F
Showing posts with label Ilmu. Show all posts
Showing posts with label Ilmu. Show all posts

Brainwash...cuci otak?

Salam ceria sahabat pembaca....

Pernah tak dalam hidup anda, anda rasa ketakutan menyelubungi diri....takut sangat tetapi tak tahu apa yg ditakutkan.......semua perkara takut, contoh takut melakukan sesuatu yg bertentangan dari kebanyakan orang, takut kepada dosa...takut buat sesuatu nnt masuk neraka....takut kalau tak buat itu dan ini akan dapat begitu begini....Pernah tak?

Perasaan yg sangat ketakutan tetapi tak tahu apa yg ditakutkan....
Adakah bila aku buat ni nnt akan jadi begini....



Apabila aku buat itu akan jadi begitu...
Serba tak kene jadinya...
Akhirnya kita duduk di dlm keadaan menurut apa yg majoriti kata/fikir...
Majoriti manusia yg mempunya sokongan dan kuasa...
Kita ikut saje tanpa perlu fikir panjang...
Kalau ramai yg setuju dan ikut bermakna itu lah jalan/ cara utk kita lalui,
Walaupun  majoriti belum tentu ianya benar atau salah. Tetapi secara dasar apabila mendapat sokongan majoriti maka benarlah katanya....itu apa yg umum fikirkan..

Dari kecil kita ditakutkan dengan pelbagai perkara. Mak bapak kita akn takutkan kita dengan ada "hantu" kalau kita balik atau bermain sehingga waktu senja. Kalau kita tak rajin bersekolah kita tak jadi org pandai nnt tak dpt keje besar...hidup akan susah melarat. Dah besar kita ditakutkan dengan pelbagai ketakutan tentang perkara duniawi...

Sedari kecil lagi kita dah di "brainwash". Kita kene belajar rajin²  nnt besar boleh masuk Universiti, dpt keje bagus, gaji besar hidup senang. Tapi pernah tak kita tanya pd diri apa tujuan hidup kita.. Adakah apa yg kita dgr itu adalah tujuan hidup kita yg sebenarnya. 

Kita kejar dunia siang malam, kita fikir duit boleh selesai segalanya. Tak ada duit tak boleh hidup, tapi kita tetap rasa masih kosong dlm diri. Kosong sgt. Ramai dari kita belajar agama hanya sekadar berasa itu adalah tanggungjawap tapi bukan nak kenal apa itu agama. Apa itu tuhan? Belajar agama sekadar ikut-ikutan sahaja. Di sekolah sekadar sebatas itu sebahagian dari silibus di sekolah. Tauhid hanya jadi sekadar teori, sedangkan itu asas hidup dan tujuan kita lahir ke dunia ini. Kita lupa tujuan hidup kita lahir utk apa? Adakah utk kejar kenikmatan hidup semata, menjadi hamba kepada kekayaan dan kuasa. Menjadi hamba kepada sebuah sistem dunia...yg mana sistem itu dibuat oleh manusia jua.  Hidup bkn sekadar tentang keje bagus dan hidup mewah tetapi tentang jiwa yg kenal Tuhan. Hanya jiwa yg kenal tuhan akn tenang dan kembali kepada ketenangan sejati.

Pernah tak kita terfikir, yg diri kita ni adalah mangsa bagi sebuah sistem? Berapa ramai yg pernah terfikir akan perkara itu? Hidup kita dari kecil hingga masuk ke liang lahad telah diskripkan...kita hanya ikut tanpa perlu nak fikir panjang. Kita menjadi org yg menurut apa yg telah ada dalam sistem. Dalam beragama berapa kerat dari kita yg pernah bertanya, Apakah itu agama? Kenapa aku berada dlm agama ini? 

Kalau kita berckp dlm konteks Islam sebagai contoh,.... berapa kerat yg bertanya apakah itu Rukun Islam dan Rukun Iman? Aku yakin ramai tahu kalau ditanya apakah itu Rukun Iman dan Rukun Islam budak kecil pun dpt jawap sbb semua dah diajarkan. Tapi berapa ramai yg pernah bertanya utk apa Rukun itu? Apakah Rukun Iman itu?
Percaya kepada Allah. - kenalkah siapa Allah itu? Hanya sebatas tahu nama Allah sahaja.
Percaya kepada Malaikat-Malaikat. - Kenalkah apa dan siapa malaikat ni?
Percaya kepada Kitab-Kitab - Di manakah kitab ini? Benarkah kitab yg ada di tangan kita yg asal?
Percaya kepada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul. - Kenalkan siapa mereka atau sekadar dengar cerita sahaja
Percaya kepada Hari Akhirat - apakah itu akhirat? Hari Pembalasan, siapa yg pernah pergi dan balik dari sana? Siapa yg bawa cerita ini? Benarkah cerita itu?
Percaya kepada Qada' dan Qadar. - apakah yg dimaksudkan dgn dua perkara ini?

Begitu jgk dengan Rukun Islam.
Mengucapkan dua kalimah syahadah. - apa itu syahadah? Apa yg kita ucap dan saksikan dlm syahadah tersebut? 
Mendirikan solat fardu lima waktu. - apa itu solat? Berapa ramai yg tak solat? Org perempuan pun tak solat juga bila uzur kan...tp cuba fikir, sepatutnya bila ianya rukun tidak dibuat bermakna gugurlah Islam itu... namanya pun rukun kan.... tapi umum ckp itu bonus utk org perempuan katanya... sangkaannya๐Ÿ˜Š
Berpuasa di bulan Ramadan.- apa itu puasa? sekadar tahan lapar dan dahaga? berapa ramai org yg tak berpuasa... secara tak langsung gugur dah Islam..kan ianya rukun?
Menunaikan zakat. - zakat apa? Apa sbnrnya zakat? 
Mengerjakan haji bagi yang mampu. - haji bagi yg mampu? kalau fikir semula bila sebut rukun wajib dilaksanakan..kalau tak buat batal/tidak sah...tapi dlm konteks haji ini bagi yg mampu..bagaimana pulak ianya boleh jadi seperti itu..hanya bagi yg mampu sedangkan ianya merupakan rukun Islam, kalau difikirkan semula kalau kita tak buat bermakna gugur lah Islam kita...kan.?
Setiap apa yg dinamakan rukun dan tidak dilaksanakan maka gugur lah Iman dan Islam. Itu sebagai contoh yg boleh aku katakan utk kita mula berfikir dan mencari jawapannya.

Dari kecil lagi kita dah diajar utk hanya patuh, dengar dengan apa yg diajar pada kita tanpa banyak soal. Kalau lebih tanya paling tidak kita akn disergah dgn kata itu dosa, nnt masuk neraka, nnt Tuhan tak syg, Tuhan akn hukum dan pelbagai kata, akhirnya kita hanya sekadar mengiyakan, mengikut dan tak perlu lagi berfikir. Biar org lain fikirkan utk kita. Yelah apabila kita hanya sekadar jadi pengikut, maka apa yg kita lakukan hanya mengikut tanpa banyak fikir. Tanpa mempersoalkannya? 

Adakah itu dinamakan hidup? Kita lahir tanpa sebarang pengetahuan, disumbatkn dengan ilmu dari org sekeliling, dan situasi, dari buku-buku.... sehingga hujungnya  kita hanya menjadi penurut kepada ilmu yg kita dapat dari keliling kita. Begitulah cara kita di brainwash tanpa kita sedar pun....sistem telah sedia ada utk kita ikut...tanpa sedar kita menjadi sebahagian dari sistem itu.

Cuba fikirkan kembali...Benarkah apa yg kita tahu itu adalah sebenar-benarnya kebenaran?
Siapakah yg mula mencipta sistem dunia ini?
Adakah org yg menciptanya berniat baik atau buruk?
Mungkin jgk sistem dunia ini diwujudkan utk sesuatu?
Adakah utk kebaikan atau kemudaratan?
Siapakah yg menguasai sistem dunia ini?
Jangan berhenti berfikir....teruskan mencari kebenaran dari sebuah cerita yg kita terima! Hidup ini adalah sebuah pencarian...carilah sehingga kita berjumpa jalan pulang!

iNTERMITTENT FASTING - sihatkah diri?

Salam sahabat pembaca...... ๐Ÿ’
Semoga hari-hari indah sentiasa  bersama anda. Limpahan keceriaan dan nikmat kebahagiaan yg berpanjangan. Andai semalam ada secubit kesalan, maka jadikan hari ini suatu pelajaran dan belajar berdamai dgnnya  serta berusaha lah menjadi orang hebat dlm versi anda sendiri!

Oooo ye sahabat pembaca....hari ini aku ingin berkongsi satu cara utk sihat. Ianya dari pengalaman aku sendiri. Aku nukilkan agar bermanfaat utk anda yg masih mencari cara sihat utk diri anda. Bila bercakap tentang sihat semua manusia ada perspektif masing-masing. Bagi aku sihat bermakna aku merasa selesa dan nyaman dengan diri aku. Aku tak peduli apa tanggapan org lain kerana aku adalah aku dan aku tak boleh jadi orang lain. Namun setiap input yg baik akn aku selami dan hadam adakah ianya baik utk aku atau tidak.

