F
Showing posts with label Peringatan. Show all posts
Showing posts with label Peringatan. Show all posts

CORONA @covid19


Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
BERITA mengenai penularan wabak novel Coronavirus dari Wuhan, China bukan sahaja menggemparkan seluruh Malaysia, malah menjadi isu yang sangat menakutkan diseluruh dunia. Laporan Al Jazeera, CNN, BBC dan beberapa media mega lain menunjukkan betapa parah virus pembunuh itu mampu membunuh manusia dengan pantas, hanya melalui pernafasan dan sentuhan manusia. Seluruh umat manusia takut akan wabak ini, bukan hanya di Malaysia malah seluruh dunia. Hebat betul virus ni kan! 

Masih ingat x dulu-dulu....wabak SARS, MER, HINI dan ada beberapa wabak yang melanda dunia pada suautu masa dulu, yang sama juga risiko nya...nama pun wabak, tapi rakyat pada masa tu tidak terlalu risau tiada sebarang MCO/PKP berlaku, umat manusia melakukan aktiviti seperti biasa, pakai mask jgk pada masa tu... Ketakutan pada masa tu agak berkurangan, saya tidak pasti mengapa tetapi yang pasti ianya adalah wabak. Kemungkinan pada masa itu, penggunaan dan kelajuan internet di negara kita masih belum menyeluruh. Jadi sebarang maklumat sampai kepada kita agak perlahan. Jadi tiada sebarang kebimbangan yang melanda diri kita. Tapi sekarang semua dihujung jari kita. Klik saje internet, bermacam-macam berita keluar, akhirnya umat manusia menjadi ketakutan....... Apa-apa pun bertabahlah...lalui semua situasi ini dengan sabar. InshaaAllah ada jalan keluarnya.

Untuk maklumat...... Badan Kesihatan Dunia (WHO) menaikkan status virus corona sebagai pandemik kerana penyebarannya secara universal. Di samping itu, ada tiga kriteria umum iaitu virus dapat menyebabkan kematian atau penyakit, penularan virus orang-ke-orang yang berlanjutan, dan bukti penyebaran ke seluruh dunia.

Penyebaran virus corona sejauh ini kerap dikaitkan dengan virus serupa yakni SARS (Severe Acute Respiratory Syndrome). Dibandingkan Covid-19, tingkat kematian akibat SARS yang penyebarannya masuk dalam kategori epidemik justru lebih tinggi iaitu mencapai 9.6 peratus. Namun jumlah pesakit yang meninggal akibat SARS jauh lebih rendah dibanding Covid-19. Selain SARS, Middle East respiratory syndrome coronavirus (MERS-CoV) juga masuk dalam kategori penyakit epidemik lantaran penyakit menyebar secara aktif. Jika sumber penyebaran SARS dan Covid-19 dari negara Asia, MERS pula berasal dari Timur Tengah. Semua wabak tersebut memberi kesan yang sama kepada emosi dan fizikal umat manusia. Apa-apa pun dah namanya wabak, pasti memberi impak kepada umat manusia, kita sebagai orang Islam perlu kuatkan tauhid kita, ingat Allah S.W.T selalu. Virus ini datang dari Nya dan pasti akan kembali kepadaNya. Serahkan kepada Allah S.W.T dan dalam masa yang sama terus berdoa dan berusaha agar keadaan kembali pulih. 

Ucapan jutaan terima kasih juga diberikan kepada seluruh anggota frontline di setiap hospital dan premis yang terlibat dalam urusan bencana CoVid 19 di tanah air kita yang tercinta. Allah adalah sebaik tempat pemberian rahmat kepada anda semua. Kepada rakyat Malaysia tetap lah berada di dalam rumah masing-masing dengan tenang.😉



23 Jan 2020:
Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) terima laporan tiga kes (dua di Sabah dan satu di Selangor) disyaki dijangkiti novel koronavirus 2019 (2019-nCoV).
KKM sahkan kes di Sabah adalah negatif.

24 Jan 2020:
KKM maklumkan terdapat lapan kontak rapat kepada kes pertama 2019-nCoV di Singapura berada di Johor Bahru dan dikuarantin.

25 Jan 2020:
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad sahkan kes pertama 2019-nCoV babitkan tiga warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.
KKM nasihat jangan melancong ke China jika tiada keperluan.

26 Jan 2020:
KKM rancang tambah alat imbasan suhu badan di pintu masuk negara.

27 Jan 2020:
KKM telah mengenal pasti 26 hospital di seluruh negara sebagai langkah kesiapsiagaan bagi mengendali kes disyaki jangkitan 2019-nCoV yang memerlukan pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Kerajaan mengambil keputusan untuk menggantung sementara semua kemudahan imigresen kepada rakyat China dari bandar Wuhan dan Wilayah Hubei serta sekitarnya, berkuat kuasa serta-merta.

28 Jan 2020:
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri´ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah semua masjid di seluruh negara adakan solat hajat.
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menubuhkan Jawatankuasa Pemulihan Pelancongan bagi memantau perkembangan semasa berhubung isu 2019-nCoV.

29 Jan 2020:
KKM sahkan pertambahan tiga kes positif 2019-nCoV, jumlah kumulatif kes positif ialah tujuh.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir berkata, Malaysia dalam persediaan membawa balik rakyat tempatan dari Wuhan, China.

30 Jan 2020:
KKM sahkan satu pertambahan kes positif 2019-nCoV dalam kalangan kontak rapat (kes kelapan), jumlah kumulatif kes positif 2019-nCoV ialah lapan.
Sebuah jawatankuasa khas bagi misi bantuan kemanusiaan membawa pulang rakyat Malaysia dari Wilayah Hubei, China diaktifkan susulan penularan jangkitan 2019-nCoV di wilayah itu.
Jawatankuasa itu diselaraskan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) bersama Kementerian Luar, Kementerian Kesihatan, Angkatan Tentera Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara.
Kerajaan Negeri Sabah mengambil keputusan menggantung sementara semua penerbangan berjadual dan dicarter dari China ke Sabah berkuat kuasa serta-merta sehingga diberitahu kelak.

31 Jan 2020:
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak koronavirus sebagai darurat kesihatan dunia.

1 Feb 2020:
Semua warga China dan warga asing yang mengunjungi China dalam tempoh 14 hari akan disekat daripada memasuki Sarawak berkuat kuasa serta-merta sehingga dimaklumkan kelak.
Kedutaan Besar Malaysia di Beijing menghantar sepasukan peninjau ke Wuhan bagi menyelaras dan membantu proses membawa pulang 120 rakyat Malaysia di wilayah Hubei susulan penularan wabak 2019-nCoV di negara itu.

4 Feb 2020:
Malaysia membawa pulang 107 individu yang terdiri daripada rakyat Malaysia dan pasangan serta anak mereka yang terkandas di bandar Wuhan, yang disekat pergerakan keluar dan masuk oleh kerajaan China susulan penularan wabak 2019-nCoV sejak 23 Jan.
Seorang lelaki rakyat Malaysia berumur 41 tahun dari Selangor, antara dua kes baharu yang dilaporkan positif 2019-nCoV dan satu lagi membabitkan seorang lelaki warga China berumur 63 tahun yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 18 Jan.
Pertambahan dua kes baharu positif itu menjadikan jumlah kumulatif kes ialah 10.
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya akan menstruktur semula kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020) dengan menyasarkan pasaran negara baharu susulan isu jangkitan novel koronavirus 2019.

5 Feb 2020:
Sejumlah 74 orang telah dikenal pasti melalui pengesanan kontak susulan kes pertama rakyat Malaysia dijangkiti 2019-nCoV dan daripada jumlah itu, 35 kontak rapat dikesan dan sampel diambil daripada mereka serta diletak di bawah Perintah Pengawasan dan Pemantauan.
Dua daripada 107 individu yang tiba di tanah air menerusi Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) disahkan positif 2019-nCoV, menjadikan jumlah kumulatif kes positif kluster koronavirus di Malaysia ialah 12.

6 Feb 2020:
Seorang wanita rakyat Malaysia, yang merupakan kes pertama jangkitan tempatan, dan wanita warga China dari Wuhan menjadi dua individu terbaru disahkan positif virus itu, menjadikan jumlah individu positif 2019-nCoV di Malaysia ialah 14 kes membabitkan 10 warga China dan empat rakyat tempatan.

