F
Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

CORONA @covid19


Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
BERITA mengenai penularan wabak novel Coronavirus dari Wuhan, China bukan sahaja menggemparkan seluruh Malaysia, malah menjadi isu yang sangat menakutkan diseluruh dunia. Laporan Al Jazeera, CNN, BBC dan beberapa media mega lain menunjukkan betapa parah virus pembunuh itu mampu membunuh manusia dengan pantas, hanya melalui pernafasan dan sentuhan manusia. Seluruh umat manusia takut akan wabak ini, bukan hanya di Malaysia malah seluruh dunia. Hebat betul virus ni kan! 

Masih ingat x dulu-dulu....wabak SARS, MER, HINI dan ada beberapa wabak yang melanda dunia pada suautu masa dulu, yang sama juga risiko nya...nama pun wabak, tapi rakyat pada masa tu tidak terlalu risau tiada sebarang MCO/PKP berlaku, umat manusia melakukan aktiviti seperti biasa, pakai mask jgk pada masa tu... Ketakutan pada masa tu agak berkurangan, saya tidak pasti mengapa tetapi yang pasti ianya adalah wabak. Kemungkinan pada masa itu, penggunaan dan kelajuan internet di negara kita masih belum menyeluruh. Jadi sebarang maklumat sampai kepada kita agak perlahan. Jadi tiada sebarang kebimbangan yang melanda diri kita. Tapi sekarang semua dihujung jari kita. Klik saje internet, bermacam-macam berita keluar, akhirnya umat manusia menjadi ketakutan....... Apa-apa pun bertabahlah...lalui semua situasi ini dengan sabar. InshaaAllah ada jalan keluarnya.

Untuk maklumat...... Badan Kesihatan Dunia (WHO) menaikkan status virus corona sebagai pandemik kerana penyebarannya secara universal. Di samping itu, ada tiga kriteria umum iaitu virus dapat menyebabkan kematian atau penyakit, penularan virus orang-ke-orang yang berlanjutan, dan bukti penyebaran ke seluruh dunia.

Penyebaran virus corona sejauh ini kerap dikaitkan dengan virus serupa yakni SARS (Severe Acute Respiratory Syndrome). Dibandingkan Covid-19, tingkat kematian akibat SARS yang penyebarannya masuk dalam kategori epidemik justru lebih tinggi iaitu mencapai 9.6 peratus. Namun jumlah pesakit yang meninggal akibat SARS jauh lebih rendah dibanding Covid-19. Selain SARS, Middle East respiratory syndrome coronavirus (MERS-CoV) juga masuk dalam kategori penyakit epidemik lantaran penyakit menyebar secara aktif. Jika sumber penyebaran SARS dan Covid-19 dari negara Asia, MERS pula berasal dari Timur Tengah. Semua wabak tersebut memberi kesan yang sama kepada emosi dan fizikal umat manusia. Apa-apa pun dah namanya wabak, pasti memberi impak kepada umat manusia, kita sebagai orang Islam perlu kuatkan tauhid kita, ingat Allah S.W.T selalu. Virus ini datang dari Nya dan pasti akan kembali kepadaNya. Serahkan kepada Allah S.W.T dan dalam masa yang sama terus berdoa dan berusaha agar keadaan kembali pulih. 

Ucapan jutaan terima kasih juga diberikan kepada seluruh anggota frontline di setiap hospital dan premis yang terlibat dalam urusan bencana CoVid 19 di tanah air kita yang tercinta. Allah adalah sebaik tempat pemberian rahmat kepada anda semua. Kepada rakyat Malaysia tetap lah berada di dalam rumah masing-masing dengan tenang.😉



23 Jan 2020:
Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) terima laporan tiga kes (dua di Sabah dan satu di Selangor) disyaki dijangkiti novel koronavirus 2019 (2019-nCoV).
KKM sahkan kes di Sabah adalah negatif.

24 Jan 2020:
KKM maklumkan terdapat lapan kontak rapat kepada kes pertama 2019-nCoV di Singapura berada di Johor Bahru dan dikuarantin.

25 Jan 2020:
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad sahkan kes pertama 2019-nCoV babitkan tiga warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.
KKM nasihat jangan melancong ke China jika tiada keperluan.

26 Jan 2020:
KKM rancang tambah alat imbasan suhu badan di pintu masuk negara.

27 Jan 2020:
KKM telah mengenal pasti 26 hospital di seluruh negara sebagai langkah kesiapsiagaan bagi mengendali kes disyaki jangkitan 2019-nCoV yang memerlukan pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Kerajaan mengambil keputusan untuk menggantung sementara semua kemudahan imigresen kepada rakyat China dari bandar Wuhan dan Wilayah Hubei serta sekitarnya, berkuat kuasa serta-merta.

28 Jan 2020:
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri´ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah semua masjid di seluruh negara adakan solat hajat.
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menubuhkan Jawatankuasa Pemulihan Pelancongan bagi memantau perkembangan semasa berhubung isu 2019-nCoV.

