F
Showing posts with label Renungan. Show all posts
Showing posts with label Renungan. Show all posts

PERKONGSIAN 1 HADIS : Kedamaian dalam kemaafan



Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Saya nak share sesuatu..
"Ustaz...apa jadi kalau kita TAK REDHA atas kesalahan orang lain yang orang tu buat kat kita?"

Jawapan ustaz tu..ringkas je..tapi menyentap..
"Jika 2 ekor kambing bergaduh sekalipun, di akhirat kelak, akan ditanya oleh Allah..."
Jika kita tak redha..tak memaafkan orang lain..kita akan LEWAT MENITI TITIAN SIRAT..nak ke? Ia akan MELEWATKAN AMALAN KITA DIHISAB ..nak ke? 

SEBAB Allah nak kita selesaikan dulu kes kita ni dengan org2 yang kita tak redha tu...sorang2 akan datang menghadap kita minta maaf..nak ke? 
Sedangkan..semua orang sepatutnya berlumba2 mahu segera ke SYURGA..kita duk fikir2 lagi pasal nak meredhai ke tak..mengampunkan ke tak.."

Sekarang..tanya balik kpd diri sendiri..berbangga ke kita dengan prinsip, "merangkaklah korang cari aku kat padang mahsyar nanti!"
Sebab..bukan dia je tertangguh masuk ke syurga..malahan kita juga..
Urusan kesalahan dia tu..biar Allah selayaknya membalasnya...
Biar Allah menghakimi..
Biar dia ditanya dihadapan Allah kelak..

Memaafkan orang..tak boleh baiki masa silam...tapi akan memperbaiki masa hadapan kita..
Kita akan lebih tenang..
Insha Allah..

Tak perduli siapapun dan bagaimanapun kita sekarang, namun satu yang pasti, kerendahan hati kita untuk memaafkan dan meminta maaf mencerminkan ketinggian dan keluhuran budi sebagai manusia.

Berikan senyum dan jabat tangan orang yang meminta maaf dengan ikhlas kepada anda, begitupun sebaliknya. Jangan biarkan kekerasan hati hadir sebagai pembatas dan pemungkas semua keikhlasan kita untuk menuju kesucian diri.

Jangan biarkan hati dikuasai ego dan emosi, apalagi hanya sekedar kepentingan duniawi. Betapa indah hari yang fitri, sebagai nikmat dan kurniaan Ilahi yang tiada batas, yang terikat dalam jalinan silatulrahim.

Semoga Allah menggolongkan kita atas hamba-hamba-Nya yang berhati lembut kerana mudah tersedar atas kesalahan diri dan ringan dalam meminta maaf. Dan semoga kita tergolong hamba- hamba yang berjiwa besar kerana keluasan hati kita dalam memaafkan saudara-saudara kita yang telah menyakiti kita. Aamiin.

PERKONGSIAN : Syurga dan Neraka


Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dengar huraian kitab ttg syurga neraka..rupa2nya titian sirat tu sgt gelap.
Credit :  Ustazah Siti Khadijah (Usrah Nurani)


Sahabat tanya nabi kalau gelap macam mana kita nak melintasinya.

Kata nabi... dengan cahaya yang keluar dari anggota kita. Terang ke malap cahaya kita tu bergantung pada amalan kita masa di dunia. Ada orang anggotanya bercahaya terang benderang... senanglah dia melintas titian sirat.

Ada orang cahayanya terdapat pada ibu jari kakinya sahaja... maka melintaslah dia dgn cahaya yg terbatas itu.

Ada orang pula cahayanya kejap ada...kejap padam...masa keluar cahaya dia pun berjalan..masa cahaya hilang dia stop dulu...begitulah dia sepanjang perjalanannya.

Ya Allah.. dengar mcm ni.. kita rasa kita orang yang punyai cahaya yg gilang gemilang... yg sekejap ada sekejap xde...atau yg bercahaya pada hujung kakinya shj??
Takutnyaaa...