7 Feb 2020:
Satu lagi kes positif 2019-nCoV dikenal pasti, menjadikan jumlah kes positif di negara ini meningkat kepada 15 dengan kes terbaharu membabitkan seorang pelancong wanita berumur 59 tahun dari Wuhan, China yang masuk ke Malaysia pada 21 Jan.

8 Feb 2020:
Seorang wanita warga China dari Wuhan menjadikan individu terbaharu positif kluster 2019-nCoV, menjadikan angka keseluruhan jangkitan dalam negara kini berjumlah 16 kes.

9 Feb 2020:
Seorang wanita tempatan berusia 65 tahun disahkan positif 2019-nCoV, menjadikan angka keseluruhan jangkitan dalam negara kini berjumlah 17 kes. Wanita itu merupakan ibu mertua dalam kes rakyat Malaysia yang dilaporkan pada 4 Feb, iaitu kes kesembilan.

10 Feb 2020:
Malaysia mencatat 18 kes positif 2019-nCoV termasuk tiga kes pulih sepenuhnya. Kes terbaharu membabitkan seorang lelaki rakyat Malaysia berumur 31 tahun yang bekerja di Macau dan kembali ke Malaysia pada 1 Feb.

11 Feb 2020:
Kerajaan Malaysia dan Singapura bersetuju menubuhkan satu Jawatankuasa Kerja Bersama berikutan penularan jangkitan 2019-nCoV yang diterajui timbalan menteri kesihatan kedua-dua negara.

12 Feb 2020:
KKM menerima tambahan 26 pengimbas suhu badan yang ditempatkan di pintu masuk negara, menjadikan jumlah keseluruhan ialah 80 berbanding 54 sebelum ini.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan COVID-19, yang bermaksud ’Penyakit Virus Korona’ sebagai nama rasmi bagi novel koronavirus 2019.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata ujian terhadap 550 kontak rapat dan mereka yang bergejala di 18 makmal awam di negara ini mendapati 18 disahkan positif bagi COVID-19.

13 Feb 2020:
Satu lagi kes positif COVID-19 dicatat, menjadikan jumlah keseluruhan di negara ini meningkat kepada 19. Kes terbaharu itu membabitkan seorang wanita warga China berumur 39 tahun, rakan kes ke-14 dan anak kes ke-16.

14 Feb 2020:
- Tiga lagi diuji positif COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini ialah 22. Tiga kes terbaru itu melibatkan seorang lelaki dan seorang wanita warga China serta seorang wanita warga Amerika Syarikat berumur 83 tahun, yang merupakan antara penumpang kapal persiaran yang singgah di Kemboja pada 13 Feb.

27 Feb 2020:
Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 bagi menangani ekonomi daripada kesan penularan COVID-19.

28 Feb 2020:
Kes baharu COVID-19 di negara ini bertambah tiga lagi, menjadikan jumlah pesakit yang disahkan positif setakat ini 25 orang, dengan 22 telah sembuh dan dibenarkan keluar hospital.
Pesakit ke-23 adalah wanita rakyat Malaysia yang kembali ke tanah air dari Jepun, pesakit ke-24 seorang wanita Jepun berusia 41 tahun dan bekerja di Malaysia sementara kes ke-25 ialah seorang lelaki Itali berusia 54 tahun yang berkahwin dengan rakyat Malaysia dan tinggal di negara ini.

1 Mac 2020:
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan empat lagi kes positif jangkitan COVID-19 di negara ini, menjadikan jumlah keseluruhan 29 kes.
Kes ke-26 merupakan seorang lelaki berusia 52 tahun dan mempunyai sejarah perjalanan ke Shanghai, China sekitar pertengahan Januari, kes ke-27 merupakan seorang jururawat pelatih wanita berusia 20 tahun yang menjalani latihan sangkutan jangka pendek di hospital swasta yang merawat kes ke-24 manakala kes ke-28 merupakan seorang lelaki berusia 45, rakan sekerja kes ke-25 dan kes ke-29 pula melibatkan wanita berusia 35 tahun yang telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta pada 21 Feb.

3 Mac 2020:
Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan tujuh lagi kes positif COVID-19 membabitkan warga tempatan menjadikan jumlah terkini ialah 36. Semua kes baharu merupakan kontak rapat kepada kes positif ke-26 pada 29 Feb.

4 Mac 2020:
Terdapat 14 kes baharu COVID-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif di Malaysia meningkat kepada 50. Kes positif COVID-19 ke-31 hingga ke-50 merupakan kontak rapat bagi kes ke-26.

5 Mac 2020:
Lima lagi individu disahkan positif COVID-19 dengan kesemua mereka dikenal pasti sebagai kontak rapat kes ke-26, menjadikan jumlah kumulatif positif virus itu ialah 55.

6 Mac 2020:
Sebanyak 28 individu disahkan positif COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif ialah 83 kes.

7 Mac 2020:
Sebanyak 10 kes baharu COVID-19 dilapor, menjadikan jumlah kumulatif ialah 93.

8 Mac 2020:
Enam kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif positif COVID-19 ialah 99 kes. Kesemua kes terdiri daripada kontak rapat kluster kes ke-26.

9 Mac 2020:
Sebanyak 18 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif positif COVID-19 di Malaysia ialah 117. Satu daripada kes baharu, iaitu kes ke-101, melibatkan seorang lelaki yang baru pulang dari Iran.

10 Mac 2020:
Sebanyak 12 kes baharu dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia setakat ini ialah 129. Kes positif itu melibatkan pesakit dalam siasatan (PUI) jangkitan COVID-19, kontak rapat dan anggota Misi Bantuan Kemanusiaan.

11 Mac 2020:
Sebanyak 20 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kes kumulatif di negara ini meningkat kepada 149.

12 Mac 2020:
Sembilan kes baharu positif COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif di negara ini ialah 158.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah mengisytiharkan COVID-19 sebagai pandemik selepas mengambil kira peningkatan ketara kes di negara-negara selain China.
Malaysia belum mengalami kes sporadik COVID-19. Kes ke-131 yang sebelum ini dikatakan sporadik adalah tidak tepat setelah siasatan lanjut yang dijalankan KKM mendapati pesakit merupakan antara peserta perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling pada 27 Feb hingga 1 Mac lalu.

13 Mac 2020:
Sebanyak 39 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif di negara ini meningkat kepada 197. Daripada kes terkini itu, sebanyak 38 dikesan dalam kalangan PUI jangkitan COVID-19 manakala satu kes adalah kontak rapat dan empat kes dilaporkan memerlukan bantuan pernafasan serta ditempatkan di Unit Rawatan Rapi dan diberikan rawatan anti-viral.

14 Mac 2020:
Sebanyak 41 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif di negara ini meningkat kepada 238. Kesemua kes baharu dikaitkan dengan kluster perhimpunan tabligh membabitkan 37 kes PUI manakala empat lagi adalah kontak rapat.

15 Mac 2020:
Sebanyak 190 kes baharu dilaporkan positif COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 428 kes. Berdasarkan siasatan awal, kebanyakan kes baharu adalah berkaitan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling.

16 Mac 2020:
Sebanyak 125 kes baharu dilaporkan positif COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 553. Sejumlah 95 daripada 125 kes baharu dikaitkan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari bermula 18 Mac hingga 31 Mac.

Dan kini disambung lagi hingga 14hb April 2020😌😌

Nasihat buat Sang ISTERI


Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Setiap isteri mesti inginkan kesempurnaan dalam alam perkahwinan mereka. Semua isteri..... saya juga tidak terkecuali. Walau apa pun jodoh, ajal maut dan rezeki, semuanya di tangan Allah SWT... siapa lah kita utk berkata apa2...cuma sebagai insan yang serba serbi kekurangan.... kita berdoa dan berusaha agar di temukan dgn pasangan yang akan membawa kita ke Jannah kelak.... dan bagi wanita yg telah ditemukan jodohnya terima jodoh anda seadanya... terima kekurangan dan kelebihan pasangan anda.... manusia ini tidak sempurna maka kehadiran and dan pasangan akan melengkapkan segalanya.

Just sharing this nice article....
Beberapa keselahan isteri terhadap suami.