Semuanya bermula hujung 2021..... 
Aku dpt merasakan badan aku  tidak selesa kerana beban berat badan ku yg memberi beban kepada lutut aku. Lutut rasa sakit dan meminimakan pergerakan aku. Namun aku masih aktif, walking, dan hiking. Berat badan aku ketika itu 85kg. Beratkan tapi masih dalam anggapan bahawa bentuk tubuh badan, gemuk atau kurus bukan ukuran kepada sihatnya tubuh. Ada saje org yg gemuk, sihat tiada sebarang penyakit. Ada juga yg kurus sakit sana sini. Sihat adalah subjektif. Mana-mana manusia perlu menentukan sihat mengikut tubuh badan masing-masing. Perlu kenal diri masing-masing. Jangan mengukur baju di badan org lain...jadi susah sendiri.

Aku juga sama merasai bahawa berat aku 85Kg ini, aku tiada sebarang penyakit berat tapi aku dapat rasa dengan berat ini memberi beban kepada lutut aku. Ianya dapat aku rasai sekian lama walaupun aku nafikan, biarkan dan its cool...gemuk bkn bermakna sakit, kurus bukan bermakna sihat. Lama aku pegang tanggapan itu. Namun semua berubah, aku tidak tahu kenapa aku berubah pada awal 2022 itu, aku mula mengurangkan portion makanan aku, namun masih makan 3 kali sehari. Dan kemudiannya aku mula tidak mengambil karbohidrat dan gula secara berperingkat-peringkat. Aku tidak sama sekali  ambil dua makanan itu terutama apa saje yg berasaskan tepung gandum dan nasi.

Ianya berlarutan selama 3 bulan. Susah tetapi aku gagahkan juga. Tentulah susahkan..dah biasa mkn nasi tiber kene tahan diri utk tak ambil semua itu. Namun akhirnya 3 bulan itu membuat berat badan ku turun 8kg. Kalau dulu nak turun 1kg pun susah. Naik aje atau mantain aje. Tak percaya kan...Tapi itu hakikatnya. Aku berjaya turun 20kg dlm tempoh masa 8 bulan. Dan ketika aku menukilkn pengalaman aku ni berat aku 57kg... dan ianya sentiasa berubah antara 56 kg - 59kg... dalm julat itu. Skrg aku hanya maintain berat badan ku dlm julat tersebut.

Aku kongsikan cara aku melakukan diet turun berat badan ini. Apa-apa pun gali ilmu dulu sebelum melakukan sesuatu yg baru, jgn ditolak dan jgn diterima bulat-bulat begitu saje. Ambil tahu dahulu dan kemudian beramal.

Amalan yg aku lakukan:-
  • Cara yg aku lakukan ini dipanggil "Intermittent Fasting". Diet IF ini memfokuskan pada masa anda makan, bukan apa yang anda makan – iaitu dengan mempraktikkan kitaran antara tempoh berpuasa dan tempoh makan. Contoh 16:8 iaitu anda berpuasa 16jam termasuk waktu tidur dan  anda makan dalam tempoh 8jam. Contoh last meal hari ini jam 7malam dan dalam tempoh 16 jam sehingga jam 11pagi esoknya anda boleh lah makan selama 8jam berikutnya. Dan teruskan lah rutin tersebut sehingga anda membiasakan diri dengan waktu makan tersebut.Waktu makan 8jam tu, fahamkan maksud makan 8jam tu...aku yakin anda tak larat pun makan aje dalam 8jam tu kan..mksd aku adalah dlm tempoh 8jam tu anda makan lah bila-bila perlu, bukan makan selama 8jam. Takut meletup plak perut anda. 
  • Ada beberapa kaedah masa boleh diamalkan. Ikutlah kemampuan tubuh badan sendiri.Jangan ikut org lain.
            12:12,        
            16:8,
            18:6, 
            20:4, 
            23:1, 
            OMAD 
            Puasa sunat - seperti yg diamalkan oleh org Islam.

            Bila amalkan kaedah ini, perlukan semangat yg kuat. Apa-apa pun tambahkan lagi ilmu   
            pengetahuan dalam setiap apa yg kita ingin buat.
  • Next....Selama beberapa bulan tak silap aku dlm 5 bulan aku mengamalkan gaya makan seperti itu, dan aku mula jadi selesa dengan tubuh badan aku, aku tidak pasti di mana bermulanya aku mula ambil makan sekali sehari yg dipanggil OMAD (one meal a day). Dan pada ketika ini aku telah mula makan memilih apa makanan yg aku masukkn ke dlm badan ku. Contohnya aku mula tidak mengambil karbohidrat dan apa saje makanan yg bergula. Contoh nasi, aneka kuih muih dan air yg ada gula tak kiralah gula putih atau gula perang. Ianya berlaku selama beberapa bulan.
  • Selepas aku dpt berat ideal 56kg - 59kg tu aku hanya perlu jaga apa yg aku masukkan dlm badan. Malah aku selesa dgn cara mkn aku dengan tidak mengambil karbohidrat dan gula, namun sesekali aku teringin nk makan nasi atau kuih muih aku ambil saje skit, dan aku elakkn makan kuih muih yg berasaskan tepung gandum. Actually byk makanan yg aku elakkn, oleh sebab itu aku jarang makan di luar, biasa aku akn masak sendiri. 
  • Contoh makanan yg aku mkn adalah ayam, daging, seafood, sayur skit, buah skit, dan gula putih sama sekali tidak aku sentuh. Kalau teringin nak minum yg rasa manis aku letak stevia atau gula kelapa. Namun bukan lah jadi habit, hanya bila aku teringin. Apa-apa pun diri sendiri yg perlu kawal apa yg kita nak makan. Jangan kalah pada nafsu sendiri. Tetapi sesekali aku ingin makan kuih aku akan buat kuih muih yg berasaskan tepung beras, atau kalau aku rajin aku kisar je beras. Ilmu nk buat kuih dgn tepung beras pun kene belajarlah... Jangan malas nk cari cara. Ada seribu satu macam kaedah utk menikmati hidup. Walaupun kita makann dalam keterbatasan tapi ada cara utk kita melewati keterbatasan itu dengan cara yg berhemah. Cari dan gali ilmu itu! Hidup itu nikmat! Hidup sentiasa dalam pencarian utk memiliki Nikmat!
  • Secara menariknya, konsep ini lebih kurang sama dgn dengan amalan puasa di bulan Ramadan, di mana umat Islam berpuasa dari subuh hingga maghrib. Perbezaannya ialah puasa Ramadan lebih kepada ibadah, manakala diet IF lebih kepada tujuan kesihatan. Kaedah ini bukan hanya bertujuan untuk menurunkan berat badan tetapi juga memperbaiki kesihatan metabolisme dan meningkatkan daya tahan tubuh. Ianya memberikan badan masa untuk memproses tenaga secara lebih cekap. Dalam tempoh berpuasa, badan menggunakan lemak yang disimpan sebagai sumber tenaga, menjadikannya kaedah semula jadi untuk membakar lemak. Cuma manusia walaupun berpuasa di bulan Ramadhan itu merupakan satu ibadah yg baik, tetapi manusia selalu kalah dengan nafsu sendiri, pabila berbuka puasa tak sah kalau tak penuh makanan di meja...mgkn tak semua org begitu tapi kebanyakan begitulah. Mana taknya bazar makanan begitu banyak di kala bulan Ramadhan. Konsep ibadah hanya sekadar ibadah tetapi kosong di jiwa masing-masing. Opss tak semua begitu....tapi kebanyakan begitu๐Ÿ˜Š

Aku berharap agar perkongsian aku ini dpt membuka mata anda utk mencari tahu. Kalau anda inginkan maklumat lebih lanjut aku rasa bersepah dalam alam maya ni...cuma pandai-pandai lah memilih dan mengkaji kebenarannya. Jangan terima dan tolak membabi buta.

Sebenarnya...diri kita adalah apa yg kita makan...kerana semua nya akan menjadi darah daging kita. Kenal pasti apa yg baik utk tubuh anda, jgn ikut org lain, kerana setiap tubuh badan berlainan caranya namun satu hal yg pasti tubuh kita menginginkan makanan yg sihat "Halalan toyibba".
Halal tidak bermakna baik utk badan
Tetapi baik dan elok sudah pasti terbaik utk tubuh badan kita.๐Ÿ˜‰


Benarkah Lelaki Dapat Bidadari di Syurga, Wanita??


Assalamualaikum....

 ุงู„ู„َّู‡ُู…َّ ุตَู„ِّ ุนَู„َู‰ ู…ُุญَู…َّุฏٍ ูˆَุนَู„َู‰ ุขู„ِ ู…ُุญَู…َّุฏٍ

ุจِุณْู…ِ ุงู„ู„ู‡ِ ุงู„ุฑَّุญْู…ู†ِ ุงู„ุฑَّุญِูŠู…ِ

Saya yakin sahabat pernah dengar cerita, dan pertanyaan seperti ini. Kadang-kadang terpantul di benak..... betul ke tu? Takkan lah macam tu... adakah Allah tidak adil kepada kaum Hawa? Tak mungkin...dan macam-macam pertanyaan dan persoalan akan keluar jika kita tahu tapi tak berilmu. Sebaiknya ambil langkah pertama cari guru2 yang mampu mengesahkan kesahihannya...jgn hanya mampu percaya bulat-bulat dan hadam begitu sahaja... zaman sekarang terlalu banyak perkara yang salah dibenarkan dan yang benar disalahertikan. Apa-apa pun jadilah insan yang berilmu. Insha Allah tidak akan ada satu apa pun yang boleh memperbodohkan kita dengan cerita yang kadang-kadang tiada asas dan dasarnya.