Doa Rasulullah memohon cahaya.
Ya Allah, 
Jadikanlah cahaya di dalam penglihatanku, 
Jadikan cahaya di pendengaranku, 
Jadikan cahaya di lisanku,
Jadikan cahaya di dalam hatiku, 
Jadikan cahaya di kananku, 
Jadikan cahaya di kiriku, 
Jadikan cahaya di depanku, 
Jadikan cahaya di belakangku,
Jadikan cahaya di atasku,
Jadikan cahaya di bawahku,
Jadikan untukku cahaya di hari Kiamat, 
dan anugerahkanlah kepadaku cahaya yang gilang gemilang.
Aamiin Ya Rabbal'alamiin..

Ahli2 syurga adalah orang-orang yang tidak akan bercakap perkara-perkara yang lagha
Ahli2 syurga adalah orang yang bila bercakap tidak akan mengeluarkan kata2 yang menyakitkan hati orang lain.
Ahli2 syurga adalah orang-orang yang waktu senggangnya hanya dihabiskan dengan membaca quran dan melafazkan zikir memuji Allah.

Kata Nabi saw....Ahli neraka itu dia tidak mati dan tidak hidup....maknanya dia kejap mati ....kejap hidup...begitulah hingga tamat tempohnya di neraka itu.
Tubuh badan anak Adam dilebarkan oleh Allah di dlm neraka bbrp hasta supaya kesakitan yg dirasai itu lebih banyak...???

Neraka itu terlalu gelap kerana apinya terlalu panas.
Bygkan brp lama di neraka kerana kerana dosa2?
Seseorang yang hidup sentiasa dalam ketaatan kpd Allah..doa para ulamak agar orang ini juga akan mati dlm ketaatan kepada Allah.

Ada yg dibakar hingga tamat tempoh...kemudian bila dah habis tu dia diam di dlm neraka menjadi arang....hinggalah tiba masa semuanya keluar masuk ke syurga....
Bayangkan...org bukan islam ni brp lama dia akn tinggal di neraka Allah. Sb itu kadang2 mengalir air mata kita bila kita lihat lalu nya jenazah org2 yg bkn islam...
Nabi kita akan tunggu semua umatnya masuk ke syurga barulah nabi melangkah masuk ke syurga.

Diriwayatkn nabi tunggu sampai org yg terakhir melintas titian sirat....dia berjln dgn lambatnya. Nabi tunggu.

Titian tu gelap sbb ia dibentangkn di atas neraka jahannam.
Di hadapan titian sirat itulah syurga. Ada yg berjln selaju angin...ini orang2 yg tidak pernah sakitkan hati orang...sentiasa memberi dpd menerima.
Orang yg terakhir ni...orang yg imannya plg lemah...

Diriwayatkan syurga ni...pinggirnya saja sudah terlalu indah..belum lagi masuk ke dlm nya....ahli syurga ni suara pun sedap bunyinya.

Lps dia melintas titian sirat td...dia melihat sbtg pokok besar yg di bwhnya ada air yg mngalir. Dia minta pd Allah utk duduk di situ...Allah kata duduk lah...
Kemudian di dpn lagi dia tgok ada pokok lain yg lagi indah...dia mintak nk berada di bwh pokok tu....Allah pun izin..

Kemudian dia tgok lagi di hdpnnya pokok yg lagi indah ...yg ada byk lagi kenikmatan...dia pun mintak lagi nk duduk di situ...Allah pun benarkan juga.
Dari situ dia dgr suara2 orang di dlm syurga..suara2 itu begitu merdu....dia minta dgn Allah utk masuk dlm syurga. Allah pun benarkan...

Bila masuk...dia keluar semula....dia tanya Allah...adakah tempat utk dia?
Allah kata...pernah tak dgr masa di dunia dulu org yg plg kaya? Dia kata pernah...Allah kata sesungguhnya untuk mu akan ku anugerahkan 10x ganda malah lebih2 lagi berbnding kekayaan org yg plg kaya tu.... masyaAllah betapa pemurahnya Allah. Orang yg plg last pun diberi nikmat sebegitu besar...apatah lagi org2 yg taat pd Allah.

Sampaikan kebaikan walau sebaris ayat..moga bermanfaat..inshaallah..