1. Menuntut keluarga yang ideal dan sempurna
Sebelum menikah, seorang wanita membayangkan pernikahan yang begitu indah, kehidupan yang sangat romantis sebagaimana dibaca dalam novel maupun yang disaksikan dalam drama-drama.

Ia memiliki gambaran yang sangat ideal dari sebuah pernikahan. Keperitan, kepayahan, masalah kewangan, dan segudang masalah di dalam sebuah keluarga luput dari gambarannya. Malah tidak difikirkan sama sekali. Hanya keindahan dan keromatisan yg sering dibayang oleh seorang wanita.

Akhirnya, ketika ia harus menghadapi semua, iaitu realiti sebuah perkahwinan, ianya tidak seperti yg dibayangkan dan akhirnya kurang persediaan yg dibuat. Ianya tidak dapat menerima keadaan,sehingga adakalanya berlarut-larutan, maka si isteri selalu saja menuntut suaminya agar keluarga yang mereka bina sesuai dengan gambaran ideal yang senantiasa ia impikan sejak sebelum bernikah.

Jadi, seorang wanita yang hendak bernikah dan dinikahi oleh pasangan, alangkah baiknya jika ia melihat susuk sebuah perkahwinan dengan pemahaman yang utuh, menyeluruh, keromantisan keluarga beserta permasalahan yang akan dan bakal ada di dalamnya. Terima dan bersedia utk menghadapi dan melalui sekaligus melewati semua perkara itu dengan sebaiknya.

2. Nusyus (tidak taat kepada suami)
Nusyus adalah sikap membangkang, tidak patuh dan tidak taat kepada suami. Wanita yang melakukan nusyus adalah wanita yang melawan suami, melanggar perintahnya, tidak taat kepadanya, dan tidak redha pada kedudukan yang Allah Subhanahu wa Ta’ala telah tetapkan untuknya.

Nusyus memiliki beberapa bentuk, diantaranya adalah :
  • Menolak ajakan suami ketika mengajaknya ke tempat tidur, dengan terang-terangan maupun secara samar.
  • Mengkhianati suami, misalnya dengan menjalin hubungan dengan lelaki lain.
  • Membenarkan seseorang yang tidak disenangi suami ke dalam rumah.
  • Lalai dalam melayani suami
  • Membazir dan boros teramat sgt dalam menggunakan duit.
  • Menyakiti suami dengan tutur kata yang buruk, mencela, dan mengejeknya.
  • Keluar rumah tanpa izin suami
  • Menyebarkan dan mencela rahsia-rahsia suami kepada teman-teman atau pun orang lain.
Seorang isteri soleha akan senantiasa menempatkan ketaatan kepada suami di atas segala-galanya. Tentu saja bukan ketaatan dalam kedurhakaan kepada Allah, karena tidak ada ketaatan dalam maksiat kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Ia akan taat pada bila masa pun, dalam situasi apa pun, senang mahu pun susah, lapang mahu pun sempit, suka atau pun duka. Ketaatan isteri seperti ini sangat besar pengaruhnya dalam menumbuhkan cinta dan memelihara kesetiaan suami.

3. Tidak menyukai keluarga suami
Terkadang seorang isteri menginginkan agar seluruh perhatian dan kasih sayang sang suami hanya tercurah pada dirinya. Tak boleh sedikit pun waktu dan perhatian diberikan kepada selainnya. Termasuk juga kepada orang tua suami. Padahal, di satu sisi, suami harus berbakti dan memuliakan orang tuanya, terutama ibunya.

Salah satu bentuknya adalah cemburu terhadap ibu mertuanya. Ia menganggap ibu mertua sebagai pesaing utama dalam mendapatkan cinta, perhatian, dan kasih sayang suami. Terkadang, sebagian isteri berani menghina dan melecehkan orang tua suami, bahkan ia tak jarang berusaha merayu suami untuk berbuat durhaka kepada orang tuanya. Terkadang isteri sengaja mencari-cari kesalahan dan kelemahan orang tua dan keluarga suami, atau membesar-besarkan suatu masalah, bahkan tak segan untuk memfitnah keluarga suami.

Ada juga seorang isteri yang menuntut suaminya agar lebih menyukai keluarga isteri, ia berusaha menjauhkan suami dari keluarganya dengan berbagai cara.

Ikatan pernikahan bukan hanya menyatukan dua insan dalam sebuah lembaga pernikahan, namun juga ‘pernikahan antara keluarga’. Kedua orang tua suami adalah orang tua isteri, keluarga suami adalah keluarga isteri, demikian sebaliknya. Menjalin hubungan baik dengan keluarga suami merupakan salah satu keharmonian keluarga. Suami akan merasa tenang dan bahagia jika isterinya mampu memposisikan dirinya dalam keluarga suami. Hal ini akan menambah cinta dan kasih sayang suami.

4. Tidak menjaga penampilan
Terkadang, seorang isteri berhias, berdandan, dan mengenakan pakaian yang indah hanya ketika ia keluar rumah, seperti menghadiri undangan teman-teman, ke pejabat, mengunjungi saudara-mara dan acara lainnya di luar rumah. Keadaan ini sungguh tidak sama ketika isteri di depan suaminya. Isteri tidak peduli dengan tubuhnya yang kotor, cukup hanya mengenakan pakaian seadanya: terkadang kotor, lusuh, dan berbau, rambutnya kusut masai, ia juga hanya mencukupkan dengan aroma dapur yang menyengat.

Jika keadaan ini terus menerus dipelihara oleh isteri, jangan hairan jika suami tidak suka berada di rumah, ia lebih suka menghabiskan waktunya di luar rumah. Semestinya, berdandan dan berhiasa hanya ditujukan kepada suami. Janganlah keindahan yang telah dianugerahkan oleh Allah diberikan kepada orang lain, padahal suaminya di rumah lebih berhak untuk itu.

5. Kurang berterima kasih
Ada ketika seorang suami tidak mampu memenuhi keinginan sang isteri. Apa yang diberikan suami jauh dari apa yang ia harapkan. Isteri tidak puas dengan apa yang diberikan suami, meskipun suaminya sudah berusaha secara maksima untuk memenuhi keperluan keluarga dan keinginan-keinginan isterinya.

Isteri kurang bahkan tidak memiliki rasa terima kasih kepada suaminya. Ia tidak bersyukur atas kurnia Allah yang diberikan kepadanya melalui suaminya. Ia senantiasa merasa sempit dan kekurangan. Sifat qona’ah dan redho terhadap apa yang diberikan Allah kepadanya sangat jauh dari dirinya.

Seorang isteri yang soleha tentunya mampu memahami keterbatasan kemampuan suami. Ia tidak akan membebani suami dengan sesuatu yang tidak mampu dilakukan suami. Ia akan berterima kasih dan mensyukuri apa yang telah diberikan suami. Ia bersyukur atas nikmat yang dikurniakan Allah kepadanya, dengan rasa bersyukur, in sya Allah, nikmat Allah akan bertambah.

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya adzab-Ku sangat pedih.”

6. Mengingkari kebaikan suami
“Wanita merupakan majoriti penghuni neraka.”

Demikian disampaikan oleh Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam setelah solat gerhana ketika terjadi gerhana matahari.

Ajaib !! wanita sangat dimuliakan di mata Islam, bahkan seorang ibu memperoleh hak untuk dihormati tiga kali lebih besar daripada ayah. Susuk yang dimuliakan, namun malah menjadi penghuni majoriti neraka. Bagaimana ini terjadi?

“Kerana kekufuran mereka,” jawab Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam ketika para sahabat bertanya mengapa hal itu terjadi. Apakah mereka mengingkari Allah?

Bukan, mereka tidak mengingkari Allah, tapi mereka mengingkari suami dan kebaikan-kebaikan yang telah diperbuat suaminya. Andaikata seorang suami berbuat kebaikan sepanjang masa, kemudian seorang isteri melihat sesuatu yang tidak disenanginya dari seorang suami, maka si isteri akan mengatakan bahawa ia tidak melihat kebaikan sedikitpun dari suaminya. Demikian penjelasan Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam dalam hadis yang diriwayatkan Bukhari (5197).

Mengingkari suami dan kebaikan-kebaikan yang telah dilakukan suami!!

Inilah penyebab banyaknya kaum wanita berada di dalam neraka. Mari kita lihat diri setiap dari kita, kita muhasabah diri, apa dan bagaimana yang telah kita lakukan kepada suami-suami kita?