29 Jan 2020:
KKM sahkan pertambahan tiga kes positif 2019-nCoV, jumlah kumulatif kes positif ialah tujuh.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir berkata, Malaysia dalam persediaan membawa balik rakyat tempatan dari Wuhan, China.

30 Jan 2020:
KKM sahkan satu pertambahan kes positif 2019-nCoV dalam kalangan kontak rapat (kes kelapan), jumlah kumulatif kes positif 2019-nCoV ialah lapan.
Sebuah jawatankuasa khas bagi misi bantuan kemanusiaan membawa pulang rakyat Malaysia dari Wilayah Hubei, China diaktifkan susulan penularan jangkitan 2019-nCoV di wilayah itu.
Jawatankuasa itu diselaraskan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) bersama Kementerian Luar, Kementerian Kesihatan, Angkatan Tentera Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara.
Kerajaan Negeri Sabah mengambil keputusan menggantung sementara semua penerbangan berjadual dan dicarter dari China ke Sabah berkuat kuasa serta-merta sehingga diberitahu kelak.

31 Jan 2020:
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak koronavirus sebagai darurat kesihatan dunia.

1 Feb 2020:
Semua warga China dan warga asing yang mengunjungi China dalam tempoh 14 hari akan disekat daripada memasuki Sarawak berkuat kuasa serta-merta sehingga dimaklumkan kelak.
Kedutaan Besar Malaysia di Beijing menghantar sepasukan peninjau ke Wuhan bagi menyelaras dan membantu proses membawa pulang 120 rakyat Malaysia di wilayah Hubei susulan penularan wabak 2019-nCoV di negara itu.

4 Feb 2020:
Malaysia membawa pulang 107 individu yang terdiri daripada rakyat Malaysia dan pasangan serta anak mereka yang terkandas di bandar Wuhan, yang disekat pergerakan keluar dan masuk oleh kerajaan China susulan penularan wabak 2019-nCoV sejak 23 Jan.
Seorang lelaki rakyat Malaysia berumur 41 tahun dari Selangor, antara dua kes baharu yang dilaporkan positif 2019-nCoV dan satu lagi membabitkan seorang lelaki warga China berumur 63 tahun yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 18 Jan.
Pertambahan dua kes baharu positif itu menjadikan jumlah kumulatif kes ialah 10.
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya akan menstruktur semula kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020) dengan menyasarkan pasaran negara baharu susulan isu jangkitan novel koronavirus 2019.

5 Feb 2020:
Sejumlah 74 orang telah dikenal pasti melalui pengesanan kontak susulan kes pertama rakyat Malaysia dijangkiti 2019-nCoV dan daripada jumlah itu, 35 kontak rapat dikesan dan sampel diambil daripada mereka serta diletak di bawah Perintah Pengawasan dan Pemantauan.
Dua daripada 107 individu yang tiba di tanah air menerusi Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) disahkan positif 2019-nCoV, menjadikan jumlah kumulatif kes positif kluster koronavirus di Malaysia ialah 12.

6 Feb 2020:
Seorang wanita rakyat Malaysia, yang merupakan kes pertama jangkitan tempatan, dan wanita warga China dari Wuhan menjadi dua individu terbaru disahkan positif virus itu, menjadikan jumlah individu positif 2019-nCoV di Malaysia ialah 14 kes membabitkan 10 warga China dan empat rakyat tempatan.

7 Feb 2020:
Satu lagi kes positif 2019-nCoV dikenal pasti, menjadikan jumlah kes positif di negara ini meningkat kepada 15 dengan kes terbaharu membabitkan seorang pelancong wanita berumur 59 tahun dari Wuhan, China yang masuk ke Malaysia pada 21 Jan.

8 Feb 2020:
Seorang wanita warga China dari Wuhan menjadikan individu terbaharu positif kluster 2019-nCoV, menjadikan angka keseluruhan jangkitan dalam negara kini berjumlah 16 kes.

9 Feb 2020:
Seorang wanita tempatan berusia 65 tahun disahkan positif 2019-nCoV, menjadikan angka keseluruhan jangkitan dalam negara kini berjumlah 17 kes. Wanita itu merupakan ibu mertua dalam kes rakyat Malaysia yang dilaporkan pada 4 Feb, iaitu kes kesembilan.

10 Feb 2020:
Malaysia mencatat 18 kes positif 2019-nCoV termasuk tiga kes pulih sepenuhnya. Kes terbaharu membabitkan seorang lelaki rakyat Malaysia berumur 31 tahun yang bekerja di Macau dan kembali ke Malaysia pada 1 Feb.

11 Feb 2020:
Kerajaan Malaysia dan Singapura bersetuju menubuhkan satu Jawatankuasa Kerja Bersama berikutan penularan jangkitan 2019-nCoV yang diterajui timbalan menteri kesihatan kedua-dua negara.

12 Feb 2020:
KKM menerima tambahan 26 pengimbas suhu badan yang ditempatkan di pintu masuk negara, menjadikan jumlah keseluruhan ialah 80 berbanding 54 sebelum ini.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan COVID-19, yang bermaksud ’Penyakit Virus Korona’ sebagai nama rasmi bagi novel koronavirus 2019.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata ujian terhadap 550 kontak rapat dan mereka yang bergejala di 18 makmal awam di negara ini mendapati 18 disahkan positif bagi COVID-19.

