F

Bayi dan Air Sejuk????

Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Semalam terbaca satu artikel dari blog Dr. Zubaidi... agak terkejut jugak membacanya kerana saya sendiri mandikan anak2 dgn air sejuk seawal usia dua minggu. Malah arwah mak saya juga kata.... mandikan ank dengan air sejuk dapat menguatkan tulang, badan anak tegap.... Alhamdulillah anak2 saya tiada bermasalah pun.... walaupun saya mandikan dgn air sejuk tapi mandi lewat sikit dalam jam 9.00 pagi...   dan semasa memandikan bayi tu mulakan dari kaki, tangan dan seterusnya seluruh badan... kepala mandikan akhir sekali. Tu petua org2 tua. Mana yg baik ikut, yg buruk jadikan sempadan.Happy 1

Saya kongsikan artikelnya di sini......

“Assalamualaikum, doctor. Merujuk pada posting doctor sebelum ini, saya ingin bertanya. Anak jiran saya berusia 4 bulan telah meninggal dunia bulan lepas. Doktor memberitahu jiran saya berkemungkinan disebabkan pengasuh memandikan anak jiran saya dengan air sejuk. Benarkan memandikan bayi dengan air sejuk boleh menyebabkan kematian?”

Wa alaikum mus salam.

Saya bersimpati dengan jiran puan dan mendoakan agar anaknya di tempatkan di syurga kelak.

Memandikan bayi kelihatannya mudah tetapi ia harus berhati-hati terutama jika bayi berusia enam bulan ke bawah.

Ini disebabkan oleh kesan suhu air boleh menyebabkan kematian pada bayi. Waktu memandikan bayi tidak berapa penting, malah boleh memandikan bayi waktu malam, asalkan menggunakan air yang suam.

Bayi yang usia enam bulan ke bawah, sebaiknya dimandikan menggunakan air hangat, karena air dingin bisa membuat bayi mengalami hipotermia.

Hipotermia adalah keadaan di mana suhu tubuh yang menurun secara mengejut kerana lapisan kulit bayi yang masih terlampau tipis.

Hipotermia pada bayi, biasanya membuat bayi lupa cara bernapas dan berbahaya kepada bayi.

Sebaiknya bayi di bawah usia enam bulan ke bawah dimandikan dengan air bersuhu antara 29-30 derjah celsius, karena suhu itu dianggap cukup hangat dan selesa bagi kulit dan paru-paru bayi.

Wallahu a’lam.

0 Responses

Sahabat2ku.......