Salam Ramadhan Al-Mubarak 1434H
Assalamualaikum....
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Alhamdulillah hari Rabu (10.07.2013) ini, umat Islam akan menjalani ibadah puasa..... mudah-mudahan mendapat puasa mabrur yang diberikan ganjaran pahala berganda-ganda daripada Allah SWT, Tuhan Maha Pencipta dan Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Marhaban Ya Ramadhan...
dari dalam lubuk hati saya yang paling dalam
Andainya ada salah dan silap
izinkan saya memohon maaf lahir dan batin
Mari sucikan hati, fikiran, dan lisan kita
Sambut Ramadhan dengan penuh sukacita.
Semoga Ramadhan ini akan mendidik diri kita menjadi lebih baik dari sebelumnya....insyaAllah. Dan ingatan pada diri sendiri juga, sedaya mungkin elakkan dari berlaku pembaziran terutama ketika menyediakan juadah berbuka. Elakkan daripada terlalu membuat atau membelinya di bazaar Ramadhan dan sebagainya dengan kuntiti yang terlalu banyak hingga tidak dapat dihabiskan, dan akhirnya terpaksa dibuang ke tong sampah setiap hari. Kawallah nafsu kita...... walaupun syaitan dah diikat, namun syaitan yang paling besar dalam diri kita adalah nafsu kita sendiri.... moga sama-samalah kita mendapat puasa yagn berkah dan segala amalan kita diterima oleh Allah SWT.
SENYUM SELALU DAN LALUI RAMADHAN DENGAN PENUH KESYUKURAN KERANA AKHIRNYA KITA BERTEMU RAMADHAN LAGI.....InsyaAllah.