13 Feb 2020:
Satu lagi kes positif COVID-19 dicatat, menjadikan jumlah keseluruhan di negara ini meningkat kepada 19. Kes terbaharu itu membabitkan seorang wanita warga China berumur 39 tahun, rakan kes ke-14 dan anak kes ke-16.

14 Feb 2020:
- Tiga lagi diuji positif COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini ialah 22. Tiga kes terbaru itu melibatkan seorang lelaki dan seorang wanita warga China serta seorang wanita warga Amerika Syarikat berumur 83 tahun, yang merupakan antara penumpang kapal persiaran yang singgah di Kemboja pada 13 Feb.

27 Feb 2020:
Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 bagi menangani ekonomi daripada kesan penularan COVID-19.

28 Feb 2020:
Kes baharu COVID-19 di negara ini bertambah tiga lagi, menjadikan jumlah pesakit yang disahkan positif setakat ini 25 orang, dengan 22 telah sembuh dan dibenarkan keluar hospital.
Pesakit ke-23 adalah wanita rakyat Malaysia yang kembali ke tanah air dari Jepun, pesakit ke-24 seorang wanita Jepun berusia 41 tahun dan bekerja di Malaysia sementara kes ke-25 ialah seorang lelaki Itali berusia 54 tahun yang berkahwin dengan rakyat Malaysia dan tinggal di negara ini.

1 Mac 2020:
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan empat lagi kes positif jangkitan COVID-19 di negara ini, menjadikan jumlah keseluruhan 29 kes.
Kes ke-26 merupakan seorang lelaki berusia 52 tahun dan mempunyai sejarah perjalanan ke Shanghai, China sekitar pertengahan Januari, kes ke-27 merupakan seorang jururawat pelatih wanita berusia 20 tahun yang menjalani latihan sangkutan jangka pendek di hospital swasta yang merawat kes ke-24 manakala kes ke-28 merupakan seorang lelaki berusia 45, rakan sekerja kes ke-25 dan kes ke-29 pula melibatkan wanita berusia 35 tahun yang telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta pada 21 Feb.

3 Mac 2020:
Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan tujuh lagi kes positif COVID-19 membabitkan warga tempatan menjadikan jumlah terkini ialah 36. Semua kes baharu merupakan kontak rapat kepada kes positif ke-26 pada 29 Feb.

4 Mac 2020:
Terdapat 14 kes baharu COVID-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif di Malaysia meningkat kepada 50. Kes positif COVID-19 ke-31 hingga ke-50 merupakan kontak rapat bagi kes ke-26.

5 Mac 2020:
Lima lagi individu disahkan positif COVID-19 dengan kesemua mereka dikenal pasti sebagai kontak rapat kes ke-26, menjadikan jumlah kumulatif positif virus itu ialah 55.

6 Mac 2020:
Sebanyak 28 individu disahkan positif COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif ialah 83 kes.

7 Mac 2020:
Sebanyak 10 kes baharu COVID-19 dilapor, menjadikan jumlah kumulatif ialah 93.

8 Mac 2020:
Enam kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif positif COVID-19 ialah 99 kes. Kesemua kes terdiri daripada kontak rapat kluster kes ke-26.

9 Mac 2020:
Sebanyak 18 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif positif COVID-19 di Malaysia ialah 117. Satu daripada kes baharu, iaitu kes ke-101, melibatkan seorang lelaki yang baru pulang dari Iran.

10 Mac 2020:
Sebanyak 12 kes baharu dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia setakat ini ialah 129. Kes positif itu melibatkan pesakit dalam siasatan (PUI) jangkitan COVID-19, kontak rapat dan anggota Misi Bantuan Kemanusiaan.

11 Mac 2020:
Sebanyak 20 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kes kumulatif di negara ini meningkat kepada 149.

12 Mac 2020:
Sembilan kes baharu positif COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif di negara ini ialah 158.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah mengisytiharkan COVID-19 sebagai pandemik selepas mengambil kira peningkatan ketara kes di negara-negara selain China.
Malaysia belum mengalami kes sporadik COVID-19. Kes ke-131 yang sebelum ini dikatakan sporadik adalah tidak tepat setelah siasatan lanjut yang dijalankan KKM mendapati pesakit merupakan antara peserta perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling pada 27 Feb hingga 1 Mac lalu.

13 Mac 2020:
Sebanyak 39 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif di negara ini meningkat kepada 197. Daripada kes terkini itu, sebanyak 38 dikesan dalam kalangan PUI jangkitan COVID-19 manakala satu kes adalah kontak rapat dan empat kes dilaporkan memerlukan bantuan pernafasan serta ditempatkan di Unit Rawatan Rapi dan diberikan rawatan anti-viral.

14 Mac 2020:
Sebanyak 41 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif di negara ini meningkat kepada 238. Kesemua kes baharu dikaitkan dengan kluster perhimpunan tabligh membabitkan 37 kes PUI manakala empat lagi adalah kontak rapat.

