F
Showing posts with label Petua Cantik. Show all posts
Showing posts with label Petua Cantik. Show all posts

Makanan Anti kanser vs makanan Penyebab kanser???

Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Sekadar berkongsi apa yg ada..... moga bermanfaat!
Rahsia besar Rasulullah s.a.w yang patut menjadi teladan ialah baginda tidak pernah mencela makanan yang tidak disukainya atau kurang sedap. Ini terkandung di dalam hadis bermaksud:
“Anas berkata: Rasulullah tidak pernah mencela makanan. Jika berselera dimakannya, dan jika tidak maka ditinggalkannya.”

Justeru, semua orang tidak wajar menunggu hari tua atau berusia lewat 40-an untuk memulakan amalan pemakanan sihat. Mulakanlah sekarang!

Kepentingan menjaga pemakanan dapat difahami daripada hadis Nabi saw yang diriwayatkan at-Turmudzi dari Abdullah al-Ashory, Rasulullah saw bersabda bermaksud:

“Sesiapa dalam keadaan badan sihat, aman dalam penghidupan dan ia memiliki makanan sehari-hari yang cukup, maka seolah-olah dunia ini miliknya.”

Berikut adalah makanan yg berkhasiat dan mampu mengelakkan kanser dan juga makanan yg boleh menjadi penyebab kanser.... Jadi pilih mana yg hendak dimakan? Semuanya ditangan kita sendiri! 


Air yang membantu Mengurangkan BeRaT BaDaN!

Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Jom kongsi artikel ni yer.... rajin betul saya hari ni....beberapa entri saya postkan hari ni....yelah mood tgh ada, kalau tak ada sunyi sepi je blog ni..... Roll

AIR amat penting untuk kehidupan kita (semua orang tahu kan???Smile)

H20 adalah air. Secara Saintifiknya air terdiri daripada 2 bahagian Hidrogen dan 1 Bahagian Oksigen. Air merupakan suatu keperluan yang amat penting dalam kehidupan kita. Tanpa air yang mencukupi, badan kita terutamanya tisu-tisu badan boleh menjadi rosak dan proses-proses di dalam badan tidak dapat dijalankan secara yang optimum. Sekiranya badan mengalami masalah kekurangan air untuk beberapa hari, ini boleh menyebabkan berlakunya perkara yang tidak diingini malah boleh menyebabkan maut.










Secara puratanya, badan seorang dewasa mengandungi hampir 70 % air. Di antaranya bahagian badan yang paling banyak mengandungi air adalah :
* 95% air terkandung di bahagian Otak manusia.

* 90% air berada dalam peparu
* 82% air terkandung di dalam darah

Walau bagaimanapun dianggarkan sebanyak 2.5 liter air yang terkandung di dalam badan akan hilang akibat daripada perkara-perkara seperti berikut:


* 1.5 liter melalui pembuangan air kencing

* 0.7 liter melalui perpeluhan dan penafasan
* 0.2 liter melalui proses respirasi
* 0.1 liter melalui sejatan daripada permukaan kulit.

Kehilangan air ataupun kekurangan air yang tinggi di dalam badan akan menyebabkan berlakunya kekurangan kepada badan anda. Kehilangan yang berlaku ini mestilah digantikan segera sistem badan dapat beroperasi dengan baik.

Nasihat :
  • 2 gelas air/500ml air selepas bangun tidur  ==> membantu menggiatkan organ dalaman
  • 1 gelas air 30 minit sebelum makan ==> membantu penghadaman
  • 1 gelas air sebelum mandi ==> membantu menurunkan tekanan darah.
  • 1 gelas air sebelum tidur ==> mengelak dari terkena serangan angin ahmar dan jantung 
** Tanpa air yang mencukupi, badan kita terutamanya tisu-tisu badan boleh menjadi rosak dan proses-proses di dalam badan tidak dapat dijalankan secara yang optimum.


** Cara terbaik untuk membuang sisa organic dari badan dengan hanya menggunakan air beralkali

** Pengamalan minum air kosong 7 hingga 8 gelas setiap hari adalah baik untuk menyingkir toksik melalui 'sistem perkumuhan' & mengekalkan kesihatan buah pinggang. Dimana ia juga dapat meningkatkan metabolisme badan dimana air kosong juga 100% bebas kalori, kafein dan bahan kimia.

5 Minuman Yang Membantu Mengurangkan Berat Badan!


Ramai yang tidak tahu, rahsia untuk menurunkan berat badan bukan hanya bergantung terhadap apa yang kita makan, ia juga turut dipengaruhi oleh apa yang kita minum. Minuman ringan, jus buah-buahan, dan minuman tenaga yang dicampurkan dengan kandungan gula dan karbohidrat akan menghalang terhadap penurunan berat badan anda. Ini adalah 5 minuman terbaik yang dapat membantu mengurangkan berat badan.



1- Air masak

Pasti ramai yang sudah tahu air masak adalah pilihan terbaik untuk menurunkan berat badan secara berkesan. Jadikan air masak sebagai minuman utama dan sekiranya anda berasa bosan untuk meminum air masak, anda juga boleh mempelbagaikannya dengan menambah hirisan lemon segar, limau nipis, dan juga hirisan tomato untuk menambah sedikit rasa di dalam air tersebut tanpa menambahkan nilai kalori dengan banyak.