😣😣😣😣😣😣😣😣😣😣😣😣


Kemanisan di sebalik Kepahitan UJIAN dari Allah

Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Kadang-kadang kita sebagai manusia, adakala tertanya-tanya kenapa Allah sering memberi ujian demi ujian kepada hamba-hambanya. Tanpa kita sedari kita telah mempersoalkan Allah atas sesuatu sebab atau ujian yang kita alami. Dan yang paling teruknya ada yang berkeluh kesah, dan ada pula yang terus berputus asa dengan Allah.  ALLAH itu maha berkuasa .. DIA yang menentukan segala-galanya..sesuatu yang berlaku itu adalah takdir yang telah ditentukan oleh ALLAH untuk hambanya.. kita sebagai hamba perlulah redha,sabar serta bertawakal dengan setiap ujian itu .. dan berserah kepadaNya..

Kenapa ALLAH berikan ujian kepada hambaNya ?

         Seandainya  kita berfikir dengan hati yang jernih, bahawa ALLAH yang mencipta hamba-hambaNya, maka tanya pada diri kita semuka...... adakah kita layak untuk diujui oleh Pencipta kita. Jawapannya sudah pasti, Allah SWT berhak untuk beri ujian kepada makhluk ciptaanNya itu.. Ujian itu rahsia ALLAH.. ujian yang diberikan mungkin tidak sama.. ada yang berat untuk dilalui danada yang mudah untuk ditangani ujian itu..

          Seberat-berat mana pun ujian yang ALLAH beri, ALLAH tidak akan berikan ujian yang melebihi kemampuan hambaNya itu.. Ujian yang diberi juga ,adalah tanda sayang dan kasih ALLAH pada hambanya..ALLAH itu maha penyayang.. :')


Tuhan sering menyembunyikan kemanisan di sebalik kepahitan agar kemanisan itu lebih indah.

Justeru, apabila ditimpa kesusahan yang menyempitkan, katakan pada hati, "insyaAllah selepas ini pasti ada kesenangan yang lebih melapangkan."

Sangka baik itu menenangkan hati walaupun keadaan mungkin tidak sebaik yang disangkakan.

Di sebalik setiap ujian, Tuhan mengajar kita: Hati yang tabah itu lebih indah dari hidup yang mudah.

Bersangka baiklah dengan Allah, dan bersangka baiklah dengan diri... itulah jalan ke arah ketenangan sejati.

~ustaz pahrol~

Dosa di hujung "JaRi"

Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Ermm...article ni dh lama tersadai dlm draft folder blog ni... tak da kesempatan nk dikongsikan.... dah menjadi kebiasaan saya kalau ada article yg sy rasa amat bemanfaat pada diri saya, sy akan simpan dlm folder dan kemudian bila ada masa baru saya memperhalusi article dan terjadilah perkongsian ini. Apa jua article yg berguna jadikan amalan dan buruk jadikan sempadan. In Sha Allah, moga hidup kita diberkati.


Jangan tikam iman dengan perkara-perkara lagha, tapi hirislah iman dengan perkara-perkara ilmu.

Ya kini zaman milenia. Hujung jari sahaja sudah boleh berdakwah tetapi dengan hujung jari juga maksiat boleh berleluasa.

Topik 'dakwah di hujung jari' diulas dalam radio ikim.fm beberapa hari yang lepas dalam segmen warna pagi. Bagaimana manusia kini dengan mudah mendapat pahala dan juga mudah mendapat dosa. Contoh paling mudah di facebook, Bercerai di facebook, erkenalan di facebook, popular juga di facebook. Sedar atau tidak status, post dan gambar-gambar di facebook memberi saham di akhirat kelak?

Jika perkara tersebut baik dan diikuti ramai orang, pahalanya akan berterusan. Bagaimana pula jika ia perkara bertentangan? Dosanya juga berterusan.. menambah dosa hanya di facebook..belum lagi dosa di luar facebook..bukan nak menghentam facebook tetapi bagaimana muslim hari ini menggunakan facebook sebagi medan dakwah di hujung jarinya.

Berhati-hati dengan apa yang kita "like" di facebook ni.

"Like" gambar-gambar mendedahkan aurat, takut-takut kita pun dapat sahamnya.

Kenapa? Sebab apa yang kita like tu mungkin akan buat gambar tu timbul di "home" orang lain. So, bila makin ramai bukan mahram tengok, kiranya kita dah macam membantu si fulan menyebarkan gambar yang tak menutup aurat tu.

