F

TAZKIRAH YANG RINGKAS TAPI...bererti



Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Koleksi tazkirah dari sahabat ku yang ku terima di Whatsapp.....moga memberi inspirasi buat sahabat-sahabat ku yang sudi menjenguk blog ku ini...

Cerita Ust Asfandayar - Imam Masjid UIA yg eksiden dan hilang tangan sebelah
Alhamdulillah, syukur pada Allah yang menemukan daku dengan SYEIKH MUHAMMAD ASFANDYAR DILAWAR KHAN. Hari ini buat temujanji dengan beliau untuk menyerahkan beberapa perkara berkaitan urusan kerja. Pertemuan ringkas dan sekejap sahaja tapi ustaz berkongsi nasihat yang padaku menginspirasikan.

Beliau pernah mendengar saya menjadi imam solat fardhu dan beliau bertanya: "Adakah anta hafaz al-Quran?" Daku jawab: "Ya, tapi sejak sibuk kerja ana perlu lebih banyak mengulang (means hafazan kelam-kabut..hehe).
Ustaz Asfandyar memulakan tazkirahnya.

Akhi, ana eksiden suatu ketika dulu ana eksiden hingga hampir meragut nyawa ana. Ketika eksiden itu ana sedang membaca ayat al-Quran Surah An Nisa 113

(وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكَ وَرَحْمَتُهُ لَهَمَّتْ طَائِفَةٌ مِنْهُمْ أَنْ يُضِلُّوكَ وَمَا يُضِلُّونَ إِلَّا أَنْفُسَهُمْ ۖ وَمَا يَضُرُّونَكَ مِنْ شَيْءٍ ۚ وَأَنْزَلَ اللَّهُ عَلَيْكَ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَعَلَّمَكَ مَا لَمْ تَكُنْ تَعْلَمُ ۚ وَكَانَ فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكَ عَظِيمًا)

(Sudah menjadi rutin ana ulang baca al-Quran 5 juz setiap hari. Biasanya waktu naik kenderaan 1-2 juz.. Subhanallah)

Ketika eksiden tersebut, ana terasa bagai Malikil Maut sedang berkeliaran sekitar ana di tempat eksiden. Segala perkara datang di minda ana bagai kematian amat hampir.. datang wajah isteri, anak-anak, segala kesalahan, hutang itu dan ini, dan sebagainya..waktu itu dunia ini sudah tiada nilai bagi ana walaupun ada orang harta berbilion-bilion. Lori yang melanggar ana hampir membelah badan ana hingga berkecai.. Namun dengan izin Allah lori itu hanya melanggar tangan ana sahaja..sebab itu ana hilang tangan.

Akhi, dunia ini adalah sesuatu yang fana (akan hancur). Kita perlukan bekal fulus untuk ke alam sana.. Fulus yang hakiki adalah al-Quran.. Jadikan al-Quran teman kita.. Al-Quran adalah teman terbaik.

Setelah ana koma dan tidak sedar bagi tempoh yang panjang, ana sedar dan ana baca kembali ayat Surah An-Nisa ayat 113 yang ana baca waktu eksiden tempohari dalam keadaan bertarannum.. Ana tak sedar apa yang ana baca tapi isteri dan kawan pensyarah UIAM yang melawat saya ceritakan. Saya pun terkejut, tapi benarlah bahawa kita akan dibangkitkan dengan apa yang kita amalkan di dunia..

Akhi,
Kita tak tahu bila kita akan mati. Banyakkan masa kita dengan al-Quran terutamanya para penghafaz al-Quran. Jangan kita mati dalam keadaan kita lupa al-Quran yang pernah kita hafal. Ambil peluang bulan Ramadhan ini untuk ulang al-Quran. Jadilah imam solat tarawih dimana-mana. Bukan kerana duit tapi kerana AL-QURAN. Ulang, ulang dan terus ulang sampai ingat.

Susun masa kita. Ia suatu yang amat berharga. Di akhirat nanti masa lah yang paling bernilai. Manusia akan minta untuk kembali ke dunia untuk masa lalu nya. Namun sia-sia. Susun dan jagalah masa, jangan disia-siakan dengan whatsapp, facebook dan lain-lain tanpa manfaat akhirat. Letakkan had dan tempoh tertentu supaya kita tidak lalai. Alhamdulillah ana tidak pernah ada facebook. Cukuplah whatsapp untuk berhubung, itupun ana hadkan masa untuk nya lebih kurang setengah jam (Daku langsung tak nampak kat mana gadjet smartphone Ustaz Asfandyar sepanjang pertemuan..laa hawla wa laa quwwata illa billah).

Akhi, bulan Ramadhan ni cuba ulang Al-Quran dan datanglah kepadaku bila-bila masa sahaja untuk membaca al-Quran. Datanglah ke rumahku setiap Ahad petang untuk menguatkan hafazan Al-Quranmu. Jika boleh habis khatam riwayat Hafs dalam setahun, kita sambung hafazan dalam Qiraat pula.

Aku terkedu insaf tiada kata. Terima kasih sudi memberi ruang masamu buatku menumpang berkat kesolehanmu.(UiTO)

0 Responses

Sahabat2ku.......