Bawang oh bawang!
Assalamualaikum....
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Semalam saya dapat artikel ni dlm whatsapp... actually dulu2 pun dh dapat artikel pasal bawang ni.....cuma tak sgt nak ambil peduli... tapi bila tgk artikel mcm ni bertebaran di internet terpanggil juga saya nak share.... namun apa pun saya berpendapat artikel sebegini sebelum kita percaya kita kaji dulu.... baik buruknya...yg buat saya tak faham benda2 macam ni pun boleh jadi bahan untuk difitnah..... eh... sesuai ke perkataan tu... apa2 pun bila baca sesuatu artikel kita berfikir sejenak dan kemudian barulah kita nak percaya ke tidak.....
Pendapat saya bawang ni asal usul dr dalam tanah.... lagi pun lebih banyak bakteria dalam tanah tu.... makanya bawang mmg dah semulajadi ada bahan pelindung bakteria yg Allah ciptakan utk bawang tersebut..... bawang bukanlah agen "magnet bakteria" seperti yg disebarkan. Dan juga bawang kalau dah dipotong, jgnlah disimpan berminggu2 lamanya... dan simpan di dalam bekas yg bersih....semua makanan yg disimpan pun pasti ada jangka hayatnya, bawang pun macam tu jgk...
Alhamdulillah... saya google, dpt lah artikel yg boleh menjawap persoalan bawang ni......... Moga bermanfaat.
Soalan : Bahaya tak kalau simpan lebihan bawang yang telah dipotong? Dengar cerita, bawang yang telah dipotong adalah "magnet" bakteria!
Jawapan : PALSU. Bawang yang telah dipotong dan disimpan adalah selamat untuk dimakan, selagi kaedah memotong dan penyimpanan adalah bersih.
Dakwaan kononnya bawang menjadi magnet bakteria toksik apabila disimpan semalaman adalah tidak benar. Apabila bawang dipotong, ia mengeluarkan enzim yang menghasilkan asid sulfurik, berpotensi untuk merencatkan pertumbuhan kuman.
Bawang memang boleh tercemar, itu pun jika kita memotongnya di atas papan pemotong yang kotor atau disimpan di dalam bekas yang kotor. Semua makanan pun akan tercemar sama jika kita tak kendalikannya dengan betul, jadi ia bukan masalah yang disandarkan kepada bawang semata-mata.
Dari manakah mitos bawang "magnet bakteria" ini wujud. Pada tahun 1500an dahulu, bawang dikatakan boleh "menyerap" kuman wabak penyakit Bubonic (sila search Black Death di Google) yang telah menular di Eropah pada masa itu. Sebenarnya, bawang tidak berupaya menyerap apa-apa kuman pun. Ia kekal menjadi mitos.
Jangan tertipu dengan mitos berusia lebih 500 tahun!
Nak tahu lebih detail lagi baca DI SINI