Menu Iftar (23 Ramadhan 1434H)
Assalamualaikum....
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
1 ikat maman
1 kilo telur ikan tenggiri
Bahan tumbuk:
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Cili api (ikut pedas)
1/2 inci kunyit hidup
1/2 biji kelapa (ambil santan pekat)
1 btg serai (diketuk)
Sedikit garam/gula
Cara-cara memasak:-
Siang pucuk maman, ambil yg lembut sahaja. Selepas itu rendam sedikit garam. Lepas tu gaul dan ramas rata2. Tos maman tu.
Campurkan semua bahan tumbuk, santan, maman , serai, garam dan gula ke dalam periuk. Jangan kacau sangat, biarkan maman terendam sahaja agar maman tidak berasa pahit. Masak dgn api sederhana, Setelah maman layu dan kuah dh menggelegak, masukkan telur ikan perlahan-lahan. Kacau perlahan agar telur tidak hancur. Lepas menggelegak, bolehlah diangkat dan hidang.