Brainwash...cuci otak?
Salam ceria sahabat pembaca....
Pernah tak dalam hidup anda, anda rasa ketakutan menyelubungi diri....takut sangat tetapi tak tahu apa yg ditakutkan.......semua perkara takut, contoh takut melakukan sesuatu yg bertentangan dari kebanyakan orang, takut kepada dosa...takut buat sesuatu nnt masuk neraka....takut kalau tak buat itu dan ini akan dapat begitu begini....Pernah tak?
Perasaan yg sangat ketakutan tetapi tak tahu apa yg ditakutkan....
Adakah bila aku buat ni nnt akan jadi begini....
Apabila aku buat itu akan jadi begitu...
Serba tak kene jadinya...
Akhirnya kita duduk di dlm keadaan menurut apa yg majoriti kata/fikir...
Majoriti manusia yg mempunya sokongan dan kuasa...
Kita ikut saje tanpa perlu fikir panjang...
Kalau ramai yg setuju dan ikut bermakna itu lah jalan/ cara utk kita lalui,
Walaupun majoriti belum tentu ianya benar atau salah. Tetapi secara dasar apabila mendapat sokongan majoriti maka benarlah katanya....itu apa yg umum fikirkan..
Dari kecil kita ditakutkan dengan pelbagai perkara. Mak bapak kita akn takutkan kita dengan ada "hantu" kalau kita balik atau bermain sehingga waktu senja. Kalau kita tak rajin bersekolah kita tak jadi org pandai nnt tak dpt keje besar...hidup akan susah melarat. Dah besar kita ditakutkan dengan pelbagai ketakutan tentang perkara duniawi...
Sedari kecil lagi kita dah di "brainwash". Kita kene belajar rajin² nnt besar boleh masuk Universiti, dpt keje bagus, gaji besar hidup senang. Tapi pernah tak kita tanya pd diri apa tujuan hidup kita.. Adakah apa yg kita dgr itu adalah tujuan hidup kita yg sebenarnya.
Kita kejar dunia siang malam, kita fikir duit boleh selesai segalanya. Tak ada duit tak boleh hidup, tapi kita tetap rasa masih kosong dlm diri. Kosong sgt. Ramai dari kita belajar agama hanya sekadar berasa itu adalah tanggungjawap tapi bukan nak kenal apa itu agama. Apa itu tuhan? Belajar agama sekadar ikut-ikutan sahaja. Di sekolah sekadar sebatas itu sebahagian dari silibus di sekolah. Tauhid hanya jadi sekadar teori, sedangkan itu asas hidup dan tujuan kita lahir ke dunia ini. Kita lupa tujuan hidup kita lahir utk apa? Adakah utk kejar kenikmatan hidup semata, menjadi hamba kepada kekayaan dan kuasa. Menjadi hamba kepada sebuah sistem dunia...yg mana sistem itu dibuat oleh manusia jua. Hidup bkn sekadar tentang keje bagus dan hidup mewah tetapi tentang jiwa yg kenal Tuhan. Hanya jiwa yg kenal tuhan akn tenang dan kembali kepada ketenangan sejati.
Pernah tak kita terfikir, yg diri kita ni adalah mangsa bagi sebuah sistem? Berapa ramai yg pernah terfikir akan perkara itu? Hidup kita dari kecil hingga masuk ke liang lahad telah diskripkan...kita hanya ikut tanpa perlu nak fikir panjang. Kita menjadi org yg menurut apa yg telah ada dalam sistem. Dalam beragama berapa kerat dari kita yg pernah bertanya, Apakah itu agama? Kenapa aku berada dlm agama ini?
Kalau kita berckp dlm konteks Islam sebagai contoh,.... berapa kerat yg bertanya apakah itu Rukun Islam dan Rukun Iman? Aku yakin ramai tahu kalau ditanya apakah itu Rukun Iman dan Rukun Islam budak kecil pun dpt jawap sbb semua dah diajarkan. Tapi berapa ramai yg pernah bertanya utk apa Rukun itu? Apakah Rukun Iman itu?