Inilah yang dikatakan DOSA DI HUJUNG JARI.


جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

SALAM JUMAAT 1 Zulhijjah 1435H

Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
biar gambar yg berbicara......

















Salam Ramadhan Al-Mubarak 1434H

Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Alhamdulillah hari Rabu (10.07.2013) ini, umat Islam akan menjalani ibadah puasa..... mudah-mudahan mendapat puasa mabrur yang diberikan ganjaran pahala berganda-ganda daripada Allah SWT, Tuhan Maha Pencipta dan Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.


Marhaban Ya Ramadhan...
dari dalam lubuk hati saya yang paling dalam
Andainya ada salah dan silap
izinkan saya memohon maaf  lahir dan batin
Mari sucikan hati, fikiran, dan lisan kita
Sambut Ramadhan dengan penuh sukacita.

Semoga Ramadhan ini akan mendidik  diri kita menjadi lebih baik dari sebelumnya....insyaAllah. Dan ingatan pada diri sendiri juga, sedaya mungkin elakkan dari berlaku pembaziran terutama ketika menyediakan juadah berbuka. Elakkan daripada terlalu membuat atau membelinya di bazaar Ramadhan dan sebagainya dengan kuntiti yang terlalu banyak hingga tidak dapat dihabiskan, dan akhirnya terpaksa dibuang ke tong sampah setiap hari. Kawallah nafsu kita...... walaupun syaitan dah diikat, namun syaitan yang paling besar dalam diri kita adalah nafsu kita sendiri.... moga sama-samalah kita mendapat puasa yagn berkah dan segala amalan kita diterima oleh Allah SWT.

SENYUM SELALU DAN LALUI RAMADHAN DENGAN PENUH KESYUKURAN KERANA AKHIRNYA KITA BERTEMU RAMADHAN LAGI.....InsyaAllah.

Jom basahi lidah dengan zikrullah........


Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Salam pagi Jumaat,  segala puji bagi Allah SWT kerana  menurunkan hujan melalui gumpulan awan hari ini, semoga hari ini akan menjadi hari yang lebih baik dari semalam ya.... semoga hari ini membawa kebahagiaan dan kebaikan buat kita. 

Allah SWT menjadikan Jumaat hari yang sangat istimewa sehingga digelar penghulu segala hari. Melalui hadis Rasulullah SAW: “Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari yang paling agung di sisi Allah, ia lebih besar di sisi Allah dari hari raya Aidiladha dan Aidilfitri. Padanya ada lima perkara, iaitu hari Allah menjadikan Adam, hari Allah menurunkan Adam ke bumi, padanya Allah me matikan Adam dan padanya juga ada satu saat apabila seseorang itu tidak memohon sesuatu melainkan Allah memberikannya selagi dia tidak memohon sesuatu yang haram dan padanya (hari Jumaat) berlakulah hari kiamat.” (Riwayat Ibnu Majah) 

Allah SWT telah menghadiahkan hari Jumaat kepada umat Islam. Pernah satu ketika Bani Israel meminta daripada Nabi Musa satu hari untuk mereka berehat dan menumpukan pada amal ibadah. Lalu Nabi Musa mencadangkan mereka memilih Jumaat tetapi orang Yahudi menolaknya dan memilih Sabtu. Jika diteliti, Ahad dikira sebagai hari pertama sehinggalah Khamis sebagai hari kelima berdasarkan hitungan hari dalam bahasa Arab. Manakala Jumaat tidak disebut sebagai hari keenam kerana Allah memberi keistimewaan yang tinggi pada hari itu dengan panggilan Jumaat.  

