F

Benarkah Lelaki Dapat Bidadari di Syurga, Wanita??


Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Saya yakin sahabat pernah dengar cerita, dan pertanyaan seperti ini. Kadang-kadang terpantul di benak..... betul ke tu? Takkan lah macam tu... adakah Allah tidak adil kepada kaum Hawa? Tak mungkin...dan macam-macam pertanyaan dan persoalan akan keluar jika kita tahu tapi tak berilmu. Sebaiknya ambil langkah pertama cari guru2 yang mampu mengesahkan kesahihannya...jgn hanya mampu percaya bulat-bulat dan hadam begitu sahaja... zaman sekarang terlalu banyak perkara yang salah dibenarkan dan yang benar disalahertikan. Apa-apa pun jadilah insan yang berilmu. Insha Allah tidak akan ada satu apa pun yang boleh memperbodohkan kita dengan cerita yang kadang-kadang tiada asas dan dasarnya.

****************
Pertanyaan:
Disebutkan bahawa kaum lelaki akan memperolehi bidadari di jannah (syurga), lalu bagi kaum wanitanya?

Jawapan:

Pertama : Jika para wanita dunia beriman dan beramal soleh maka mereka juga akan mendapatkan kenikmatan para bidadara sebagaimana ditunjukkan oleh keumuman ayat-ayat yang menegaskan bahawasanya bagi para penduduk syurga segala apa yang mereka inginkan dan hasratkan. Allah Tabaraka wa Ta’ala berfirman mengenai nikmat yang diperolehi penghuni syurga,

وَلَكُمْ فِيهَا مَا تَشْتَهِي أَنفُسُكُمْ وَلَكُمْ فِيهَا مَا تَدَّعُونَ. نُزُلاً مِّنْ غَفُورٍ رَّحِيمٍ
“Di dalamnya kamu memperolehi segala sesuatu yang kamu inginkan dan kamu pun memperolehi segala sesuatu yang kamu cinta. Sebagai hidangan (bagimu) daripada (Rabb) Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Qs. Fushshilat: 31–32)

وَفِيهَا مَا تَشْتَهِيهِ الْأَنفُسُ وَتَلَذُّ الْأَعْيُنُ وَأَنتُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
“Di dalam jannah itu terdapat segala apa yang diinginkan oleh hati dan sedap (dipandang) mata, dan kamu kekal di dalamnya.”(Qs. az-Zukhruf: 71)

Sudah maklum juga bahawa “zuwaj” (pasangan hidup) merupakan hal yang diinginkan oleh hati dan ini akan diperolehi oleh ahli syurga, baik yang lelaki mahupun wanita. Dan kenikmatan syurga bukanlah diciptakan dan disediakan oleh Allah hanya untuk para lelaki saja akan tetapi kepada seluruh orang-orang yang bertakwa baik dari kalangan lelaki maupun wanita. Allah berfirman:

وَمَنْ يَعْمَلْ مِنَ الصَّالِحَاتِ مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَأُولَئِكَ يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ
Barangsiapa yang mengerjakan amal-amal saleh, baik lelaki maupun wanita sedangkan dia orang yang beriman, maka mereka itu masuk ke dalam syurga.(QS An-Nisaa :124)

وَمَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَأُولَئِكَ يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ يُرْزَقُونَ فِيهَا بِغَيْرِ حِسَابٍ
Dan Barangsiapa mengerjakan amal yang saleh baik lelaki maupun perempuan sedang ia dalam Keadaan beriman, Maka mereka akan masuk syurga, mereka diberi rezki di dalamnya tanpa hisab. (QS Ghoofir : 40)

Siapakah Bidadara Syurga?
Yang dimaksudkan dengan bidadara adalah daripada kalangan lelaki dunia yang masuk syurga (lihat Majmu' Fatawa Syaikh al-'Utsaimin 2/53).