15 Mac 2020:
Sebanyak 190 kes baharu dilaporkan positif COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 428 kes. Berdasarkan siasatan awal, kebanyakan kes baharu adalah berkaitan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling.

16 Mac 2020:
Sebanyak 125 kes baharu dilaporkan positif COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 553. Sejumlah 95 daripada 125 kes baharu dikaitkan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari bermula 18 Mac hingga 31 Mac.

Dan kini disambung lagi hingga 14hb April 2020😌😌

POLITIK oh POLITIK

Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Hari ni saya terpanggil untuk bercerita tentang.... POLITIK. Saya tahu ianya dah pun "basi", malah Covid19 pulak yang sedang melanda negara (nnt sy buat posting covid19), namun saya menulis untuk ingatan diri saya dan juga pengetahuan sahabat yang lain akan betapa pentingnya untuk kita terutama anak muda mengambil tahu akan impak politik negara pada percaturan ekonomi dan kehidupan rakyat Malaysia khasnya.
Mutakhir ini kita melihat rakyat semakin berminat mengambil berat berkenaan isu-isu politik. Pada asasnya, keperluan dalam mengetahui dan memahami politik semasa adalah satu tanggungjawab yang sewajarnya diambil berat bagi mereka yang mengaku sayang akan tanah tumpah darahnya. Terutama bagi kita umat Islam Melayu...perlu turut sama berjuang dalam politik ini. Ya...masing-masing pasti ada cara untuk berjuang dalam politik ini.

Politik adalah...
Pertama: Ia merupakan ilmu, ilmu (pengetahuan) berkenaan cara pemerintahan (dasar-dasar pemerintahan dan lain-lain), ilmu siyasah dan ilmu kenegaraan.
Kedua: Segala sesuatu berkenaan pemerintahan sesebuah negara atau hubungannya dengan negara lain.
Ketiga: Kelicikan, muslihat, tipu muslihat. Berpolitik pula ditakrifkan sebagai mengambil bahagian dalam politik, menjalankan (mengamalkan) politik.
Mempolitikkan pula ditakrifkan sebagai memasukkan ke dalam urusan politik, menjadikan sebagai urusan politik, menjadikan (sesuatu) kelihatan ada kaitannya dengan politik. (Lihat Kamus Dewan Edisi Keempat, hlm. 1223)

Perkataan politik berasal daripada kata akar polis dari Bahasa Greek, yang bererti negara, kota, dan kemajuan. Istilah politik dipopularkan oleh Plato dalam bukunya Politea dan Aristotle dalam bukunya Politicia. Politik merupakan istilah yang digunakan untuk membincangkan konsep pengaturan masyarakat.
Secara ringkas tentang definisi politik...jari telunjuk tunjuk hala ke atas Emoji (Google)
Apa-apa pun negara kita telah melalui satu fasa baru dalam perkembangan politik yang bukan biashe-biashe...... bagaikan satu letupan gunung berapi. Letusan laharnya melanda, merebak dan lantas menukar landskap politik tanah air. Pelbagai isu terjadi, satu demi satu...yang pasti memberi impak kepada rakyat.
Ya...apa pun kekalutan sudah berakhir, perjuangan baru perlu diteruskan....namun perlu kita sedar bahawa setiap rakyat ada peranan mereka kepada lanskap politik tanah air. Terutama anak-anak muda... perlu kenal dan tahu apa itu politik. Masuk ke dalam kancah politik itu, jangan selalu berada di barisan belakang, suara mu tidak akan kedengaran. Apa pun anak muda tetap lah berpegang kepada adat dan adap..yang tua dihormati, boleh tidak sependapat dengan yang tua, tetapi hala tuju biarlah sama.
Peralihan kuasa pentadbiran dari PH kepada PN...ianya baru bermula, Dalam suasana sosial dan politik negara, kepemimpinan yang baru diamanahkan kepada PM8, rakyat menagih mereka@kabinet baru ini berusaha semaksima mungkin untuk mengembalikan maruah negara menerusi governans baik dan pembangunan dengan adil dan terangkuman di atas nilai keadilan dan integriti. Ianya bukan sesuatu yang mudah. Rakyat Malaysia sama-sama lah mendoakannya. 
Kejayaan Kabinet Malaysia yang baru ini akan memacu kesejahteraan hidup rakyat. Maka doa rakyat mesti bersama mereka@kabinet baru yang telah diamanahkan ini. Insha Allah.

SIFAT MUNAFIK


Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Golongan munafik adalah golongan PENDUSTA dan PENGECUT. Mereka menzahirkan diri mereka seolah-olah mereka pengikut agama Islam kerana takut terhadap orang-orang Islam. Namun sebenarnya mereka menyembunyikan dan merahsiakan akidah kufur mereka secara batin. Orang seperti ini adalah seperti "talam dua muka" yang menyangkakan bahawa mereka akan terselamat dari azab Allah SWT. Begitu juga lah sebaliknya kalau mereka berjumpa orang-orang kafir, mereka juga akan menyatakan akidah kekufuran mereka tanpa rasa sesal.