****************
Pertanyaan:
Disebutkan bahawa kaum lelaki akan memperolehi bidadari di jannah (syurga), lalu bagi kaum wanitanya?

Jawapan:

Pertama : Jika para wanita dunia beriman dan beramal soleh maka mereka juga akan mendapatkan kenikmatan para bidadara sebagaimana ditunjukkan oleh keumuman ayat-ayat yang menegaskan bahawasanya bagi para penduduk syurga segala apa yang mereka inginkan dan hasratkan. Allah Tabaraka wa Ta’ala berfirman mengenai nikmat yang diperolehi penghuni syurga,

ูˆَู„َูƒُู…ْ ูِูŠู‡َุง ู…َุง ุชَุดْุชَู‡ِูŠ ุฃَู†ูُุณُูƒُู…ْ ูˆَู„َูƒُู…ْ ูِูŠู‡َุง ู…َุง ุชَุฏَّุนُูˆู†َ. ู†ُุฒُู„ุงً ู…ِّู†ْ ุบَูُูˆุฑٍ ุฑَّุญِูŠู…ٍ
“Di dalamnya kamu memperolehi segala sesuatu yang kamu inginkan dan kamu pun memperolehi segala sesuatu yang kamu cinta. Sebagai hidangan (bagimu) daripada (Rabb) Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Qs. Fushshilat: 31–32)

ูˆَูِูŠู‡َุง ู…َุง ุชَุดْุชَู‡ِูŠู‡ِ ุงู„ْุฃَู†ูُุณُ ูˆَุชَู„َุฐُّ ุงู„ْุฃَุนْูŠُู†ُ ูˆَุฃَู†ุชُู…ْ ูِูŠู‡َุง ุฎَุงู„ِุฏُูˆู†َ
“Di dalam jannah itu terdapat segala apa yang diinginkan oleh hati dan sedap (dipandang) mata, dan kamu kekal di dalamnya.”(Qs. az-Zukhruf: 71)

Sudah maklum juga bahawa “zuwaj” (pasangan hidup) merupakan hal yang diinginkan oleh hati dan ini akan diperolehi oleh ahli syurga, baik yang lelaki mahupun wanita. Dan kenikmatan syurga bukanlah diciptakan dan disediakan oleh Allah hanya untuk para lelaki saja akan tetapi kepada seluruh orang-orang yang bertakwa baik dari kalangan lelaki maupun wanita. Allah berfirman:

ูˆَู…َู†ْ ูŠَุนْู…َู„ْ ู…ِู†َ ุงู„ุตَّุงู„ِุญَุงุชِ ู…ِู†ْ ุฐَูƒَุฑٍ ุฃَูˆْ ุฃُู†ْุซَู‰ ูˆَู‡ُูˆَ ู…ُุคْู…ِู†ٌ ูَุฃُูˆู„َุฆِูƒَ ูŠَุฏْุฎُู„ُูˆู†َ ุงู„ْุฌَู†َّุฉَ
Barangsiapa yang mengerjakan amal-amal saleh, baik lelaki maupun wanita sedangkan dia orang yang beriman, maka mereka itu masuk ke dalam syurga.(QS An-Nisaa :124)

ูˆَู…َู†ْ ุนَู…ِู„َ ุตَุงู„ِุญًุง ู…ِู†ْ ุฐَูƒَุฑٍ ุฃَูˆْ ุฃُู†ْุซَู‰ ูˆَู‡ُูˆَ ู…ُุคْู…ِู†ٌ ูَุฃُูˆู„َุฆِูƒَ ูŠَุฏْุฎُู„ُูˆู†َ ุงู„ْุฌَู†َّุฉَ ูŠُุฑْุฒَู‚ُูˆู†َ ูِูŠู‡َุง ุจِุบَูŠْุฑِ ุญِุณَุงุจٍ
Dan Barangsiapa mengerjakan amal yang saleh baik lelaki maupun perempuan sedang ia dalam Keadaan beriman, Maka mereka akan masuk syurga, mereka diberi rezki di dalamnya tanpa hisab. (QS Ghoofir : 40)

Siapakah Bidadara Syurga?
Yang dimaksudkan dengan bidadara adalah daripada kalangan lelaki dunia yang masuk syurga (lihat Majmu' Fatawa Syaikh al-'Utsaimin 2/53).

Sudah tentunya seorang lelaki yang masuk syurga akan diubah tubuh dan parasnya oleh Allah menjadi tampan dan elok sebagai bidadara (sebagaimana akan datang penjelasannya di bawah)

Kedua : Para ulama menjelaskan bahawa ada beberapa sebab kenapa sama sekali tidak disebutkan tentang bidadara bagi para wanita, di antaranya:
  • Kerana para wanita asalnya merekalah yang dicari dan dikejar-kejar, bukan sebaliknya. (lihat Majmu' Fatawaa Syaikh al-'Utsaimin 2/53) Jadi merupakan perkara yang kurang enak jika ditunjukkan bahawasanya para wanita mengejar-ngejar para bidadara.
  • Dalam dalil-dalil disebutkan tentang keindahan tubuh para bidadari dengan agak terperinci, tentunya hal ini sangatlah kurang sesuai jika disebutkan tentang  keindahan tubuh para bidadara dihadapan para wanita. Ini kerana asalnya para wanita memiliki sifat malu yang sangat tinggi… malu untuk membaca atau mendengar, apalagi membicarakan keindahan tubuh para bidadara
Ketiga: Yang perlu diingat bahawasanya kenikmatan di syurga sangatlah banyak dan tidak dapat dibayangkan. Kenikmatan di syurga bukanlah hanya kenikmatan jimak saja, akan tetapi masih terlalu banyak kenikmatan yang lain yang banyak dan bervariasi.

Keempat: Wanita beriman yang memasuki syurga lebih cantik daripada para bidadari.
Para ulama juga menyebutkan bahawasanya para wanita dunia jika beriman dan beramal soleh hingga masuk syurga maka mereka akan lebih mulia dan lebih cantik daripada para bidadari syurga.

Ini kerana para wanita dunia telah menjalankan kewajipan-kewajipan yang Allah wajibkan kepada mereka, mereka menjalankan perintah Allah dan menjauhi laranganNya dengan penuh kesabaran tatkala di dunia. Hal ini berbeza dengan para bidadari syurga yang langsung diciptakan dewasa dan tanpa pembebanan tugas daripada Allah, mereka diciptakan untuk disediakan bagi para lelaki penghuni syurga. Ada beberapa hadis Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam yang menunjukkan akan hal ini akan tetapi hadis-hadis tersebut lemah. Di antaranya hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Salamah radhiallahu 'anhaa bahawasanya Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda

ุจَู„ْ ู†ِุณَุงุกُ ุงู„ุฏُّู†ْูŠَุง ุฃَูْุถَู„ُ ู…ِู†َ ุงู„ْุญُูˆْุฑِ ุงู„ْุนِูŠْู†ِ
"Bahkan wanita dunia lebih afdhal dari pada para bidadari" (HR At-Thabrani dalam Al-Mu'jam Al-Kabiir no 780. Hadis ini dilemahkan oleh Al-Haitsami dalam Majma' Az-Zawaaid 7/255 dan juga Syaikh Al-Albani dalam Dho'if 2230).

Kelima: Allah akan mencantikkan wajah para wanita dunia yang memasuki syurga.
Para wanita dunia janganlah menyangka jika mereka masuk ke dalam syurga lantas wajah mereka tidak berubah. Allah akan mencantikkan wajah-wajah mereka dengan secantik-cantiknya sebagaimana telah dijelaskan dalam hadis-hadis yang sahih bahawasanya tubuh para penghuni syurga dimodifikasi oleh Allah sehingga menjadi lebih besar dan lebih tampan dan cantik. (Lihat penjelasan tentang jasad tatkala kebangkitan merupakan modifikasi daripada jasad yang ada di dunia di Majmuu Fataawa Ibni Taimiyyah 17/252 dan Syarh al-'Aqidah at-Thohawiyah li Ibni Abi al-'Iz al-Hanafi hal 277).