2- Jus sayur-sayuran

Jus sayur-sayuran adalah cara terbaik untuk mendapatkan serat dan nutrisi tubuh yang diperlukan sebagai bahan bakar untuk mengurangkan berat badan. Jika anda dapat mencari kandungan sayuran yang bernatrium rendah, ianya adalah lebih baik. Jus sayur sayuran juga mampu membuatkan rasa kenyang tahan lebih lama.


3-Teh yang tidak terlalu manis

Teh hijau telah terbukti untuk membantu meningkatkan metabolisme dan mempercepatkan penurunan berat badan. Masukkan hanya sedikit sahaja kandungan gula kedalamnya dan cuba amalkan. Selain daripada itu, teh juga mengandungi ejen antioksida yang dapat membantu membersihkan tubuh anda daripada racun.


4-Kopi

Secawan kopi pada waktu pagi dapat membantu menahan daripada rasa lapar. Kesan ini adalah hasil daripada kandungan kafein yang ada didalam kopi. Selain itu, kopi juga mampu untuk merangsang thermogenesis, yang berfungsi untuk memanaskan tubuh dan meningkatkan kadar metabolisme. Tetapi perlu berhati-hati, pastikan kandungan gula atau susu yang dicampurkan adalah dalam jumlah yang sedikit untuk mendapat kesan yang terbaik.


5-Susu rendah lemak

Susu merupakan sumber protein yang sangat baik. Selain daripada itu ia juga mengandungi vitamin D dan kalsium yang dapat membantu untuk membina otot dan menjadikan tulang lebih kuat. Tetapi pastikan susu yang anda pilih adalah susu rendah lemak. Sekiranya anda menggunakan susu biasa, hasilnya pasti akan mengecewakan anda.
Untuk yang telah gagal dalam berdiet, mungkin cara ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk mendapatkan berat badan impian anda.

Telur oh Telur!

Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Ha... ni ada satu lagi artikel yg baik utk dikongsi bersama...

Saya sendiri pun kalau makan telur rebus, kuning telur saya buang... tapi telur goreng tak buang , makan dengan kicap...memang sedappppp......saya tak berapa suka kuning telur sebab rasanya agak hanyir sikit.... namun kuning telur mempunyai banyak khasiatnya, cuma janganlah di makan berlebihan pula, sebiji sehari dah okay dah....  putih telur boleh makan banyak..... Di samping itu putih telur juga digunakan utk perawatan kulit muka, rambut dan pendek kata banyak khasiat dari putih telur ni....biasanya saya buat untuk wajah. Ambil putih telur dan oleskan kat muka, biarkan selama 1/2 jam atau lebih, pas tu baru bilas. Kulit muka akan menjadi licin dan bebas jerawat, insyaAllah. Orang kata untuk rambut pun okay, terutama bagi yang berkelemumur, sapukan putih telur di kulit kepala dan biarkan selama 1 jam, dan bilas dengan air suam. Buatlah hari-hari...... insyaAllah sihat rambut tu. Ni saya tak pernah cuba lagi, tiada masalah rambut buat masa ini......Bounce

Tq to Kevin Zahri, is a US AFTA certified personal trainer and nutritionist....
Ramai yang suka menjadikan telur rebus atau telur goreng sebagai hidangan lauk untuk juadah makanan mereka. Tidak lupa juga bagi penggemar sarapan pagi digrerai mamak dan sebagainya, telur separuh masak mesti menjadi pilihan hati.



Apa kelebihannya telur ini?

Adakah ia memberi kesan buruk untuk jangka panjang atau sebagainya.
Keburukan memakan telur secara berlebihan seringkali diperdebatkan. Perkara paling utama dan hangat dikatakan adalah ianya dapat meningkatkan kadar kolesterol tubuh badan anda.

Komposisi sebiji telur rebus

Kajian menunjukkan bahawa manusia hanya memerlukan 300mg kolesterol dlm tubuh badan. Oleh itu, kita harus tahu jumlah anggaran sebiji telur dan komposisinya. Untuk pengetahuan ramai, sebiji telur mengandungi anggaran 210mg kolesterol.

Banyak bukan?
Akan tetapi jika dibuang kuning telur, dan hanya makan putih telur ia dapat mengurangkan kadar kolesterol dan hypertension kerana putih telur hanya mengandungi kolesterol yang sedikit dan tinggi dengan nilai protein. Jumlah anggaran protein putih telur adalah lebih kurang 7g dan ia mengandungi protein yang tulen dan tidak mempunyai lemak.  Dan ini hanya jika telur itu direbus. Akan tetapi jika dimasak dengan minyak atau butter, jumlah kalori nya akan berbeza kerana telah dimasak dengan minyak yang kita tahu mempunyai kalori juga.

Dapat mengurangkan jumlah kalori

Ya, dengan mengasingkan putih telur dengan kuning telur, anda dapat mengurangkan jumlah kalori harian. Anggaran kalori bagi telur rebus adalah 90 kalori. Dan apabila anda memakan putih telur sahaja, anda telah membuang lebih kurang 70 kalori daripada telur tersebut. Hal ini kerana, putih telur hanya mengandungi 20 kalori. Selain daripada itu, putih telur amat tinggi dengan nilai protein yang tulen malah ianya kurang berlemak.