Allah SWT telah secara jelas menyebut di dalam Al-Quran, bahawa golongan seperti ini tidak akan terlepas dari azab Allah SWT. Banyak ayat-ayat di dalam AL-Quran menerangkan akan azab orang-orang yang munafik. Antaranya:
Surah Al-Nisa' (4):140
Maksudnya:
Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang munafik dan orang kafir di dalam neraka Jahannam semuanya.

Apakah kita termasuk orang yang munafik?

Mungkin kita dengan yakin mengatakan kita bukanlah orang munafik kerana kurangnya pemahaman kita mengenai apa itu sifat munafik yang sebenarnya.
Hadis Nabi Muhammad SAW Tentang Orang-Orang Munafik :

“Tanda orang-orang munafik itu ada tiga keadaan. Pertama, apabila berkata-kata ia berdusta. Kedua, apabila berjanji ia mengingkari. Ketiga, apabila diberikan amanah (kepercayaan) ia mengkhianatinya”. (Hadist Riwayat Bukhari dan Muslim).

Ciri-Ciri / Sifat-Sifat Munafik Manusia :

1. Apabila berkata maka dia akan berkata bohong / dusta.

2. Jika membuat suatu janji atau kesepakatan dia akan mengingkari janjinya.

3. Bila diberi kepercayaan / amanat maka dia akan mengkhianatinya.

Untuk disebut sebagai orang munafik sejati sepertinya harus memenuhi semua ketiga-tiga syarat di atas iaitu pembohong, pengkhianat dan pengingkar janji. Jika baru satu atau dua ciri saja mungkin belum menjadi munafik tapi baru calon munafik.

Wallahu'alam...

MANFAAT BUAH-BUAHAN

Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Saya mengambil kesempatan berkongsi kebaikan buah-buahan...yang saya rasa pasti ramai yang tahu akan khasiatnya. InshaAllah moga ada manfaat untuk kita semua sama ada untuk pengetahuan atau amalan kita sendiri.

























Salam MAAL HIJRAH 1436H/2014


Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Rasanya masih belum terlewat untuk saya dan keluarga mengucapkan Salam Maal Hijrah 1436H kepada seluruh umat Islam di mana jua anda berada. Semoga tahun baru  ini akan menjadi tahun yang lebih baik dari tahun sebelumnya buat kita semua... InsyaAllah.

Jom kita citer skit pasal tahun hijrah ni....


Muharram adalah bulan pertama dalam Sistem Takwim Hijrah (Hijriah). Pada asasnya, Muharram membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu bulan di mana Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (QS Al-Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah SAW telah menamakan bulan Muharram sebagai ‘Bulan Allah’ (Shahrullahi).

Sandaran yang dilakukan oleh Baginda SAW kepada Allah SWT lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah SWT tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khawas (khusus) di kalangan makhluk-makhlukNya.

Berkata Al-Hassan Al-Basri rahimahullah: “Sesungguhnya Allah SWT telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah SWT itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.”

Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan 1 Muharram adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).

Tema Maal Hijrah 2014
Sejarah Kalendar Hijrah

Khalifah kedua selepas Saidina Abu Bakar As-Siddiq ini telah mencetuskan ilham menggunakan kalendar ini selepas Kesatuan Arab menuntut untuk dihasilkan satu kalendar Islam.

Ada juga kisah lain yang mengatakan bahawa Gabenor Abu Musa Al-As’ari telah mengirimkan surat kepada Saidina Umar r.a minta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat/arahan Umar yang telah dihantar kepadanya. Maka dengan ini beliau (Umar r.a) mahukan satu kalendar / taqwim Islam yang khas untuk menggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh bangsa-bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain pada zaman itu.

Ketika itu, terdapat banyak kalendar yang telah lama dihasilkan seperti Kalendar Tahun Gajah, Kalendar Persia, Kalendar Romawi dan kalendar-kalendar lain yang berasal dari tahun peristiwa-peristiwa besar Jahiliah. Namun Saidina Umar memilih untuk memulakan Kalendar Hijrah pada tahun terdapatnya peristiwa besar yang melibatkan baginda Rasulullah S.A.W. Peristiwa tersebut tidak lain tidak bukan, peristiwa HIJRAH antara Kota Mekah dan Kota Madinah.

Hasil dari itu, Kesatuan Arab lebih sistematik, bersatu dan tersusun serta mendapat berbagai-bagai kejayaan besar dan bertambah kuat hasil dari pilihan Umar itu. Di antara kejayaan besar Islam waktu itu ialah kerajaan Kisra dapat ditumbangkan, Baitulmuqaddis dibebaskan dari Rom dan Masjid Al Aqsa dibangunkan. Setelah Umar membandingkan kalendar tersebut dengan kalendar-kalendar Persia dan Romawi, didapati bahawa kalendar ini ternyata lebih baik. Maka dengan itu Umar mengisytiharkan Kalendar Tahun Hijrah adalah Kalendar / Taqwim Islam yang rasmi.

Peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W berlaku antara bulan Safar hingga Rabiul Awal. Hanya TAHUN berlakunya peristiwa ini ditandakan sebagai TAHUN PERTAMA HIJRAH. Wallahu'Alam.


Mari sama-sama kita berubah dari insan yang baik kepada insan yang lebih baik. Semoga segala amalan baik kita di terima Nya dan di berkati Nya.   In sha Allah.


 جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

Rahsia Air Sejuk dan Ais

Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Sharing is caring....

"Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia"
  • Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.
  • Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.
  • Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.
  • Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.
  • Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.
  • Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.
  • Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.
  • Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.
  • Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.
  • Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.
  • Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.
  • Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.
  • Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.
  • Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.
  • Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.
  • Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.
  • Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.
  • Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.
  • Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu Intan.
  • Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.
  • Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.
  • Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.
  • Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.
  • Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.
  • Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.
  • Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.
  • Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.
  • Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.

Mi Segera@instant noodles

Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Mi segera merupakan salah satu makanan yang paling mudah ditemui, praktikal, dan disukai ramai orang kerana rasanya yang enak. Daya simpannya yang lama juga membuat mi segera kerap menjadi pilihan untuk mereka yang tinggal sendiri, namun tak punya masa untuk memasak.

Meskipun begitu, terlalu banyak mengambil mi segera akan menimbulkan banyak kesan negatif kepada tubuh oleh kerana kandungan bahan pengawet atau penyedap rasanya. Selain kandungan karbohidrat, mi segera tak cukup mempunyai kandungan vitamin, mineral, atau serat, yang bermanfaat bagi tubuh. Pada dasarnya mi segera, tidak cukup mempunyai nutrisi bagi keseimbangan gizi tubuh manusia. Namun yang paling berbahaya adalah adanya kandungan bahan pengawet, MSG (monosodium glutamat), dan bahan pewarna makanan yang ada di dalam mi segera. 

Kandungan bahan berbahaya dalam mi segera ini didapati daripada proses pengolahan sampai proses pengawetan yang dilakukan dengan cara menggoreng mi sampai kering. Proses penggorengan biasanya menggunakan minyak goreng, yang membuat air rebusan menjadi keruh dan sedikit berminyak ketika direbus. Ramai orang yang mengatakan bahawa air rebusan pertama ini harus dibuang agar pengawetnya hilang. Namun sebenarnya zat pengawet ini tidak akan hilang.

Air rebusan mi segera yang pertama akan mengeluarkan minyak dan bahan kimia lain yang mungkin digunakan untuk membuatnya. Namun, bahan pengawet dan kandungan lain yang berbahaya bagi kesihatan ketika diolah lebih lanjut ini tidak akan hilang 100 peratus. Ia hanya akan berkurang sedikit ketika air rebusan pertama dibuang.

Kandungan minyak, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna masih akan tetap melekat pada mi segera meski kadarnya sudah berkurang beberapa peratus. Perlu anda ketahui, penggunaan bahan pengawet tak selamanya membahayakan, kerana pengeluar mi segera tentunya harus mengikuti standard yang selamat dikawalselia oleh Codex Alimentarius Commission (CAC). Namun kandungan bahan kimia ini masih berpotensi untuk menyebabkan berbagai gangguan kesihatan apabila diambil secara rutin. Kesan yang dirasakan memang adalah kesan jangka panjang, contohnya gangguan pencernaan, konstipasi, kanser pencernaan, dan lain-lain. Dalam jangka panjang, bahan kimia tersebut juga akan sangat berbahaya bagi kecantikan wajah dan kulit. Kulit menjadi lebih kering, yang kelak akan menimbulkan pelbagai gejala penuaan awal. Selain itu, mi segera juga akan merosakkan program diet anda, kerana kadar kalorinya tinggi. Sekali lagi, boleh-boleh saja menikmati mi segera, tetapi sebaiknya tidak diambil terlalu kerap. Jangan menjadikan mi segera sebagai makanan utama, melainkan sebagai jajanan selingan saja. Tetaplah mengambil makanan dengan gizi seimbang untuk sarapan pagi, makan tengahari, dan makan malam.


Saya sangat geram jika ada ibubapa bertanya pada saya, bolehkah anaknya yang berusia 5 tahun dan sedang demam memakan mi segera. Saya faham niat ibubapa yang cuba memberikan sesuatu pada anak yang menghadapi kelesuan  dan tidak selera makan akibat demam. Namun itu bukanlah langkah yang bijak.

Masih ingat tentang khabar angin mengenai kerajaan Taiwan telah mengharamkan mi segera yang dikeluarkan oleh satu syarikat dari Indonesia? Walaupun ia setakat khabar angin, ada iktibar yang dapat kita pelajari oleh mayarakat kita. Adakah mi segera kita selamat?

Pengharaman itu disebabkan kadar bahan pengawet yang terdapat pada mi segera itu melebihi daripada kadar yang dibenarkan. Walaupun bahan pengawet itu (methyl p-hydroxybenzoate dan benzoic acid) dikatakan selamat, namun jika digunakan pada kadar  yang terlalu tinggi dikhuatiri akan memberikan kesan yang buruk pada kesihatan.

