iNTERMITTENT FASTING - sihatkah diri?
Salam sahabat pembaca...... 💝
Semoga hari-hari indah sentiasa bersama anda. Limpahan keceriaan dan nikmat kebahagiaan yg berpanjangan. Andai semalam ada secubit kesalan, maka jadikan hari ini suatu pelajaran dan belajar berdamai dgnnya serta berusaha lah menjadi orang hebat dlm versi anda sendiri!
Oooo ye sahabat pembaca....hari ini aku ingin berkongsi satu cara utk sihat. Ianya dari pengalaman aku sendiri. Aku nukilkan agar bermanfaat utk anda yg masih mencari cara sihat utk diri anda. Bila bercakap tentang sihat semua manusia ada perspektif masing-masing. Bagi aku sihat bermakna aku merasa selesa dan nyaman dengan diri aku. Aku tak peduli apa tanggapan org lain kerana aku adalah aku dan aku tak boleh jadi orang lain. Namun setiap input yg baik akn aku selami dan hadam adakah ianya baik utk aku atau tidak.
Semuanya bermula hujung 2021.....
Aku dpt merasakan badan aku tidak selesa kerana beban berat badan ku yg memberi beban kepada lutut aku. Lutut rasa sakit dan meminimakan pergerakan aku. Namun aku masih aktif, walking, dan hiking. Berat badan aku ketika itu 85kg. Beratkan tapi masih dalam anggapan bahawa bentuk tubuh badan, gemuk atau kurus bukan ukuran kepada sihatnya tubuh. Ada saje org yg gemuk, sihat tiada sebarang penyakit. Ada juga yg kurus sakit sana sini. Sihat adalah subjektif. Mana-mana manusia perlu menentukan sihat mengikut tubuh badan masing-masing. Perlu kenal diri masing-masing. Jangan mengukur baju di badan org lain...jadi susah sendiri.
Aku juga sama merasai bahawa berat aku 85Kg ini, aku tiada sebarang penyakit berat tapi aku dapat rasa dengan berat ini memberi beban kepada lutut aku. Ianya dapat aku rasai sekian lama walaupun aku nafikan, biarkan dan its cool...gemuk bkn bermakna sakit, kurus bukan bermakna sihat. Lama aku pegang tanggapan itu. Namun semua berubah, aku tidak tahu kenapa aku berubah pada awal 2022 itu, aku mula mengurangkan portion makanan aku, namun masih makan 3 kali sehari. Dan kemudiannya aku mula tidak mengambil karbohidrat dan gula secara berperingkat-peringkat. Aku tidak sama sekali ambil dua makanan itu terutama apa saje yg berasaskan tepung gandum dan nasi.
Ianya berlarutan selama 3 bulan. Susah tetapi aku gagahkan juga. Tentulah susahkan..dah biasa mkn nasi tiber kene tahan diri utk tak ambil semua itu. Namun akhirnya 3 bulan itu membuat berat badan ku turun 8kg. Kalau dulu nak turun 1kg pun susah. Naik aje atau mantain aje. Tak percaya kan...Tapi itu hakikatnya. Aku berjaya turun 20kg dlm tempoh masa 8 bulan. Dan ketika aku menukilkn pengalaman aku ni berat aku 57kg... dan ianya sentiasa berubah antara 56 kg - 59kg... dalm julat itu. Skrg aku hanya maintain berat badan ku dlm julat tersebut.
Aku kongsikan cara aku melakukan diet turun berat badan ini. Apa-apa pun gali ilmu dulu sebelum melakukan sesuatu yg baru, jgn ditolak dan jgn diterima bulat-bulat begitu saje. Ambil tahu dahulu dan kemudian beramal.
Amalan yg aku lakukan:-
- Cara yg aku lakukan ini dipanggil "Intermittent Fasting". Diet IF ini memfokuskan pada masa anda makan, bukan apa yang anda makan – iaitu dengan mempraktikkan kitaran antara tempoh berpuasa dan tempoh makan. Contoh 16:8 iaitu anda berpuasa 16jam termasuk waktu tidur dan anda makan dalam tempoh 8jam. Contoh last meal hari ini jam 7malam dan dalam tempoh 16 jam sehingga jam 11pagi esoknya anda boleh lah makan selama 8jam berikutnya. Dan teruskan lah rutin tersebut sehingga anda membiasakan diri dengan waktu makan tersebut.Waktu makan 8jam tu, fahamkan maksud makan 8jam tu...aku yakin anda tak larat pun makan aje dalam 8jam tu kan..mksd aku adalah dlm tempoh 8jam tu anda makan lah bila-bila perlu, bukan makan selama 8jam. Takut meletup plak perut anda.