Tubuh dan rupa para penghuni syurga menjadi muda dan besar serta tingginya 60 hasta, selain itu juga tubuh mereka bersih tidak ada kotorannya. Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

ูَูƒُู„ُّ ู…َู†ْ ูŠَุฏْุฎُู„ُ ุงู„ْุฌَู†َّุฉَ ุนَู„َู‰ ุตُูˆْุฑَุฉِ ุขุฏَู…َ
"Semua yang masuk syurga seperti bentuknya Nabi Adam" (HR Al-Bukhari no 3326)

Dalam hadis yang lain
ุฅِู†َّ ุฃَูˆَّู„َ ุฒُู…ْุฑَุฉٍ ูŠَุฏْุฎُู„ُูˆْู†َ ุงู„ْุฌَู†َّุฉَ ุนَู„َู‰ ุตُูˆْุฑَุฉِ ุงู„ْู‚َู…َุฑِ ู„َูŠْู„َุฉَ ุงู„ْุจَุฏْุฑِ ุซُู…َّ ุงู„َّุฐِูŠْู†َ ูŠَู„ُูˆْู†َู‡ُู…ْ ุนَู„َู‰ ุฃَุดَุฏِّ ูƒَูˆْูƒَุจٍ ุฏُุฑِّูŠٍّ ูِูŠ ุงู„ุณَّู…َุงุกِ ุฅِุถَุงุกَุฉً ู„ุงَ ูŠَุจُูˆْู„ُูˆْู†َ ูˆَู„ุงَ ูŠَุชَุบَูˆَّุทُูˆْู†َ ูˆَู„ุงَ ูŠَุชْูُู„ُูˆْู†َ ูˆَู„ุงَ ูŠَู…ْุชَุฎِุทُูˆْู†َ ... ูˆَุฃَุฒْูˆَุงุฌُู‡ُู…ْ ุงู„ْุญُูˆْุฑُ ุงู„ْุนِูŠْู†ُ ุนَู„َู‰ ุฎُู„ُู‚ِ ุฑَุฌُู„ٍ ูˆَุงุญِุฏٍ ุนَู„َู‰ ุตُูˆْุฑَุฉِ ุฃَุจِูŠْู‡ِู…ْ ุขุฏَู…َ ุณِุชُّูˆْู†َ ุฐِุฑَุงุนًุง ูِูŠ ุงู„ุณَّู…َุงุกِ
"Sesungguhnya rombangan pertama yang masuk syurga seperti rembulan yang bersinar di malam purnama, kemudian rombongan berikutnya seperti bintang yang paling terang di langit, mereka tidak buang air kecil, tidak buang air besar, tidak membuang ludah, tidak beringus….isteri-isteri mereka adalah para bidadari, mereka semua dalam satu perangai, rupa mereka semua seperti rupa ayah mereka Nabi Adam, yang tingginya 60 hasta menjulang ke langit" (HR Al-Bukhari 3327)

Keenam: Penghuni syurga tidak memiliki rasa cemburu dan dengki.
Meskipun dalam syurga seorang lelaki boleh saja memiliki banyak bidadari, bahkan boleh jadi memiliki banyak isteri yang dahulunya adalah isteri-isterinya di dunia. Akan tetapi sama sekali tidak akan ada dalam hati-hati mereka rasa dengki dan rasa cemburu. Allah telah berfirman;

ูˆَู†َุฒَุนْู†َุง ู…َุง ูِูŠ ุตُุฏُูˆุฑِู‡ِู…ْ ู…ِู†ْ ุบِู„ٍّ ุชَุฌْุฑِูŠ ู…ِู†ْ ุชَุญْุชِู‡ِู…ُ ุงู„ุฃู†ْู‡َุงุฑُ ูˆَู‚َุงู„ُูˆุง ุงู„ْุญَู…ْุฏُ ู„ِู„َّู‡ِ ุงู„َّุฐِูŠ ู‡َุฏَุงู†َุง ู„ِู‡َุฐَุง ูˆَู…َุง ูƒُู†َّุง ู„ِู†َู‡ْุชَุฏِูŠَ ู„َูˆْู„ุง ุฃَู†ْ ู‡َุฏَุงู†َุง ุงู„ู„َّู‡ُ ู„َู‚َุฏْ ุฌَุงุกَุชْ ุฑُุณُู„ُ ุฑَุจِّู†َุง ุจِุงู„ْุญَู‚ِّ ูˆَู†ُูˆุฏُูˆุง ุฃَู†ْ ุชِู„ْูƒُู…ُ ุงู„ْุฌَู†َّุฉُ ุฃُูˆุฑِุซْุชُู…ُูˆู‡َุง ุจِู…َุง ูƒُู†ْุชُู…ْ ุชَุนْู…َู„ُูˆู†َ
Dan Kami cabut segala macam dendam yang berada di dalam dada mereka; mengalir di bawah mereka sungai-sungai dan mereka berkata: "Segala puji bagi Allah yang telah menunjuki Kami kepada (syurga) ini. dan Kami sekali-kali tidak akan mendapat petunjuk kalau Allah tidak memberi Kami petunjuk. Sesungguhnya telah datang Rasul-rasul Tuhan Kami, membawa kebenaran." dan diserukan kepada mereka: "ltulah syurga yang diwariskan kepadamu, disebabkan apa yang dahulu kamu kerjakan." (QS Al-A'roof : 43)

ูˆَู†َุฒَุนْู†َุง ู…َุง ูِูŠ ุตُุฏُูˆุฑِู‡ِู…ْ ู…ِู†ْ ุบِู„ٍّ ุฅِุฎْูˆَุงู†ًุง ุนَู„َู‰ ุณُุฑُุฑٍ ู…ُุชَู‚َุงุจِู„ِูŠู†
Dan Kami lenyapkan segala rasa dendam yang berada dalam hati mereka, sedang mereka merasa bersaudara duduk berhadap-hadapan di atas pelamin. (QS al-Hijr: 47)

Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
ูˆَู„ِูƒُู„ِّ ูˆَุงุญِุฏٍ ู…ِู†ْู‡ُู…ْ ุฒَูˆْุฌَุชَุงู†ِ ูŠُุฑَู‰ ู…ُุฎُ ุณَุงู‚ِู‡ِู…َุง ู…ِู†ْ ูˆَุฑَุงุกِ ุงู„ู„َّุญْู…ِ ู…ِู†َ ุงู„ْุญَุณَู†ِ ู„ุงَ ุงุฎْุชِู„ุงَูَ ุจَูŠْู†َู‡ُู…ْ ูˆَู„ุงَ ุชَุจَุงุบُุถَ ู‚ُู„ُูˆْุจُู‡ُู…ْ ู‚َู„ْุจٌ ูˆَุงุญِุฏٌ ูŠُุณَุจِّุญُูˆْู†َ ุงู„ู„ู‡َ ุจُูƒْุฑَุฉً ูˆَุนَุดِูŠًّุง
"Bagi setiap penghuni syurga dua orang isteri, terlihat sum-sum betisnya dari belakang dagingnya kerana indahnya, tidak ada perselisihan diantara mereka serta tidak ada permusuhan. Hati-hati mereka hati yang satu, mereka bertasbih kepada Allah pagi  dan petang" (HR Muslim no 2834)

Oleh kerananya jelas bahawa yang berlaku di dunia tidak sama dengan yang berlaku di akhirat. Jika di dunia poligami menimbulkan kesedihan dan kecemburuan sertap permusuhan maka tidaklah demikian tatkala di akhirat. seseorang yang masuk syurga tidak akan sedih dan khuatir.

Ketujuh: Keadaan wanita.
Seorang wanita tidak keluar dari salah satu dari keadaan-keadaan berikut ini:

Pertama: Dia meninggal sebelum menikah.
Maka wanita ini boleh jadi dinikahkan dengan lelaki dunia yang masuk syurga yang akan menyenangkan hatinya (lihat Majmu Fatawa Syaikh al-'Utsaimin 2/53). Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :
ูˆَู…َุง ูِูŠ ุงู„ْุฌَู†َّุฉِ ุฃَุนْุฒَุจُ
"Tidak ada seorang yang membujang pun di syurga" (Disahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam As-Sahihah no 1736 dan 2006)

Kedua: Dia meninggal setelah bercerai dan belum sempat menikah lagi.
Maka keadaan wanita ini sama dengan keadaan wanita pertama

Ketiga: Dia meninggal dalam keadaan bersuami, akan tetapi suaminya tidak masuk syurga bersamanya.

Keadaan wanita ini juga sama dengan keadaan wanita yang pertama dan yang kedua. Syaikh al-'Utsaimin rahimahullah berkata, "Seorang wanita jika masuk syurga dan belum menikah atau suaminya tidak masuk syurga, maka jika wanita ini masuk syurga maka akan ada para lelaki dunia yang masuk syurga yang belum menikah, maka bagi para lelaki tersebut para isteri dari bidadari dan juga dari para wanita dunia –tentunya jika para lelaki tersebut berminat-" (Majmu' Fatawa Syaikh al-'Utsaimin 2/52).

Yang penting bahawasanya para wanita yang masuk syurga pasti bersuami.

Keempat: Dia meninggal setelah menikah dengan suaminya.

Kaum wanita dipasangkan oleh Allah di dalam jannah dengan suaminya yang dahulu dalam hidupnya di dunia. Allah Ta’ala berfirman:

ุฑَุจَّู†َุง ูˆَุฃَุฏْุฎِู„ْู‡ُู…ْ ุฌَู†َّุงุชِ ุนَุฏْู†ٍ ุงู„َّุชِูŠ ูˆَุนَุฏุชَّู‡ُู… ูˆَู…َู† ุตَู„َุญَ ู…ِู†ْ ุขุจَุงุฆِู‡ِู…ْ ูˆَุฃَุฒْูˆَุงุฌِู‡ِู…ْ ูˆَุฐُุฑِّูŠَّุงุชِู‡ِู…ْ ุฅِู†َّูƒَ ุฃَู†ุชَ ุงู„ْุนَุฒِูŠุฒُ ุงู„ْุญَูƒِูŠู…ُ
“Wahai Rabb kami, dan masukkanlah mereka ke dalam syurga ‘Adn yang telah Engkau janjikan kepada mereka dan orang-orang soleh antara bapa-bapa mereka, dan isteri-isteri mereka. Engkaulah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Qs. Ghafir: 8)

(Rujukan: Soal-Jawab Masalah Iman dan Tauhid, Syekh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin, Pustaka at-Tibyan, 2002.)

