F

MENCARI DIRI. Nak cari apa?

Assalamualaikum..... semoga keceriaan bersama anda...bahagia selalu melayari nikmat hidup....

Mari kita sama berfikir.... Berfikir itu nikmat....💚
Apabila lahir sahaja manusia ke dunia ini....mereka ibarat kain putih. Putih seputihnya. Tiada calitan dan warna di atasnya. Indah kah? Siapakah yg menentu hitam putihnya kain tersebut@ fikir dalam konteks kehidupan manusiawi atau anda boleh berfikir dalam apa jua konteks kehidupan yg nyata.

Siapa yg bisa mewarnakannya? 
Siapa yg akan melorekkan keindahan atau kecacatan di atasnya?
Adakah lorekan dan warna yg dicalit itu cantik atau buruk? Siapakah yg dapat menyatakan yg cantik itu cantik dan buruk itu buruk?
Adakah yg tidak berwarna itu indah?
Adakah yg berwarna itu indah?
Siapakah yg dpt menentukan semua itu indah?

Mengimbau semula kelahiran bayi keluar dari rahim seorang wanita....bayi itu tidak tahu apa pun, siapa dan di mana dia berada pada ketika itu? Lahirnya bayi bersama tangisan, yg org di sekeliling merasakan begitu terhibur dan bahagia terutama wanita yg melahirkannya, namun tangisan ini boleh diungkap dengan 2 makna...tangisan gembira dan tangisan kesedihan@perpisahan. Yang mana satu ungkapan yg sesuai dengan kelahiran seorang bayi itu. 

Adakah kelahiran tersebut membawa seribu makna atau membawa derita?
Siapa yg akan menentukannya?

Umum tahu.... lahirnya manusia semua telah ditentukan, keluarga, nama, keturunan,  rezeki, jodoh, dan ajal. Semuanya seperti tidak perlu difikirkan lagi...kerana semuanya telah ditentukan oleh Tuhan, kata kebanyakan manusia! 

BAYI itu tidak mampu memilih kerana ianya telah ditentukan oleh Tuhan dan org di sekeliling. 
Pabila mula petah berkata....ditentukan dengan peraturan yg dibuat oleh manusia di sekeliling.
Pabila boleh membaca ada kitab perlu dihafal dan dihadam....
Pabila mula boleh berfikir.... manusia meneruskan apa yg telah ditentukan...sehingga akhirnya masuk ke liang lahad juga tidak mampu berbuat apa-apa kerana semua telah ada skrip yg perlu diikuti dan dijalani. Ingkar bermakna mungkar!

Di manakah letaknya diri kita sebagai manusia....
Apakah dengan mengikut apa yg ditentukan itu adalah benar?
Adakah dengan semata menjalani apa yg telah diaturkan itu kebenarannya?
Apakah hidup semata-mata mengikut dan mengiyakan apa yg org terdahulu sampaikan pada kita?
Di manakah diri kita dalam menjalani kehidupan ini?
Di atur atau bebas menentukan cara hidup?
Adakah bila diatur kita nampak baik?
Adakah bila kita bebas kita nampak jahat?
Adakah sempurna itu mmg sempurna?
Adakah jahat itu mmg jahat?
Di manakah kita?

Kita diajar utk berserah diri kepada Tuhan dengan menyerahkan segala sesuatu sesuai dengan keinginan dan kehendak-Nya. Kerana tidak ada yang memahami manusia melebihi Sang Pencipta.

Namun mari kita selusuri semula kelahiran manusia.......Hidup bebas atau hidup diaturkan?