Selain daripada itu, putih telur juga kaya dengan folat, thiamine, fosforus, B6, zink, asid panthothenic, kalsium, dan B12. Anda juga mendapat vitamin penuh seperti A, E, D dan K dari putih telur. Putih telur adalah sumber rendah lemak, sama ada ia adalah politaktepu, monotaktepu, atau tepu.

Selain daripada itu, ia juga dapat mempercepatkan proses regenerasi pada kulit wajah anda dimana anda boleh sapukan putih telur di muka anda selama 30 minit, dan basuh dengan air hangat. Oleh itu, selain dengan khasiat yang elok untuk mengurangkan berat badan, putih telur juga dapat membantu dalam mencantikkan kulit wajah anda. Protein dalam putih telur dapat membantu melembabkan kulit wajah anda.

Rambut terjejas akibat TEKANAN!


Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Ketidakseimbangan hormon boleh jejas kesihatan rambut. Tekanan dan amalan gaya hidup yang kurang sihat menjadi punca masalah rambut yang serius, terutama di kalangan wanita. Perubahan gaya hidup masa kini dan juga beban lebih berat yang dihadapi di pejabat, rumah dan juga dalam perhubungan sosial menjejaskan kesihatan rambut.

Hormon tidak seimbang
Tekanan mencetus ketidakseimbangan hormon yang menghasilkan lebih banyak sebum (minyak), lantas menyebabkan penyumbatan folikel dan keguguran rambut. Tidur lewat, minuman beralkohol dan kurang bersenam boleh menambahkan tekanan dan keguguran rambut. 

Beberapa tinjau selidik global yang dijalankan, menyatakan bahawa "fenomena peningkatan tekanan" yang memberi kesan terhadap kesihatan dan keguguran rambut yang kian ketara di Malaysia.  Laporan perniagaan Antarabangsa Grant Thornton menunjukkan kaitan antara tekanan, wanita dan kesihatan yang menjelaskan mengapa wanita kini keguguran lebih banyak rambut berbanding lelaki. Laporan mendedahkan Malaysia mempunyai bilangan wanita tertinggi dalam tenaga kerja, berbanding negara ASEAN lain. Satu kajian merangkumi 2,000 wanita di United Kingdom mendapati 90% responden berkata, mereka rasa bersalah kerana terlalu sibuk dan tidak mencari nafkah secukupnya untuk memenuhi keperluan anak mereka.

Tekanan emosi
Lebih 70% golongan ibu berkata mereka sentiasa bimbang dan meragui sama ada mereka menjadi ibu yang baik, manakala lebih satu per lima rasa bersalah "kebanyakan masa" atau "hampir setiap masa". Ini memang tidak menghairankan jika wanita mengalami tekanan fizikal dalam kitaran kehidupan harian yang sibuk. Mereka juga mengalami tekanan emosi kerana rasa bersalah, bimbang dan meragui nilai diri sendiri terhadap keluarga. Tekanan emosi menjejaskan kesihatan dan rambut adalah bahagian pertama untuk mencerminkan keadaan kurang sihat. Wanita juga mengalami keguguran rambut selepas bersalin kerana perubahan hormon.

Remaja turut abaikan penjagaan rambut.
Dalam satu lagi penemuan baru-baru ini, Regus (penyedia ruang kerja fleksibel) mendapati waktu kerja yang panjang kini menjadi trend umum di seluruh dunia.

Regus, yang mengumpulkan maklum balas lebih 12,000 responden di 85 negara, mendapati di Malaysia, kira-kira satu pertiga daripada warga kerjanya bekerja dalam tempoh yang panjang. Kira-kira 47% pekerja di Malaysia membawa kerja pulang lebih daripada tiga kali seminggu berbanding 43% di peringkat global, 5% wanita bekerja 60 jam seminggu berbanding 12 pertus bagi lelaki.

Lebih ramai orang kini bekerja menggunakan peranti mudah alih, di pejabat rumah dan dengan waktu kerja fleksibel, lantas memgaburi waktu antara kerja, bermain, makan dab rehat dan menjejaskan keseimbangan kehidupan kerja. Golongan remaja juga sibuk dengan media sosial dan aktiviti waktu malam. Disebabkan kesuntukan masa, ramai orang makan makanan ringan, berminyak, terlalu masin dan makanan diproses, yang menjejaskan kesihatan rambut.

Hasil kaji selidik oleh 101 Hair Care membabitkan 2,393 responden di Malaysia, menghasilkan keputusan berikut:
Lima masalah rambut utama di negara ini;
  • 25% - masalah kelemumur
  • 23% - keguguran rambut akibat minyak
  • 20% - penipisan
  • 13% - rambut bercabang
Punca Masalah rambut:
  • 67% - disebabkan TEKANAN HIDUP
  • 49% - faktor gaya hidup
  • 43% - makanan dan penjagaan rambut kurang wajar
  • 39% - faktor genetik
Faktor rambut sihat:
  • 60% - pemilihan syampu yang betul
  • 57% - faktor pemakanan
  • 20% - penggunaan pelembap, teknik menyikat atau mencuci rambut
Tabiat Penjagaan Rambut:
  • 72% - mencuci rambut setiap hari
  • 24% - mencuci rambut 2 hingga 3 kali seminggu
Tindakan Atasi masalah rambut:
  • 55.78% - kunjungi pusat pakar rambut
  • 14.21% - ke salun rambut
  • 12.71% - dapatkan rawatan tradisional
  • 17.23% - abaikan masalah rambut
Lain-lain:
  • 15% - bekerja lebih 11 jam sehari berbanding 10% peringkat global
  • 47% - bawa kerja balik ke rumah
Credit : Berita Harian@21/4/2013

Bagi mengurangkan kesihatan rambut terjejas kita mestilah menjalani gaya hidup sihat seperti banyakkan bersenam kerana berpeluh dapat menenangkan fikiran. Elakkan stress, lagi pun stress tidak elok untuk kesihatan diri keseluruhan.

