingin diperkatakan. Katakan sesuatu yg boleh membuatnya tersentak. Sekurang-kurangnya si dia akan mendengar apa yg sedang anda perkatakan walaupun perkara tersebut bukan sesuatu yg menggembirakan.

Wujudkan Suasana
Gembira Kebanyakan isteri suka bercakap serius apabila ingin memperkatakan sesuatu perkara. Kadangkala cara ini kurang disukai suami. Jgn sesekali terus kpd tajuk perbualan, mulai dgn ayat berbunga2 tetapi jgn sampai meleret. Katakan sesuatu yg indah yg boleh membuatkan hatinya gembira. Ketika anda melihat situasinya begitu, barulah ke topik yg ingin diperkatakan. Ucapkan sesuatu yg riang atau bergurau senda terlebih dahulu. Itu adalah lebih baik.

Jangan Berselindung
Isteri suka mengungkapkan perkataan 'double meaning' atau sindiran utk memperkatakan sesuatu perkara. Awas! Ini akan menyebabkan suami keliru dan apa yg anda maksudkan tidak akan sama dengan pemahamannya. Jika anda ingin bercakap tentang perkara A, jgn meleret ke perkara B atau C.

Jangan Berleter Berleter bukan cara yg berkesan utk menyelesaikan masalah. Leteran akan membuatkan si dia merasa bosan. Jika anda mempunyai masalah yg ingin anda katakan padanya , boleh diucapkan dgn nada yg lembut dan sopan. Itu akan mententeramkannya.

Elak Perkara Yg Tak Disukainya
Tidak semua topik perbualan yg disukai oleh wanita akan disukai oleh lelaki. Pastikan anda tidak memperkatakan sesuatu yg tidak disukainya. Ini akan mewujudkan rasa kebosanan dalam dirinya. Suasana juga akan menjadi muram. Seeloknya anda berbincang tentang perkara yg boleh dikongsi bersama.

Jangan Bercerita Tentang Hal Yg Tak Ada kaitan Dgn Rumahtangga
Perkara utama yg perlu dielakkan dalam sesuatu hubungan rumahtangga ialah sikap si isteri yg suka mengambil tahu hal orang lain dan membawanya pulang ke rumah. Lebih baik anda menumpukan perhatian pada hal rumahtangga. Sikap anda yg suka menjaga hal org lain akan menyebabkan suami anda tidak menggemarinya.

Bersama Berdua-duaan
Bilakah kali terakhir anda dan pasangan bercuti bersama? Kalau tidak pernah anda perlu keluar bersama, bercuti dan merehatkan fikiran bersama. Di sepanjang perjalanan inilah masa terbaik utk anda mengimbas kembali saat2 indah bersama. Dengan cara ini, anda dapat merapatkan kembali diri anda dan suami seterusnya menjadikan suasana bertambah romantik.