Cara bimbing anak bersolat
Assalamualaikum....
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
amalkanlah doa ini.... |
Rasulullah SAW bersabda: "Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur 10 tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). (Riwayat Abu Daud)
Kita dapat lihat bagaimana Rasulullah SAW amat menekankan ibadat solat dan menyuruh ibu bapa mengajar anak bersolat seawal umur tujuh tahun. Maka, menjadi peranan ibu bapa untuk memperjelaskan perkara ini kepada anak-anak kecil mereka.
Sebelum umur tujuh tahun, anak-anak perlu didedahkan dengan kepentingan SOLAT melalui aktiviti atau permainan yang dapat menjinakkan mereka melakukan ibadat solat seperti memperdengarkan nasyid-nasyid berkaitan solat, menayangkan CD multimedia berkaitan solat, memperlihatkan animasi islamik berkaitan solat dan yang penting membiasakan anak-anak melihat ibu bapa sendiri mengerjakan solat secara berjemaah bersama ahli keluarga yang lain.
Di samping memberi pendedahan kepada anak-anak berkaitan solat, sebagau ibu bapa, perlu juga diajar tujuan kita bersolat dan mengajar anak-anak berkaitan sifat-sifat ALLAH yang sentiasa melihat hambaNya. Pelbagai cara boleh kita lakukan untuk menarik minat anak2 BERSOLAT.
Sekarang ini dengan teknologi canggih yg begitu banyak memudahkan lagi ibu bapa memberi pendedahan dan mengajar anak-anak mengenai solat. Tinggal untuk memilih sahaja dan sedia kanlah duitnye .....
Kewujudan cakera padat dan multimedia yang semakin banyak di pasaran hari ini, sama ada secara percuma atau berbayar memudahkan ibu bapa memberikan pendedahan dan pembelajaran secara lebih interaktif dan mudah difahami. Kewujudan al-Quran digital dan maya juga dapat membantu anak-anak memahami dan mengetahui bacaan-bacaan dan doa dalam solat dengan lebih pantas.
Ibu bapa zaman sekarang memang sangat mengambil berat berkaitan pendidikan solat kepada anak-anak, namun ia perlu diseimbangkan dengan pendidikan akademik. Kecemerlangan akademik yang diperoleh melalui proses diredai ALLAH akan memberikan kehidupan yang baik, penuh rahmat dan berkat.
Sebagai galakan untuk anak- anak yang baru belajar solat, boleh sediakan CHECKLIST untuk mereka tanda setiap kali berjaya melaksanakan solat, In sya Allah berjaya. Bimbinglah anak sgn sabar dan istiqomah... moga anak2 kita akan menjadi anak penyejuk mata dan menjadi jambatan untuk kita ke syurga kelak....in sya Allah.