Jika kita terbebas dari yang demikian, alhamdulillah. Itulah yang kita harapkan. Berita gembira untukmu wahai isteri yang soleha.

Namun jika tidak, kita (sering) mengingkari suami, mengingkari kebaikan-kebaikannya, maka berhati-hatilah dengan apa yang telah diberitahu oleh Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam. Bertaubat,  satu-satunya pilihan untuk terhindar dari pedihnya siksa neraka. Selama matahari belum terbit dari barat, atau nafas telah ada di kerongkongan,  masih ada waktu untuk bertaubat. Tapi mengapa mesti nanti? Mengapa mesti menunggu sakaratul maut?

Janganlah engkau katakan besok dan besok wahai saudariku; kejarlah ajalmu,  bukankah engkau tidak tahu bila engkau akan menemui Robb mu?

“Tidaklah seorang isteri yang menyakiti suaminya di dunia, melainkan isterinya (di akhirat kelak): bidadari yang menjadi pasangan suaminya (berkata): “Jangan engkau menyakitinya, kelak kamu dimurkai Allah, seorang suami bagimu hanyalah seorang tamu yang bisa segera berpisah dengan kamu menuju kami.” (HR. At Tirmidzi, hasan)

Wahai saudariku, mari kita lihat, apa yang telah kita lakukan selama ini , jangan pernah bosan dan berhenti untuk memperbaikki diri,  jangan sampai apa yang kita lakukan tanpa kita sedari membawa kita kepada neraka, yang kedahsyatannya tentu sudah diketahui.

Jika suatu saat, muncul sesuatu yang tidak kita sukai dari suami; janganlah kita mengingkari dan melupakan semua kebaikan yang telah suami kita lakukan.
“Maka lihatlah kedudukanmu di sisinya. Sesungguhnya suamimu adalah syurga dan nerakamu.” (HR.Ahmad)

7. Mengungkit-ungkit kebaikan
Setiap orang tentunya memiliki kebaikan, tidak terkecuali seorang isteri. Yang jadi masalah adalah jika seorang isteri menyebut-nyebut segala  kebaikannya di depan suami dalam rangka mengungkit-ungkit kebaikannya semata-mata.

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima).” [Al Baqarah: 264]

Abu Dzar radhiyallahu ‘Anhu meriwayatkan, bahawasanya Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda, “Ada tiga kelompok manusia dimana Allah tidak akan berbicara dan tak akan memandang mereka pada hari kiamat. Dia tidak mensucikan mereka dan untuk mereka adzab yang pedih.”

Abu Dzar radhiyallahu ‘anhu berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengatakannya sebanyak tiga kali.” Lalu Abu Dzar bertanya, “Siapakah mereka yang rugi itu, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “Orang yang menjulurkan kain sarungnya ke bawah mata kaki (isbal), orang yang suka mengungkit-ungkit kebaikannya dan orang yang suka bersumpah palsu ketika menjual. ” [HR. Muslim]

8. Sibuk di luar rumah
Seorang isteri terkadang memiliki banyak kesibukan di luar rumah. Kesibukan ini tidak ada salahnya, asalkan mendapat izin suami dan tidak sampai mengabaikan tugas dan tanggungjawabnya.

Jangan sampai aktiviti tersebut melalaikan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Jangan sampai amanah yang sudah dipikulnya terabai.

Ketika suami pulang dari mencari nafkah, ia mendapati rumah belum berselerakan, kain baju bertimbun tidak berlipat, cucian masih menumpuk, hidangan belum siap, anak-anak belum mandi, dan sebagainya. Jika hal ini terjadi terus menerus, jadi suami tidak betah di rumah, ia lebih suka menghabiskan waktunya di luar atau di pejabat atau bersama teman-temannya.

9. Cemburu buta
Cemburu merupakan tabiat wanita, ia merupakan suatu ekspresi cinta. Dalam batas-batas tertentu, dapat dikatakan wajar bila seorang isteri merasa cemburu dan memendam rasa curiga kepada suami yang jarang berada di rumah. Namun jika rasa cemburu ini berlebihan, melampaui batas, tidak mendasar, dan hanya berasal dari dugaan; maka rasa cemburu ini dapat berubah menjadi cemburu yang tercela.

Cemburu yang disyariatkan adalah cemburunya isteri terhadap suami karena kemaksiatan yang dilakukannya, misalnya: berzina, curang, mengurangi hak-haknya, menzaliminya, atau lebih mendahulukan teman-teman atau aktiviti luar dari dirinya. Jika terdapat tanda-tanda yang membenarkan hal ini, maka ini adalah cemburu yang terpuji. Jika hanya dugaan belaka tanpa fakta dan bukti, maka ini adalah cemburu yang tercela.

Jika kecurigaan isteri berlebihan, tidak berdasar pada fakta dan bukti, cemburu buta, hal ini tentunya akan mengundang kekesalan dan kejengkelan suami. Ia tidak akan pernah merasa tenang ketika berada di rumah. Bahkan, tidak menutup kemungkinan, kejengkelannya akan dilampiaskan dengan cara melakukan apa yang disangkakan isteri kepada dirinya.

10. Kurang menjaga perasaan suami
Kepekaan suami mahu pun isteri terhadap perasaan pasangannya sangat diperlukan untuk menghindari terjadinya konflik, kesalahfahaman, dan ketidaksenangan. Seorang isteri hendaknya senantiasa berhati-hati dalam setiap ucapan dan perbuatannya agar tidak menyakiti perasaan suami, ia mampu menjaga lisannya dari kebiasaan mencaci, berkata keras, dan mengkritik dengan cara sinis sekali. Isteri selalu berusaha untuk menampakkan wajah yang ramah, menyenangkan, tidak bermuka masam, dan menyejukkan ketika dipandang suaminya. Dan yang paling penting maaf dan memaafi di antara satu sama lain. Ucapkan kata-kata maaf bukan hanya waktu melakukan kesalahan, tapi setiap hari agar pasangan akan lebih dekat di antara satu sama lain.

Demikian beberapa kesalahan-kesalahan istri yang terkadang dilakukan kepada suami yang seyogyanya kita hindari agar suami semakin sayang pada setiap istri. Semoga keluarga kita menjadi keluarga yang sakinah, mawadah, warohmah.

amin…

8 Hal penting yang MESTI diajar kepada anak-anak

Sebagai ibu bapa, perkara asas yang paling penting di dunia, mengajarkan anak akan 8 hal penting ini  agar dapat membantu anak-anak membesar menjadi insan yang bertanggungjawab, berdikari dan berjaya bukan sahaja di dunia, malah di akhirat.


1. Bersolat. (Hal yg paling penting dalam membentuk jati diri anak2)

Solat adalah perkara pokok yang MESTI diajar kepada anak di awal usia 3 tahun lagi malah, lebih awal lagi contohnya semasa kita bersolat letakkan anak-anak kecil kita di samping agar mereka boleh memerhatikan perbuatan kita, malah segala perbuatan kita akan anak-anak kecil ini perhatikan dan akan menjadi ikutan kepada mereka. Jadi apabila usia mereka 3 tahun bawa mereka sekali bersolat bersama-sama kita. Pakaikan mereka pakaian solat yang sesuai dan ajarkan kepada mereka KEPENTINGAN bersolat itu sendiri. Terangkan kepada mereka setiap hari, agar mereka sentiasa menerima pesanan yg sama setiap hari. Jangan kita berasa bosan menerangkan kepada mereka akan kepentingan solat ini. Biarpun mereka tidak faham, namun kalau hari-hari kita memberi kata-kata yang sama, insyaallah anak-anak itu akan dapat menerima dan faham sejajar dengan perkembangan usia mereka.


2. Mencuci pakaian sendiri

Pada usia 12 tahun, anak sudah harus mampu mencuci pakaian sendiri. Ajar mereka bagaimana memilih pakaian, mencuci dengan tangan, mencuci dengan mesin cuci dan menjemur, dan menggosok dan melipat pakaiannya sendiri sampai rapi; hal ini juga penting selain ia mampu menggunakan komputer, internet dan main game online.


Jangan hanya memarahi anak yang sudah besar saat ia pulang dengan jeans dan pakaian yang kotor--mereka harus bertanggungjawab dan terlibat bagaimana mencuci jeans tersebut, bagaimana cara menghilangkan kotoran, tentu tidak semudah mencuci pakaian biasa.

