Benarkah manusia itu "Manusia"?
Assalamualaikum.....
Perkongsian ku hari ini....telah lama ingin ku nukilkn dalam blog ku ini. Tapi masa seperti terlalu pantas berlalu dan membuat aku terlepas byk masa untuk mengisi blog yg semakin bersawang dan dilupai. Adakah mmg masa bergerak pantas atau aku sendiri yg tidak pandai menepati masa. Apa-apa pun, nukilan ini hanya sebuah sentuhan fikir dan rasa diri aku sahaja. Ada banyak perkara yg menjadi tanda tanya dalam hidup ku ini di suatu masa dahulu, namun kini aku dah jumpa apa yg aku inginkan, cuma ketika ini aku sekadar melontarkan pertanyaan ini kepada manusia lain, yang mungkin juga pernah berfikiran sama seperti ku.
Dalam melalui kehidupan ini...pada masa bila kah kita benar-benar faham apakah yang telah dan sedang kita lalui...Pernah kah ada terlintas di fikiran beberapa pertanyaan....
Untuk apa kita hidup?
Apakah yg ingin kita capai dalam hidup?
Apakah kita sedar dan faham apa itu hidup?
Di manakah asas hidup kita?
Benarkah kita ini digelarkan manusia?
Siapa yg memberi gelaran tersebut?
Siapakah "manusia" yg menamakannya?
Banyak lagi persoalan yg tidak terjawap...dari semasa ke semasa manusia akn melupakan dan mencari jalan mudah...aaahhhh...utk apa difikirkan semua itu...kita hidup sekarang jadi fikir sekarang sahaja lah.... Ya sy pernah terfikir begitu jgk satu masa dahulu....😊
Pernah tak persoalan itu kita tanya pada ibu bapa atau orang terdekat dengan kita...atau tidak pun pernah kah persoalan itu kita tanyakan pada diri kita sendiri? Adakah kita dapat jawapan bagi setiap persoalan kita? Bagaimanakah bentuk hidup yg kita inginkan? Di mana kita letakkan hidup ini dalam kehidupan kita ini? Nafas yg dihela adakah ianya sekadar nafas sahaja? Di mana letak puncanya nafas itu?
Wahh terlalu banyak persoalan di sekitar hidup sebagai manusia? Manusia yg kita tak tahu pasti apakah "aku manusia"???
Secara dasarnya kita tahu kita sebagai manusia bila mana akal sudah mula faham kita ini manusia. Di kala usia kita bayi kita tidak tahu yg kita ni manusia kan? Sbb kita tidak diberi akal@ pengetahuan yg jelas lagi. Menjelang usia kita dewasa baru kita tahu bahawa kita manusia itu pun selepas kita melihat di sekitaran kita.....mendengar kata dari orang lain atau sekitaran kita bahawa kita manusia..jadi tanpa sedar kita terus menyatakan bahawa kita adalah manusia...kan...
Itulah moment ketika kita mengenali diri kita adalah manusia. Selepas itu kita hanya hidup sebagai manusia yg diberi pengetahuan melalui seluruh pancaindera yang ada di diri kita. Kita mengenal segala apa bentuk situasi yg berlaku di sekeliling kita. Kita membuat andaian, sangkaan, keputusan, ramalan, agakkan dan akhirnya rumusan melalui pancaindera yg kita ada. Selepas itu bermula lah diri kita sebagai manusia utk menjalani hidup terus ke hadapan dengan segala sifat manusia, disulami hawa nafsu, dan pelbagai rasa tanpa kita menoleh sejenak siapakah diri kita ini sebelum dikenali sebagai MANUSIA?
Pendek kata..... Kita akhirnya mengikut jalan atau arus yg di paparkan dihadapan kita, dan membawa kita kepada jalan yg kita akhirnya pilih...lurus atau bengkak bengkok, syurga atau neraka, dosa atau pahala?
Apabila kita lahir dalam keluarga Islam...maka islam lah kita
Bila kita lahir dalam keluarga Hindu...maka hindulah kita
Bila kita lahir dalam keluarga Hindu...maka hindulah kita
Bila kita lahir dalam keluarga Kristian...maka kristian lah kita...
Jadi di mana diri kita? Adakah ketika itu kita dapat memilih? Adakah bila mana kita berada di dlm Islam, Kristian, Hindu dan lain-lain, menjadi tanda aras kita berada di jalan yg benar/hidup sebenar? Adakah itu sebenarnya hidup kita sebagai manusia? Berada di atas satu-satu agama, adakah menjadikan kita lebih hebat dari satu agama kepada satu agama yg lain? Adakah itu tujuan hidup kita? Untuk memperbandingkan agama dengan agama yg lain?
