F
Showing posts with label Nasihat. Show all posts
Showing posts with label Nasihat. Show all posts

TAZKIRAH YANG RINGKAS TAPI...bererti



Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Koleksi tazkirah dari sahabat ku yang ku terima di Whatsapp.....moga memberi inspirasi buat sahabat-sahabat ku yang sudi menjenguk blog ku ini...

Cerita Ust Asfandayar - Imam Masjid UIA yg eksiden dan hilang tangan sebelah
Alhamdulillah, syukur pada Allah yang menemukan daku dengan SYEIKH MUHAMMAD ASFANDYAR DILAWAR KHAN. Hari ini buat temujanji dengan beliau untuk menyerahkan beberapa perkara berkaitan urusan kerja. Pertemuan ringkas dan sekejap sahaja tapi ustaz berkongsi nasihat yang padaku menginspirasikan.

Beliau pernah mendengar saya menjadi imam solat fardhu dan beliau bertanya: "Adakah anta hafaz al-Quran?" Daku jawab: "Ya, tapi sejak sibuk kerja ana perlu lebih banyak mengulang (means hafazan kelam-kabut..hehe).
Ustaz Asfandyar memulakan tazkirahnya.

Akhi, ana eksiden suatu ketika dulu ana eksiden hingga hampir meragut nyawa ana. Ketika eksiden itu ana sedang membaca ayat al-Quran Surah An Nisa 113

(وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكَ وَرَحْمَتُهُ لَهَمَّتْ طَائِفَةٌ مِنْهُمْ أَنْ يُضِلُّوكَ وَمَا يُضِلُّونَ إِلَّا أَنْفُسَهُمْ ۖ وَمَا يَضُرُّونَكَ مِنْ شَيْءٍ ۚ وَأَنْزَلَ اللَّهُ عَلَيْكَ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَعَلَّمَكَ مَا لَمْ تَكُنْ تَعْلَمُ ۚ وَكَانَ فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكَ عَظِيمًا)

(Sudah menjadi rutin ana ulang baca al-Quran 5 juz setiap hari. Biasanya waktu naik kenderaan 1-2 juz.. Subhanallah)

Ketika eksiden tersebut, ana terasa bagai Malikil Maut sedang berkeliaran sekitar ana di tempat eksiden. Segala perkara datang di minda ana bagai kematian amat hampir.. datang wajah isteri, anak-anak, segala kesalahan, hutang itu dan ini, dan sebagainya..waktu itu dunia ini sudah tiada nilai bagi ana walaupun ada orang harta berbilion-bilion. Lori yang melanggar ana hampir membelah badan ana hingga berkecai.. Namun dengan izin Allah lori itu hanya melanggar tangan ana sahaja..sebab itu ana hilang tangan.

Akhi, dunia ini adalah sesuatu yang fana (akan hancur). Kita perlukan bekal fulus untuk ke alam sana.. Fulus yang hakiki adalah al-Quran.. Jadikan al-Quran teman kita.. Al-Quran adalah teman terbaik.

Setelah ana koma dan tidak sedar bagi tempoh yang panjang, ana sedar dan ana baca kembali ayat Surah An-Nisa ayat 113 yang ana baca waktu eksiden tempohari dalam keadaan bertarannum.. Ana tak sedar apa yang ana baca tapi isteri dan kawan pensyarah UIAM yang melawat saya ceritakan. Saya pun terkejut, tapi benarlah bahawa kita akan dibangkitkan dengan apa yang kita amalkan di dunia..

Akhi,
Kita tak tahu bila kita akan mati. Banyakkan masa kita dengan al-Quran terutamanya para penghafaz al-Quran. Jangan kita mati dalam keadaan kita lupa al-Quran yang pernah kita hafal. Ambil peluang bulan Ramadhan ini untuk ulang al-Quran. Jadilah imam solat tarawih dimana-mana. Bukan kerana duit tapi kerana AL-QURAN. Ulang, ulang dan terus ulang sampai ingat.

Susun masa kita. Ia suatu yang amat berharga. Di akhirat nanti masa lah yang paling bernilai. Manusia akan minta untuk kembali ke dunia untuk masa lalu nya. Namun sia-sia. Susun dan jagalah masa, jangan disia-siakan dengan whatsapp, facebook dan lain-lain tanpa manfaat akhirat. Letakkan had dan tempoh tertentu supaya kita tidak lalai. Alhamdulillah ana tidak pernah ada facebook. Cukuplah whatsapp untuk berhubung, itupun ana hadkan masa untuk nya lebih kurang setengah jam (Daku langsung tak nampak kat mana gadjet smartphone Ustaz Asfandyar sepanjang pertemuan..laa hawla wa laa quwwata illa billah).