Selain bersenam, pengambilan makanan seimbang juga memainkan peranan penting dalam mengatasi masalah berkaitan rambut. Makan lebih banyak buah-buahan dan sayuran segar. Minuman berkarbon seperti air gas dan kopi boleh memburukkan masalah rambut gugur. Minuman itu perlu dielakkan dan kalau boleh minum air kosong lebih banyak atau air yang boleh menyejukkan badan seperti barli, kacang soya atau kelapa.

Rambut yang sihat mengalami keguguran antara 30 hingga 120 helai setiap hari, tetapi jumlah ini diganti semula. Bagaimanapun, rambut yang bermasalah gugur lebih banyak daripada jumlah ini dan tidak mempunyai anak rambut sebagai gantian kepada rambut yang gugur.

Keguguran rambut terutama di kalangan remaja pula adalah disebabkan penggunaan bahan kimia yang keterlaluan seperti mouse, semburan rambut mahupun pewarna. Penggunaan kimia dalam proses memutihkan rambut sebelum mewarnakannya juga adalah antara faktor menyumbang kepada struktur rambut lemah dan mudah gugur.

Rambut yang strukturnya lebih halus lebih mudah rosak akibat aktiviti mengerinting rambut dan teknik meluruskannya. Bagaimanapun, ramai remaja tidak menghiraukan kesannya untuk cantik dan mengikut aliran gaya rambut semasa. Kenali dulu rambut anda sebelum sebarang kimia atau teknik bagi mendapatkan gaya rambut yang diidamkan.

Misalnya, jika jumlah rambut terlalu sedikit, sebaiknya jangan kerintingkan rambut kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan dan merosakkan rambut. Sekiranya ingin mewarnakan rambut, pastikan anda sering melakukan rawatan rambut atau segera berjumpa pakar apabila rambut kelihatan gugur terlalu banyak.

Bagi mengekalkan rambut sihat, amalkan menyapu minyak rambut lebih kerap dengan menggunakan minyak asli seperti minyak kelapa, selain menjalani rawatan rambut secara tetap. Diet seimbang dan ketenangan jiwa amat mempengaruhi rambut lebih sihat serta bersinar. Wallahu'Alam bissawab

Apa tu KOLAGEN?


Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Hari ni tak pergi mana2 , so share pasal artikel ini ya...ini dari pembacaaan saya dari laman-laman web.... Sekadar berkongsi moga bermanfaat....
Kolagen adalah protein yang terdiri daripada asid-amino, yang seterusnya dibina daripada karbon, oksigen dan hidrogen. Kolagen mengandungi asid amino tertentu - Glycine, PROLINE, hydroxyproline dan Arginine.

Imej atom-kuasa-mikroskop
gentian halus kolagen dalam serat kolagen.
 Kredit imej: UChicago Argonne LLC
Kolagen membentuk kira-kira 30% daripada protein dalam badan. Ini adalah struktur yang sukar dan kuat yang terdapat di seluruh badan: tulang, tendon dan ligamen. Secara fitrahnya, kita semua telah mempunyai kolagen Semulajadi yang dicipta Allah SWT dalam tubuh kita sejak dari baby. Secara semula jadi, kolagen didapati secara eksklusif dalam haiwan, terutamanya dalam daging dan penghubung tisu mamalia. Kolagen adalah sebahagian daripada tisu perantara yang pada kulit membantu dalam ketegasan, kelembutan dan pembaharuan berterusan sel-sel kulit. Kolagen adalah penting untuk keanjalan kulit.

Ligamen adalah satu lagi jenis tisu perantara yang diikat dua tulang dan seterusnya memegang sendi bersama-sama. Tendon adalah jenis yang sama tetapi berbeza tisu yang diikat otot kepada tulang. Semua ini tisu, tulang, ligamen, tendon dan otot rangka sendiri, terdiri daripada protein. Salah satu protein yang paling utama dipanggil koagen. Kolagen adalah komponen utama tisu penghubung, dan merupakan protein yang paling banyak terdapat dalam mamalia, iaitu kira-kira 25% kepada 35% daripada keseluruhan badan-kandungan protein.
Terdapat  29 jenis kolagen namun 90% adalah dari jenis kolagen I, II, III dan 1V.
Kolagen I: terdapat pada kulit, tendon, pembuluh darah, ligatur, organ, tulang (komponen utama tulang) dan gigi
Kolagen II: tulang rawan (komponen utama tulang rawan) ,mata
Kolagen III: reticulate (komponen utama retikuler serat). Rangkaian ini bertindak sebagai penyokong dalam tissue lembut seperti hati,jantung, tulang sumsum,arteri,kulit,usus,rahim
Kolagen IV: membentuk asas kepada sel membran dasar(serat yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang ) kanta mata, atau endothelium yang melapisi permukaan interior pembuluh darah.
Kolagen V: permukaan sel, rambut dan uri.

