F

SIFAT MUNAFIK


Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Golongan munafik adalah golongan PENDUSTA dan PENGECUT. Mereka menzahirkan diri mereka seolah-olah mereka pengikut agama Islam kerana takut terhadap orang-orang Islam. Namun sebenarnya mereka menyembunyikan dan merahsiakan akidah kufur mereka secara batin. Orang seperti ini adalah seperti "talam dua muka" yang menyangkakan bahawa mereka akan terselamat dari azab Allah SWT. Begitu juga lah sebaliknya kalau mereka berjumpa orang-orang kafir, mereka juga akan menyatakan akidah kekufuran mereka tanpa rasa sesal.

Allah SWT telah secara jelas menyebut di dalam Al-Quran, bahawa golongan seperti ini tidak akan terlepas dari azab Allah SWT. Banyak ayat-ayat di dalam AL-Quran menerangkan akan azab orang-orang yang munafik. Antaranya:
Surah Al-Nisa' (4):140
Maksudnya:
Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang munafik dan orang kafir di dalam neraka Jahannam semuanya.

Apakah kita termasuk orang yang munafik?

Mungkin kita dengan yakin mengatakan kita bukanlah orang munafik kerana kurangnya pemahaman kita mengenai apa itu sifat munafik yang sebenarnya.
Hadis Nabi Muhammad SAW Tentang Orang-Orang Munafik :

“Tanda orang-orang munafik itu ada tiga keadaan. Pertama, apabila berkata-kata ia berdusta. Kedua, apabila berjanji ia mengingkari. Ketiga, apabila diberikan amanah (kepercayaan) ia mengkhianatinya”. (Hadist Riwayat Bukhari dan Muslim).

Ciri-Ciri / Sifat-Sifat Munafik Manusia :

1. Apabila berkata maka dia akan berkata bohong / dusta.

2. Jika membuat suatu janji atau kesepakatan dia akan mengingkari janjinya.

3. Bila diberi kepercayaan / amanat maka dia akan mengkhianatinya.

Untuk disebut sebagai orang munafik sejati sepertinya harus memenuhi semua ketiga-tiga syarat di atas iaitu pembohong, pengkhianat dan pengingkar janji. Jika baru satu atau dua ciri saja mungkin belum menjadi munafik tapi baru calon munafik.

Wallahu'alam...
0 Responses

Sahabat2ku.......