Kelima: Suaminya lebih dahulu meninggal dan setelah itu perempuan tersebut tidak menikah lagi hingga meninggal dunia.
Maka wanita ini juga keadaannya sama dengan wanita yang keempat, dia akan menjadi isteri suaminya.

Keenam: Setelah suaminya meninggal dia pun menikah lagi dengan lelaki lain (meskipun menikah berkali-kali)

Maka dia akan menjadi isteri dari suaminya yang terakhir. Tatkala Mu'awiyah radhiallahu 'anhu melamar Ummu Dardaa' maka Ummu Dardaa'pun menolak lamarannya dan berkata, "Aku mendengar Abu Darda' (suaminya yang telah meninggal-pen) berkata, Aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :

ุงู„ْู…َุฑْุฃَุฉُ ู„ِุขุฎِุฑِ ุฃَุฒْูˆَุงุฌِู‡َุง
"Seorang wanita bagi suaminya yang terakhir". Dan aku tidak ingin pengganti bagi Abu Dardaa'" (Disahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam As-Sahihah no 1281).

Hudzaifah radhiallahu 'anhu juga pernah berkata kepada isterinya:

ุฅِู†ْ ุดِุฆْุชِ ุฃَู†ْ ุชَูƒُูˆْู†ِูŠ ุฒَูˆْุฌَุชِูŠ ูِูŠ ุงู„ْุฌَู†َّุฉِ ูَู„ุงَ ุชَุฒَูˆَّุฌِูŠ ุจَุนْุฏِูŠ ูَุฅِู†َّ ุงู„ْู…َุฑْุฃَุฉَ ูِูŠ ุงู„ْุฌَู†َّุฉِ ู„ِุขุฎِุฑِ ุฃَุฒْูˆَุงุฌِู‡َุง ูِูŠ ุงู„ุฏُّู†ْูŠَุง ูَู„ِุฐَู„ِูƒَ ุญَุฑَّู…َ ุงู„ู„ู‡ُ ุนَู„َู‰ ุฃَุฒْูˆَุงุฌِ ุงู„ู†َّุจِูŠِّ ุตَู„َّู‰ ุงู„ู„ู‡ُ ุนَู„َูŠْู‡ِ ูˆَุณَู„َّู…َ ุฃَู†ْ ูŠَู†ْูƒِุญْู†َ ุจَุนْุฏَู‡ُ ู„ِุฃَู†َّู‡ُู†َّ ุฃَุฒْูˆَุงุฌَู‡ُ ูِูŠ ุงู„ْุฌَู†َّุฉِ
"Jika kau ingin menjadi isteriku di syurga maka janganlah engkau menikah lagi setelah aku meninggal. Ini kerana seorang wanita di syurga akan menjadi isteri bagi suaminya yang terakhir di dunia. Oleh kerana itu Allah mengharamkan isteri-isteri Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam untuk menikah lagi setelah meninggalnya Nabi, kerana mereka adalah isteri-isteri Nabi di syurga" (Disahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam As-Sahihah no 1281).

Kelapan : Wanita yang nusyuz
Jika perkaranya adalah sebaliknya, iaitu seorang wanita dunia bermaksiat dan membangkang kepada suaminya maka dia tentu akan kalah bersaing dengan para bidadari syurga dan akan menyebabkannya terjerumus dalam neraka jahannam. Bahkan tatkala seorang wanita dunia menyakiti hati suaminya maka bidadari syurga akan protes dengan perlakuannya sebagaimana dalam sabda Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam :

ู„ุงَ ุชُุคْุฐِูŠ ุงู…ْุฑَุฃَุฉٌ ุฒَูˆْุฌَู‡َุง ูِูŠ ุงู„ุฏُّู†ْูŠَุง ؛ ุฅِู„ุงَّ ู‚َุงู„َุชْ ุฒَูˆْุฌَุชُู‡ُ ู…ِู†َ ุงู„ْุญُูˆْุฑِ ุงู„ْุนِูŠْู†ِ : ู„ุงَ ุชُุคْุฐِูŠْู‡ِ ู‚َุงุชَู„َูƒِ ุงู„ู„ู‡ُ ؛ ูَุฅِู†َّู…َุง ู‡ُูˆَ ุนِู†ْุฏَูƒِ ุฏَุฎِูŠْู„ٌ ูŠُูˆْุดِูƒُ ุฃَู†ْ ูŠُูَุงุฑِู‚َูƒِ ุฅِู„َูŠْู†َุง
"Tidaklah seorang wanita menyakiti suaminya di dunia kecuali isterinya di akhirat dari bidadari akan berkata, "Janganlah engkau mengganggunya, semoga Allah membinasakanmu. Sesungguhnya dia hanyalah tetamu di sisimu, hampir-hampir lagi ia akan meninggalkanmu menuju kepada kami" (HR At-Thirmidzi dan Ibnu Majah, dan disahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam As-Sahihah no 173)

Ya Allah,
Kurniakanlah kami teman di dalam syurgaMu kelak.
Yaa Ar-Rahman, Maha Pengasih …
Janganlah Engkau biarkan hamba…
Kedinginan tanpa pakaian…
Kerana Engkau Telah Berfirman…

ู‡ُู†َّ ู„ِุจَุงุณٌ ู„َّูƒُู…ْ ูˆَุฃَู†ุชُู…ْ ู„ِุจَุงุณٌ ู„َู‡ُู†َّ
“Mereka [isteri-isteri]  adalah pakaian bagimu, dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka.” [Al-Baqarah: 187]

Yaa Al-Mannan, Maha pemberi Anugerah
Jangan biarkan Hamba…
GALAU SENDIRIAN…
Kerana Engkau Telah Berfirman…

ูˆَู…ِู†ْ ุขูŠَุงุชِู‡ِ ุฃَู†ْ ุฎَู„َู‚َ ู„َูƒُู… ู…ِّู†ْ ุฃَู†ูُุณِูƒُู…ْ ุฃَุฒْูˆَุงุฌุงً ู„ِّุชَุณْูƒُู†ُูˆุง ุฅِู„َูŠْู‡َุง ูˆَุฌَุนَู„َ ุจَูŠْู†َูƒُู… ู…َّูˆَุฏَّุฉً ูˆَุฑَุญْู…َุฉً
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri daripada jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang.” [Ar-Rum: 21]

Perempuan Tidak Berasal Daripada Tulang Rusuk

Assalamualaikum....

 ุงู„ู„َّู‡ُู…َّ ุตَู„ِّ ุนَู„َู‰ ู…ُุญَู…َّุฏٍ ูˆَุนَู„َู‰ ุขู„ِ ู…ُุญَู…َّุฏٍ

ุจِุณْู…ِ ุงู„ู„ู‡ِ ุงู„ุฑَّุญْู…ู†ِ ุงู„ุฑَّุญِูŠู…ِ

Dah lama sangat artikel ni berada dalam simpanan saya. Dari sehari ke sehari nk di post dalam blog saya ni........ ermmm tau2 dah dekat setahun berlalu... Satu artikel yang meminta kita berfikir di luar kebiasaan kita yang mana kita ni kadang2 terlepas pandang akan sesuatu perkara yang tidak benar menjadi benar dan perkara benar adalah tidak benar. Jadi sama-sama kita hadamkan.....


Sumber di sini!

Oleh: Muhammad Hanief bin Awang Yahaya


Kita sering mendengar cerita bahawa Hawa diciptakan daripada tulang rusuk Adam. Sehingga terdapat ungkapan yang mengatakan wanita dijadikan daripada tulang rusuk supaya yang dekat dengan hati dan supaya sering didampingi serta diingati dan bermacam-macam lagi. Begitu juga, hampir semua kitab-kitab tafsir menyebutkan kisah penciptaan Hawa dan menjadi asas kepada ulama tafsir ketika menjelaskan maksud ayat pertama surah al-Nisa’. (Sila lihat Tafsir at-Tabari, Tafsir al-Baidhawi, al-Kahzin dan lain-lain)

Kenyataannya ialah tidak ada satupun ayat al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. yang jelas menyebutkan hakikat kejadian Hawa. Al-Quran tidak menyebutkan Hawa dicipta daripada Adam tetapi manusia itu dicipta daripada jiwa yang satu. Apa yang disebutkan di dalam al-Quran ialah manusia itu diciptakan daripada jenis yang sama dengannya juga. Seorang manusia tentunya ibu bapanya manusia juga bukan makhluk yang lain.