3. Memasak yang sederhana

Ajar anak, baik lelaki maupun perempuan, cara memasak makanan sederhana. Karena manusia selalu perlu makan, keterampilan memasak pasti akan berguna kelak baginya bila tinggal jauh dari orangtua, untuk belajar maupun bekerja nantinya, atau saat ia membentuk keluarga baru dengan pasangannya. Dengan bisa masak sendiri, selain lebih  jimat juga lebih sihat.

Mulailah dengan membiarkan anak merancang hendak makan apa hari ini, memberitahunya bahan-bahan masakan, belanja bersama dan biarkan ia memasak, dengan sedikit petunjuk dan bantuan anda. Ajak ia merapikan meja dan mencuci piring setelah makan. Pengalaman ini menyiapkan ia menjadi orang yang independent dan meningkatkan rasa percaya diri mereka.

4. Mempunyai Wang Saku Hasil Keringat Sendiri

Biarkan anak memiliki pekerjaan kecil yang tidak mengganggu waktu belajarnya. Seorang anak menghargai wang yang dihasilkannya sendiri dan belajar menggunakannya secara bijak. Bila ia suka berniaga untuk menambah wang saku atau dengan hobby yang ditekuninya dapat menghasilkan wang, atau misalkan ia membantu mencuci kereta sehingga papa tidak perlu ke bengkel lagi, memotong rumput dan menyiram bunga sehingga mama tidak perlu bantuan tukang kebun, hal ini juga boleh diberi wang saku tambahan untuk mereka. Hal ini mengajarkan mereka tanggungjawab atas suatu pekerjaan dan mereka akan belajar standard kualiti untuk suatu pekerjaan, hasil baik dibayar baik, pelajaran memberi dan menerima.

5. Memilih teman yang baik

Pasangan pertama akan mempengaruhi seorang remaja untuk seluruh hidupnya. Itu bakal merupakan pengalaman positif atau negatif. Orangtua tidak dapat mengawql secara detail hubungan persahabatan remaja, namun paling tidak orangtua dapat memberi contoh, untuk menghargai orang lain, toleransi pada pendapat berbeza, berfikiran terbuka dan easy-going. Saat hubungan memburuk, orangtua harus menyokong dan memberikan pengertian, jadi sebagai teman untuk curahan hati, jelaskan bahawa hal demikian adalah normal di usia mereka, dan merupakan pengalaman dari perjalanan hidup manusia.

6. Mengajarkan anak tentang Kesepakatan

Remaja harus memahami fakta bahwa kompromi (kesepakatan) adalah hal yang harus dilakukan, tidak boleh menuruti kemahuan sendiri (egois) dan memaksakan kehendak kepada orang lain. Misalnya, anak ingin pergi main basketball dan jalan-jalan ke mall bersama teman-temannya di akhir minggu, dan minta dihantar ke rumah temannya itu. Sedangkan anda juga ada rencana yang harus dilakukan, undangan pernikahan di malam hari yang harus dihadiri. Untuk memenuhi keperluan bersama, lakukan komunikasi untuk mencapai kesepakatan. Anda setuju untuk mengatarkan anak, namun si anak juga harus pulang tidak terlalu malam agar sudah di rumah sebelum anda pergi ke undangan pesta.

7. Belajar etika sosial dan penghargaan pada orang lain di sekeliling mereka

Bekali/ajari anak dengan sopan santun dan etika sosial. Anak mencerminkan kehidupan di rumah, jadi "pendidikan" terbaik dalam hal ini adalah pada orangtua, bagaimana mereka memperlakukan pasangannya, pembantu rumah tangga, dan orang-orang di luar rumah. Contohnya, saat di restoran, saat makanan datang, dahulukan orang yang lebih tua untuk mengambil makanan terlebih dahulu (kakek/nenek/orangtua), anak-anak jangan berisik atau berteriak di tempat umum karena bisa menggangu ketenangan orang lain. Saat ada yang mengirimkan hadiah ulang tahun, jangan lupa menelepon atau mengucapkan terima kasih. Saat mengunjungi teman atau bertamu, harus berpakaian rapi dan sopan, atau membawa sedikit buah tangan, apalagi bila diundang makan/pesta, hargai bantuan orang dengan rasa terima kasih dan jangan melupakan balas budi, hargai orang-orang di sekitar kita seperti cleaning service, pembantu dan lainnya dengan respek yang setara.

8. Belajar berkawan dan memiliki komunikasi yang baik

Seseorang yang terlalu pendiam dan penyendiri, malas berkawan akan merasa tersisih. Bentuklah anak menjadi peribadi yang ramah, riang, terbuka dan selalu memikirkan orang lain terlebih dahulu, toleransi terhadap perbezaan dan menjadi orang yang dapat dipercayai, mampu memaafkan dan rendah hati.




 

Tudung Di Akhir Zaman=Tudung Rahib Kristian=Tudung Wanita Moden

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua sebagai umat Islam..... kerana sekarang ini mmg ramai wanita sedar akan tuntutan menutup aurat tetapi berapa ramai yang melakukannya ikhlas kerana Allah swt dan tahu cara pemakaian tudung yg betul. Sebagai ibu bapa tanggungjawap kita amat berat dalam membentuk dan mendidik anak2 kita...jadikan mereka anak yg benar-benar tahu dan kenal akan Islam kerana hanya dengan berbekalkan iman dan takwa sahaja yg mampu menghindari mereka dari dakyah org kafir di sekeliling mereka yg akan cuba menyesatkan mereka dalam pelbagai cara. Moga anak2 kita akan menjadi insan yg soleh dan soleha.....insyaallah.


by Mohamad Zameer Bin Zailan on Sunday, September 26, 2010 at 9:55pm
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs342.ash2/62215_157445050941354_100000275796825_451510_3592789_n.jpgno


Inilah fesyen bertudung zaman sekarang yang anda banggakan/orang sekeliling anda banggakan!!!
Isu yang hendak fokuskan bukannya kepada wanita yang tidak menutup auratnya(tidak memakai tudung) kerana isu tersebut kita sudah pun tahu apakah hukuman di akhirat kelak kepada manusia yang tidak menutup aurat apatah lagi sengaja mendedahkan aurat TETAPI isu yang saya hendak kaitkan disini ialah ISU PEMAKAIAN Tudung Rahib Kristian=Tudung Di Akhir Zaman=Tudung Wanita Moden.

Sejarah pemakaian tudung ini sebenarnya bermula berkurun lamanya. Pada zaman Judeo-Kristian membuktikan pemakaian tudung yang biasanya dipakai oleh rahib wanita mereka.Cuba anda perhatikan pemakaian rahib wanita? Mereka memakai tudung tetapi tidak menutup dada, tetapi tudungnya labuh ke belakang. Oleh itu apabila  kedatangan Islam,setiap wanita diperintahkan Allah S.W.T untuk melabuhkan tudung kepala mereka menutupi bahagian dada. Melalui cara ini ia dapat dibezakan antara rahib wanita dan juga Wanita Islam yang terlalu istimewa pemakaian tudung. Menurut hadis yang diriwayatkan Bukhari, Aisyah radiallahuanha menceritakan kisah ketika Surah An Nur ayat 31 diturunkan di Madinah wanita mukmin Ansar dan Muhajirin terus melaksanakan perintah ini serta-merta tanpa banyak soal dengan mencari apa sahaja kain di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah perintahkan. Tanpa mempertikai apa-apa.
Hadis nabi :"barangsiapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia termasuk dari kalangan mereka" – riwayat Abu Daud.

RAMAI MASIH BELUM MENGETAHUINYA, JADI SAMPAIKANLAH KEPADA MEREKA...
Agenda Kafir Laknatullah untuk menyesatkan wanita Islam..
Adakah ini suatu kebetulan?Ini sememangnya agenda Kristian yang amat KURANG AJAR untuk menjahanamkan umat Islam..
Mungkin ramai di antara kita yang tidak mengetahuinya...sebar-sebarkanlah..
selamatkan wanita Islam..Allah..Allah..Allah,Lindungilah kami..
Wahai wanita, janganlah kamu memakai tudung yang dibutang/di pin di belakang sehingga menampakkan bentuk leher di hadapan..gayanya tak ubah seperti birawati Kristian Laknatullah... Jauhilah dari memakai sebegini...agenda kafir laknatullah itu sangat halus sehingga kita tidak sedar, ketahuilah wahai manusia sekalian...
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka meghentak kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (An-Nur:31).