Pada Jumaat juga, Allah mewajibkan setiap Muslim berkumpul tanpa mengira kaya, miskin, berpangkat atau tidak untuk menghidupkan syiar Jumaat dengan mendengar khutbah serta solat bersama-sama. Namun janganlah kita hanaya fokus kepada ibadah khusus semata-mata, tapi lakukan apa sahaja amalan yang baik yang membolehkan kita mendapat keredhaan Allah SWT. Allah SWT mengingatkan kita, dalam apa jua situasi sibuk, senang, sakit, suka, duka dan sebagainya, janganlah sesekali melupakan-Nya. Lihatlah betapa Allah SWT yang Maha Pengasih dan Penyayang menunjukkan sifat kasih sayangNya kepada umat manusia. Sentiasa diperingatkan dalam pelbagai perkara dari yang sekecil-kecilnya hinggalah perkara2 yang besar. Justeru, Allah menjadikan zikrullah sesuatu yang mudah dan senang diamalkan tanpa mengira waktu dan masa. Jadi sama-samalah kita beramal dan Jom basahilah lidah kita dengan zikrullah....
Zikir Hari Jumaat

يَا الله
Sabda Rasulullah SAW: “Barang siapa yang mengucapkan Subhanallah Walhamdulillah Walaa Ilaha Ilallah Wallahu Akbar, Walahaula WaLa Quwwata Illa Billahi Aliyyul Azim sebanyak 30 kali sehari, maka mereka ini tergolong dalam orang yang mengingati-Nya. Dan barang siapa yang bangun pada waktu malam lantas mengejutkan isteri mereka lalu mengerjakan solat dua rakaat, maka mereka ini juga dimasukkan dalam golongan orang yang mengingati Allah.” (Riwayat Baihaqi) 

Tapi, janganlah mengingati Allah SWT hanya pada waktu-waktu tertentu sahaja.....kita boleh saja mengingati Allah bila-bila masa, ketika sedang menulis, memandu, makan atau bekerja. Nak baca zikir harian yang biasa pada hari lain pun tak apa, yang penting "nawaitu" kita..... kerana Allah SWT....

Note :  Kalau tidak dapat buat semua, jangan tinggal semua.

Iman dalam berkasih sayang

Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Salam ceria, moga pagi Jumaat ini akan membawa anugerah kehidupan yang terbaik dan moga segala urusan berjalan lancar dan mudah....InsyaAllah. Dan moga KASIH SAYANG bertambah dari hari ke hari bagi memacu dan memantapkan IMAN di dada. Sirami, bajai dan jagai kasih sayang kita bukan sahaja dengan kekasih hati, namun sesama manusia. Di kiri kanan, depan dan belakang kita, adalah manusia2 yg sama dengan kita, lemparkanlah senyuman kita sesama manusia agar silaturahim terjalin mesra. Walaupun kita tak mampu untuk sayang menyayangi sepertimana kita berikan kepada suami, isteri dan anak2 atau ibu bapa kita, cukuplah sekadar memberikan senyuman....kerana ianya adalah cara kasih sayang@sedekah yg paling mudah sekali. Atas dasar kasih sayang yang di tuntut oleh Allah SWT dikalangan kita sesama manusia, asuhlah diri kita agar tahu menjaga nilai-nilai kasih sayang dan yakin dengan Allah dalam menerima ketentuan Tuhan mengikut kehendakNya.
Kasih sayang di perlukan oleh semua insan. Justeru suburkan Roh, Mental dan Fizikal dengan kasih sayang yang tepat mengikut kehendak Allah.

Bagaimana kasih sayang mampu menguatkan iman? Firman Allah SWT; "Orang beriman itu ibarat bangunan yang kukuh (kuat menguatkan satu dengan lain).
Sabda Rasullullah SAW: “Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga ia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri”. ~~
Apabila kita berkasih sayang dengan penuh keikhlasan pasti ianya menjadi sesuatu yang terindah. Kasih sayang bukan hanya untuk pasangan kekasih sahaja (opsss...Smileytu tak boleh...haram! Nikah dulu yer) tetapi konsep kasih sayang dalam Islam terlalu luas, seperti sabda Rasullullah SAW:-
Daripada Umar Al Khatab r.a. Bahawasanya Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya di kalangan hamba-hamba Allah terdapat satu golongan yang bukan para nabi dan juga bukan para syuhada’ akan tetapi dicemburui oleh para nabi dan syuhada’ terhadap kedudukan mereka di sisi Allah pada hari kiamat kelak. Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, beritahulah kami siapakah mereka? Jawab baginda: Mereka adalah golongan yang berkasih sayang dengan semangat cintakan Allah dan bukan kerana tali persaudaraan, atau harta benda. Demi Allah, sesungguhnya wajah-wajah mereka bercahaya. Dan mereka berada di atas cahaya. Mereka tidak takut ketika manusia lain berasa takut. Mereka juga tidak sedih ketika manusia lain berasa sedih”. 