- Ada beberapa kaedah masa boleh diamalkan. Ikutlah kemampuan tubuh badan sendiri.Jangan ikut org lain.
16:8,
18:6,
20:4,
23:1,
OMAD
Puasa sunat - seperti yg diamalkan oleh org Islam.
Bila amalkan kaedah ini, perlukan semangat yg kuat. Apa-apa pun tambahkan lagi ilmu
pengetahuan dalam setiap apa yg kita ingin buat.
- Next....Selama beberapa bulan tak silap aku dlm 5 bulan aku mengamalkan gaya makan seperti itu, dan aku mula jadi selesa dengan tubuh badan aku, aku tidak pasti di mana bermulanya aku mula ambil makan sekali sehari yg dipanggil OMAD (one meal a day). Dan pada ketika ini aku telah mula makan memilih apa makanan yg aku masukkn ke dlm badan ku. Contohnya aku mula tidak mengambil karbohidrat dan apa saje makanan yg bergula. Contoh nasi, aneka kuih muih dan air yg ada gula tak kiralah gula putih atau gula perang. Ianya berlaku selama beberapa bulan.
- Selepas aku dpt berat ideal 56kg - 59kg tu aku hanya perlu jaga apa yg aku masukkan dlm badan. Malah aku selesa dgn cara mkn aku dengan tidak mengambil karbohidrat dan gula, namun sesekali aku teringin nk makan nasi atau kuih muih aku ambil saje skit, dan aku elakkn makan kuih muih yg berasaskan tepung gandum. Actually byk makanan yg aku elakkn, oleh sebab itu aku jarang makan di luar, biasa aku akn masak sendiri.
- Contoh makanan yg aku mkn adalah ayam, daging, seafood, sayur skit, buah skit, dan gula putih sama sekali tidak aku sentuh. Kalau teringin nak minum yg rasa manis aku letak stevia atau gula kelapa. Namun bukan lah jadi habit, hanya bila aku teringin. Apa-apa pun diri sendiri yg perlu kawal apa yg kita nak makan. Jangan kalah pada nafsu sendiri. Tetapi sesekali aku ingin makan kuih aku akan buat kuih muih yg berasaskan tepung beras, atau kalau aku rajin aku kisar je beras. Ilmu nk buat kuih dgn tepung beras pun kene belajarlah... Jangan malas nk cari cara. Ada seribu satu macam kaedah utk menikmati hidup. Walaupun kita makann dalam keterbatasan tapi ada cara utk kita melewati keterbatasan itu dengan cara yg berhemah. Cari dan gali ilmu itu! Hidup itu nikmat! Hidup sentiasa dalam pencarian utk memiliki Nikmat!
- Secara menariknya, konsep ini lebih kurang sama dgn dengan amalan puasa di bulan Ramadan, di mana umat Islam berpuasa dari subuh hingga maghrib. Perbezaannya ialah puasa Ramadan lebih kepada ibadah, manakala diet IF lebih kepada tujuan kesihatan. Kaedah ini bukan hanya bertujuan untuk menurunkan berat badan tetapi juga memperbaiki kesihatan metabolisme dan meningkatkan daya tahan tubuh. Ianya memberikan badan masa untuk memproses tenaga secara lebih cekap. Dalam tempoh berpuasa, badan menggunakan lemak yang disimpan sebagai sumber tenaga, menjadikannya kaedah semula jadi untuk membakar lemak. Cuma manusia walaupun berpuasa di bulan Ramadhan itu merupakan satu ibadah yg baik, tetapi manusia selalu kalah dengan nafsu sendiri, pabila berbuka puasa tak sah kalau tak penuh makanan di meja...mgkn tak semua org begitu tapi kebanyakan begitulah. Mana taknya bazar makanan begitu banyak di kala bulan Ramadhan. Konsep ibadah hanya sekadar ibadah tetapi kosong di jiwa masing-masing. Opss tak semua begitu....tapi kebanyakan begitu😊
Aku berharap agar perkongsian aku ini dpt membuka mata anda utk mencari tahu. Kalau anda inginkan maklumat lebih lanjut aku rasa bersepah dalam alam maya ni...cuma pandai-pandai lah memilih dan mengkaji kebenarannya. Jangan terima dan tolak membabi buta.
Sebenarnya...diri kita adalah apa yg kita makan...kerana semua nya akan menjadi darah daging kita. Kenal pasti apa yg baik utk tubuh anda, jgn ikut org lain, kerana setiap tubuh badan berlainan caranya namun satu hal yg pasti tubuh kita menginginkan makanan yg sihat "Halalan toyibba".
Halal tidak bermakna baik utk badan
Tetapi baik dan elok sudah pasti terbaik utk tubuh badan kita.😉