Jom kita perhatikan beberapa kesalahan pemakai tudung hari ini... Suruhan ALLAH vs Ikutan Fesyen
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs010.ash2/33848_157445697607956_100000275796825_451514_6026822_n.jpg
Menampakkan bentuk leher dan sanggul yang tinggi seperti bonggol unta .

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs026.snc4/33675_157446144274578_100000275796825_451515_3208439_n.jpg
Tudung dipakai semata-mata kerana mengikut peredaran zaman atau fesyen. Bukan kerana ingin menutup aurat .

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs713.snc4/63297_157446210941238_100000275796825_451516_4953114_n.jpg
Tudung terlalu singkat dan tidak menutup dada sehingga menampakkan bentuk badan .

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs662.snc4/60265_157446284274564_100000275796825_451517_4285275_n.jpg
Tudung singkat dan menampakkan susuk tubuh..inilah fesyen tudung yang selalu dipakai hari ini..tudung sekadar menutup kepala dan rambut..tapi bentuk tubuh yg lainnya masih jelas kelihatan..

p/s:Pada awalnya terasa berat hati hendak menceritakan hal ini memandangkan masyarakat wanita di persekitaran kita sudah pun mengamalkan cara berpakaian tudung rahib kristian. Boleh dikatakan,ramai perempuan yang memakai seperti gambar di atas.Tetapi jika tidak bongkarkan rahsia ini,kita pula akan ditanya di akhirat nanti,adakah kita sudah menjalankan tanggungjawab kita iaitu SALING INGAT-MENGINGATI???
Namun setelah berfikir panjang,terasa memang patut kita dedahkan maklumat ini secara terbuka.
 Firman Allah s.w.t,“Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat.” (Surah asy-Syu‘ara’: 214)

Sebagai saudara sesama Islam dan prihatin kepada sahabat-sahabat dan kaum hawa(takut anda bakal menerima azab yang pedih kelak), saya terdetik di hati untuk menyebarkan isu ini yang semakin hari semakin dipandang ringan dalam masyarakat hari ini. Kita sudah dikelirukan antara fesyen dan suruhan Allah s.w.t.
Anda perlu ingat,selepas anda membaca semua ini,terpulanglah kepada anda kerana anda sudah dikurniakan akal dan boleh berfikir.Saya tidak boleh memaksa anda apatah lagi menolong anda pada hari perhitungan kelak.Ingatlah,Allah s.w.t menciptakan manusia,maka sudah tentu Allah s.w.t tahu mana yang baik untuk manusia dan mana yang buruk untuk manusia.
Anda juga harus ingat serta pandang pada sudut positif,isu pemakaian tudung ini bukan saya yang suruh,TETAPI ALLAH s.w.t yang suruh..Kehadiran saya tidak lain tidak bukan hanyalah penyampai peringatan,SALAM PERINGATAN…..

Kematian & Peringatan Untuk Kita Semua


Membicarakan perihal kematian akan membuatkan kita terdiam sejenak, kelu dan hilang kata-kata sewaktu rancak berbicara.

Sesiapa sahaja yang sedang asyik ketawa dan berbicara tentang perihal dunia maka pastinya akan terdiam atau sekurangnya merasa kurang enak apabila kita berbicara tentang kematian.

Kematian

"(Dialah) yang menjadikan mati dan hidup, agar Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun". (Al-Mulk: 2).
Cubalah berbicara tentang meninggal dunia, mengingati orang-orang sekeliling kita yang telah pergi mengadap Allah, jasad yang kaku, hilang segala-galanya hubungan dengan kehidupan.

Fikirkan pula tentang kubur, ruangan yang kecil, perlahan-lahan jasad diturunkan ke dalam lubang lalu ditimbus.

Gelap gelita, sempit sehingga sesak nafas, apa masih bernafaskah ? Ruangan yang gelap dan kehidupan yang tidak pasti apa akan berlaku seterusnya di hadapan. Kehidupan lalu di dunia semuanya terputus dan hilang tanpa ada upaya kembali walau sesaat untuk menguruskan apa yang belum sempat.

Tiada masa dan tidak akan ada peluang untuk membetulkan kembali kesalahan lalu, apakah masih berpeluang merangkak keluar dari kubur dengan jasad yang sudah tiada nyawa, tiada darah mengalir, badan yang sejuk kaku dan lama-lama membusuk ?

Masih berpeluangkah merangkak keluar dan kembali ke dunia dan kembali ke sisi keluarga untuk mengucup pipi ibu dan ayah bagi melepas rindu ? atau memeluk isteri barang sekali dua melepas rasa dendam kasih atau mencium anak-anak dan mengusap wajah dan kepala mereka sekejap cuma ?

Punyai waktu lagikah untuk menguruskan beberapa kerja yang tertangguh yang belum sempat disiapkan disebabkan datangnya malaikat mencabut nyawa dengan begitu cepat tanpa sempat membuat persediaan dan tanpa pemberitahuan ?

"Tiap-tiap umat memiliki ajal (batas waktu); maka apabila telah datang waktunya, mereka tidak akan dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat pula mempercepatkannya". (al-A’raaf: 34).
Kematian datang secara tiba-tiba dan tiada sesiapa dari kalangan manusia yang tidak terkejut dengan mati kecuali orang yang benar-benar beriman dan berjuang di jalan Allah yang mengharapkan kematian kerana Allah swt.

Kematian boleh berlaku dengan kemalangan, kecederaan atau sakit atau kadang-kadang tergempar dan tiba-tiba begitu sahaja. Maka hendaklah difahami bahawa tujuan hidup ini ialah beribadah dan melaksanakan satu misi khusus iaitu menjadi hamba dan beribadah kepada Allah swt sehingga mendapat redha-Nya dan memenuhi tanggungjawab kepada-Nya.

"Apakah manusia mengira, bahwa dia akan dibiarkan sia-sia?" (al-Qiyamah: 36)


Berkata Imam Syafi’i (ketika menafsirkan ayat ini): “Makna sia-sia adalah tanpa ada perintah, tanpa ada larangan.” (Tafsirul Quranul Karim, Ibnu Katsir, jilid 4, cet. Maktabah Darus Salam, 1413 H hal. 478) .

Ayat ini sudah dijawab oleh Allah swt dengan ayat yang lain apabila Allah menyebut : "Dan tidaklah aku ciptakan jin dan manusia, kecuali untuk beribadah kepada-Ku." (adz-Dzariyat: 56).

Penciptaan manusia ini sememangnya untuk beribadah dan menjalankan kewajipan kepada Allah swt tanpa mempedulikan apa pandangan manusia dan penghinaan yang diterima.

Seseorang yang akan mati maka tetap akan mati tetapi hendaklah berusaha mencapai kematian yang baik. Bagaimanakah kematian yang baik ? Apakah mati di atas tilam dalam pelukan isteri ? Mati di Mekah di dalam Ka'bah atau mati di dalam Masjid ? atau Mati di dalam loji najis atau mati di dalam Kereta kerana kemalangan atau di atas katil kerana sakit atau di atas jalan kerana ditembak oleh musuh Allah ??

Kematian yang baik ialah apa yang disebutkan oleh Allah swt di dalam kitab-Nya : "Hai orang-orang yang beriman bertaqwalah kalian kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa kepada-Nya dan janganlah kalian mati melainkan kalian mati dalam keadaan Islam". (Ali Imran: 102).Selama kematian itu dalam Islam dan kerana Islam maka tidakah mengapa keadaan mati itu kerana bukan cara mati itu baik digantung, ditembak, dibunuh, kemalangan itu yang menjadi perkiraan sebaliknya keadaan diri dan iman dan agama kita sewaktu mati itu yang menjadi nilaian Allah swt.

Oleh : Ustaz Emran



Tabah Menghadapi Fitnah

Salam semua sahabat......

"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar, niscaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan siapa menaati Allah dan Rasul Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar,” (QS. Al-Ahzab (33) : 70-71).


