F

Gaya Hidup Di Usia Tua

 MENJADI tua adalah proses perubahan semulajadi yang tidak dapat dielakkan. Usia tua adalah satu fasa  di dalam perjalanan hidup kita.  Ianya boleh dipenuhi dengan pengalaman yang positif dan bermakna. Kehidupan kita jelas mengikuti arah yang sudah ditentukan, mulai dari ayunan ketika bayi hingga berakhir di liang kubur.

Perincian dari proses menuju penuaan itu beragam antara setiap orang. Namun ceritanya sama untuk setiap orang yang menjalani kehidupan sepenuhnya. Pertama sekali ketika di lahirkan  sebagai bayi, kemudian masa kanak-kanak, disusul oleh remaja, dewasa, usia pertengahan, kemudian menjadi tua, dan akhirnya pelupa dan dilupakan....(insyaallah tidak ya....semoga kita tidak dilupakan ketika usia tua nanti)

Satu kepastian kita semua akan menjadi tua bila sampai waktu dan ketikanya.  Bintang-bintang dan planet juga bolah menjadi tua, batu-batuan, tanaman dan pohon, serta haiwan juga menjadi tua. Namun demikian, dalam hal ini kita manusia cukup unik, karena kita semua sangat menyedari akan adanya proses tersebut.
Kita manusia jelas berbeza. Kita membuat target, mengenalpasti banyak hal, menyesali sesuatu dan lainnya, dan menyesalkan macam-macam hal. Kita memikirkan banyak hal bukan hanya pada waktu tertentu, tetapi selama hidup kita.

Ketika kita semakin besar dan dewasa dan menjalani rentetan kehidupan peribadi, kita menemukan kenyataan betapa perasaan kita sangat tidak senang dan terganggu karena dibebel misalnya. Yang pasti dan tidak terelakkan, kita akan menemukan kenyataan bahwa sedikit sekali yang boleh kita antisipasi dan jauh lebih banyak yang boleh diingati.

Ketika Muda


Ketika kita masih muda, kehidupan nampaknya dipengaruhi oleh segala macam kemungkinan. Kita merasa punya cukup banyak waktu untuk mencapai target yang diinginkan. Untuk mengenyam pendidikan, untuk jatuh cinta, untuk berkeluarga, untuk kerjayal, untuk menjelajahi dunia, untuk mempelajari suatu bahasa, untuk menulis buku,dan macam-macam lagi.
Namun demikian, kala kita memasuki usia setengah baya dan tua, kita sedar bahwa tidak banyak lagi waktu untuk target yang demikian banyak. Kita menemukan kenyataan bahwa kita terpaksa membatasi cita-cita kita, atau paling tidak menentukan "priority"  untuk semuanya. 

Diperingkat usia tua beberapa perubahan berlaku. Antaranya :-
Perasaan Keseorangan Dan Kesunyian Disebabkan :-
  • Kehilangan pasangan hidup
  • Kehilangan teman-teman
  • Berjauhan dengan anak-anak
  • Kekurangan upaya untuk bergerak
Kesempitan Kewangan Kerana :-
  • Bersara
  • Peningkatan perbelanjaan untuk rawatan perubatan
Perubahan Pada Tubuh Badan
  • Pergerakan dan tindakbalas menjadi lembap
  • Kurang daya ingatan
  • Lemah sendi dan otot
  • Kurang daya penglihatan dan pendengaran
  • Masalah tidur
Tanda-tanda awal anda tidak dapat menyesuaikan diri di usia tua :-
  • Cepat marah
  • Sentiasa merasa letih dan lesu
  • Mudah risau
  • Kesedihan yang berlarutan
  • Sukar menjalankan kehidupan seharian
  • Mudah lupa
  • Gangguan tidur
  • Kurang selera makan
PETUA KE ARAH KESIHATAN MENTAL YANG BAIK
Luahkan/kongsi masalah anda dengan orang lain
  • Kongsi masalah dengan orang lain dapat membantu anda
Luaskan Pergaulan
  • Bertemu semula dengan kawan-kawan lama
  • Libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti, persatuan atau kelab
Penuhi Waktu Sebaik-baiknya
  • Membaca
  • Berkongsi hobi atau kegemaran dengan keluarga, sab\nak saudara, jiran dan kawan
Jaga Kesihatan Diri
  • Bersenam selalu
  • Makan makanan yang seimbang
  • Minum air yang banyak
Lakukan Aktiviti-Aktiviti Bersama Keluarga. Eratkan Ikatan Kekeluargaan
  • Bersiar-siar, menonton wayang, makan di luar
  • Berkongsi hobi
  • Berbincang mengenai permasalahan keluarga/ isu-isu semasa
Bersikap Realistik Mengenai Perubahan Dalam Aspek :
  • Kekuatan fizikal
  • Daya ingatan
  • Daya tumpuan
Ketahui Hak-Hak Anda
  • Diskaun untuk wargatua
  • Kemudahan kesihatan
  • Bantuan kewangan
  • Bantuan kebajikan
0 Responses

Sahabat2ku.......