F

Bahagiakah Anda?

Salam ceria sahabat pembaca, 
Semoga dilimpahi segala kebahagiaan dan limpahan nikmat kehidupan, serta  indah bersama insan-insan yg disayangi!



Nikmat ketenangan dan kebahagiaan selalunya ketika kita berada bersama seseorang. Berada dalam linkungan insan yg memberi dan mengungkapkan kata utk membuat kita gembira. 

Nikmatnya dirasai sgt panjang dan mampu membuat kita tersenyum panjang. Puas di dlm hati seandainya nikmat tenang dan bahagia bersamaan dengan org yg tersayang. Siapa? Adakah insan tersebut seseorang yg anda namakan sebagai, keluarga, teman, dan pasangan anda. Mampukah mereka semua ini memberi kebahagiaan sejati kepada anda?


Pasangan? Adakah mereka insan yg tepat memberikan bahagia pada anda? Berapa ramai pulak pasangan yg mengundang derita? Menumpahkan air mata? 

Teman? Adakah teman anda sentiasa memberi bahagia pada anda? Pada ketika suka dan duka anda? Kalau ada beruntunglah anda, namun berapa ramai pula yg di "tikam belakang" dek teman sendiri. Teman yg membuat anda sakit hati, derita dan stress....

Ibu, bapa, dan adik beradik? Adakah mereka ini insan yg dpt memberi bahagia sepenuhnya pada anda? Adakah mereka ini membuat hati anda tenang dan bahagia? Berapa ramai pula yg bertikam lidah dengan adik beradik, bermasam muka dengan ibu dan bapa? Ada  dikalangan mereka membuat hati anda sedih, terluka dan turut berdukacita atas pelbagai sebab. Adakah mereka itu yg dpt memberi bahagia? Jadi siapakah insan itu?

Secara dasarnya,bahagia ini subjektif. Bahagia pada kita mgkn tidak pada org lain...tapi yg pasti semua orang inginkan kebahagiaan. Ada yg tak nak bahagia ke?๐Ÿ˜ 
Apakah ukuran bahagia? Tiada nilai untuk dinilaikan pada kebahagiaan kerana orang yang wangnya banyak juga tidak menjanjikan dia bahagia.. Org yg sihat tubuh badannya pun berasa tidak bahagia, entah apa juga yg buat mereka tidak bahagia dan sunyi. Yg ada teman di samping pun, ketika bersama masih talipon bimbit jadi temanan.Kau kau, aku aku juga! 

Berapa ramai yg ada semua kekayaan dan kekuasaan, berjawatan tinggi tapi tiada kebahagiaan jua. Mencari bahagia bukan seperti mencari duit, kerja hujung bulan dapat gaji! Kebahagiaan bukanlah kekayaan dengan banyaknya harta benda, ramainya kawan, tinggi jawatan, tingginya darjat keturunan tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati.

Kaya hati dengan semua sikap sebaik-baik INSAN! Bukan seperti manusia yg bersifat binatang yang hanya bertujuan mencari kesenangan dan nafsu syahwat semata-mata. 

Selagi mana kita dapat memahami dan  menghargai maksud bahagia itu maka kita akn dapat bahagia itu! Apabila anda hargai dan faham...maka yg lain-lain perkara akan mengikut dengan sendirinya....

Keluarga, teman, harta dan wang ringgit itu semua adalah sebahagian proses utk bahagia.... tapi hati yg damai dan ikhlas adalah penawar asli utk berasa bahagia itu.
Saat naik ke puncak gunung ada masanya kita turun, saat pergi ada masanya kita pulang, saat bertemu ada masanya kita berpisah. Pada akhirnya kita sedar bahwa semua ada masanya. Bahagia hanya akan hadir dan kekal selagi mana kita ikhlas dan bersyukur dalam merasai nikmat bahagia itu di dlm hati!

3 Cara Sederhana Menikmati Hidup Bahagia:-
  • Mensyukuri akan perkara-perkara yg kecil
  • Meluangkan Waktu dengan keluarga
  • Menikmati Momen Tanpa Gangguan Teknologi - kalau nk citer bab teknologi/gadget masa kini mmg satu topik panjang tapi ada mata lihat, ada telinga dengar lah apa yg terjadi di sekeliling kita, ramai seperti duduk bersama tapi semua dlm dunia masing-masing dek kerana teknology/ gadget ini. 
Apa-apa pun semoga perkongsian ini membuka mata hati kita. Nikmati lah hidup ini dengan segala apa jua yg ada di hadapan kita, walaupun dengan segala ujian yg dtg menimpa diri. Semua ujian itu adalah sebahagian dari kisah hidup kita. Jangan berdukacita hanya kerana diuji dengan pelbagai ujian. Hidup ini tanpa ujian - indah dan dengan ujian juga indah!๐Ÿ’“


Brainwash...cuci otak?

Salam ceria sahabat pembaca....

Pernah tak dalam hidup anda, anda rasa ketakutan menyelubungi diri....takut sangat tetapi tak tahu apa yg ditakutkan.......semua perkara takut, contoh takut melakukan sesuatu yg bertentangan dari kebanyakan orang, takut kepada dosa...takut buat sesuatu nnt masuk neraka....takut kalau tak buat itu dan ini akan dapat begitu begini....Pernah tak?

Perasaan yg sangat ketakutan tetapi tak tahu apa yg ditakutkan....
Adakah bila aku buat ni nnt akan jadi begini....



Apabila aku buat itu akan jadi begitu...
Serba tak kene jadinya...
Akhirnya kita duduk di dlm keadaan menurut apa yg majoriti kata/fikir...
Majoriti manusia yg mempunya sokongan dan kuasa...
Kita ikut saje tanpa perlu fikir panjang...
Kalau ramai yg setuju dan ikut bermakna itu lah jalan/ cara utk kita lalui,
Walaupun  majoriti belum tentu ianya benar atau salah. Tetapi secara dasar apabila mendapat sokongan majoriti maka benarlah katanya....itu apa yg umum fikirkan..