Setiap insan yang jiwanya penuh dengan rasa kasih dan sayang iaitu sayang terhadap tuhannya juga terhadap hambaNYA … makhluk ciptaanNYA… hanya kerana Allah s.w.t… pasti akan diberi IMAN yang kuat.....mereka akan lebih tabah dan sabar dalam menerima ujian Allah seandainya diuji, mereka akan lebih muhasabah diri lagi! Banyak benar tercatat di dalam Al-Quran tentang nilai kasih sayang ini ....... Firman Allah SWT:- "Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh, kelak Allah yang Maha Pemurah akan menanamkan dalam (hati) mereka rasa kasih sayang" (Surah Maryam ayat 96).

Dalam Islam, prinsip kehidupan adalah berdasarkan kekuatan dari dalam diri setiap insan dan kekuatan itu tidak sepatutnya digunakan untuk menindas orang yang lemah. Yang lemah dibantu, yang kuat membantu. Maka, Islam menjadi satu agama yang paling lengkap dan sempurna, kerana kita sebenarnya hidup, membesar dan seterusnya berkembang atas kasih sayang Allah SWT, atas berkat dan sifat PemurahNya dalam menyediakan peluang rezeki serta membuka pintu hati, cara berfikir dan membentuk tindakan berdasarkan ketetapan-ketetapan tertentu.

Kini kita melihat terlalu banyak nilai-nilai kesombongan diri, kerakusan manusia, kejahilan, sikap yang melampau serta jumud pemikiran. Semua ini tidak akan ada seandainya wujudnya IMAN dan kasih sayang sesama manusia semata-mata kerana Allah SWT.

Justeru itu, jangan kikis fitrah rasa kasih dan sayang yang ada dalam diri kita… akan tetapi semai dan bajailah ia dan serahkan pada yang berhak… InsyaaAllah… 

Semalam, HARI INI dan ESOK!


Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Syukur Ya Allah atas nafas yang masih berbaki ini, moga hari ini lebih baik dari semalam. LAKUKAN yang terbaik untuk hari ini.. Yang harus diberi tumpuan adalah HARI INI.....Menanamkan rasa syukur atas nikmat Allah SWT  berikan.....Membiasakan sabar atas apa pun yang terjadi......Menuntut diri sendiri untuk melakukan lebih banyak kebaikan.....Semoga dapat melakukan  banyak kebaikan pada hari ini. 
Seperti sabda Rasullullah SAW:
“Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) 

Semoga kita menjadi insan yang istiqomah dan berusaha untuk menjadikan hari ini lebih baik dari hari semalam

Namun, SEMALAM jadikan pengajaran dan panduan untuk kebaikan HARI INI....kita tidak dapat mengubah apa yang terjadi semalam tetapi kita berupaya memperbetulkannya HARI INI agar tidak berulang lagi. Walaupun hari ESOK belum tiba, kita mungkin tidak tahu sama ada gembira atau duka yang tiba, namun janganlah duka nestapa, biarkan saja, tunggu sehingga ESOK tiba,...berdoa untuk kebaikan hari ini dan juga ESOK...... moga ESOK tiba dengan SENYUMAN bahagia....InsyaAllah.

Puji dan memuji milik siapa?

Salam Ramadhan Al-Mubarak.....

Tiada Tuhan melainkan Allah, 
Muhammad itu pesuruh Allah, 
Alhamdulillah, memuji kepada Allah, 
Subhanallah, bertasbihlah kepada Allah, 
Allahuakbar, Allah yang maha besar, 
Memuji semua milik Allah swt jua......