Sebenarnya produk mi segera dikawal ketat oleh satu badan dunia Codex Alimentarius Commission (CAC) yang menetapkan syarat penggunaan semua bahan awet. CAC mengawal penggunaan pengawet dalam industri makanan di mana hampir 90% produk makanan  menggunakan bahan itu.

Bahan ini penting untuk menjadikan produk makanan menjadi tahan lama. Ia juga mencegah makanan itu dari dicemari bakteria dan fungus yang boleh menyebabkan penyakit keracunan makanan.

Oleh itu, bahan pengawet adalah selamat jika digunakan dalam kadar tertentu. Tetapi kadar yang dibenarkan ini berbeza antara satu negara dengan satu negara yang lain. Sebagai contoh pengawet methyl p-hydroxybenzoate yang dibenarkan oleh Amerika Syarikat, Kanada dan Singapura adalah 1.000 mg per kg, sementara di Hongkong pula 550 mg per kg.

Ini disebabkan cara pemakanan di setiap negara adalah berlainan. Sebagai contoh di Amerika, rakyatnya hanya makan mi segera seminggu atau dua kali seminggu. Di Hong Kong pula rakyatnya memakan mi segera setiap hari. Sudah tentu mereka akan terdedah kepada kesan buruk bahan pengawet itu lebih daripada rakyat Amerika.

Pengumpulan bahan pengawet ini dengan begitu banyak dalam masa yang pendek akan memberikan kesan yang tidak baik dalam jangka masa panjang terutamanya kepada sistem fisiologi seseorang.

Oleh kerana sistem ini agak sempurna, kebanyakan bahan pengawet ini dapat dikeluarkan dari tubuh kita melalui rembesan air peluh, air kencing dan najis. Sebagai contoh pengawet makanan, Methylparaben bersifat mudah larut air. Ketika proses pencernaan, ia mudah diuraikan. Ia mudah diserap dan dikeluarkan melalui kulit atau najis.

Namun kuantiti bukanlah faktor tunggal yang mempengaruhi badan. Ada beberapa faktor lain yang turut menyumbang kemudharatan seperti jenis pengawet yang diambil dan keadaan si pengambil (orang yang memakannya).

US Food and Drug Administration (FDA), sebuah badan yang mengawal pemakanan dan ubat-ubatan di Amerika Syarikat telah mengkategorikan pengawet methyl p-hydroxybenzoate dan benzoic acid sebagai kategori Generally Recognized as Safe (GRAS), iaitu pengawet ini selamat digunakan pada kadar yang dibenarkan dalam produk makanan.

Sungguh pun setakat ini belum ada lagi kajian ilmiah dan saintifik yang menunjukkan kesan buruk pengawet jika diambil pada kadar yang minima, namun kita harus berjaga-jaga terhadap kesan-kesan yang tersembunyi.

Ada beberapa perkhabaran (yang belum dibuktikan) mengatakan pengawet-pengawet ini boleh menyebabkan kerosakan sistem penghadaman terutamanya usus kecil dan besar. Ia menyebabkan pendarahan dalam usus malah ada yang mengatakan ada kemungkinan boleh mendatangkan kanser colon.



Tiada bukti sainstifik (buat masa sekarang) tidak bermakna ianya selamat untuk dimakan tanpa diawasi. Oleh itu pemakanan mi segera haruslah diminimakan. Jumlah yang berlebihan pasti akan mengganggu fisiologi tubuh manusia.

Bayangkan jika mi segera dimakan setiap hari oleh kanak-kanak atau orang tua yang mempunyai sistem pencernaan yang tidak baik. Apabila sistem fisiologinya tidak berjalan sempurna, perkumuhan bahan pengawet ini tidak dapat dibuang dari tubuh dan akan tersimpan dalam tubuh lalu mengganggu fungsi organ yang lain.

Pendedahan-pendedahan yang dilakukan seharusnya memberikan peringatan kepada masyarakat supaya berhati-hati terhadap pemakanan kita.

Bukan setakat mi segera, mi kuning dan kway tiow yang dijual di pasar-pasar juga harus diawasi. Penggunaan bahan pengawet yang digunakan harus mengikut kadar yang ditetapkan oleh kerajaan.

Kita tidak mahu generasi akan datang bakal mengalami pelbagai perubahan genetik dan memberikan pelbagai kecacatan sejak lahir (congenital defect) akibat kesan pemakanan yang tidak sihat ini.

Wallahu a’lam

sumber


PANDUAN PUASA 6 NAK DISEKALIKAN PUASA GANTI.

Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Dah lama tak update blog... apa2 pun kita masih di dalam bulan Syawal.... rasanya "open house" masih ada lagi kot..... namun di dalam bulan Syawal ini, kita boleh menambah pahala kita dengna berpuasa 6 hari. Hari ni dah pun 16 Syawal masih belum terlewat untuk melakukan ibadah puasa 6 hari..... InsyaAllah.


Berikut adalah sedikit info PANDUAN PUASA 6 NAK DISEKALIKAN PUASA GANTI. 

