Assalamualaikum....
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Kadang-kadang kita sebagai manusia, adakala tertanya-tanya kenapa Allah sering memberi ujian demi ujian kepada hamba-hambanya. Tanpa kita sedari kita telah mempersoalkan Allah atas sesuatu sebab atau ujian yang kita alami. Dan yang paling teruknya ada yang berkeluh kesah, dan ada pula yang terus berputus asa dengan Allah. ALLAH itu maha berkuasa .. DIA yang menentukan segala-galanya..sesuatu yang berlaku itu adalah takdir yang telah ditentukan oleh ALLAH untuk hambanya.. kita sebagai hamba perlulah redha,sabar serta bertawakal dengan setiap ujian itu .. dan berserah kepadaNya..
Kenapa ALLAH berikan ujian kepada hambaNya ?
Seandainya kita berfikir dengan hati yang jernih, bahawa ALLAH yang mencipta hamba-hambaNya, maka tanya pada diri kita semuka...... adakah kita layak untuk diujui oleh Pencipta kita. Jawapannya sudah pasti, Allah SWT berhak untuk beri ujian kepada makhluk ciptaanNya itu.. Ujian itu rahsia ALLAH.. ujian yang diberikan mungkin tidak sama.. ada yang berat untuk dilalui danada yang mudah untuk ditangani ujian itu..
Seberat-berat mana pun ujian yang ALLAH beri, ALLAH tidak akan berikan ujian yang melebihi kemampuan hambaNya itu.. Ujian yang diberi juga ,adalah tanda sayang dan kasih ALLAH pada hambanya..ALLAH itu maha penyayang.. :')
Tuhan sering menyembunyikan kemanisan di sebalik kepahitan agar kemanisan itu lebih indah.
Justeru, apabila ditimpa kesusahan yang menyempitkan, katakan pada hati, "insyaAllah selepas ini pasti ada kesenangan yang lebih melapangkan."
Sangka baik itu menenangkan hati walaupun keadaan mungkin tidak sebaik yang disangkakan.
Di sebalik setiap ujian, Tuhan mengajar kita: Hati yang tabah itu lebih indah dari hidup yang mudah.
Bersangka baiklah dengan Allah, dan bersangka baiklah dengan diri... itulah jalan ke arah ketenangan sejati.
~ustaz pahrol~