Percaya kepada Allah. - kenalkah siapa Allah itu? Hanya sebatas tahu nama Allah sahaja.
Percaya kepada Malaikat-Malaikat. - Kenalkah apa dan siapa malaikat ni?
Percaya kepada Kitab-Kitab - Di manakah kitab ini? Benarkah kitab yg ada di tangan kita yg asal?
Percaya kepada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul. - Kenalkan siapa mereka atau sekadar dengar cerita sahaja
Percaya kepada Hari Akhirat - apakah itu akhirat? Hari Pembalasan, siapa yg pernah pergi dan balik dari sana? Siapa yg bawa cerita ini? Benarkah cerita itu?
Percaya kepada Qada' dan Qadar. - apakah yg dimaksudkan dgn dua perkara ini?
Begitu jgk dengan Rukun Islam.
Mengucapkan dua kalimah syahadah. - apa itu syahadah? Apa yg kita ucap dan saksikan dlm syahadah tersebut?
Mendirikan solat fardu lima waktu. - apa itu solat? Berapa ramai yg tak solat? Org perempuan pun tak solat juga bila uzur kan...tp cuba fikir, sepatutnya bila ianya rukun tidak dibuat bermakna gugurlah Islam itu... namanya pun rukun kan.... tapi umum ckp itu bonus utk org perempuan katanya... sangkaannya😊
Berpuasa di bulan Ramadan.- apa itu puasa? sekadar tahan lapar dan dahaga? berapa ramai org yg tak berpuasa... secara tak langsung gugur dah Islam..kan ianya rukun?
Menunaikan zakat. - zakat apa? Apa sbnrnya zakat?
Mengerjakan haji bagi yang mampu. - haji bagi yg mampu? kalau fikir semula bila sebut rukun wajib dilaksanakan..kalau tak buat batal/tidak sah...tapi dlm konteks haji ini bagi yg mampu..bagaimana pulak ianya boleh jadi seperti itu..hanya bagi yg mampu sedangkan ianya merupakan rukun Islam, kalau difikirkan semula kalau kita tak buat bermakna gugur lah Islam kita...kan.?
Setiap apa yg dinamakan rukun dan tidak dilaksanakan maka gugur lah Iman dan Islam. Itu sebagai contoh yg boleh aku katakan utk kita mula berfikir dan mencari jawapannya.
Dari kecil lagi kita dah diajar utk hanya patuh, dengar dengan apa yg diajar pada kita tanpa banyak soal. Kalau lebih tanya paling tidak kita akn disergah dgn kata itu dosa, nnt masuk neraka, nnt Tuhan tak syg, Tuhan akn hukum dan pelbagai kata, akhirnya kita hanya sekadar mengiyakan, mengikut dan tak perlu lagi berfikir. Biar org lain fikirkan utk kita. Yelah apabila kita hanya sekadar jadi pengikut, maka apa yg kita lakukan hanya mengikut tanpa banyak fikir. Tanpa mempersoalkannya?
Adakah itu dinamakan hidup? Kita lahir tanpa sebarang pengetahuan, disumbatkn dengan ilmu dari org sekeliling, dan situasi, dari buku-buku.... sehingga hujungnya kita hanya menjadi penurut kepada ilmu yg kita dapat dari keliling kita. Begitulah cara kita di brainwash tanpa kita sedar pun....sistem telah sedia ada utk kita ikut...tanpa sedar kita menjadi sebahagian dari sistem itu.
Cuba fikirkan kembali...Benarkah apa yg kita tahu itu adalah sebenar-benarnya kebenaran?
Siapakah yg mula mencipta sistem dunia ini?
Adakah org yg menciptanya berniat baik atau buruk?
Mungkin jgk sistem dunia ini diwujudkan utk sesuatu?
Adakah utk kebaikan atau kemudaratan?
Siapakah yg menguasai sistem dunia ini?
Jangan berhenti berfikir....teruskan mencari kebenaran dari sebuah cerita yg kita terima! Hidup ini adalah sebuah pencarian...carilah sehingga kita berjumpa jalan pulang!