Dalam tisu otot, kolagen berfungsi sebagai komponen utama endomysium. 1 hingga 2% daripada otot terbentuk daripada kolagen dan kira-kira 6% daripada jumlah berat otot terbentuk daripada kolagen. Gelatin yang digunakan dalam makanan adalah kolagen yang telah dihidrolisiskan tak boleh balik. Oleh itu collagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit. Mengambil@ mengamalkan collagen BUKANLAH bermaksud kita cuba melanggar fitrah Allah SWT dgn seolah2 cuba berhenti drpd menjadi tua..Malah Berhenti menjadi tua adalah diluar dari kemampuan manusia biasa spt kita.. Maka kita digalakkan mengambil kolagen atau pun supplement yang berasaskan collagen.

Namun demikian, setiap hari kita mengalami fenomena KEHILANGAN kolagen ini dlm tubuh tanpa kita sedari.Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.Kesan pengurangannya mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan dan struktur sel-sel menjadi semakin lemah. Kulit menjadi lebih nipis dan lebih mudah untuk mengalami kerosakan, rambut menjadi tidak bermaya,  kulit kecut dan berkedut, tendon dan ligamen menjadi kurang anjal, sendi menjadi sakit dan lemah.

Tetapi bagaimana Kolagen dpt membantu kita melalui fasa transformasi usia tersebut?

Disinilah KOLAGEN berperanan, dengan melambatkan PROSES penuaan tersebut.. Menjadi tua dan proses penuaan adalah 2 perkara yg BERBEZA. Kita semua akan tetap bertambah usia dan menjadi tua. Namun bagaimana untuk kelihatan segar,sihat dan lebih muda daripada usia kita? Disitulah PERKAITANNYA dgn proses penuaan. Dengan kolagen, sel2 dalam badan dirangsang untuk LEBIH AKTIF bagi mempercepatkan proses BAIK PULIH sel2 dlm tubuh. Jadi tidak hairan, mengapa pengguna yg asalnya berkulit kusam,kering dan tidak bermaya merasai perubahan holistik pada kulit seluruh badan- kulitnya menjadi lebih halus dan lembut setelah mengambil collagen. Malah mereka yg telah berusia juga dilihat 'lebih muda' dari usia sebenar mereka. Proses begini adalah salah satu drpd KESAN KOLAGEN sebagai ANTI penuaan.

Jika anda seorang yg menitikberatkan kecantikan dan penampilan, sudah pasti kesihatan luaran dan dalaman juga menjadi keutamaan anda. Mengambil kolagen, bukan bermaksud menidakkan pengambilan makanan segar lain spt sayur2an, buah2n dan air mineral seharian. Anda masih bebas meneruskan tabiat pemakanan sihat ini. Cuma, jika anda berhasrat untuk kelihatan lebih sihat dan cantik, apa salahnya menambah KOLAGEN dalam menu sihat anda..

TANDA TANDA PENUAAN
  • kulit kusam
  • tak bermaya
  • tiada seri
  • kulit kedut dan mula kendur
  • pigmentasi kulit
  • cepat letih dan lesu
  • sakit badan dan sendi
  • mudah lupa
  • kurang penglihatan
KOLAGEN YANG DIAMBIL SEBAGAI SUPLEMEN MAKANAN
  • Kolagen ikan dihidrolisis adalah yang terulung - Ia dianggap satu penyelesaian yang mudah, selamat dan ideal bagi membantu merangsang pertumbuhan kolagen dalam kulit
  • Kolagen hidrolisis adalah suplemen pelbagai fungsi yang berpotensi untuk meningkatkan pengurangan pelbagai penyakit dan mengatasi masalah fizikal Ia adalah dari jenis kolagen1.
  • Berat molikul rendah daripada 1000 adalah  lebih mudah dicerna dan cepat diserap ke dalam usus berbanding dengan kolagen kompleks dari kambing,lembu atau babi seberat 400 000.
  • Menyediakan  predigested collagen  telah dicernakan dahulu dan cepat diserap.
  • Kolagen ikan  dapat mempertahankan bentuk struktur asalnya iaitu rangkaian `Triple Helix', struktur bentuk yang sama terdapat pada kolagen manusia. Ini merupakan penemuan terpenting abad ini .
  • Memperbaiki konsentrasi hydrooxyproline (HyPro).
  • Menyediakan asid amino yang penting yang sering tiada dalam pemakanan.Ia mengandungi 20 asid amino, termasuk 8 daripada 9 asid amino essential (tidak ada tryptophan).
  • Memberikan nisbah asid amino yang diperlukan untuk  pembentukan kolagen dalam badan. Menyediakan asid amino bebas dan peptida.
  • Menyediakan prolin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tissue, dan untuk mengekalkan fungsi sel.
  • Mengandungi arginin yang membantu tidur dan meningkatkan prestasi bersukan.
  • Mengandungi asid amino yang menggalakkan tubuh untuk meningkatkan pembentukan otot.Lebih banyak otot tanpa lemak meningkatkan kadar metabolisme .Ini mencepatkan kadar pembakaran lemak.
  • Lemak yang terbakar daripada peningkatan otot tanpa lemak  diubah menjadi tenaga. Akibatnya, ramai orang merasai peningkatan tenaga sepanjang hari kerana tubuh mereka dengan cepat menggunakan lemak sebagai sumber tenaga.
  • Mengandungi glucosamin dan asid hailuronik semulajadi yang menyokong baikpulih tissue penyokong terutamanya pada sendi.
  • Menyediakan penampungan air badan dan mengoptimakan penghidratan. Kesannya melembapkan dan meningkatkan kekenyalan serta ketegangan kulit.
  • Merupakan bahan yang baik untuk pemakanan ahli sukan.Ini penting bagi olahragawan untuk memulihkan kadar protein selepas latihan.
  • Mempercepatkan process pemulihan kecederaaan
  • Meningkatkan kewaspadaan mental, kejernihan mental, konsentrasi.
  • Ia boleh membentuk dan menegangkan badan.
  • Peningkatan tahap tenaga sesuai untuk pelan penurunan berat badan.
  • Memelihara dan menguatkan rambut dan kuku.
  • Ia membantu menegang kulit dalam  melambatkan penuaan. Ia memberikan keseimbangan nitrogen positif yang penting dalam menyokong nutrisi bagi generasi usia seperti hilangnya kolagen dan kerosakan tulang rawan
  • Hati manusia juga memproses kolagen hidrolisis sebagai karbohidrat kompleks, yang mengimbangi gula dalam darah dan meningkatkan tahap tenaga.
Kajian klinikal awal menunjukkan pengambilan kolagen ikan pada sukatan yang betul selama 66 hari mampu memperbaiki penuaan kulit sebanyak 80%. Wallahu'Alam bissawab.....