Dari kecil kita ditakutkan dengan pelbagai perkara. Mak bapak kita akn takutkan kita dengan ada "hantu" kalau kita balik atau bermain sehingga waktu senja. Kalau kita tak rajin bersekolah kita tak jadi org pandai nnt tak dpt keje besar...hidup akan susah melarat. Dah besar kita ditakutkan dengan pelbagai ketakutan tentang perkara duniawi...

Sedari kecil lagi kita dah di "brainwash". Kita kene belajar rajin²  nnt besar boleh masuk Universiti, dpt keje bagus, gaji besar hidup senang. Tapi pernah tak kita tanya pd diri apa tujuan hidup kita.. Adakah apa yg kita dgr itu adalah tujuan hidup kita yg sebenarnya. 

Kita kejar dunia siang malam, kita fikir duit boleh selesai segalanya. Tak ada duit tak boleh hidup, tapi kita tetap rasa masih kosong dlm diri. Kosong sgt. Ramai dari kita belajar agama hanya sekadar berasa itu adalah tanggungjawap tapi bukan nak kenal apa itu agama. Apa itu tuhan? Belajar agama sekadar ikut-ikutan sahaja. Di sekolah sekadar sebatas itu sebahagian dari silibus di sekolah. Tauhid hanya jadi sekadar teori, sedangkan itu asas hidup dan tujuan kita lahir ke dunia ini. Kita lupa tujuan hidup kita lahir utk apa? Adakah utk kejar kenikmatan hidup semata, menjadi hamba kepada kekayaan dan kuasa. Menjadi hamba kepada sebuah sistem dunia...yg mana sistem itu dibuat oleh manusia jua.  Hidup bkn sekadar tentang keje bagus dan hidup mewah tetapi tentang jiwa yg kenal Tuhan. Hanya jiwa yg kenal tuhan akn tenang dan kembali kepada ketenangan sejati.

Pernah tak kita terfikir, yg diri kita ni adalah mangsa bagi sebuah sistem? Berapa ramai yg pernah terfikir akan perkara itu? Hidup kita dari kecil hingga masuk ke liang lahad telah diskripkan...kita hanya ikut tanpa perlu nak fikir panjang. Kita menjadi org yg menurut apa yg telah ada dalam sistem. Dalam beragama berapa kerat dari kita yg pernah bertanya, Apakah itu agama? Kenapa aku berada dlm agama ini? 

Kalau kita berckp dlm konteks Islam sebagai contoh,.... berapa kerat yg bertanya apakah itu Rukun Islam dan Rukun Iman? Aku yakin ramai tahu kalau ditanya apakah itu Rukun Iman dan Rukun Islam budak kecil pun dpt jawap sbb semua dah diajarkan. Tapi berapa ramai yg pernah bertanya utk apa Rukun itu? Apakah Rukun Iman itu?
Percaya kepada Allah. - kenalkah siapa Allah itu? Hanya sebatas tahu nama Allah sahaja.
Percaya kepada Malaikat-Malaikat. - Kenalkah apa dan siapa malaikat ni?
Percaya kepada Kitab-Kitab - Di manakah kitab ini? Benarkah kitab yg ada di tangan kita yg asal?
Percaya kepada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul. - Kenalkan siapa mereka atau sekadar dengar cerita sahaja
Percaya kepada Hari Akhirat - apakah itu akhirat? Hari Pembalasan, siapa yg pernah pergi dan balik dari sana? Siapa yg bawa cerita ini? Benarkah cerita itu?
Percaya kepada Qada' dan Qadar. - apakah yg dimaksudkan dgn dua perkara ini?

Begitu jgk dengan Rukun Islam.
Mengucapkan dua kalimah syahadah. - apa itu syahadah? Apa yg kita ucap dan saksikan dlm syahadah tersebut? 
Mendirikan solat fardu lima waktu. - apa itu solat? Berapa ramai yg tak solat? Org perempuan pun tak solat juga bila uzur kan...tp cuba fikir, sepatutnya bila ianya rukun tidak dibuat bermakna gugurlah Islam itu... namanya pun rukun kan.... tapi umum ckp itu bonus utk org perempuan katanya... sangkaannya๐Ÿ˜Š
Berpuasa di bulan Ramadan.- apa itu puasa? sekadar tahan lapar dan dahaga? berapa ramai org yg tak berpuasa... secara tak langsung gugur dah Islam..kan ianya rukun?
Menunaikan zakat. - zakat apa? Apa sbnrnya zakat? 
Mengerjakan haji bagi yang mampu. - haji bagi yg mampu? kalau fikir semula bila sebut rukun wajib dilaksanakan..kalau tak buat batal/tidak sah...tapi dlm konteks haji ini bagi yg mampu..bagaimana pulak ianya boleh jadi seperti itu..hanya bagi yg mampu sedangkan ianya merupakan rukun Islam, kalau difikirkan semula kalau kita tak buat bermakna gugur lah Islam kita...kan.?
Setiap apa yg dinamakan rukun dan tidak dilaksanakan maka gugur lah Iman dan Islam. Itu sebagai contoh yg boleh aku katakan utk kita mula berfikir dan mencari jawapannya.

Dari kecil lagi kita dah diajar utk hanya patuh, dengar dengan apa yg diajar pada kita tanpa banyak soal. Kalau lebih tanya paling tidak kita akn disergah dgn kata itu dosa, nnt masuk neraka, nnt Tuhan tak syg, Tuhan akn hukum dan pelbagai kata, akhirnya kita hanya sekadar mengiyakan, mengikut dan tak perlu lagi berfikir. Biar org lain fikirkan utk kita. Yelah apabila kita hanya sekadar jadi pengikut, maka apa yg kita lakukan hanya mengikut tanpa banyak fikir. Tanpa mempersoalkannya? 

Adakah itu dinamakan hidup? Kita lahir tanpa sebarang pengetahuan, disumbatkn dengan ilmu dari org sekeliling, dan situasi, dari buku-buku.... sehingga hujungnya  kita hanya menjadi penurut kepada ilmu yg kita dapat dari keliling kita. Begitulah cara kita di brainwash tanpa kita sedar pun....sistem telah sedia ada utk kita ikut...tanpa sedar kita menjadi sebahagian dari sistem itu.