Akhi, bulan Ramadhan ni cuba ulang Al-Quran dan datanglah kepadaku bila-bila masa sahaja untuk membaca al-Quran. Datanglah ke rumahku setiap Ahad petang untuk menguatkan hafazan Al-Quranmu. Jika boleh habis khatam riwayat Hafs dalam setahun, kita sambung hafazan dalam Qiraat pula.

Aku terkedu insaf tiada kata. Terima kasih sudi memberi ruang masamu buatku menumpang berkat kesolehanmu.(UiTO)

MOTIVASI: Bahagia itu Sederhana


Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Motivasi hari ini 😊😊😊😊
Kalau kita bergaduh dengan pelanggan,
Walaupun kita menang,
Pelanggan tetap akan lari.

Kalau kita  bergaduh dengan rakan sekerja,
Walaupun kita menang,
Tiada lagi semangat bekerja  dalam satu kumpulan.

Kalau kita bergaduh dengan boss,
Walaupun kita menang,
Tiada lagi masa hadapan di tempat itu.

Kalau kita  bergaduh dengan keluarga,
Walaupun kita menang,
Hubungan kekeluargaan akan renggang.

Kalau kita bergaduh dengan guru,
Walaupun kita menang,
Keberkatan menuntut ilmu dan kemesraan itu akan hilang.

Kalau kita bergaduh dengan kawan,
Walaupun kita menang,
Yang pasti kita akan kekurangan kawan.

Kalau kita bergaduh dengan pasangan,
Walaupun kita menang,
Perasaan sayang pasti akan berkurangan.

Kalau kita bergaduh dengan sesiapapun,
Walaupun kita menang,
Kita tetap kalah...
Yang menang adalah cuma ego diri  sendiri.
yang ini yg susah.. mengalahkan ego diri sendiri..

Renungan bersama....
Apabila kita menerima teguran,  kesilapan dan kesalahan usahlah terus melenting dan marah ,bersyukurlah masih ada orang yang mahu menegur kesilapan kita.
🌷🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀🌷

BAHAGIA ITU SEDERHANA..
🍀🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🍀
Mendengar isteri membebel di rumah, bererti aku masih punya keluarga..
🌹💚💚💚💚💚💚💚💚💚🌹
Mendengar suami masih mendengkur di sebelahku bererti aku masih punya suami..
💚🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹💚
Mendengar ayah dan mak menegurku dengan tegas bererti aku masih punya mak ayah..
💛💐💐💐💐💐💐💐💐💐💛
Merasa letih dan jemu menasihati anak yang nakal, bererti aku masih punyaanak untuk saham akhirat ku nanti..
🌸💛💛💛💛💛💛💛💛💛🌸
Merasa letih setiap ptg selepas penat bekerja, itu bererti aku mampu bekerja keras..
💙🍇🍇🍇🍇🍇🍇🍇🍇🍇💙
Membersihkan pinggan dan cawan kotor setelah menerima tamu di rumah, itu bererti aku punya teman..
🍇💙💙💙💙💙💙💙💙💙🍇
Pakaianku terasa agak sempit, itu bererti aku makan cukup..
❤🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺❤
Mencuci dan menggosok timbunan baju, itu bererti aku memiliki pakaian..
🌺❤❤❤❤❤❤❤❤❤🌺
Membersihkan halaman rumah, mop lantai, itu bererti aku memiliki tempat tinggal..
🌟🍒🍒🍒🍒🍒🍒🍒🍒🍒🌟
Mendapatkan banyak tugasan, itu bererti aku dipercayai dapat melakukannya..
🍒🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🍒
Mendengar bunyi ekzos & hon itu bererti aku masih bisa mendengar..
💥🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹💥
Mendengar bunyi Azan di subuh hari, itu bererti aku masih hidup..
🌹💥💥💥💥💥💥💥💥💥🌹
Akhirnya banyak hal yang dapat kita syukuri setiap hari..
🌷🍅🍅🍅🍅🍅🍅🍅🍅🍅🌷
Aku juga bersyukur mendapatkan pesan ini, kerana secara tidak sedar aku masih memiliki orang yang peduli padaku.
🌺🌾🌱🌺🌾🌺🌱🌺🌾🌺🌱
Berhenti mengeluh dan bersyukurlah. Bersyukur dalam setiap keadaan meski tak ada alasan untuk bersyukur sekalipun..
💐🌱💐🌾💐🌱💐🌾🌱💐
Ayuh kita sama2 mencuba utk bersyukur walau diri ini selalu mngeluh tanpa berfkir hikmah di sebaliknye..
🍀🍁🌺🍁🍀🍁🌺🍁🍀🍁
Semoga yang terima pesanan ini    diberkati dengan kesihatan hingga ke akhir hayat.