Air yang membantu Mengurangkan BeRaT BaDaN!
Assalamualaikum....
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Jom kongsi artikel ni yer.... rajin betul saya hari ni....beberapa entri saya postkan hari ni....yelah mood tgh ada, kalau tak ada sunyi sepi je blog ni.....
AIR amat penting untuk kehidupan kita (semua orang tahu kan???)
H20 adalah air. Secara Saintifiknya air terdiri daripada 2 bahagian Hidrogen dan 1 Bahagian Oksigen. Air merupakan suatu keperluan yang amat penting dalam kehidupan kita. Tanpa air yang mencukupi, badan kita terutamanya tisu-tisu badan boleh menjadi rosak dan proses-proses di dalam badan tidak dapat dijalankan secara yang optimum. Sekiranya badan mengalami masalah kekurangan air untuk beberapa hari, ini boleh menyebabkan berlakunya perkara yang tidak diingini malah boleh menyebabkan maut.
Secara puratanya, badan seorang dewasa mengandungi hampir 70 % air. Di antaranya bahagian badan yang paling banyak mengandungi air adalah :
* 95% air terkandung di bahagian Otak manusia.
* 90% air berada dalam peparu
* 82% air terkandung di dalam darah
Walau bagaimanapun dianggarkan sebanyak 2.5 liter air yang terkandung di dalam badan akan hilang akibat daripada perkara-perkara seperti berikut:
* 1.5 liter melalui pembuangan air kencing
* 0.7 liter melalui perpeluhan dan penafasan
* 0.2 liter melalui proses respirasi
* 0.1 liter melalui sejatan daripada permukaan kulit.
Kehilangan air ataupun kekurangan air yang tinggi di dalam badan akan menyebabkan berlakunya kekurangan kepada badan anda. Kehilangan yang berlaku ini mestilah digantikan segera sistem badan dapat beroperasi dengan baik.
Nasihat :
- 2 gelas air/500ml air selepas bangun tidur ==> membantu menggiatkan organ dalaman
- 1 gelas air 30 minit sebelum makan ==> membantu penghadaman
- 1 gelas air sebelum mandi ==> membantu menurunkan tekanan darah.
- 1 gelas air sebelum tidur ==> mengelak dari terkena serangan angin ahmar dan jantung
** Cara terbaik untuk membuang sisa organic dari badan dengan hanya menggunakan air beralkali
** Pengamalan minum air kosong 7 hingga 8 gelas setiap hari adalah baik untuk menyingkir toksik melalui 'sistem perkumuhan' & mengekalkan kesihatan buah pinggang. Dimana ia juga dapat meningkatkan metabolisme badan dimana air kosong juga 100% bebas kalori, kafein dan bahan kimia.
5 Minuman Yang Membantu Mengurangkan Berat Badan!
Ramai yang tidak tahu, rahsia untuk menurunkan berat badan bukan hanya bergantung terhadap apa yang kita makan, ia juga turut dipengaruhi oleh apa yang kita minum. Minuman ringan, jus buah-buahan, dan minuman tenaga yang dicampurkan dengan kandungan gula dan karbohidrat akan menghalang terhadap penurunan berat badan anda. Ini adalah 5 minuman terbaik yang dapat membantu mengurangkan berat badan.
1- Air masak
Pasti ramai yang sudah tahu air masak adalah pilihan terbaik untuk menurunkan berat badan secara berkesan. Jadikan air masak sebagai minuman utama dan sekiranya anda berasa bosan untuk meminum air masak, anda juga boleh mempelbagaikannya dengan menambah hirisan lemon segar, limau nipis, dan juga hirisan tomato untuk menambah sedikit rasa di dalam air tersebut tanpa menambahkan nilai kalori dengan banyak.
2- Jus sayur-sayuran
Jus sayur-sayuran adalah cara terbaik untuk mendapatkan serat dan nutrisi tubuh yang diperlukan sebagai bahan bakar untuk mengurangkan berat badan. Jika anda dapat mencari kandungan sayuran yang bernatrium rendah, ianya adalah lebih baik. Jus sayur sayuran juga mampu membuatkan rasa kenyang tahan lebih lama.
3-Teh yang tidak terlalu manis
Teh hijau telah terbukti untuk membantu meningkatkan metabolisme dan mempercepatkan penurunan berat badan. Masukkan hanya sedikit sahaja kandungan gula kedalamnya dan cuba amalkan. Selain daripada itu, teh juga mengandungi ejen antioksida yang dapat membantu membersihkan tubuh anda daripada racun.
4-Kopi
Secawan kopi pada waktu pagi dapat membantu menahan daripada rasa lapar. Kesan ini adalah hasil daripada kandungan kafein yang ada didalam kopi. Selain itu, kopi juga mampu untuk merangsang thermogenesis, yang berfungsi untuk memanaskan tubuh dan meningkatkan kadar metabolisme. Tetapi perlu berhati-hati, pastikan kandungan gula atau susu yang dicampurkan adalah dalam jumlah yang sedikit untuk mendapat kesan yang terbaik.
5-Susu rendah lemak
Susu merupakan sumber protein yang sangat baik. Selain daripada itu ia juga mengandungi vitamin D dan kalsium yang dapat membantu untuk membina otot dan menjadikan tulang lebih kuat. Tetapi pastikan susu yang anda pilih adalah susu rendah lemak. Sekiranya anda menggunakan susu biasa, hasilnya pasti akan mengecewakan anda.
Untuk yang telah gagal dalam berdiet, mungkin cara ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk mendapatkan berat badan impian anda.