Cuba fikirkan kembali...Benarkah apa yg kita tahu itu adalah sebenar-benarnya kebenaran?
Siapakah yg mula mencipta sistem dunia ini?
Adakah org yg menciptanya berniat baik atau buruk?
Mungkin jgk sistem dunia ini diwujudkan utk sesuatu?
Adakah utk kebaikan atau kemudaratan?
Siapakah yg menguasai sistem dunia ini?
Jangan berhenti berfikir....teruskan mencari kebenaran dari sebuah cerita yg kita terima! Hidup ini adalah sebuah pencarian...carilah sehingga kita berjumpa jalan pulang!

iNTERMITTENT FASTING - sihatkah diri?

Salam sahabat pembaca...... ๐Ÿ’
Semoga hari-hari indah sentiasa  bersama anda. Limpahan keceriaan dan nikmat kebahagiaan yg berpanjangan. Andai semalam ada secubit kesalan, maka jadikan hari ini suatu pelajaran dan belajar berdamai dgnnya  serta berusaha lah menjadi orang hebat dlm versi anda sendiri!

Oooo ye sahabat pembaca....hari ini aku ingin berkongsi satu cara utk sihat. Ianya dari pengalaman aku sendiri. Aku nukilkan agar bermanfaat utk anda yg masih mencari cara sihat utk diri anda. Bila bercakap tentang sihat semua manusia ada perspektif masing-masing. Bagi aku sihat bermakna aku merasa selesa dan nyaman dengan diri aku. Aku tak peduli apa tanggapan org lain kerana aku adalah aku dan aku tak boleh jadi orang lain. Namun setiap input yg baik akn aku selami dan hadam adakah ianya baik utk aku atau tidak.

Semuanya bermula hujung 2021..... 
Aku dpt merasakan badan aku  tidak selesa kerana beban berat badan ku yg memberi beban kepada lutut aku. Lutut rasa sakit dan meminimakan pergerakan aku. Namun aku masih aktif, walking, dan hiking. Berat badan aku ketika itu 85kg. Beratkan tapi masih dalam anggapan bahawa bentuk tubuh badan, gemuk atau kurus bukan ukuran kepada sihatnya tubuh. Ada saje org yg gemuk, sihat tiada sebarang penyakit. Ada juga yg kurus sakit sana sini. Sihat adalah subjektif. Mana-mana manusia perlu menentukan sihat mengikut tubuh badan masing-masing. Perlu kenal diri masing-masing. Jangan mengukur baju di badan org lain...jadi susah sendiri.

Aku juga sama merasai bahawa berat aku 85Kg ini, aku tiada sebarang penyakit berat tapi aku dapat rasa dengan berat ini memberi beban kepada lutut aku. Ianya dapat aku rasai sekian lama walaupun aku nafikan, biarkan dan its cool...gemuk bkn bermakna sakit, kurus bukan bermakna sihat. Lama aku pegang tanggapan itu. Namun semua berubah, aku tidak tahu kenapa aku berubah pada awal 2022 itu, aku mula mengurangkan portion makanan aku, namun masih makan 3 kali sehari. Dan kemudiannya aku mula tidak mengambil karbohidrat dan gula secara berperingkat-peringkat. Aku tidak sama sekali  ambil dua makanan itu terutama apa saje yg berasaskan tepung gandum dan nasi.

Ianya berlarutan selama 3 bulan. Susah tetapi aku gagahkan juga. Tentulah susahkan..dah biasa mkn nasi tiber kene tahan diri utk tak ambil semua itu. Namun akhirnya 3 bulan itu membuat berat badan ku turun 8kg. Kalau dulu nak turun 1kg pun susah. Naik aje atau mantain aje. Tak percaya kan...Tapi itu hakikatnya. Aku berjaya turun 20kg dlm tempoh masa 8 bulan. Dan ketika aku menukilkn pengalaman aku ni berat aku 57kg... dan ianya sentiasa berubah antara 56 kg - 59kg... dalm julat itu. Skrg aku hanya maintain berat badan ku dlm julat tersebut.

Aku kongsikan cara aku melakukan diet turun berat badan ini. Apa-apa pun gali ilmu dulu sebelum melakukan sesuatu yg baru, jgn ditolak dan jgn diterima bulat-bulat begitu saje. Ambil tahu dahulu dan kemudian beramal.

Amalan yg aku lakukan:-
  • Cara yg aku lakukan ini dipanggil "Intermittent Fasting". Diet IF ini memfokuskan pada masa anda makan, bukan apa yang anda makan – iaitu dengan mempraktikkan kitaran antara tempoh berpuasa dan tempoh makan. Contoh 16:8 iaitu anda berpuasa 16jam termasuk waktu tidur dan  anda makan dalam tempoh 8jam. Contoh last meal hari ini jam 7malam dan dalam tempoh 16 jam sehingga jam 11pagi esoknya anda boleh lah makan selama 8jam berikutnya. Dan teruskan lah rutin tersebut sehingga anda membiasakan diri dengan waktu makan tersebut.Waktu makan 8jam tu, fahamkan maksud makan 8jam tu...aku yakin anda tak larat pun makan aje dalam 8jam tu kan..mksd aku adalah dlm tempoh 8jam tu anda makan lah bila-bila perlu, bukan makan selama 8jam. Takut meletup plak perut anda. 
  • Ada beberapa kaedah masa boleh diamalkan. Ikutlah kemampuan tubuh badan sendiri.Jangan ikut org lain.
            12:12,        
            16:8,
            18:6, 
            20:4, 
            23:1, 
            OMAD 
            Puasa sunat - seperti yg diamalkan oleh org Islam.

