BENARKAH MATI ITU TERLALU SAKIT!
Assalamualaikum....
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Mati itu terlalu sakit.. Benarkah?
Ada riwayat mengatakan Rasulullah s.a.w. ada menyifatkan bahawa sakit mati itu seperti ditetak 300 bilah pedang.
Rasulullah s.a.w. sendiri mengalami demam panas dua minggu menjelang detik kewafatan baginda. Pada saat-saat akhir itu, rasulullah memasukkan tangan ke dalam bekas lalu diambil air dan disapukan ke mukanya serta dilurutkan sampai ke rambutnya lalu berdoa: " Ya Allah, bantulah aku dalam menghadapi ujian kematian ini, lunakkanlah aku di atas kematian ini wahai Tuhan. "
Doa rasulullah itu didengari oleh anaknya Fatimah. Fatimah menangis lalu berkata, " Wahai ayahanda-ku Rasulullah, masakan ayahanda seorang rasul merasakan kesakitan mati. " Nabi memegang tangan Fatimah lalu bersabda: " Wahai Fatimah, ini sahaja kesakitan buat ayah, selepas ini ayah tidak akan merasakan kesakitan lagi... "
Kesakitan mati itu berlainan bagi setiap orang. Kematian orang yang taat lain rasa-nya. Kematian orang yang derhaka juga lain rasa-nya. Rasulullah s.a.w. berkata kepada Barra' bin Azib yang bermaksud, " Wahai Barra', orang yang baik itu, waktu malaikat maut mencabut nyawa-nya, malaikat akan mencabut-nya dengan lunak sekali seperti air yang jatuh dari atas mengalir ke bawah. "
Walaubagaimanapun, sakitnya mati itu tetap terasa.
Proses mencabut nyawa bermula apabila malaikat maut berada di bahagian kepala dan akan mencabut nyawa dari bahagian ubun-ubun, direntap lalu bergegar tubuh. Pada waktu itu dari bahagian tumit ke bawah sudah tidak bernyawa lagi. Kemudian ditarik lagi dan ketika itu bahagian lutut ke bawah pula sudah tidak bernyawa. Dan begitulah seterus-nya. sampai nyawa di kerongkong dan ketika itulah pintu taubat ditutup (mengikut sesetengah pandangan ulama).
Apa-apa pun soal sama ada kematian itu menyakitkan atau tidak, maka ianya suatu persoalan yang agak sukar dijawab.. Jika kita baca kisah saat2 kewafatan Nabi s.a.w. maka jelas bahawa mati itu memang sakit.. sehingga baginda berpeluh di dahi.. namun, sakitnya kematian ini, hanya orang2 yg pernah mengalaminya saja yang dapat mengesahkannya..
Orang beriman insyaAllah akan mati dalam keadaan kurang sakitnya.. kerana saat2 kematiannya, malaikat datang membawa perkhabaran gembira untuk hidupnya di akhirat.. beliau akan rasa sangat seronok sampai tak terasa sakit kematian (mcm kisah wanita2 yang melihat Nabi Yusuf a.s. dan terpotong jari tanpa sedar.. sbb terlalu asyik dan seronok memandang wajah Nabi Yusuf a.s.)
Manakala org yg fasiq dan kufur akan merasai betapa sakitnya nak mati.. sbb akan datang malaikat yg mengkhabarkan balasan azab bagi mereka.. roh itu takut nak keluar, tapi direntap keluar..
Mcm orang yang nak ikut kita, kita pegang je tangannya dia akan ikut.. tak perlu tarik kuat2.. tapi kalau dia tak nak ikut, kita tarik kuat2, maka dia akan terasa sakitnya.. begitulah juga mcm roh yg nak keluar daripada jasad.. roh org beriman akan keluar dengan lancar dan lembut.. manakala roh orang kafir dan fasiq akan tertarik2 untuk keluar dan sangat sakit..
Bila dah sampai hari pembalasan, setiap orang akan dihisab akan amalnya.. jika kebaikannya lebih banyak daripada keburukan, maka beliau akan masuk syurga.. kalau keburukan dan dosa lebih banyak daripada pahala, maka beliau akan dimasukkan dulu ke dalam neraka.. kemudian baru dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam syurga. Hisab ini akan dilakukan dengan teliti, hatta amalan (baik atau buruk) sebesar zarrah (mcm biji sawi / atom) pun akan dikira..
Saya ada terbaca artikel berkenaan kematian sebenarnya tidak menyakitkan! sila baca di sini. Satu perkara yang boleh kita fikir dan hadamkan sebaik-baiknya...
Wallahualam.