Hukum Menggabungkan Puasa Sunnah Syawal dan Qadha Puasa Yang Fardhu.

Persoalan berkaitan niat puasa ganti Ramadhan yang tertinggal adakah mendapat pahala puasa sunat Syawal.
Persoalan ini terdapat khilaf (perbezaan pandangan) di kalangan ulama.

Pendapat pertama:

Sebahagian ulama berpendapat, tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan niat puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain. Sekiranya dilakukan, maka puasa itu tidak sah, sama ada bagi yang fardhu ataupun yang sunat. Pendapat ini bertepatan dengan sabda Nabi SAW:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ صَامَ الدَّهْر

Maksudnya: “Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari bulan Syawal maka seakan-akan ia berpuasa setahun”. (HR Muslim)

Bagi memenuhi maksud hadith ini, dalam usaha memperolehi pahala yang dijanjikan iaitu pahala berpuasa setahun, maka hendaklah seseorang itu menyempurnakan puasa Ramadhan (yang merupakan puasa wajib) kemudian ditambah dengan puasa enam hari di bulan Syawal (yang merupakan puasa sunat). (Syeikh Muhammad Sholih Al-Munajid – www.islamqa.com)

Pendapat kedua:

Di kalangan ulama Syafie ada yang berpendapat bahawa ganjaran puasa enam Syawal tetap akan diperolehi apabila seseorang berpuasa qadha sekalipun dia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya. Namun, pahala yang diperolehi itu adalah kurang berbanding seorang yang berpuasa kedua-duanya secara berasingan. (Fatawa al-Azhar 9/261)

Setelah diteliti, dapat disimpulkan bahawa pendapat kedua iaitu pandangan ulama yang membolehkan ‘puasa dua dalam satu’ ini tidak disandarkan kepada mana-mana nas Al-Quran ataupun Al-Sunnah yang sahih. Mereka juga mengatakan bahawa amalan ini hanya mendapat pahala kerana kebetulan berpuasa qadha pada bulan Syawal, sama seperti pahala sunat tahiyyatul masjid dengan solat fardhu (orang yang terus mengerjakan solat fardhu apabila masuk ke dalam masjid akan mendapat juga pahala sunat tahiyyatul masjid)
Timbul persoalan, yang manakah yang lebih afdal untuk dilakukan bagi memperoleh pahala kedua-duanya; mendahulukan puasa sunat enam hari dalam Syawal atau mengqadhakan puasa Ramadan? Dalam persoalan ini terdapat dua pendapat.

Pendapat pertama:

Boleh mendahulukan puasa sunat Syawal, berdasarkan hadith Aishah RA yang menyatakan bahawa:

( كَانَ يَكُونُ عَلَيَّ الصَّوْمُ مِنْ رَمَضَانَ ، فَمَا أَسْتَطِيعُ أَنْ أَقْضِيَ إلَّا فِي شَعْبَانَ. قال يحيى:الشغل من النبي أو بالنبي )

Maksudnya: “Aku berpuasa di bulan Ramadan dan aku tidak mengqadha kecuali dalam bulan Syaaban”. Kerana sibuk melayani Rasulullah SAW.” (HR Bukhari:1950, penjelasan “kerana sibuk melayani Rasulullah SAW” ialah penjelasan salah seorang perawi hadith yang bernama Yahya bin Said.)
Para ulama yang mengemukakan pendapat pertama berhujah bahawa sudah tentu isteri Rasulullah SAW iaitu Aishah RA tidak meninggalkan puasa sunat enam Syawal. Tindakannya yang mengqadhakan puasa Ramadhan pada bulan Sya'ban menunjukkan bahawa adalah dibolehkan untuk berpuasa sunat Syawal meskipun seseorang itu belum mengqadhakan puasa Ramadhan.

Pendapat kedua:

Tidak boleh mendahulukannya, berdasarkan hadith yang menyatakan kelebihan puasa sunat Syawal tadi. Rasulullah SAW mensyaratkan puasa Ramadhan terlebih dahulu sebelum mengiringinya dengan puasa enam Syawal bagi mendapatkan ganjaran pahala yang dijanjikan.
“Jika seseorang tertinggal beberapa hari dalam Ramadhan, dia harus berpuasa terlebih dahulu, lalu baru boleh melanjutkannya dengan enam hari puasa Syawal, kerana dia tidak boleh melanjutkan puasa Ramadhan dengan enam hari puasa Syawal, KECUALI dia telah menyempurnakan Ramadhannya terlebih dahulu.” (Fataawa Al-Lajnah Ad-Daa'imah lil Buhuuth wal Ifta', 10/392)

Sekiranya diteliti dan dihalusi, maka pendapat kedua adalah lebih rajih (kuat) kerana ia bertepatan dengan dalil puasa sunat Syawal itu sendiri. Selain itu, membayar hutang yang wajib hendaklah didahulukan daripada memberi sedekah yang sunat.

Pretty pink flower~Pretty pink flowermoga memberi manfaat Pretty pink flower~Pretty pink flower