Buncit?? Jejaskan penampilan diri

Perut buncit menjejaskan penampilan dan sekaligus menjadikan individu tiada keyakinan diri....skrg ni mcm2 produk yg ada dipasaran bagi mengurangkan masalah perut buncit. Namun sejauh mana kebekesanannya???? Walau apa pun produk di luar sana...kita sendiri mesti tahu mengawal pemakanan kita, itu adalah yg sebaik-baiknya. 
Picture
Lemak di bahagian perut akan menyebabkan perut seseorang kelihatan buncit. Masalah perut buncit ini turut dihadapi oleh individu yang tidak mempunyai berat badan berlebihan. Bagi mengelak dan mengatasi masalah tersebut, amalkan pengambilan makanan-makanan berikut.

Pelbagai cara boleh dilakukan untuk membakar lebihan lemak di dalam badan. Antara cara yang sering dilakukan adalah melalui senaman dan bersukan. Walaubagaimanapun, lemak terutamanya di bahagian perut, adalah sukar untuk dihapuskan hanya dengan melakukan senaman dan bersukan. Lebihan lemak yang diperolehi melalui pemakanan, juga boleh disusutkan melalui pemakanan. Terdapat beberapa makanan yang dikenalpasti boleh menyusutkan lemak, terutamanya di bahagian perut.


PictureKebanyakan individu tahu bahawa yogurt adalah makanan yang sangat sihat kerana ia kaya dengan kalsium, tetapi tidak ramai yang tahu ia juga sangat membantu dalam mengurangkan berat badan dan membakar lemak di bahagian perut. Menurut kajian yang dilakukan di Universiti Tennesse, 34 orang yang mengalami obesiti mengikuti program diet rendah kalori, 34 orang tersebut telah  dibahagi kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama, seramai 16 orang telah diberi 400 hingga 500 miligram kalsium dalam suplemen harian, manakala yang selebihnya iaitu kumpulan kedua seramai 18 orang mendapat 1100 miligram kalsium daripada yogurt. Di akhir eksperimen tersebut, kedua-dua kumpulan telah berjaya menurunkan berat badan. Walaubagaimanapun, individu yang menerima nutrisi daripada suplemen harian hanya hilang 0,63 centimeter daripada tubuh badan berbanding individu daripada kumpulan kedua yang mengamalkan pengambilan yogurt yang telah berjaya mengurangkan ukuran lilitan pinggang sebanyak 4 centimeter.


Picture
Seterusnya, amalkan pengambilan teh terutamanya teh hijau dan teh putih kerana ia mengandungi kandungan katekin yang tinggi. Ketekin adalah sejenis antioksidan yang mengurangkan keinginan untuk mengambil makanan berkarbohidrat. Minum teh sebelum melakukan senaman dapat meningkatkan metabolisme dan mempercepatkan proses pembakaran lemak. 


PictureMakanan seterusnya adalah sejenis ikan yang diberi nama Ikan Merah. Ikan laut ini merupakan sumber yang baik untuk mengurangkan lemak di bahagian perut. Ini kerana ia mempunyai sejenis protein lambat-pencernaan, kalsium yang menyumbangkan kepada penurunan berat badan dan lemak omega 3. Selain itu, ia juga membantu untuk mengawal stres supaya individu yang mengamalkan pengambilan ikan ini dalam diet harian akan berasa tenang dan memperoleh wajah yang awet muda. Di Malaysia, khususnya di restoran mamak, masakan ikan merah lebih dikenali sebagai kari kepala ikan. 


