Tips Agar Anak-Anak Solat Tanpa Disuruh
Assalamualaikum....
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
MACAM MANA NAK BUAT ANAK ANDA SOLAT TANPA PERLU DISURUH….DIBEBEL…DAN DIPUKUL?
Sebagai seorang ibu pasti akn berbunga di dalam hati apabila ank2 kita apabila azan berkumandang, terus berwuduk dan kemudian bersolat...tanpa disuruh! Dalam mendidik anak utk bersolat tanpa di suruh ni, kita mestilah sentiasa bersabar dalam memberi tunjuk ajar. Saya sendiri semasa mengajar along dan angah, usia mereka 3 tahun. Hari2 mereka melihat kita bersolat, maka dengan sendiri mereka pun teruja meniru perlakuan kita. Saya sendiri, alhamdulillah tiada pengalaman membebelkan anak2 agar bersolat sehingga sekarang.
Perkara pertama yang saya tegaskan kepada mereka adalah kepentingan solat. Setelah faham benar akan kepentingan solat itu, dengan sendirinya mereka melakukannya tanpa disuruh. Dan yang paling penting banyakkan berdoa. Saya mengamalkan doa ini sebelum saya berumahtangga dan alhamdulillah sehingga sekarang.....Saya baca dalam sujud..setiap kali solat dan pada bila-bila je… doa.. doa.. dan doa….
Doanya adalah dalam Surah Ibrahim ayat 40
InsyaAllah… Jom Amalkan…. semoga anak2 kita semua rajin mendirikan solat bersama….aamiinn..