Abu A`la al-Mawdudi menulis komentar bagi ayat pertama surah al-Nisa’ ini: “Umumnya para pentafsir al-Quran menyebutkan Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam dan Bible juga menyebutkan perkara yang sama. Kitab Talmud pula menambah bahawa Hawa diciptakan daripada tulung rusuk Adam yang ketiga belas. Tetapi al-Quran tidak menyentuh langsung perkara ini dan hadis-hadis yang dipetik untuk menyokong pandangan ini mempunyai makna yang berbeza dari yang sering difahami. Oleh itu, perkara yang terbaik ialah membiarkan perkara yang tidak dijelaskan seperti yang terdapat dalam al-Quran dan tidak perlu membuang masa bagi menentukan perinciannya.” ( The Meaning of The Quran, jil. 2 hal. 94)

Menurut al-Mawdudi, hadis-hadis Rasulullah s.a.w. tidak menyatakan perkara yang sebagaimana yang tersebar dalam   masyarakat Islam iaitu sebenarnya tidak ada satupun hadis baginda s.a.w yang menerangkan asal- usul kejadian Hawa.

Kaedah yang sebenar ialah tidak perlu memberatkan diri dalam menentukan perkara yang Allah s.w.t. tidak menyatakan dengan terang dan jelas. Contohnya, apabila Allah s.w.t. menyebutkan cerita tentang bahtera Nabi Nuh tidak perlu bagi kita untuk menentukan apakah saiz dan kapasitinya atau bahan buatannya. Perincian itu bukan menjadi maksud penurunan al-Quran. Apa yang penting ialah menjadikan peristiwa tersebut sebagai iktibar dab pengajaran. Dengan kata lain, al-Quran bukan kitab sejarah atau sains tetapi kitab yang memberi panduan hidup kepada manusia supaya selamat di dunia dan akhirat.

Dalam hal ini Shah Waliyullah menyebutkan dengan jelasnya. Kata beliau ketika mengulas kisah-kisah yang diceritakan oleh al-Quran: “Bukanlah maksud cerita-cerita di dalam al-Quran untuk mengetahui cerita itu sendiri. Maksud sebenarnya ialah  supaya pembaca memikirkan betapa bahayanya syirik dan kemaksiatan serta hukuman Allah hasil dari perbuatan syirik  itu  di samping menenangkan hati orang-orang yang ikhlas dengan tibanya pertolongan dan perhatian Allah kepada mereka” (al-`Fawz al-Kabir Fi Usul al-Tafsir, hal. 138)


Mengapa Berlaku Kekeliruan Tentang Kejadian Hawa Ini?

Ada beberapa faktor mengapa berlaku kekeliruan dalam memahami makna sebenar ayat ini:

1. Berpegang Dengan Riwayat Israiliyyat

Fasal yang kedua di dalam Sifr al-Takwin menyebutkan Hawa diciptakan daripada tulang rusuk kiri Nabi Adam ketika baginda sedang tidur. (Tafsir al-Manar, jil. 4, hal. 268.)  Disebabkan ada riwayat dalam kitab-kitab yang dahulu, ahli-ahli tafsir terus menganggap ia sebagai sokongan atau pentafsiran kepada al-Quran. Bagaimana mungkin ayat al-Quran ditafsirkan dengan riwayat Israiliyyat walhal penurunan kitab-kitab nabi terdahulu lebih awal lagi daripada al-Quran. Sepatutnya, kitab yang turun kemudianlah yang menjelaskan kitab-kitab yang terdahulu.

Hadis berkenaan perkara ini mempunyai beberapa versi. Antaranya ialah;


1.1     Perempuan itu diciptakan daripada tulang rusuk
1.2     Perempuan seperti tulang rusuk
1.3     Perempuan adalah tulang rusuk.

2. Mengkhususkan Keumuman Hadis Tanpa Nas Yang Jelas

Antara kesilapan dan kekeliruan ialah mengkhususkan lafaz hadis yang menyebut perempuan kepada Hawa. Hadis-hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. semuanya dengan jelas menyatakan perempuan dalam bentuk tunggal atau jamak dan tidak ada yang menyebutkan Hawa secara khusus. Jelasnya, para pentafsir  menyangka wanita dalam hadis tersebut adalah Hawa tanpa berdasarkan kepada nas yang lain yang menentukan makna yang dikehendaki oleh Rasulullah s.a.w. itu.

3. Kesilapan Memahami Kata Sendi Nama Min ู…ู†

Walaupun perkataan min itu memberi erti “daripada”, “punca sesuatu perkara” atau “sebahagian”, kata sendi nama min juga mempunyai makna lain seperti “untuk menyatakan sebab” dan “menyatakan jenis sesuatu perkara”. Oleh itu, pemakaian huruf ini dalam bahasa Arab adalah luas dan tidak semestinya terikat dengan satu makna sahaja. (lihat, Ibn Hisyam, Mughni al-Labib, jil. 1, hal. 319)

Abu Muslim al-Asfahani mengatakan, maksud menciptakan daripadanya pasangannya ialah menciptakannya dari jenisnya. (lihat Hasyiah Zadah `Ala al-Baidhawi) Ini seperti ayat-ayat al-Quran berikut:

ูˆَู…ِู†ْ ุขَูŠَุงุชِู‡ِ ุฃَู†ْ ุฎَู„َู‚َ ู„َูƒُู…ْ ู…ِู†ْ ุฃَู†ْูُุณِูƒُู…ْ ุฃَุฒْูˆَุงุฌًุง ู„ِุชَุณْูƒُู†ُูˆุง ุฅِู„َูŠْู‡َุง ูˆَุฌَุนَู„َ ุจَูŠْู†َูƒُู…ْ ู…َูˆَุฏَّุฉً ูˆَุฑَุญْู…َุฉً ุฅِู†َّ ูِูŠ ุฐَู„ِูƒَ ู„َุขَูŠَุงุชٍ ู„ِู‚َูˆْู…ٍ ูŠَุชَูَูƒَّุฑُูˆู†َ

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (Surah al-Rum: 21)

ูَุงุทِุฑُ ุงู„ุณَّู…َุงูˆَุงุชِ ูˆَุงู„ْุฃَุฑْุถِ ุฌَุนَู„َ ู„َูƒُู…ْ ู…ِู†ْ ุฃَู†ْูُุณِูƒُู…ْ ุฃَุฒْูˆَุงุฌًุง ูˆَู…ِู†َ ุงู„ْุฃَู†ْุนَุงู…ِ ุฃَุฒْูˆَุงุฌًุง ูŠَุฐْุฑَุคُูƒُู…ْ ูِูŠู‡ِ ู„َูŠْุณَ ูƒَู…ِุซْู„ِู‡ِ ุดَูŠْุกٌ ูˆَู‡ُูˆَ ุงู„ุณَّู…ِูŠุนُ ุงู„ْุจَุตِูŠุฑُ

Dialah yang menciptakan langit dan bumi; Dia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri dan menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak pasangan-pasangan (bagi bintang-binatang itu); dengan jalan yang demikian dikembangkanNya (zuriat keturunan) kamu semua. Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya dan pentadbiranNya) dan Dialah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. (Surah al-Syura: 11)

ูˆَุงู„ู„َّู‡ُ ุฌَุนَู„َ ู„َูƒُู…ْ ู…ِู†ْ ุฃَู†ْูُุณِูƒُู…ْ ุฃَุฒْูˆَุงุฌًุง ูˆَุฌَุนَู„َ ู„َูƒُู…ْ ู…ِู†ْ ุฃَุฒْูˆَุงุฌِูƒُู…ْ ุจَู†ِูŠู†َ ูˆَุญَูَุฏَุฉً ูˆَุฑَุฒَู‚َูƒُู…ْ ู…ِู†َ ุงู„ุทَّูŠِّุจَุงุชِ

Dan Allah telah menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri dan menjadikan bagi kamu daripada pasangan-pasangan kamu anak-anak dan cucu dan memberikan rezki kepada kamu daripada benda-benda yang baik. (Surah al-Nahl: 72)

Ayat-ayat ini tidak boleh difahami sebagai isteri-isteri kita itu diciptakan daripada diri atau jasad kita tetapi mestilah difahami sebagai “mereka itu dari jenis yang sama dengan kita”.

ู„َู‚َุฏْ ุฌَุงุกَูƒُู…ْ ุฑَุณُูˆู„ٌ ู…ِู†ْ ุฃَู†ْูُุณِูƒُู…ْ ุนَุฒِูŠุฒٌ ุนَู„َูŠْู‡ِ ู…َุง ุนَู†ِุชُّู…ْ ุญَุฑِูŠุตٌ ุนَู„َูŠْูƒُู…ْ ุจِุงู„ْู…ُุคْู…ِู†ِูŠู†َ ุฑَุกُูˆูٌ ุฑَุญِูŠู…ٌ

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang rasul dari jenis kamu, yang amat berat baginya kesusahan kamu, sangat berharap akan keimanan kamu dan sangat kasih serta menyayangi kepada orang-orang yang beriman. (Surah al-Taubah:128)

ู„َู‚َุฏْ ู…َู†َّ ุงู„ู„َّู‡ُ ุนَู„َู‰ ุงู„ْู…ُุคْู…ِู†ِูŠู†َ ุฅِุฐْ ุจَุนَุซَ ูِูŠู‡ِู…ْ ุฑَุณُูˆู„ًุง ู…ِู†ْ ุฃَู†ْูُุณِู‡ِู…ْ ูŠَุชْู„ُูˆ ุนَู„َูŠْู‡ِู…ْ ุขَูŠَุงุชِู‡ِ ูˆَูŠُุฒَูƒِّูŠู‡ِู…ْ ูˆَูŠُุนَู„ِّู…ُู‡ُู…ُ ุงู„ْูƒِุชَุงุจَ ูˆَุงู„ْุญِูƒْู…َุฉَ ูˆَุฅِู†ْ ูƒَุงู†ُูˆุง ู…ِู†ْ ู‚َุจْู„ُ ู„َูِูŠ ุถَู„َุงู„ٍ ู…ُุจِูŠู†ٍ

Sesungguhnya Allah s.w.t. telah memberikan kurniaan yang besar kepada orang-orang yang beriman ketika Dia mengutuskan seorang rasul kepada mereka dari kalangan mereka sendiri, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, menyucikan mereka dan mengajarkan Kitab dan Hikmah. Sesungguhnya mereka sebelum itu berada di dalam kesesatan yang nyata. (Surah Ali Imran: 164.)