Di selak semula cerita Adam dan Hawa....adakah mereka datang bersama dengan agama? Apakah agama mereka? Semua manusia berasal dari cerita Adam dan Hawa? Setiap agama ada cerita adam dan hawanya? Bagaimana kita pastikan cerita mana yg bermula dahulu? Cerita mana yg benar dan salah? Cerita mana yg kita yakini dan cerita mana yg kita percayai?
Siapakah pembawa agama? Ibrahim dengan agama Hanif nya, tapi cerita baginda selepas Adam dan Hawa. Jadi Adam tiada agama kah? Sedangkan sejarah manusia secara asasnya adalah dari "bonda dan ayahanda" yg sama, Adam dan Hawa.
Jadi, agama manakah yg sebenarnya agama? Kerana semua agama membawa versi yg sama pengajaran kepada kebaikan, syurga neraka, dosa pahala, kitab, ikon, tasbih, pakaian khas, dan tempat ibadat. Dan kalau diselusuri lagi semua agama membawa mesej dari para Nabi/ikon. Semua itu diceritakan dlm kitab. Terdapat 4 kitab yg mashyur semua agama tahu...Kitab Taurat, Zabur, Injil, dan Al Quran ini disebut dalam agama Islam. Semua kitab ini siapakah yg menulisnya dan menerimanya? Pastikah tiada tokok tambah di dalamnya? Bagaimanakah kita ingin mengungkapkan kebenaran semua perkara di atas?
Yg pasti rujukan kita adalah Al-Quran dan Al Sunnah. Dan keduanya di bawa dan diulang kata, diulang siarkan oleh para ulama'. Persoalannya kenapa di dalam hadis, Rasul saw bersabda yang maksudnya:
“Ada 2 golongan di kalangan manusia. Kalau 2 golongan itu baik maka baiklah semua manusia, kalau 2 golongan itu jahat maka jahatlah manusia; iaitu para ulama dan pemimpin”. Jadi persolannya, bagaimana kita nk sahihkan yg ulama' itu baik atau jahat? Nak tanya siapa lagi? Ulama' atas ulama'? Sedangkan sangat jelas sekali diberitahu oleh baginda Rasul SAW yg mana ada 2 golongan yg dpt membentuk hampir semua umat manusia ke arah baik dan jahat, iaitu Ulama' dan Pemimpin. Dan persoalan lagi, di dalam hadis Nabi juga terdapat hadis dhaif dan palsu, bagaimana kita nak sahih kan yg kita tahu hadis itu dhoif atau palsu? Semua hadis yg kita dengar dari kecil hingga dewasa adalah dari kitab yg ditulis oleh manusia yg digelar "pakar" ulama', habib, ustaz, ustazah dan mcm2 lagi gelaran....tapi akhirnya kita tahu semuanya dari manusia yg mengambil cerita dari mulut ke mulut, buku ke buku, kitab ke kitab....Jadi bagaimana kita sebagai manusia awam yg tiada "kepakaran" ini dapat membuktikan semua yg kita dengar, atau tahu itu benar? Sedangkan dalam Islam itu sendiri wujud 4 mazhab yg besar dan pelbagai pecahan aliran dan kefahaman lagi....akhirnya generasi terkemudian mendapat berita yg banyak palsu dari yg benarnya. Jadi di manakah diri kita sebagai manusia dalam mencari kebenaran itu? Masih bergantung kepada orang lain? Ulama', Habib, Kiyai, Ustaz, Ustazah, atau pendakwah yg ramai seperti cendawan tumbuh selepas hujan.
Masihkah mahu bergantung kepada manusia juga atau bergantung kepada Tuhan? Namun adakah kita mengenal siapa itu Tuhan utk kita meletakkan pergantungan kita semata-mata kepadaNya?
Baik...sy tinggalkan persoalan tersebut utk sama-sama kita berfikir. Hidup bkn semata hidup tapi hidup ada tujuannya. Jadilah manusia yg ada jati diri sebagai manusia...kalau mmg benarlah kita ini manusia!
Teruslah hidup mencari hingga berjumpa "diri" sejati
Carilah diri mursyid yang utama,
Yang sebenar makrifah boleh dibawa,
Seperti badan dengannya nyawa,
Dunia akhiran bersama-sama.