Sudah tentunya seorang lelaki yang masuk syurga akan diubah tubuh dan parasnya oleh Allah menjadi tampan dan elok sebagai bidadara (sebagaimana akan datang penjelasannya di bawah)

Kedua : Para ulama menjelaskan bahawa ada beberapa sebab kenapa sama sekali tidak disebutkan tentang bidadara bagi para wanita, di antaranya:
  • Kerana para wanita asalnya merekalah yang dicari dan dikejar-kejar, bukan sebaliknya. (lihat Majmu' Fatawaa Syaikh al-'Utsaimin 2/53) Jadi merupakan perkara yang kurang enak jika ditunjukkan bahawasanya para wanita mengejar-ngejar para bidadara.
  • Dalam dalil-dalil disebutkan tentang keindahan tubuh para bidadari dengan agak terperinci, tentunya hal ini sangatlah kurang sesuai jika disebutkan tentang  keindahan tubuh para bidadara dihadapan para wanita. Ini kerana asalnya para wanita memiliki sifat malu yang sangat tinggi… malu untuk membaca atau mendengar, apalagi membicarakan keindahan tubuh para bidadara
Ketiga: Yang perlu diingat bahawasanya kenikmatan di syurga sangatlah banyak dan tidak dapat dibayangkan. Kenikmatan di syurga bukanlah hanya kenikmatan jimak saja, akan tetapi masih terlalu banyak kenikmatan yang lain yang banyak dan bervariasi.

Keempat: Wanita beriman yang memasuki syurga lebih cantik daripada para bidadari.
Para ulama juga menyebutkan bahawasanya para wanita dunia jika beriman dan beramal soleh hingga masuk syurga maka mereka akan lebih mulia dan lebih cantik daripada para bidadari syurga.

Ini kerana para wanita dunia telah menjalankan kewajipan-kewajipan yang Allah wajibkan kepada mereka, mereka menjalankan perintah Allah dan menjauhi laranganNya dengan penuh kesabaran tatkala di dunia. Hal ini berbeza dengan para bidadari syurga yang langsung diciptakan dewasa dan tanpa pembebanan tugas daripada Allah, mereka diciptakan untuk disediakan bagi para lelaki penghuni syurga. Ada beberapa hadis Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam yang menunjukkan akan hal ini akan tetapi hadis-hadis tersebut lemah. Di antaranya hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Salamah radhiallahu 'anhaa bahawasanya Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda

بَلْ نِسَاءُ الدُّنْيَا أَفْضَلُ مِنَ الْحُوْرِ الْعِيْنِ
"Bahkan wanita dunia lebih afdhal dari pada para bidadari" (HR At-Thabrani dalam Al-Mu'jam Al-Kabiir no 780. Hadis ini dilemahkan oleh Al-Haitsami dalam Majma' Az-Zawaaid 7/255 dan juga Syaikh Al-Albani dalam Dho'if 2230).

Kelima: Allah akan mencantikkan wajah para wanita dunia yang memasuki syurga.
Para wanita dunia janganlah menyangka jika mereka masuk ke dalam syurga lantas wajah mereka tidak berubah. Allah akan mencantikkan wajah-wajah mereka dengan secantik-cantiknya sebagaimana telah dijelaskan dalam hadis-hadis yang sahih bahawasanya tubuh para penghuni syurga dimodifikasi oleh Allah sehingga menjadi lebih besar dan lebih tampan dan cantik. (Lihat penjelasan tentang jasad tatkala kebangkitan merupakan modifikasi daripada jasad yang ada di dunia di Majmuu Fataawa Ibni Taimiyyah 17/252 dan Syarh al-'Aqidah at-Thohawiyah li Ibni Abi al-'Iz al-Hanafi hal 277).