Kedua-dua ayat ini dengan jelasnya menyebutkan Rasulullah s.a.w. yang diutuskan kepada kita adalah dari kalangan manusia yang sama seperti kita bukan dari kalangan makhluk yang lain seperti malaikat.

Dengan itu, hadis ini ditafsirkan sebagai sifat dan perasaan perempuan itu daripada jenis yang mudah  bengkok.

ุนู† ุฃุจูŠ ู‡ุฑูŠุฑุฉ ุนู† ุงู„ู†ุจูŠ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ู‚ุงู„: (ู…ู† ูƒุงู† ูŠุคู…ู† ุจุงู„ู„ู‡ ูˆุงู„ูŠูˆู… ุงู„ุขุฎุฑ ูู„ุง ูŠุคุฐูŠ ุฌุงุฑู‡ ูˆุงุณุชูˆุตูˆุง ุจุงู„ู†ุณุงุก ุฎูŠุฑุง، ูุฅู†ู‡ู† ุฎู„ู‚ู† ู…ู† ุถู„ุน، ูˆุฅู† ุฃุนูˆุฌ ุดูŠุก ููŠ ุงู„ุถู„ุน ุฃุนู„ุงู‡، ูุฅู† ุฐู‡ุจุช ุชู‚ูŠู…ู‡ ูƒุณุฑุชู‡، ูˆุฃู† ุชุฑูƒุชู‡ ู„ู… ูŠุฒู„ ุฃุนูˆุฌ، ูุงุณุชูˆุตูˆุง ุจุงู„ู†ุณุงุก ุฎูŠุฑุง .

Sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka janganlah menyakiti jirannya dan hendaklah dia menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana sesungguhnya mereka diciptakan daripada tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas, jika kamu berusaha untuk membetulkannya kamu akan mematahkannya, jika kamu terus biarkan begitu ia akan terus bengkok. Oleh itu terimalah pesanan supaya menjaga wanita-wanita dengan baik. (Hadis riwayat al-Bukhari no: 4890)

ุนู† ุฃุจูŠ ู‡ุฑูŠุฑุฉ: ุฃู† ุฑุณูˆู„ ุงู„ู„ู‡ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ู‚ุงู„: ุงู„ู…ุฑุฃุฉ ูƒุงู„ุถู„ุน، ุฅู† ุฃู‚ู…ุชู‡ุง ูƒุณุฑุชู‡ุง.

Perempuan itu seperti tulang rusuk. Jika kamu ingin memperbetulkannya kamu akan mematahkannya. (Hadis riwayat al-Bukhari4889).

Hadis ini telah dikemukakan oleh Imam al-Bukhari di dalam kitab al-Nikah bab berlembut dengan wanita. Tujuan al-Bukhari mengemukakan hadis ini ialah untuk menyatakan sifat fitrah wanita bukannya hakikat  kejadian mereka. Apakah tubuh atau jasad wanita akan mudah patah apabila dikasari oleh orang lain? Tentu sekali tidak.

ุนู† ุฃุจูŠ ู‡ุฑูŠุฑุฉ. ู‚ุงู„: ู‚ุงู„ ุฑุณูˆู„ ุงู„ู„ู‡ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู…: ุฅู† ุงู„ู…ุฑุฃุฉ ูƒุงู„ุถู„ุน. ุฅุฐุง ุฐู‡ุจุช ุชู‚ูŠู…ู‡ุง ูƒุณุฑุชู‡ุง.

Sesungguhnya perempuan itu seperti tulang rusuk. Jika kamu ingin memperbetulkannya kamu akan mematahkannya. (Hadis riwayat Muslim no: 1468.)

Hadis ini lebih jelas lagi menyatakan sifat perempuan itu seperti tulang rusuk bukan diciptakan daripada tulang rusuk. Penggunakan partikel kaf  ูƒ ini bagi menyatakan persamaan antara perempuan dan tulang rusuk. Sementara ayat yang kedua merupakan sudut persamaan antara kedua-duanya.

Kecenderungan Imam al-Bukhari ketika membuat Tarjamatul Bab di dalam Sahihnya, iaitu:

ุจุงุจ: ุงู„ู…ุฏุงุฑุงุฉ ู…ุน ุงู„ู†ุณุงุก، ูˆู‚ูˆู„ ุงู„ู†ุจูŠ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู…: (ุฅู†ู…ุง ุงู„ู…ุฑุฃุฉ ูƒุงู„ุถู„ุน .

Bab berlembut dengan wanita dan Sabda Nabi s.a.w.: Sebenarnya perempuan itu seperti tulang rusuk.

Dengan membuat tajuk begini Imam al-Bukhari tidaklah berpendapat bahawa Hawa itu dijadikan daripada tulang rusuk kiri  Nabi Adam.

Begitu juga di dalam al-Adab al-Mufrad, Imam al-Bukhari mengemukakan riwayat:

ุฅู† ุงู„ู…ุฑุฃุฉ ุถู„ุน , ูˆุฅู†ูƒ ุฅู† ุชุฑูŠุฏ ุฃู† ุชู‚ูŠู…ู‡ุง ุชูƒุณุฑู‡ุง

Sesungguhnya perempuan itu tulang rusuk. Jika kamu mahu untuk meluruskannya maka kamu akan mematahkannya. (al-Adab al-Mufrad, no: 747)

Apakah hadis ini menyatakan hakikat perempuan itu sebenarnya tulang rusuk? Tentu sekali  tidak. Hadis ini merupakah satu bentuk tasybih atau perumpamaan yang mempunyai nilai balaghah atau retorik yang tinggi di mana perkataan yang menyatakan persamaan tidak digunakan begitu juga sudut keserupaan tidak disertakan. Ayat yang kedua boleh juga dikatakan sebagai bukti bahawa perkataan tulang rusuk tidak difahami secara harfiah.


Sokongan Kepada Penafsiran Ini

Penafsiran min bukan dengan makna punca atau asal-usul sesuatu adalah sesuai hadis berikut:

ุนู† ุฃุจูŠ ู‚ู„ุงุจุฉ، ุนู† ุฃู†ุณ ุฑุถูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡: ุฃู† ุงู„ู†ุจูŠ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ูƒุงู† ููŠ ุณูุฑ، ูˆูƒุงู† ุบู„ุงู… ูŠุญุฏูˆ ุจู‡ู† ูŠู‚ุงู„ ู„ู‡ ุฃู†ุฌุดุฉ، ูู‚ุงู„ ุงู„ู†ุจูŠ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู…: (ุฑูˆูŠุฏูƒ ูŠุง ุฃู†ุฌุดุฉ ุณูˆู‚ูƒ ุจุงู„ู‚ูˆุงุฑูŠุฑ). ู‚ุงู„ ุฃุจูˆ ู‚ู„ุงุจุฉ: ูŠุนู†ูŠ ุงู„ู†ุณุงุก.

Daripada Abu Qilabah daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah s.a.w. berada dalam satu perjalanan. Ada seorang budak yang dikenali dengan Anjisyah menarik unta yang ditunggangi oleh wanita-wanita. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: Wahai Anjisyah! Perlahankanlah kerana yang kamu tarik itu ialah botol-botol kaca. Perawi, Abu Qilabah, berkata: Maksudnya ialah wanita-wanita. (Hadis riwayat al-Bukhari no: 5857.)

Rasulullah s.a.w. menggambarkan wanita sebagai golongan yang lembut dari segi perwatakan dan cukup sensitif. Baginda menyebutkan wanita seperti botol-botol kaca yang mudah pecah jika tidak dijaga dan diberi perhatian.


Kesimpulan

Hadis ini perlu difahami secara balaghah iaitu berdasarkan retorik bahasa Arab. Rasulullah s.a.w. menyampaikan pesanan ini dalam bentuk tasybih (perumpamaan) supaya maksud pesanan difahami dengan lebih mendalam. Tegasnya, supaya pendengar lebih peka dan prihatin bukan memberi perhatian  kepada makna harfiah. Rasulullah s.a.w. membuat perumpamaan wanita seperti tulang rusuk bukan bermaksud untuk merendahkan kedudukan mereka tetapi sebagai peringatan kepada kaum lelaki supaya memberi perhatian kepada mereka, melayani mereka dengan baik, mendidik dan menjaga hati mereka. Sama seperti lelaki, wanita sama-sama berperanan untuk menegakkan agama dan menguruskan hal ehwal kehidupan.