Sesungguhnya kita hidup di zaman yang penuh dengan fitnah. Fitnah berupa kekafiran, kemunafikan, ataupun kebid’ahan dan kemaksiatan. Satu fitnah belum selesai tiba-tiba datang fitnah yang baru. Sementara fitnah itu turun bagaikan derasnya curahan air hujan yang membasahi sudut-sudut pemukiman. Terkadang ia datang secara bergelombang bagaikan ombak lautan. Sehingga membuat kaum muslimin bagaikan sampah yang diseret oleh aliran air, tidak jelas arahnya. Terombang-ambing ke sana kemari. Ketika fitnah ini muncul di permukaan, hanya diketahui oleh segelintir manusia yaitu ahli ilmu, sedangkan kebanyakan manusia baru menyadarinya setelah fitnah itu berkecamuk dan membara di mana-mana.


Fitnah-fitnah itu muncul dari dua sumber utama yaitu dari godaan hawa nafsu dan kerancuan pemikiran alias syubhat. Fitnah yang pertama menyerang pada kekuatan hati manusia untuk konsisten di atas jalan yang lurus. Sedangkan fitnah yang kedua menyerang pada kekuatan hati manusia untuk terus mencari kebenaran yang sesungguhnya. Oleh sebab itulah, setiap muslim diajarkan untuk senantiasa berdoa kepada Allah pada setiap raka’at sholatnya, “Ya Allah, tunjukilah kepada kami jalan yang lurus.” Sedangkan hakikat jalan yang lurus itu adalah mengetahui kebenaran dan melaksanakannya (lihat Taisir al-Karim ar-Rahman, hal. 39). Dengan kata lain, kunci keberhasilan untuk mengatasi fitnah-fitnah yang ada adalah dengan mengendalikan dua buah kekuatan, yaitu kekuatan ilmiyah nazhariyah (ilmu dan pemahaman) dan kekuatan amaliyah iradiyah (amal dan tekad). Semakin sempurna kemampuan seseorang dalam menggunakan kedua kekuatan ini maka semakin sempurna pula kebahagiaan hidupnya (lihat al-Fawa’id, hal. 20). Dua hal ini tergabung di dalam sabar dan keyakinan, terjalin di dalam iman dan keistiqomahan.

Berpegangteguhlah dengan agamamu!
 
Anas bin Malik radhiyallahu’anhu meriwayatkan, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Akan tiba suatu masa ketika itu orang yang berpegang teguh dengan agamanya seperti halnya orang yang sedang menggenggam bara api.” (HR. Tirmidzi [2260] di dalam Kitab al-Fitan, disahihkan al-Albani dalam as-Shahihah [957]). Maka di saat-saat seperti sekarang ini ketika banyak orang yang tenggelam dalam pemuasan hawa nafsu tanpa mempedulikan rambu-rambu agama dan sebagian lagi terseret oleh arus pemikiran yang menyimpang dari jalan yang lurus, maka tidak selayaknya kaum muslimin ikut-ikutan hanyut di dalamnya.

Di antara jalan keluar dari berbagai macam fitnah yang ada ini adalah :
  1. Senantiasa bertakwa kepada Allah. Allah ta’ala berfirman (yang artinya), “Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah maka Allah akan berikan baginya jalan keluar.” (QS. at-Thalaq : 2). Allah ta’ala menjanjikan, “Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah maka Allah akan berikan baginya kemudahan dalam urusannya.” (QS. at-Thalaq : 4)
  2. Bertawakal kepada Allah. Allah ta’ala berfirman (yang artinya), “Barangsiapa yang bertawakal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupinya.” (QS. at-Thalaq : 3).
  3. Bersungguh-sungguh dalam mencari kebenaran. Allah ta’ala menjanjikan, “Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh di dalam mencari keridhoan Kami niscaya Kami akan tunjukkan kepadanya jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah bersama orang-orang yang berbuat baik.” (QS. al-Ankabut : 69).
  4. Membersihkan diri dari segala bentuk kesyirikan dan kezaliman. Allah ta’ala berfirman (yang artinya), “Orang-orang yang beriman dan tidak mencampuri keimanan mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapatkan keamanan dan mereka itulah orang yang mendapatkan petunjuk.” (QS. al-An’aam : 82)
  5. Patuh kepada syari’at Rasul dan tidak melenceng darinya. Allah ta’ala berfirman (yang artinya), “Hendaklah merasa takut orang-orang yang menyelisihi perintahnya, karena mereka akan tertimpa fitnah (penyimpangan) atau tertimpa azab yang sangat pedih.” (QS. an-Nuur : 63)
  6. Bertanya kepada ahli ilmu untuk mengatasi masalah umat. Allah ta’ala berfirman (yang artinya), “Maka bertanyalah kepada ahli ilmu jika kalian tidak mengetahui.” (QS. an-Nahl : 43)
  7. Kembali kepada bimbingan al-Qur’an dan as-Sunnah. Allah ta’ala berfirman (yang artinya), “Kemudian apabila kalian berselisih tentang sesuatu perkara maka kembalikanlah kepada Allah (al-Qur’an) dan Rasul (as-Sunnah), jika kalian benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhir. Hal itu lebih baik bagi kalian dan lebih bagus hasilnya.” (QS. an-Nisaa’ : 59)
  8. Senantiasa mengingat Allah dan mensyukuri nikmat-Nya. Allah ta’ala berfirman (yang artinya), “Maka ingatlah kalian kepada-Ku niscaya Aku pun akan mengingat kalian, dan bersyukurlah kepada-Ku jangan sekali-kali kalian ingkar.” (QS. al-Baqarah : 152)
  9. Menegakkan amar ma’ruf dan nahi munkar. Allah ta’ala berfirman (yang artinya), “Hendaknya ada sekelompok orang di antara kalian yang mengajak kepada kebaikan, menyeru kepada yang ma’ruf dan melarang dari yang mungkar. Mereka itulah orang-orang yang beruntung.” (QS. ali Imran : 104)
  10. Bertaubat dari segala kesalahan. Allah berfirman (yang artinya), “Bertaubatlah kalian semua wahai orang-orang yang beriman, supaya kalian menjadi orang-orang yang beruntung.” (QS. an-Nuur : 31)
  11. Mengikuti pemahaman para sahabat. Allah ta’ala berfirman (yang artinya), “Maka apabila mereka beriman sebagaimana apa yang kalian imani (sahabat) sungguh mereka telah mendapatkan hidayah.” (QS. al-Baqarah : 137)
  12. Senantiasa berdoa kepada Allah agar dibimbing menuju keridhoan-Nya. Di antara doa yang diajarkan kepada kita adalah ‘Rabbanaa laa tuzigh qulubana ba’da idz hadaitana, wa hablana min ladunka rahmah, innaka antal wahhab (Ya Allah, janganlah Engkau sesatkan hati kami setelah Engkau memberikan petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami kasih sayang dari sisi-Mu. Sesungguhnya Engkau lah Dzat Yang Maha Pemberi karunia) (lihat QS. Ali Imran : 8)
  13. Mendasari ucapan dan tindakan dengan ilmu. Allah ta’ala berfirman (yang artinya), “Dan janganlah kamu mengikuti apa-apa yang kamu tidak memiliki ilmu tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semua itu pasti akan diminta pertanggungjawabannya.” (QS. al-Isro’ : 36)
  14. Berhati-hati dalam menerima dan menyebarkan berita. Allah ta’ala berfirman (yang artinya), “Hai orang-orang yang beriman, apabila datang kepada kalian orang fasik dengan membawa berita maka telitilah terlebih dahulu kebenarannya…” (QS. al-Hujurat : 6)
Semoga tulisan yang ringkas ini bermanfaat, dan semoga Allah berkenan melimpahkan taufik-Nya kepada kita untuk istiqomah di atas jalan-Nya hingga ajal tiba. Wa shallallahu ‘ala Nabiyyina Muhammadin wa ‘ala alihi wa shahbihi wa sallam. Walhamdulillahi Rabbil ‘alamin.

Pokok-pokok Pendidikan Anak Menurut Islam

Saya ingin berkongsi artikel ini........ moga ianya bermanfaat dan dpt diamalkan oleh diri saya sendiri dan sahabat2 ya......