PictureSebuah kajian yang dilaksanakan di Universiti Purdue mengenalpasti bahawa individu yang memakan kacang almond berasa kenyang lebih lama daripada individu yang memakan nasi ataupun kek. Amalkan makan tidak lebih daripada 24 biji kacang almond sehari untuk memuaskan rasa lapar tanpa mendapat kalori yang berlebihan. Elakkan kacang almond yang telah diproses dan mempunyai garam tambahan kerana garam yang berlebihan akan meningkatkan tekanan darah.



PictureAntara makanan lain yang diperlukan oleh tubuh badan untuk membakar lemak adalah telur ayam. Ini kerana telur ayam mengandungi vitamin B12 yang diperlukan dalam proses metabolisme. Telur ayam yang digoreng atau direbus sesuai dimakan untuk sarapan pagi tetapi perlu berhati-hati kerana ia juga berupaya meningkatkan kandungan kolestrol di dalam badan.



PictureSayuran hijau seperti bayam dan brokoli bukan sahaja kaya dengan vitamin dan mineral, tetapi ia juga boleh membantu untuk membakar lemak di perut. Ini kerana bayam dan brokoli turut mempunyai fiber dan sedikit kalori. Sebelum menjamah makanan tengahari, makan sedikit salad daripada bayam atau brokoli supaya perut berasa akan terasa kenyang. Oleh itu, kuantiti yang dimakan untuk hidangan tengahari akan dapat dikurangkan.

Setelah melakukan senaman dan bersukan dengan teratur, tingkatkan lagi usaha untuk kelihatan ramping dengan mengamalkan pengambilan makanan-makanan yang telah dinyatakan untuk memastikan lemak di perut akan dibakar dengan lebih cepat, tanpa perlu berasa lapar kerana terpaksa menahan selera makan. Amalkan pengambilan makanan-makanan tersebut dalam kuantiti yang sederhana dan elakkan makan secara berlebihan untuk mengatasi masalah perut buncit dan mendapatkan ukuran pinggang idaman dengan lebih cepat.
RUJUKAN

Miller, J. D. 2010. The Top Ten Foods to Lose Belly Fat. http://ezinearticles.com/?The-Top-10-Foods-to-Lose-Belly-Fat---Here-Are-the-Top-10-Foods-to-Eat-to-Lose-Belly-Fat-Fast!&id=3583137 [2 Mac 2011]

Schoyck, S. V. 2002. The Burn Rate Diet: How to Burn Fat and Increase Vitality. HarperCollins Publishers Ltd.

Zinczenko, D. & Spiker, T. 2004. The Abs Diet. United State of AmericaRodale Inc. 












Health Benefits of Bathing

Just wanna share with all of you....


A new research on bathe found it is not only cleanse the body from dirt, but also keeps away stress and have important role to increase the body immunity system. Research published in New England Journal of Medicine shows that diabetes sufferer who spent half of an hour soaking in warm water can reduce the blood sugar level around 13 percent. A study in Japan also shows 10 minutes of soaking in hot water can improve heart health, especially for man.

Here are several benefits of bathing to the person who practice its:

Removing toxins:
Bathe in hot water around 32 to 35 degrees Celsius open pores that can help remove toxins. Bathe in hot water helps lowering the blood sugar level, heal muscle aches and helps take care of large intestine so it can function well. The suggested length is for 10 to 20 minutes.

Cold bath is great to defuse tension or stress. It narrows blood vessel and increases sugar level in blood. The temperature suggested is around 12 to 18 degrees Celsius.

Skin infection:
Certain skin disease such as rashes or hives can be treated by adding baking soda (sodium bicarbonate) into the bath water. It acts as antiseptic. Fill in water into bath tab and add baking soda in and mix it well. Soak for about 10 to 20 minutes.

Flu and headache:
Soaking feet in hot water helps in healing flu, headache and refresh back exhausted feet. Put enough hot water in a container until it sinks down the ankle then add into it a few drops of oil such as lavender, peppermint or lemon. After that, wash your feet with cold water. Do it for 10 to 20 minutes.

Insomnia:
Soaking feet in cold water is great for you who have insomnia problem or problem to sleep. Put your feet into the cold water until it feels cold. This technique is also said useful for sore feet.

Petua Rambut Cantik Bersinar

Rambut merupakan mahkota berharga wanita.....namun rambut juga bukanlah sesuatu yang mesti dipertontonkan kepada umum....hanya org2 yg tertentu sahaja..... Aurat tu! Namun penjagaan rambut tetap juga perlu dijaga....saya kongsi tips di bawah ini......

  • Menggunting Hujung Rambut
Menggunting hujung rambut secara teratur adalah salah satu cara untuk memiliki rambut yang sihat. Menggunting hujung rambut sekurang-kurangnya enam hingga lapan minggu sekali akan menjadikan rambut kelihatan segar dan bermaya. namun, jika rambut anda tidak sihat di sebabkan oleh pewarnaan atau terkena klorin kerana aktiviti berenang anda bolehlah menggunting dengan lebih kerap.
  • Rambut Segera Bersinar
Anda sedang terburu-buru menuju ke acara penting tetapi rambut kelihatan kusam? Berikan sentuhan dengan produk-produk yang menjadikan rambut anda lebih halus dan berkilau. Gunakan produk pengilat rambut. Sapukan sedikit pada sikat lalu sisir di bahagian luar rambut. Minyak zaitun memang elok untuk rambut....