Sehebat-hebat insan di dunia ini, ia tetap hamba Tuhan yg tak akn prah boleh menembusi bumi dan sekali-kali tak akn sampai setinggi gunung. Hamba-hamba Allah Yang Maha Penyayang itu adalah orang-orang yg berjalan di atas bumi ini dengan perasaan rendah hati kerana Allah tidak menyukai org2 yg sombong dan suka membangga  dirinya. Apa yg ada di muka bumi ini semua hak Allah swt..... dah pasti segala puji hanya layak untuk Allah swt jua.....Jadi bagaimana mungkin kita riak dan sombong sedangkan hidup kita sendiri pinjaman dari Tuhan? Bagaimana hidup kita bisa merasa lebih dari orang lain sedangkan kita dari unsur yang sama? Jangan pernah lupa dari apa asal kita, jangan pernah lupa kelak kita akan mati, kembali masuk tanah dan menjadi tanah, tinggal tulang-tulang berserakan. Ingatlah bahwa Allah murka terhadap iblis karena iblis merasa dirinya lebih tinggi dibandingkan manusia. Ingatlah bahwa Firaun,Qarun dan haman mati binasa karena kesombongannya. Segala apa yang ada di langit dan semua makhluk melata di bumi dan juga para malaikat, mereka semua bersujud kepada Allah dan mereka semua tidak pernah menyombongkan diri. Jadi tak perlulah kita sombong, riak, inginkan pujian dan terlalu memuji kerana kita tahu bahawa hanya Allah swt sahaja yg layak untuk menerima semua itu.....


Segala Puji-pujian bagi Allah
Riak adalah  "perasaan ingin dipuji oleh orang lain". Membuat sesuatu untuk dipuji adalah di larang dalam Islam dan perbuatan ini menggambarkan pelaku mempunyai sifat riak.