            Bila amalkan kaedah ini, perlukan semangat yg kuat. Apa-apa pun tambahkan lagi ilmu   
            pengetahuan dalam setiap apa yg kita ingin buat.
  • Next....Selama beberapa bulan tak silap aku dlm 5 bulan aku mengamalkan gaya makan seperti itu, dan aku mula jadi selesa dengan tubuh badan aku, aku tidak pasti di mana bermulanya aku mula ambil makan sekali sehari yg dipanggil OMAD (one meal a day). Dan pada ketika ini aku telah mula makan memilih apa makanan yg aku masukkn ke dlm badan ku. Contohnya aku mula tidak mengambil karbohidrat dan apa saje makanan yg bergula. Contoh nasi, aneka kuih muih dan air yg ada gula tak kiralah gula putih atau gula perang. Ianya berlaku selama beberapa bulan.
  • Selepas aku dpt berat ideal 56kg - 59kg tu aku hanya perlu jaga apa yg aku masukkan dlm badan. Malah aku selesa dgn cara mkn aku dengan tidak mengambil karbohidrat dan gula, namun sesekali aku teringin nk makan nasi atau kuih muih aku ambil saje skit, dan aku elakkn makan kuih muih yg berasaskan tepung gandum. Actually byk makanan yg aku elakkn, oleh sebab itu aku jarang makan di luar, biasa aku akn masak sendiri. 
  • Contoh makanan yg aku mkn adalah ayam, daging, seafood, sayur skit, buah skit, dan gula putih sama sekali tidak aku sentuh. Kalau teringin nak minum yg rasa manis aku letak stevia atau gula kelapa. Namun bukan lah jadi habit, hanya bila aku teringin. Apa-apa pun diri sendiri yg perlu kawal apa yg kita nak makan. Jangan kalah pada nafsu sendiri. Tetapi sesekali aku ingin makan kuih aku akan buat kuih muih yg berasaskan tepung beras, atau kalau aku rajin aku kisar je beras. Ilmu nk buat kuih dgn tepung beras pun kene belajarlah... Jangan malas nk cari cara. Ada seribu satu macam kaedah utk menikmati hidup. Walaupun kita makann dalam keterbatasan tapi ada cara utk kita melewati keterbatasan itu dengan cara yg berhemah. Cari dan gali ilmu itu! Hidup itu nikmat! Hidup sentiasa dalam pencarian utk memiliki Nikmat!
  • Secara menariknya, konsep ini lebih kurang sama dgn dengan amalan puasa di bulan Ramadan, di mana umat Islam berpuasa dari subuh hingga maghrib. Perbezaannya ialah puasa Ramadan lebih kepada ibadah, manakala diet IF lebih kepada tujuan kesihatan. Kaedah ini bukan hanya bertujuan untuk menurunkan berat badan tetapi juga memperbaiki kesihatan metabolisme dan meningkatkan daya tahan tubuh. Ianya memberikan badan masa untuk memproses tenaga secara lebih cekap. Dalam tempoh berpuasa, badan menggunakan lemak yang disimpan sebagai sumber tenaga, menjadikannya kaedah semula jadi untuk membakar lemak. Cuma manusia walaupun berpuasa di bulan Ramadhan itu merupakan satu ibadah yg baik, tetapi manusia selalu kalah dengan nafsu sendiri, pabila berbuka puasa tak sah kalau tak penuh makanan di meja...mgkn tak semua org begitu tapi kebanyakan begitulah. Mana taknya bazar makanan begitu banyak di kala bulan Ramadhan. Konsep ibadah hanya sekadar ibadah tetapi kosong di jiwa masing-masing. Opss tak semua begitu....tapi kebanyakan begitu๐Ÿ˜Š

Aku berharap agar perkongsian aku ini dpt membuka mata anda utk mencari tahu. Kalau anda inginkan maklumat lebih lanjut aku rasa bersepah dalam alam maya ni...cuma pandai-pandai lah memilih dan mengkaji kebenarannya. Jangan terima dan tolak membabi buta.

Sebenarnya...diri kita adalah apa yg kita makan...kerana semua nya akan menjadi darah daging kita. Kenal pasti apa yg baik utk tubuh anda, jgn ikut org lain, kerana setiap tubuh badan berlainan caranya namun satu hal yg pasti tubuh kita menginginkan makanan yg sihat "Halalan toyibba".
Halal tidak bermakna baik utk badan
Tetapi baik dan elok sudah pasti terbaik utk tubuh badan kita.๐Ÿ˜‰


MENCARI DIRI. Nak cari apa?

Assalamualaikum..... semoga keceriaan bersama anda...bahagia selalu melayari nikmat hidup....

Mari kita sama berfikir.... Berfikir itu nikmat....๐Ÿ’š
Apabila lahir sahaja manusia ke dunia ini....mereka ibarat kain putih. Putih seputihnya. Tiada calitan dan warna di atasnya. Indah kah? Siapakah yg menentu hitam putihnya kain tersebut@ fikir dalam konteks kehidupan manusiawi atau anda boleh berfikir dalam apa jua konteks kehidupan yg nyata.

Siapa yg bisa mewarnakannya? 
Siapa yg akan melorekkan keindahan atau kecacatan di atasnya?
Adakah lorekan dan warna yg dicalit itu cantik atau buruk? Siapakah yg dapat menyatakan yg cantik itu cantik dan buruk itu buruk?
Adakah yg tidak berwarna itu indah?
Adakah yg berwarna itu indah?
Siapakah yg dpt menentukan semua itu indah?

Mengimbau semula kelahiran bayi keluar dari rahim seorang wanita....bayi itu tidak tahu apa pun, siapa dan di mana dia berada pada ketika itu? Lahirnya bayi bersama tangisan, yg org di sekeliling merasakan begitu terhibur dan bahagia terutama wanita yg melahirkannya, namun tangisan ini boleh diungkap dengan 2 makna...tangisan gembira dan tangisan kesedihan@perpisahan. Yang mana satu ungkapan yg sesuai dengan kelahiran seorang bayi itu. 

Adakah kelahiran tersebut membawa seribu makna atau membawa derita?
Siapa yg akan menentukannya?

Umum tahu.... lahirnya manusia semua telah ditentukan, keluarga, nama, keturunan,  rezeki, jodoh, dan ajal. Semuanya seperti tidak perlu difikirkan lagi...kerana semuanya telah ditentukan oleh Tuhan, kata kebanyakan manusia! 

BAYI itu tidak mampu memilih kerana ianya telah ditentukan oleh Tuhan dan org di sekeliling. 
Pabila mula petah berkata....ditentukan dengan peraturan yg dibuat oleh manusia di sekeliling.
Pabila boleh membaca ada kitab perlu dihafal dan dihadam....
Pabila mula boleh berfikir.... manusia meneruskan apa yg telah ditentukan...sehingga akhirnya masuk ke liang lahad juga tidak mampu berbuat apa-apa kerana semua telah ada skrip yg perlu diikuti dan dijalani. Ingkar bermakna mungkar!