Pokok-pokok pendidikan terhadap anak berupa menanamkan tauhid atau iman yang mantap, berbuat baik pada orang tua dan memiliki rasa tanggung jawab terhadap perbuatan yang dilakukannya, Luqman, seorang ahli hikmah yang namanya diabadikan dalam Al-Qur'an juga menanamkan hal-hal penting lainnya dalam pendidikan terhadap anaknya sehingga sang anak menjadi anak yang shaleh. Allah memfirmankan nasihat Luqman kepada anaknya yang artinya:
"Hai anakku, dirikanlah shalat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang munkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah)" (QS 31:17).




EMPAT POKOK

Dari ayat di atas, sekurang-kurangnya, ada empat pokok pendidikan yang harus ditanamkan kepada anak.


Membiasakan Shalat


Memerintahkan anak-anak untuk melakukan dan membiasakan shalat merupakan sesuatu yang amat penting dalam kehidupan mereka, karenanya hal itu juga ditekankan oleh Nabi kita Muhammad Saw, di dalam suatu hadits beliau bersabda:
Suruhlah anak-anakmu mengerjakan shalat ketika mereka berumur tujuh tahun. Dan pukullah mereka jika tak mau mengerjakannya ketika mereka telah berumur sepuluh tahun (HR. Abu Daud).


Penegasan akan keharusan mendirikan shalat oleh setiap anak merupakan sesuatu yang sangat penting untuk dilakukan orang tua terhadap anaknya, hal ini karena shalat memiliki kedudukan yang sangat penting, yakni sebagai tiang agama yang bila seorang muslim meninggalkannya, sebagaimana bangunan tanpa tiang, maka bangunan itu akan hancur dan ini berarti bisa hancur juga keislaman dirinya bahkan dia bisa jatuh ke derajat orang-orang kafir dalam arti dia sudah seperti orang kafir karena orang kafir itu tidak shalat. Pengaruh shalat itu sendiri dalam kehidupan seorang muslim juga sangat besar, yakni dapat mencegah dirinya dari perbuatan keji dan munkar sebagaimana firman Allah yang artinya: "dan dirikanlah shalat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan munkar" (QS 29:45).


Dalam kaitan membiasakan anak untuk melakukan shalat, maka orang tua juga harus membiasakan anaknya untuk terbiasa juga melakukan shalat berjamaah di masjid bagi anaknya yang laki-laki, hal ini tidak hanya akan memperoleh pahala yang jauh lebih besar, tapi juga mengandung didikan kemasyarakatan yang yang sangat tinggi, mulai dari interaksi, perkenalan hingga nantinya merintis dan menjalin kerjasama dengan masyarakat muslim dalam hal-hal yang baik.


Oleh karena itu orang tua zaman sekarang juga harus menjadi seperti Luqman terhadap anaknya yang amat menekankan agar sang anak melakukan shalat, apalagi banyak sekali hikmah shalat yang amat memberikan pengaruh positif dalam kehidupan seorang muslim.


Melibatkan Anak Dalam Amar Ma'ruf.


Kebaikan merupakan sesuatu yang pasti diketahui oleh setiap orang, maka kebaikan itu disebut juga dengan ma'ruf yang artinya dikenal, namun karena manusia kadangkala terpengaruh atau didominasi oleh hawa nafsunya, meskipun dia tahu bahwa kebaikan atau yang ma'ruf itu harus dilakukan tetap saja tidak dilakukannya, makanya di dalam Islam ada perintah untuk melakukan apa yang disebut dengan amar ma'ruf (memerintahkan yang baik) kepada orang lain.Kalau Luqman menegaskan keharusan ini kepada anaknya, itu artinya ada pengaruh yang sangat positif dalam diri seseorang, paling tidak dengan memerintahkan kebaikan pada orang lain, kita yang memerintah akan memiliki beban mental akan keharusan kita melakukan kebaikan itu, apalagi bila kita menganjurkan orang lain untuk melakukan kebaikan itu sementara kita sendiri tidak melakukannya, maka Allah justeru akan memurkai kita, di dalam Al-Qur'an Allah berfirman yang artinya: "Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat. Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan" (QS 61:2-3).
Bila seorang anak dilibatkan dalam memerintahkan kebaikan, kepada orang lain, paling tidak dia akan mencintai kebaikan itu untuk kepentingan dirinya sendiri.


Melibatkan Anak Dalam Nahi Munkar.


Sesuatu yang bathil atau tidak benar sebenarnya tiap orang telah mengetahuinya, maka manusia pada dasarnya akan selalu mengingkari segala bentuk yang tidak benar, ini sebabnya yang tidak benar atau yang bathil itu disebut dengan munkar. Namun karena manusia seringkali dikuasai oleh hawa nafsunya, sesuatu yang mestinya diingkari malah dilakukannya. Oleh karena itu di dalam Islam ada perintah untuk melakukan nahi munkar (mencegah manusia dari kemungkinan melakukan kemunkaran) dan seorang anak harus dilibatkan dalam aktivitas nahi munkar itu, karena tugas adalah tugas setiap muslim yang sejak kecil seorang anak sudah diikutsertakan di dalamnya.


Dengan melakukan tugas nahi munkar, paling tidak seseorang membenci pada kemunkaran sehingga dia tidak akan melakukannya.Dalam melaksanakan tugas nahi munkar, seorang muslim harus melakukannya sesuai dengan kemampuan masing-masing meskipun hanya dengan hatinya yakni dengan do'a agar seseorang tidak melakukan kemunkaran atau dengan menanamkan rasa benci terhadap kemunkaran itu di dalam hatinya, mencegah kemunkaran dengan hati ini merupakan ukuran bagi selemah-lemahnya iman, Rasulullah Saw bersabda:
Barangsiapa melihat kemunkaran, hendaklah dia mencegah dengan tangannya, bila tidak mampu hendaklah dia mencegah dengan lisannya dan bila tidak mampu juga hendaknya dia mencegah dengan hatinya, itulah selemah-lemahnya iman (HR.Muslim).
Dengan amar ma'ruf dan nahi munkar, seorang muslim berarti telah memenuhi kriteria sebagai umat terbaik sebagaimana yang disebutkan Allah dalam Al-Qur'an yang artinya: "Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar dan beriman kepada Allah" (QS 3:110).


Menanamkan Kesabaran Atas Kesulitan Hidup.


Menjadi muslim yang baik, apalagi kalau terlibat dalam amar ma'ruf dan nahi munkar, tidak selalu bisa berjalan mulus dalam menjalani kehidupan ini dalam arti sangat mungkin adanya hambatan dan kesulitan-kesulitan hidup ini. Sejarah perjalanan umat manusia telah membuktikan kepada kita betapa banyak orang-orang yang melaksanakan amar ma'ruf dan nahi munkar harus menghadapi berbagai kesulitan dalam hidupnya, mulai dari kesulitan dalam hubungan dengan manausia, kesulitan ekonomi sampai kepada nyawa yang terancam.
Oleh karena itu sangat tepat apa yang dinasihatkan Luqman kepada anaknya agar sang anak sabar terhadap hal-hal yang menimpa dirinya sebagai konsekuensi dari keimanan dan pembuktiannya, khususnya dalam hal amar ma'ruf dan nahi munkar. Nasihat ini memang sangat penting agar seorang anak tidak putus dalam kesulitan hidupnya lalu menghalalkan segala cara untuk memperoleh sesuatu yang berarti telah meninggalkan prinsip yang diperjuangkannya dalam amar ma'ruf dan nahi munkar itu sendiri.
Manakala seseorang memiliki kesabaran dalam hidupnya, maka Allah akan selalu bersama dengannya, Allah berfirman yang artinya: "Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar" (QS 2:153).


Disamping itu, sabar juga menjadi salah satu kunci utama dalam mencapai keberhasilan dalam perjuangan menegakkan agama Allah di muka bumi ini, Allah berfirman yang artinya: "Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung" (QS 3:200).


Dari sini semakin kita sadari bahwa mendidik anak agar menjadi shaleh atau muslim yang sejati bukanlah sesuatu yang mudah, karena itu diperlukan perhatian yang besar dari orang tua terhadap anak-anaknya dalam proses pendidikan dan salah satu perhatian yang besar itu adalah dengan memberikan nasihat-nasihat yang padat makna sebagaimana yang dilakukan Luqman kepada anaknya, apalagi nasihat itu berangkat dari rasa kasih sayang yang dalam.


(dicopy dari Rumah Maya Abu Harits)
Drs. H. Ahmad Yani