Semasa lahir tak tahu apa-apa.... tak tahu benar itu benar, salah itu salah....
Bila dah dewasa juga kita tidak mencari kebenaran atau ambil tahu...cukup sekadar meneruskan apa yg kita tahu tanpa perlu ambil tahu lagi....
Usia menganjak tua masih terlena juga.....
Pabila ajal menjemput, masih juga tak tahu apa-apa
Kerana semua kita sandarkan kepada org lain dalam menentukan apa yg kita nk jadi dan apa yg kita boleh buat demi sebuah kehidupan.
Dari awal hidup kita sandarkan semuanya pada manusia di keliling kita....
Hidup bersandarkan kepada ibu bapa/ org sekeliling, - hakikatnya nmpk di depan mata
Hidup bersandarkan kepada guru/pendidik - juga nampak di depan mata
Hidup bersandarkan kepada kitab/buku-buku tulisan manusia - bisa disentuh dan dibaca
Hidup bersandarkan kata-kata pakar - nampak hakikat wujudnya.
dan;

Asas Agama adalah Penyerahan Diri Secara Mutlak kepada Sang Pencipta.
Tidak dapat diragukan lagi bahawa setiap manusia memiliki kebebasan untuk berfikir dan memilih untuk kehidupan peribadinya. Tidak layak bagi kita untuk tunduk dan menyerahkan diri kepada orang lain, kerana kita adalah sama sesama manusia. Dan sehebat apapun manusia itu, masih boleh melakukan kesalahan. 

Manusia membuat penyerahan hidup hanya kepada  TUHAN semata-mata, jgn mensyirikan @ menduakan Tuhan.......... tetapi berapa kerat di kalangan manusia yg kenal TUHAN, wujudnya Tuhan atau semuanya melalui sangkaan semata-mata.

Manusia beramal dengan apa yg diperintahkan, diatur atau dicaturkan  melalui perantara tidak kira lah siapa dan apakah perantara tersebut... mgkn dari ulama', pendakwah, kitab, dan org awam. Apatah lagi semua perintah dan larangan disiapkan demi kebaikan manusia, kononnya. Tetapi, tidak ada sedikitpun manfaat yang kembali pada Tuhan...kan???
Lalu apakah layak seorang manusia beramal, meminta, memohon kepada tuhan tanpa manusia itu kenal siapa itu tuhan? Adakah manusia itu tidak layak utk menentukan pilihannya dengan tangannya sendiri? Ataukah dia akan patuh pada TUHAN yang paling mengenal kebaikan bagi dirinya namun dia tidak kenal siapa TUHAN yg cukup kenal akn dirinya! 

Ibarat memohon kepada sesuatu tanpa tahu sesuatu itu apa dan siapa?
Adakah "sesuatu" itu akan penuhi permohonan itu?
Adakah layak memohon sesuatu kepada "sesuatu yg kita tak tahu asal muassalnya?
Tertunai kah permohonan itu?
Secara mudahnya...apabila kita memohon pasti ada 2 entiti yg melakukannya...
si Pemohon dan si Penerima Permohonan?
"Manusia" yg memohon
"Sesuatu" yg menerima permohonan
2 entiti terlibat..... sedangkan kita diajar utk tidak memohon kepada sesuatu melainkan HANYA kepada Tuhan sekalian alam.

Maka kenalkah  kita siapa TUHAN sekalian alam itu?
Adakah dlm fikiran kita menyangka Tuhan dengan sangkaan semata-mata? Dengan gambaran yg kita perolehi datanya dari perantara-perantara yg kita kenal wujudnya....
Tanpa kita tahu @saksikan siapa Tuhan yg selayaknya.
Selagi mana kita tidak TAHU@saksikan...maka kita hidup dalam sangkaan semata-mata. Kita menyangka Tuhan begini, Tuhan begitu dan akhirnya kita merumuskan ianya ada dlm hati sedangkan Tuhan tidak bertempat! Ia ada di mana-mana, tidak terbatas oleh ruang dan waktu. 

Fikirkan lebih jauh lagi...jgn biarkan kabut menyelubungi diri!
Ilmu itu cahaya hidayah, memancar ke luar melahirkan 'amal', memancar ke dlm melahirkan ‘iman'.
Carilah AKU (Tuhan) di dalam AKU (Insan)...
Aku (INSAN) berlindung di balik terang (Tuhan)...
Kenali Tuhan mu, maka berjalan lah hidup mu dengan bebas.... dengan sendirinya...


0 Responses