Di manakah letaknya diri kita sebagai manusia....
Apakah dengan mengikut apa yg ditentukan itu adalah benar?
Adakah dengan semata menjalani apa yg telah diaturkan itu kebenarannya?
Apakah hidup semata-mata mengikut dan mengiyakan apa yg org terdahulu sampaikan pada kita?
Di manakah diri kita dalam menjalani kehidupan ini?
Di atur atau bebas menentukan cara hidup?
Adakah bila diatur kita nampak baik?
Adakah bila kita bebas kita nampak jahat?
Adakah sempurna itu mmg sempurna?
Adakah jahat itu mmg jahat?
Di manakah kita?

Kita diajar utk berserah diri kepada Tuhan dengan menyerahkan segala sesuatu sesuai dengan keinginan dan kehendak-Nya. Kerana tidak ada yang memahami manusia melebihi Sang Pencipta.

Namun mari kita selusuri semula kelahiran manusia.......Hidup bebas atau hidup diaturkan?

Semasa lahir tak tahu apa-apa.... tak tahu benar itu benar, salah itu salah....
Bila dah dewasa juga kita tidak mencari kebenaran atau ambil tahu...cukup sekadar meneruskan apa yg kita tahu tanpa perlu ambil tahu lagi....
Usia menganjak tua masih terlena juga.....
Pabila ajal menjemput, masih juga tak tahu apa-apa
Kerana semua kita sandarkan kepada org lain dalam menentukan apa yg kita nk jadi dan apa yg kita boleh buat demi sebuah kehidupan.
Dari awal hidup kita sandarkan semuanya pada manusia di keliling kita....
Hidup bersandarkan kepada ibu bapa/ org sekeliling, - hakikatnya nmpk di depan mata
Hidup bersandarkan kepada guru/pendidik - juga nampak di depan mata
Hidup bersandarkan kepada kitab/buku-buku tulisan manusia - bisa disentuh dan dibaca
Hidup bersandarkan kata-kata pakar - nampak hakikat wujudnya.
dan;

Asas Agama adalah Penyerahan Diri Secara Mutlak kepada Sang Pencipta.
Tidak dapat diragukan lagi bahawa setiap manusia memiliki kebebasan untuk berfikir dan memilih untuk kehidupan peribadinya. Tidak layak bagi kita untuk tunduk dan menyerahkan diri kepada orang lain, kerana kita adalah sama sesama manusia. Dan sehebat apapun manusia itu, masih boleh melakukan kesalahan. 

Manusia membuat penyerahan hidup hanya kepada  TUHAN semata-mata, jgn mensyirikan @ menduakan Tuhan.......... tetapi berapa kerat di kalangan manusia yg kenal TUHAN, wujudnya Tuhan atau semuanya melalui sangkaan semata-mata.

Manusia beramal dengan apa yg diperintahkan, diatur atau dicaturkan  melalui perantara tidak kira lah siapa dan apakah perantara tersebut... mgkn dari ulama', pendakwah, kitab, dan org awam. Apatah lagi semua perintah dan larangan disiapkan demi kebaikan manusia, kononnya. Tetapi, tidak ada sedikitpun manfaat yang kembali pada Tuhan...kan???
Lalu apakah layak seorang manusia beramal, meminta, memohon kepada tuhan tanpa manusia itu kenal siapa itu tuhan? Adakah manusia itu tidak layak utk menentukan pilihannya dengan tangannya sendiri? Ataukah dia akan patuh pada TUHAN yang paling mengenal kebaikan bagi dirinya namun dia tidak kenal siapa TUHAN yg cukup kenal akn dirinya! 

Ibarat memohon kepada sesuatu tanpa tahu sesuatu itu apa dan siapa?
Adakah "sesuatu" itu akan penuhi permohonan itu?
Adakah layak memohon sesuatu kepada "sesuatu yg kita tak tahu asal muassalnya?
Tertunai kah permohonan itu?
Secara mudahnya...apabila kita memohon pasti ada 2 entiti yg melakukannya...
si Pemohon dan si Penerima Permohonan?
"Manusia" yg memohon
"Sesuatu" yg menerima permohonan
2 entiti terlibat..... sedangkan kita diajar utk tidak memohon kepada sesuatu melainkan HANYA kepada Tuhan sekalian alam.

Maka kenalkah  kita siapa TUHAN sekalian alam itu?
Adakah dlm fikiran kita menyangka Tuhan dengan sangkaan semata-mata? Dengan gambaran yg kita perolehi datanya dari perantara-perantara yg kita kenal wujudnya....
Tanpa kita tahu @saksikan siapa Tuhan yg selayaknya.
Selagi mana kita tidak TAHU@saksikan...maka kita hidup dalam sangkaan semata-mata. Kita menyangka Tuhan begini, Tuhan begitu dan akhirnya kita merumuskan ianya ada dlm hati sedangkan Tuhan tidak bertempat! Ia ada di mana-mana, tidak terbatas oleh ruang dan waktu. 

Fikirkan lebih jauh lagi...jgn biarkan kabut menyelubungi diri!
Ilmu itu cahaya hidayah, memancar ke luar melahirkan 'amal', memancar ke dlm melahirkan ‘iman'.
Carilah AKU (Tuhan) di dalam AKU (Insan)...
Aku (INSAN) berlindung di balik terang (Tuhan)...
Kenali Tuhan mu, maka berjalan lah hidup mu dengan bebas.... dengan sendirinya...


MANDIAN AIS. Terapi atau Mudarat?

Assalaamualaikum.... Semoga para pembaca yg mengunjungi blog ku ini sentiasa diberi nikmat kesihatan yg berpanjangan. Ceria dan Bahagia selalu.

Hari ini aku nak kongsi satu terapi yg baik utk tubuh badan. Terapi mandi ais. Ianya membawa aura baik dlm tubuh. Secara peribadi aku sendiri pernah melakukan terapi mandi ais ni. Mmg sangat menyakitkan, entahlah aku tidak pasti perkataan "menyakitkan" sesuai atau pun tidak kerana kalau terapi semua akan berfikir bahawa ianya menenangkan. Betul tak??? Tetapi ini pengalaman aku, dan aku nyatakan perkataan "menyakitkan" sesuai utk aku...rasanya lah....