Dengan pemahaman yang betul tentang hadis-hadis ini maka tertolaklah anggapan bahawa wanita adalah dari kelas kedua  kerana kononnya dijadikan daripada orang lelaki iaitu Adam!

PERKONGSIAN : Dunia Adalah Jambatan Akhirat


Assalamualaikum....

 ุงู„ู„َّู‡ُู…َّ ุตَู„ِّ ุนَู„َู‰ ู…ُุญَู…َّุฏٍ ูˆَุนَู„َู‰ ุขู„ِ ู…ُุญَู…َّุฏٍ

ุจِุณْู…ِ ุงู„ู„ู‡ِ ุงู„ุฑَّุญْู…ู†ِ ุงู„ุฑَّุญِูŠู…ِ
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS


Dunia Adalah Jambatan Akhirat

ุนَู†ِ ุงุจْู†ِ ุนُู…َุฑَ ุฑَุถِูŠَ ุงู„ู„َّู‡ُ ุนَู†ْู‡ُู…َุง ู‚َุงู„َ ุฃَุฎَุฐَ ุฑَุณُูˆู„ُ ุงู„ู„َّู‡ِ ุตَู„َّู‰ ุงู„ู„َّู‡ُ ุนَู„َูŠْู‡ِ ูˆَุณَู„َّู…َ ุจِู…َู†ْูƒِุจِูŠ ูَู‚َุงู„َ ูƒُู†ْ ูِูŠ ุงู„ุฏُّู†ْูŠَุง ูƒَุฃَู†َّูƒَ ุบَุฑِูŠุจٌ ุฃَูˆْ ุนَุงุจِุฑُ ุณَุจِูŠู„ٍ
ูˆَูƒَุงู†َ ุงุจْู†ُ ุนُู…َุฑَ ูŠَู‚ُูˆู„ُ ุฅِุฐَุง ุฃَู…ْุณَูŠْุชَ ูَู„َุง ุชَู†ْุชَุธِุฑْ ุงู„ุตَّุจَุงุญَ ูˆَุฅِุฐَุง ุฃَุตْุจَุญْุชَ ูَู„َุง ุชَู†ْุชَุธِุฑْ ุงู„ْู…َุณَุงุกَ ูˆَุฎُุฐْ ู…ِู†ْ ุตِุญَّุชِูƒَ ู„ِู…َุฑَุถِูƒَ ูˆَู…ِู†ْ ุญَูŠَุงุชِูƒَ ู„ِู…َูˆْุชِูƒَ

Dari Ibnu Umar radliallahu 'anhuma dia berkata; Rasulullah SAW pernah memegang bahuku dan bersabda: Jadilah kamu di dunia ini seolah-olah orang asing atau seorang pengembara. Ibnu Umar telah berkata; Bila kamu berada di waktu petang, janganlah kamu menunggu datangnya waktu pagi, dan bila kamu berada di pagi hari, maka janganlah menunggu waktu petang. Manfaatkanlah waktu sihatmu sebelum sakitmu, dan hidupmu sebelum matimu. (HR Bukhari No: 5937)

Mengetahui dan meyakini bahawa akhirat adalah kehidupan abadi adalah dua perkara yang berbeza. Tahu sahaja tidak cukup, andai tidak diterjemah melalui perbuatan. Realitinya hari ini kita hidup pada bayangan impian yang dikejar untuk hari esok. Cita-cita melangit pada hari depan yang belum pasti tidak sepatutnya menghalang kita daripada mengingati tarikh kembali ke negeri akhirat yang abadi. Kerana itu Rasulullah SAW menyarankan agar kita menyikapi kehidupan umpama seorang musafir. Bersegera di waktu pagi tanpa menanti waktu petang, beramal di waktu petang tanpa bertangguh ke esok paginya!

Pengajaran:

1. Dunia adalah jambatan menuju akhirat. Jangan jadikan dunia sebagai matlamat dan tempat tinggal hakiki. Sebagai musafir di perjalanan, kita tidak membawa kesemua yang kita milik berbentuk harta untuk bermusafir. Kita hanya membawa sekadarnya.

2. Seorang Muslim perlu bersegera melakukan amal kebajikan , memperbanyakkan ketaatan dan amal solleh.

3. Elakkan dari bertangguh untuk melakukan amal solleh kerana kita tidak pasti apakah berkesempatan untuk melakukannya pada masa akan datang.

4. Setiap Muslim perlu merebut peluang dan kesempatan yang ada sebaik mungkin. Lakukan amal kebaikan ketika kita sihat dan masih hidup. Sakit dan ajal boleh berlaku bila-bila masa.

Mukmin yang merindui akhirat, makan dan tidurnya untuk akhirat. Mukmin yang mencintai syurga, pekerjaan dan ibadahnya untuk Allah semata. Mukmin yang mengharapkan ganjaran pahala akan mengelakkan diri dari aktiviti yang tidak berfaedah. Semuanya kerana mereka seakan tidak punya masa, lantaran dunia ini sementara cuma dan harus dimanfaatkan demi meraih akhirat yang selamanya.

Ayuhlah sama kita rebut peluang beramal ketika kita muda, sihat, berharta, lapang dan semasa hidup ini. Insha Allah.

Salam MAAL HIJRAH 1436H/2014


Assalamualaikum....

 ุงู„ู„َّู‡ُู…َّ ุตَู„ِّ ุนَู„َู‰ ู…ُุญَู…َّุฏٍ ูˆَุนَู„َู‰ ุขู„ِ ู…ُุญَู…َّุฏٍ


ุจِุณْู…ِ ุงู„ู„ู‡ِ ุงู„ุฑَّุญْู…ู†ِ ุงู„ุฑَّุญِูŠู…ِ

Rasanya masih belum terlewat untuk saya dan keluarga mengucapkan Salam Maal Hijrah 1436H kepada seluruh umat Islam di mana jua anda berada. Semoga tahun baru  ini akan menjadi tahun yang lebih baik dari tahun sebelumnya buat kita semua... InsyaAllah.

Jom kita citer skit pasal tahun hijrah ni....


Muharram adalah bulan pertama dalam Sistem Takwim Hijrah (Hijriah). Pada asasnya, Muharram membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu bulan di mana Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (QS Al-Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah SAW telah menamakan bulan Muharram sebagai ‘Bulan Allah’ (Shahrullahi).

Sandaran yang dilakukan oleh Baginda SAW kepada Allah SWT lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah SWT tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khawas (khusus) di kalangan makhluk-makhlukNya.

Berkata Al-Hassan Al-Basri rahimahullah: “Sesungguhnya Allah SWT telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah SWT itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.”

Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan 1 Muharram adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).

Tema Maal Hijrah 2014
Sejarah Kalendar Hijrah

Khalifah kedua selepas Saidina Abu Bakar As-Siddiq ini telah mencetuskan ilham menggunakan kalendar ini selepas Kesatuan Arab menuntut untuk dihasilkan satu kalendar Islam.

Ada juga kisah lain yang mengatakan bahawa Gabenor Abu Musa Al-As’ari telah mengirimkan surat kepada Saidina Umar r.a minta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat/arahan Umar yang telah dihantar kepadanya. Maka dengan ini beliau (Umar r.a) mahukan satu kalendar / taqwim Islam yang khas untuk menggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh bangsa-bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain pada zaman itu.

Ketika itu, terdapat banyak kalendar yang telah lama dihasilkan seperti Kalendar Tahun Gajah, Kalendar Persia, Kalendar Romawi dan kalendar-kalendar lain yang berasal dari tahun peristiwa-peristiwa besar Jahiliah. Namun Saidina Umar memilih untuk memulakan Kalendar Hijrah pada tahun terdapatnya peristiwa besar yang melibatkan baginda Rasulullah S.A.W. Peristiwa tersebut tidak lain tidak bukan, peristiwa HIJRAH antara Kota Mekah dan Kota Madinah.

Hasil dari itu, Kesatuan Arab lebih sistematik, bersatu dan tersusun serta mendapat berbagai-bagai kejayaan besar dan bertambah kuat hasil dari pilihan Umar itu. Di antara kejayaan besar Islam waktu itu ialah kerajaan Kisra dapat ditumbangkan, Baitulmuqaddis dibebaskan dari Rom dan Masjid Al Aqsa dibangunkan. Setelah Umar membandingkan kalendar tersebut dengan kalendar-kalendar Persia dan Romawi, didapati bahawa kalendar ini ternyata lebih baik. Maka dengan itu Umar mengisytiharkan Kalendar Tahun Hijrah adalah Kalendar / Taqwim Islam yang rasmi.

Peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W berlaku antara bulan Safar hingga Rabiul Awal. Hanya TAHUN berlakunya peristiwa ini ditandakan sebagai TAHUN PERTAMA HIJRAH. Wallahu'Alam.


Mari sama-sama kita berubah dari insan yang baik kepada insan yang lebih baik. Semoga segala amalan baik kita di terima Nya dan di berkati Nya.   In sha Allah.


 ุฌَุฒَุงูƒُู…ُ ุงู„ู„ู‡ُ ุฎَูŠْุฑًุง ูƒَุซِูŠْุฑًุง ูˆَุฌَุฒَุงูƒُู…ُ ุงู„ู„ู‡ُ ุงَุญْุณَู†َ ุงู„ْุฌَุฒَุงุก
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”