Melakukan riak hanya merugikan dan mengundang pelbagai masalah. Fahamilah hadis berikut:
"Diriwayatkan daripada Jundub al-Alaqiy r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang (melakukan satu amalan) supaya orang menghormatinya, Allah akan menunjukkan aibnya dan sesiapa yang (melakukan suatu amalan kerana) ingin menunjuk-nunjuk kepada manusia, Allah akan memperlihatkan kecacatannya"(Bukhari & Muslim: 1720)
Abu Darda' Ridzwanullah 'alaihim meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda mafhumnya:
"Menghindarkan amal dari digembar-gemburkan (diceritakan kepada orang lain), mengerjakannya lebih sukar dari mengerjakan amal itu sendiri. Seseorang mungkin melakukan suatu amal (soleh) lalu dicatat sebagai amal soleh yang dibuat secara "sir" (senyap-senyap). Dengan itu pahala ganjarannya dilipat-gandakan sebanyak tujuh puluh kali ganda. Tetapi syaitan tidak membiarkannya. Syaitan terus merasuknya sehingga ia menceritakan dan menyatakan kepada orang lain. Maka catatan amal itu pun ditukar kepada catatan amal  alaniah (terang-terang). Dengan itu ganjaran pahalanya (sebanyak tujuh puluh kali ganda) dihapuskan. Kemudian syaitan terus mendesak orang tersebut agar menyatakan lagi bagi sekian kalinya tentang amalnya. Maka ia sendiri pun suka kalau disebut-sebut  hal itu dan terus menerus dipuji. (Akibatnya) catatan amalan tersebut sebagai perbuatan amal alaniah dipadamkan dan ditulis sebagai perbuatan riak. Sebab itulah orang yang paling bertakwa ialah orang yang paling melindungi agamanya. Sesungguhnya riak adalah syirik" (Hadis riwayat Baihaqi)
Pujian kepada manusia
Sebagai asasnya, mari kita lihat beberapa nas hadis dalam isu berkaitan. Diriwayatkan dalam sebuah hadis :-
عَنْ أبي مُوسَى قال سَمِعَ النبيُّ رَجُلاً يُثْني عَلَى رَجُلٍ ويُطْرِيه في المِدْحَةِ فقال أهْلَكْتُمْ أوْ قَطَعْتُمْ ظَهْرَ الرَّجُلِ
Ertinya : Rasulullah s.a.w mendengar seorang lelaki memuji lelaki lain dan berlebih-lebih dalam pujiannya maka Rasulullah s.a.w : Kamu telah merosakkannya dan telah memotong belakangnya (seolah-olah) " ( Riwayat Al-Bukhari, no 2663 )
Sebahagian para ulama mentakwilkan maksud hadis ini kepada pujian kepada yang tidak layak , dan mengada-adakan yang tidak benar sehingga orang yang dipuji merasa benar sentiasa, juga merasa hebat. (Umdah al-Qari, 22/132 )
Imam Al-Khattabi ketika menghuraikan hadis di atas berkata :-
فَأَمَّا مَنْ مَدَحَ الرَّجُل عَلَى الْفِعْل الْحَسَن تَرْغِيبًا لَهُ فِي أَمْثَاله وَتَحْرِيضًا لِلنَّاسِ عَلَى الِاقْتِدَاء بِهِ فِي أَشْبَاهه , فَلَيْسَ بِمَدَّاحٍ
Ertinya : Barangsiapa yang memuji seseorang atas perbuatan baik yang dilakukannya dengan tujuan untuk menggalakkan lagi kerja baiknya dan mendorong orang lain berbuat yang sama sepertinya, maka ia TIDAKLAH TERMASUK dalam kategori "maddah" iaitu yang pemuji terkeji" ( Ma'alim as-Sunan)
Walau apa jua takwil, teks hadis ini juga merangkumkan segala jenis pujian benar di hadapan orang yang dipujinya. Pengajaran dari hadis sudah tentu jangan terlalu banyak memuji orang dihadapannya walalupun pujian itu adalah BENAR DAN IKHLAS kerana ia tanpa disangka boleh membawa perasaan lupa diri, dan menghilangkan ikhlas dalam kerja-kerja yang dilakukannya.
Namun begitu, tidak boleh dinafikan Islam membenarkan pujian secara berdepan dalam situasi-situasi tertentu dan kepada individu tertentu. Situasi tertentu seperti :-
aOrang yang kehilangan keyakinan diri dalam buat perkara baik. Tatkala itu, kita ungkit kebaikkan tindakannya untuk beri kembali semangat dan ada orang yang menghargai kerja baiknya.
b- Orang yang melakukan tugasan kebaikan yang sukar, berisiko dan manfaatnya tersebar luas. Tatkala itu, boleh diberikan pujian atas keberaniannya dan berniat agar ia mampu dicontohi oleh orang lain.
c- Individu yang layak dicontohi dan diyakini punyai kekuatan iman yang baik dari tergoda dengan sifat 'ujub (ta'ajub dengan kehebatan diri). Tatkala itu, harus memujinya dengan pengetahuannya. Tujuan utama agar orang boleh mengenali siapa yang wajar dijadikan role model dan contoh ikutan. Hal ini jelas adalah nabi s.a.w memuji secraa terangan beberapa sahabat sebagaimana Nabi memuji Ubadah Al Jarrah sebagai ( Aminul Ummah ) individu yang paling jujur dari umat Muhammad, dan pujian kepada Umar al-Khattab r.a :
لو سلك عمر بن الخطاب طريقاً لسلك الشيطان طريقاً آخر
Ertinya : Sekiranya Umar melalui satu jalan, maka Syaitan akan melalui jalan yang lain ( kerana tidak berani jalan di laluan Umar atau bertembung dengannya') ( Riwayat Al-Bukhari)
Dan juga sebuah lagi hadis :-
ما طلعت الشمس على رجل خير من عمر
Ertinya : Tiadalah terbitnya matahari ke atas seorang lelaki yang lebih hebat dari Umar " ( Riwayat Al-Hakim, 3/96 ; Sohih isnadnya)
Hadis ini bersifat simbolik menunjukkan kekuatan cahaya kebaikan yang dibawa oleh Umar r.a kepada umat Muhammad s.a.w. Sebenarnya terlalu banyak hadis-hadis yang menunjukkan pujian baginda kepada para sahabatnya terutamanya sahabat-sahabat besar seperti Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Ibn Abbas, sepuluh sahabat yang dijamin syurga dan ramai lagi. Semua mereka berkelayakan dan kukuh imannya.
dKanak-kanak dipuji oleh guru dan ibu bapanya bagi merangsang minda dan keyakinan diri si kanak-kanak.
ePemimpin yang telus, adil, amanah dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasanyang diamanahkan oleh Allah s.w.t dengan kadar sederhana.