Di sini aku shared pengalaman aku mandi air rendaman ais. Asasnya mandi ais boleh berfungsi sebagai alat pengurusan tekanan yang baik, membolehkan anda berehat,dan berasa tenang. Mandi ais juga boleh meningkatkan daya tahan mental, dan tumpuan serta sesabar manakah anda๐Ÿ˜†. Tetapi dlm masa yg sama anda akan berasa "kesakitan" ketika kulit tubuh ditenggelami air rendaman itu. Sukar nk aku gambarkan cuma ianya mmg sakit dan aku tak mampu bertahan lama. Aku mampu betahan sekitar 5 minit pun dah cukup hebat dah tu. Aku akan berhenti setiap kali 5 minit dan masuk semula sehingga ais mencair. Dengan penuh kesakitan dan kenikmatan silih berganti. Apa pun utk kekal menikmati sesuatu manfaat kita perlu lah tempuhi sesuatu yg sakit juga. Namun ianya pasti berbaloi!

Cara aku buat mandian terapi ni mudah:-

Di rumah aku tidak ada bathtub...jadi guna apa yg ada saje. Sediakan 
sebuah takungan air yg besar (seperti dlm gambar ini) atau apa-apa bekas takungan yg sesuai yg dpt menempatkan keseluruhan badan anda. Lagi baik kalau anda dapat merendamkan semua diri anda termasuk bahagian kepala anda.




Kemudian aku beli kiub ais di kedai berhampiran rumah aku...dalam 30kg mcm tu (30 pek). Penuhkan sebahagian bekas takungan dengan air dan anda ada 2 pilihan :-

  • sama ada nk masuk badan terus ke dlm air dan tuang semua kiub ais tu ketika anda dalam bekas rendaman air tersebut atau;
  • anda boleh masukkn dulu kiub ais tu dlm bekas takungan air dan baru anda ceburkan badan anda ke dalam bekas takungan tersebut. Pilihan atas diri anda!
Aku rendam sehingga paras leher, dan sesekali aku ambil air dan sapu ke muka dan juga menjirus ke bahagian kepala aku. Ikutlah ketahanan diri...boleh bertahan lama silakan...kalau tidak berhentilah bila anda rasa patut berhenti, Dan Nikmatilah rendaman tersebut.

Rumusan aku...
Aku menggigil kesejukan selama lebih dari 2 jam...
Aku selubungkan diri dalam selimut tebal masih jugak aku menggigil kesejukan dan akhirnya aku terlena...lena yg amat sangat. Walaupun selepas aku terjaga dari lena ku, aku masih dapat rasa dingin tubuh aku, gigil bahagian tangan ku masih dirasai juga, namun ianya semakin berkurangan. Yg jelas...minda aku sangat relaks dan indah...susah nk aku gambarkan...tubuh rasa segar sangat. Bila makan sup daging tetel..perghhh nikmat sgt!

Cubalah...ikut kesesuaian diri...kalau boleh bertahan lama lebih baik, namun apa sekali pun semua ikut kemampuan sendiri, jangan ikut org lain kerana kita yg berhak pada diri kita sendiri. Baik pada orang tidak bermakna ianya baik pada diri kita...jahat pada kita tidak bermakna jahat utk org lain. Namun antara baik dan jahat, semua perlu berada pada tempatnya iaitu manfaat kepada diri/makhluk sekeliling. 

Amal dan yakini....baru menjadi!  




Ingin mencari Pendapatan Sampingan? Bisnes dan Iklan.

Assalamualaikum... 



Hai sahabat pembaca, selamat pagi! Jangan lupa tersenyum dan nikmati setiap detik harimu. Apa pun kejadian pasti ada pengajaran dari setiap detik peristiwa yg anda hadapi hari ini. Nikmati sahaja!








Ingin mengiklankan bisnes anda atau ingin mencari tambahan pendapatan bagi menampung kos sara hidup yg semakin meningkat. Tiada salah mencuba dan tiada salah juga utk berdiam diri tanpa berbuat apa-apa. Semua pilihan masing-masing. Semua bebas utk berfikir dan melakukan sesuatu. Namun di sebalik semua pilihan itu, pastikan ianya bermanfaat pada diri dan orang di sekeliling. Oleh kerana itu lah kenapa kita perlu mencari  dan menyelidiki apa juga berita/cerita/fakta/informasi yg berlegar di depan mata.

LEVEL 3 ADVERTISING ialah syarikat pengiklanan moden yang membantu usahawan dan bisnes tempatan menaikkan jualan melalui strategi pemasaran digital, rekaan grafik yang menarik dan platform iklan yang berkesan. Mereka sedia bantu jenama anda dikenali dan dilihat!
Makna kata...ianya tergantung apa keperluan anda, ingin menambahkan pendapatan juga boleh, ingin iklankan produk or bisnes anda juga boleh....

Apa pun kalau ingin berbuat sesuatu tidak salah utk klik di sini https://LevelTiga.com/atie5572
Mungkin ada sesuatu yg dapat memberi nilai tambah dalam hidup kita. Tak salah mencuba dan tak salah juga utk tidak berbuat apa-apa๐Ÿ˜Š



APAKAH YANG DICARI?

Assalamualaikum.....

Siapa pun yg sudi masuk ke blog ini, aku ucapkan terima kasih kerana sudi bertandang. Semua yg ku tulis hanya sekadar cetusan rasa aku yg mungkin tidak sama dengan pembaca yg lain. Kau dan Aku sama tetapi tidak serupa....dari segi pemahaman, pemikiran dan segala rasa yg di dalam diri. 

Cuma satu harapan ku agar segala cetusan rasa ini mengetuk sanubari mana-mana manusia yg membacanya. Adakala kita dapat belajar sesuatu... masuk ke ruang fikiran kita.....
Hanya dari seekor semut yg melata dan ada ketikanya;
Dari burung yg terbang di udara
Dari ikan yg bebas berenang di lautan,
Dari pohon yang ditiup angin lalu....
Ianya mungkin dpt membuka minda kita utk berfikir bagi mendapat kefahaman dan pemahaman... Jangan sekali ditolak apa yg ada di hadapan, jangan cepat menghukum dan jangan menerima sesuatu tanpa berfikir. Kerana berfikir itu NIKMAT!