  • Berikan Perlindungan
Sebaiknya lindungi rambut anda daripada kepanasan pengering rambut yang berlebihan. Jika sukar melakukannya, gunakan produk yang bersifat melindungi daripada kepanasan contohnya syampu dan perapi khusus untuk rambut yang diwarnakan.
  • Panas Minimum
Keadaan rambut yang kering akan menjadikan rambut kelihatan kusam serta pecah-pecah. Oleh itu, apabila anda menggunakan blow dryer pasanglah nozzle di hujung pengering rambut atau boleh menggunakan kepanasan yang minimum.
  • Cuci Rambut Dengan Air Hangat
Sewaktu mencuci rambut, gunakan air hangat seterusnya bilas dengan air sejuk. Kutikel rambut akan tertutup menyebabkan cahaya terpantul pada rambut.

Petua Kecantikan Semulajadi @ Tradisional

Mungkin ramai di antara yang masih tidak mengetahui kepentingan dan kelebihan tumbuhan dan bahan-bahan yang digunakan untuk memasak. Sebenarnya kedua-dua bahan ini boleh digunakan sebagai petua dalam mengekalkan kecantikan khususnya kepada kaum wanita. Bahan-bahan ini membantu wanita untuk sentiasa tampil cantik dan menarik. Selain itu, bahan-bahan ini juga mudah didapati, murah dan cara penyediaannya sebagai petua juga mudah. Tidak susah untuk wanita memiliki dan mengekalkan seri wajah mereka kerana mereka tidak perlu berbelanja besar untuknya.

Petua menjaga muka
Menghaluskan kulit muka
a) Ambil sebiji tomato masak dan kisar halus. Kemudian lumurkan pada muka kira-kira 20 minit. Setelah itu, bersihkan muka dengan air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi untuk membersihkan kulit.
b) Bancuhkan sedikit asam jawa bersama sedikit air dan tepung ubi. Kemudian kacau hingga sebati. Pastikan bancuhan tidak terlalu cair. Setelah itu, pupurkan pada muka dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air bersih.

Menegangkan kulit muka
a) Ambilkan sedikit tepung ubi kayu dan mentimun tetapi sebelum itu mentimun hendaklah dihancurkan sehingga lumat. Kemudian campurkan kedua-dua bahan tadi dengan sedikit air. Pastikan bancuhan tidak terlalu cair. Setelah itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh dengan air bersih.
b) Rebus segenggam biji kani@manjakani di dalam periuk tanah sehinggalah ianya menggelegak dan pekat. Tunggu sehingga ianya suam. Kemudian sapukan pada wajah dan tunggu sehingga kering. Setelah itu, cucilah wajah dengan air bersih. Amalkan selalu.

Menghilangkan jerawat
a) Campurkan sedikit asam jawa dengan bedak sejuk. Selawat sebanyak 3 kali. Kemudian sapukan pada muka. Amalkan selalu, InsyaAllah jerawat akan beransur hilang.
b) Tumbukkan sedikit kulit kayu manis dan campurkan bersama dengan bedak sejuk. Lumurkan pada bahagian muka yang mengalami jerawat. Setelah itu, bersihkan muka dengan air bersih. Amalkan selalu.

Merawat kulit berkedut
a) Bersihkan sebatang lobak merah dan kemudian parutkan lobak itu. Selepas itu, campurkan parutan lobak bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Kacau hingga sebati dan oleskan pada wajah sekali sehari. Amalkan selalu.

Petua menjaga rambut

Mengelakkan rambut gugur
a) Ambil segenggam daun bunga raya dan beberapa helai daun lidah buaya. Basuh bersih dan kisarkan kedua-dua hingga lumat. Perapkan bahan ini di atas kepala selama satu jam. Lakukan 2 kali seminggu. InsyaAllah rambut akan kekal kuat dan hitam semulajadi.
b) Rendamkan secawan kacang hijau semalaman. Kemudian tapis dan ambil airnya untuk disapu di atas kulit kepala sambil kulit kepala dipicit perlahan. Amalkan selalu. Selain itu, elakkan mengikat rambut dengan getah.

Menghilangkan kelemumur
a) Perahkan beberapa biji limau purut atau limau nipis di atas kulit kepala. Lumurkan sehingga rata dan biarkan selama beberapa jam. Untuk hasil terbaik, perapkan rambut dengan tuala. Amalkan selalu. Petua ini juga berguna untuk mengurangkan pening kepala.

Petua-petua ini boleh dicuba dan dilihat keberkesanannya tetapi harus diingat bahawa ianya akan mengambil masa untuk mengetahui keberkesannya. Oleh itu sesiapa yang mencuba petua-petua ini haruslah bersabar untuk mengetahui kesannya dan petua ini haruslah diamalkan selalu. Kebaikan mengamalkan petua yang berasaskan tumbuhan ini adalah kerana ia tidak mengandungi bahan kimia yang boleh memudaratkan manusia. Selamat mencuba!