Nukilan rasa ku hari ini....berkisah tentang pencarian. Dalam hidup ini apakah yg kita kisahkan selalu. Apakah perkara/situasi  yg sering kali berlegar di akal fikiran kita. Tentang apakah yg kita selalu fikir dan bimbang. 
Adakah kita bimbang tentang apakah yg bakal kita hadap di hari yg mendatang
Apakah cukup bekalan makanan hari ini dan hari ke depannya
Mampu kah mencari kebahagiaan dlm hidup...
Adakah insan yg akan menjadi teman jodohku
Pendek kata semua berpusar tentang .......Rezeki, jodoh, ajal, sakit, susah dan senang

Semua itu boleh membuat kita menjadi orang yang bersemangat utk maju dan berjaya;
Dan semua itu juga mampu menjadikan kita stress dan mengeluh;
Membuat kita ternampak letih dan kepenatan seharian;

Namun bagi semua itu, sebagai manusia sudah pasti akan meletakkn hujung akhirnya pada takdir@ ketentuan Tuhan.
Semua diserahkan kepada ketentuan Nya.
Ketentuan yg kita sendiri tidak tahu di mana dan bila akn terjadi,
Hanya kepada Tuhan kita serahkan semuanya...
Demi menjalani kehidupan kita serahkan kepada Tuhan menjadi penentu sesuatu dalam kehidupan kita...
TANPA kita pernah ambil peduli siapa itu Tuhan...
TANPA kita berusaha utk mengenal siapa Tuhan
TANPA kita mencari apakah dan siapakah Tuhan itu?

Semua aspek kehidupan kita serahkan kepada Tuhan semata.....tanpa kita peduli apakah penyerahan sejati kita kepada Tuhan, selepas kita dok asyik meminta. Kita meminta utk Tuhan memenuhi segala aspek keperluan hidup kita, namun kita sama sekali tidak pernah ambil tahu apakah dan siapakah Tuhan itu. Kita mendengar kalimat Tuhan dari orang terdekat atau orang di sekeliling kita dan hujung nya kita rasa kita perlu meminta hanya pada Tuhan utk segala keperluan dan kehendak kita. 

Di manakah ADAP nya? Hebat sangat kah kita meminta Tuhan utk mengadakan semuanya utk kita?
Pernah kah kita berfikir dan terfikir?
Adakah Tuhan itu sebatas "kuasa" yg memenuhi keperluan dan kehendak kita semata?????

Ayuh! mari fikirkan....

BISNES IKLAN Online

Assalamualaikum....

saje lah sy nak share...mana tau ada yg sedang mencari cara utk menambahkan pendapatan atau ingin mengiklan bisnes dalam talian..... sekadar share...kalau bermanfaat sila lah klik dan baca....faham dulu baru join... https://LevelTiga.com/atie5572


JOM BUAT DUIT DENGAN BISNES IKLAN ONLINE!

Kenapa korang kena join bisnes ni?

  • Modal Ciput, Pulangan Mantap Kecil modal, besar untungnya!
  • Komisen 3 Stage Power Pendapatan tak setakat sekali je! Korang boleh jana duit dari Stage 1 sampai Stage 3. Bayangkan, duit masuk dari pelbagai arah.
  • Peluang Income Pasif Berpanjangan Bukan sekali untung pastu senyap. 

Benarkah manusia itu "Manusia"?

Assalamualaikum.....

Perkongsian ku hari ini....telah lama ingin ku nukilkn dalam blog ku ini. Tapi masa seperti terlalu pantas berlalu dan membuat aku terlepas byk masa untuk mengisi blog yg semakin bersawang dan dilupai. Adakah mmg masa bergerak pantas atau aku sendiri yg tidak pandai menepati masa. Apa-apa pun, nukilan ini hanya sebuah sentuhan fikir dan rasa diri aku sahaja. Ada banyak perkara yg menjadi tanda tanya dalam hidup ku ini di suatu masa dahulu, namun kini aku dah jumpa apa yg aku inginkan, cuma ketika ini aku sekadar melontarkan pertanyaan ini kepada manusia lain, yang mungkin juga pernah berfikiran sama seperti ku.

Dalam melalui kehidupan ini...pada masa bila kah kita benar-benar faham apakah yang telah dan sedang kita lalui...Pernah kah ada terlintas di fikiran beberapa pertanyaan....
Untuk apa kita hidup?
Apakah yg ingin kita capai dalam hidup?
Apakah kita sedar dan faham apa itu hidup?
Di manakah asas hidup kita?
Benarkah kita ini digelarkan manusia?
Siapa yg memberi gelaran tersebut?
Siapakah "manusia" yg menamakannya?
Banyak lagi persoalan yg tidak terjawap...dari semasa ke semasa manusia akn melupakan dan mencari jalan mudah...aaahhhh...utk apa difikirkan semua itu...kita hidup sekarang jadi fikir sekarang sahaja lah.... Ya sy pernah terfikir begitu jgk satu masa dahulu....๐Ÿ˜Š

Pernah tak persoalan itu kita tanya pada ibu bapa atau orang terdekat dengan kita...atau tidak pun pernah kah persoalan itu kita tanyakan pada diri kita sendiri? Adakah kita dapat jawapan bagi setiap persoalan kita? Bagaimanakah bentuk hidup yg kita inginkan? Di mana kita letakkan hidup ini dalam kehidupan kita ini? Nafas yg dihela adakah ianya sekadar nafas sahaja? Di mana letak puncanya nafas itu? 

Wahh terlalu banyak persoalan di sekitar hidup sebagai manusia? Manusia yg kita tak tahu pasti apakah "aku manusia"??? 

Secara dasarnya  kita tahu kita sebagai manusia bila mana akal sudah mula faham kita ini manusia. Di kala usia kita bayi kita tidak tahu yg kita ni manusia kan? Sbb kita tidak diberi akal@ pengetahuan yg jelas lagi. Menjelang usia kita dewasa baru kita tahu bahawa kita manusia itu pun selepas kita melihat di sekitaran kita.....mendengar kata dari orang lain atau sekitaran kita bahawa kita manusia..jadi tanpa sedar kita terus menyatakan bahawa kita adalah manusia...kan...

Itulah moment ketika kita mengenali diri kita adalah manusia. Selepas itu kita hanya hidup sebagai manusia yg diberi pengetahuan melalui seluruh pancaindera yang ada di diri kita. Kita mengenal segala apa bentuk situasi yg berlaku di sekeliling kita. Kita membuat andaian, sangkaan,  keputusan, ramalan, agakkan dan akhirnya rumusan melalui pancaindera yg kita ada. Selepas itu bermula lah diri kita sebagai manusia utk menjalani hidup terus ke hadapan dengan segala sifat manusia, disulami hawa nafsu, dan pelbagai rasa tanpa kita menoleh sejenak siapakah diri kita ini sebelum dikenali sebagai MANUSIA?

Pendek kata..... Kita akhirnya mengikut jalan atau arus yg di paparkan dihadapan kita, dan membawa kita kepada jalan yg kita akhirnya pilih...lurus atau bengkak bengkok, syurga atau neraka, dosa atau pahala?

Apabila kita lahir dalam keluarga Islam...maka islam lah kita
Bila kita lahir dalam keluarga Hindu...maka hindulah kita
Bila kita lahir dalam keluarga Kristian...maka kristian lah kita...
Jadi di mana diri kita? Adakah ketika itu kita dapat memilih? Adakah bila mana kita berada di dlm Islam, Kristian, Hindu dan lain-lain, menjadi tanda aras kita berada di jalan yg benar/hidup sebenar? Adakah itu sebenarnya hidup kita sebagai manusia? Berada di atas satu-satu agama, adakah menjadikan kita lebih hebat dari satu agama kepada satu agama yg lain? Adakah itu tujuan hidup kita? Untuk memperbandingkan agama dengan agama yg lain? 


Di selak semula cerita Adam dan Hawa....adakah mereka datang bersama dengan agama? Apakah agama mereka? Semua manusia berasal dari cerita Adam dan Hawa? Setiap agama ada cerita adam dan hawanya? Bagaimana kita pastikan cerita mana yg bermula dahulu? Cerita mana yg benar dan salah? Cerita mana yg kita yakini dan cerita mana yg kita percayai?

Siapakah pembawa agama? Ibrahim dengan agama Hanif nya, tapi cerita baginda selepas Adam dan Hawa. Jadi Adam tiada agama kah? Sedangkan sejarah manusia secara asasnya  adalah dari "bonda dan ayahanda" yg sama, Adam dan Hawa. 


Jadi, agama manakah yg sebenarnya agama? Kerana semua agama membawa versi yg sama pengajaran kepada kebaikan, syurga neraka, dosa pahala, kitab, ikon, tasbih, pakaian khas, dan tempat ibadat. Dan kalau diselusuri lagi semua agama membawa mesej dari para Nabi/ikon. Semua itu diceritakan dlm kitab. Terdapat 4 kitab yg mashyur semua agama tahu...Kitab Taurat, Zabur, Injil,  dan Al Quran ini disebut dalam agama Islam. Semua kitab ini siapakah yg menulisnya dan menerimanya? Pastikah tiada tokok tambah di dalamnya? Bagaimanakah kita ingin mengungkapkan kebenaran semua perkara di atas? 

Yg pasti rujukan kita adalah Al-Quran dan Al Sunnah. Dan keduanya di bawa dan diulang kata, diulang siarkan  oleh para ulama'. Persoalannya kenapa di dalam hadis,  Rasul saw bersabda yang maksudnya:
“Ada 2 golongan di kalangan manusia. Kalau 2 golongan itu baik maka baiklah semua manusia, kalau 2 golongan itu jahat maka jahatlah manusia; iaitu para ulama dan pemimpin”. Jadi persolannya, bagaimana kita nk sahihkan yg ulama' itu baik atau jahat? Nak tanya siapa lagi? Ulama' atas ulama'? Sedangkan sangat jelas sekali diberitahu oleh baginda Rasul SAW yg mana ada 2 golongan yg dpt membentuk hampir semua umat manusia ke arah baik dan jahat, iaitu Ulama' dan Pemimpin. Dan persoalan lagi, di dalam hadis Nabi juga terdapat hadis dhaif dan palsu, bagaimana kita nak sahih kan yg kita tahu hadis itu dhoif atau palsu? Semua hadis yg kita dengar dari kecil hingga dewasa adalah dari kitab yg ditulis oleh manusia yg digelar "pakar" ulama', habib, ustaz, ustazah dan mcm2 lagi gelaran....tapi akhirnya kita tahu semuanya dari manusia yg mengambil cerita dari mulut ke mulut, buku ke buku, kitab ke kitab....Jadi bagaimana kita sebagai manusia awam yg tiada "kepakaran" ini dapat membuktikan semua yg kita dengar, atau tahu itu benar? Sedangkan dalam Islam itu sendiri wujud 4 mazhab yg besar dan pelbagai pecahan aliran dan kefahaman lagi....akhirnya generasi terkemudian mendapat berita yg banyak palsu dari yg benarnya. Jadi di manakah diri kita sebagai manusia dalam mencari kebenaran itu? Masih bergantung kepada orang lain? Ulama', Habib, Kiyai, Ustaz, Ustazah, atau pendakwah yg ramai seperti cendawan tumbuh selepas hujan. 

Masihkah mahu bergantung kepada manusia juga atau bergantung kepada Tuhan? Namun adakah kita mengenal siapa itu Tuhan utk kita meletakkan pergantungan kita semata-mata kepadaNya?

Baik...sy tinggalkan persoalan tersebut utk sama-sama kita berfikir. Hidup bkn semata hidup tapi hidup ada tujuannya. Jadilah manusia yg ada jati diri sebagai manusia...kalau mmg benarlah kita ini manusia!

Teruslah hidup mencari hingga berjumpa "diri" sejati
Carilah diri mursyid yang utama,
Yang sebenar makrifah boleh dibawa,
Seperti badan dengannya nyawa,
Dunia akhiran bersama-sama.