Tubuh dan rupa para penghuni syurga menjadi muda dan besar serta tingginya 60 hasta, selain itu juga tubuh mereka bersih tidak ada kotorannya. Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

فَكُلُّ مَنْ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ عَلَى صُوْرَةِ آدَمَ
"Semua yang masuk syurga seperti bentuknya Nabi Adam" (HR Al-Bukhari no 3326)

Dalam hadis yang lain
إِنَّ أَوَّلَ زُمْرَةٍ يَدْخُلُوْنَ الْجَنَّةَ عَلَى صُوْرَةِ الْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ ثُمَّ الَّذِيْنَ يَلُوْنَهُمْ عَلَى أَشَدِّ كَوْكَبٍ دُرِّيٍّ فِي السَّمَاءِ إِضَاءَةً لاَ يَبُوْلُوْنَ وَلاَ يَتَغَوَّطُوْنَ وَلاَ يَتْفُلُوْنَ وَلاَ يَمْتَخِطُوْنَ ... وَأَزْوَاجُهُمْ الْحُوْرُ الْعِيْنُ عَلَى خُلُقِ رَجُلٍ وَاحِدٍ عَلَى صُوْرَةِ أَبِيْهِمْ آدَمَ سِتُّوْنَ ذِرَاعًا فِي السَّمَاءِ
"Sesungguhnya rombangan pertama yang masuk syurga seperti rembulan yang bersinar di malam purnama, kemudian rombongan berikutnya seperti bintang yang paling terang di langit, mereka tidak buang air kecil, tidak buang air besar, tidak membuang ludah, tidak beringus….isteri-isteri mereka adalah para bidadari, mereka semua dalam satu perangai, rupa mereka semua seperti rupa ayah mereka Nabi Adam, yang tingginya 60 hasta menjulang ke langit" (HR Al-Bukhari 3327)

Keenam: Penghuni syurga tidak memiliki rasa cemburu dan dengki.
Meskipun dalam syurga seorang lelaki boleh saja memiliki banyak bidadari, bahkan boleh jadi memiliki banyak isteri yang dahulunya adalah isteri-isterinya di dunia. Akan tetapi sama sekali tidak akan ada dalam hati-hati mereka rasa dengki dan rasa cemburu. Allah telah berfirman;

وَنَزَعْنَا مَا فِي صُدُورِهِمْ مِنْ غِلٍّ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهِمُ الأنْهَارُ وَقَالُوا الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي هَدَانَا لِهَذَا وَمَا كُنَّا لِنَهْتَدِيَ لَوْلا أَنْ هَدَانَا اللَّهُ لَقَدْ جَاءَتْ رُسُلُ رَبِّنَا بِالْحَقِّ وَنُودُوا أَنْ تِلْكُمُ الْجَنَّةُ أُورِثْتُمُوهَا بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ
Dan Kami cabut segala macam dendam yang berada di dalam dada mereka; mengalir di bawah mereka sungai-sungai dan mereka berkata: "Segala puji bagi Allah yang telah menunjuki Kami kepada (syurga) ini. dan Kami sekali-kali tidak akan mendapat petunjuk kalau Allah tidak memberi Kami petunjuk. Sesungguhnya telah datang Rasul-rasul Tuhan Kami, membawa kebenaran." dan diserukan kepada mereka: "ltulah syurga yang diwariskan kepadamu, disebabkan apa yang dahulu kamu kerjakan." (QS Al-A'roof : 43)

وَنَزَعْنَا مَا فِي صُدُورِهِمْ مِنْ غِلٍّ إِخْوَانًا عَلَى سُرُرٍ مُتَقَابِلِين
Dan Kami lenyapkan segala rasa dendam yang berada dalam hati mereka, sedang mereka merasa bersaudara duduk berhadap-hadapan di atas pelamin. (QS al-Hijr: 47)

Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
وَلِكُلِّ وَاحِدٍ مِنْهُمْ زَوْجَتَانِ يُرَى مُخُ سَاقِهِمَا مِنْ وَرَاءِ اللَّحْمِ مِنَ الْحَسَنِ لاَ اخْتِلاَفَ بَيْنَهُمْ وَلاَ تَبَاغُضَ قُلُوْبُهُمْ قَلْبٌ وَاحِدٌ يُسَبِّحُوْنَ اللهَ بُكْرَةً وَعَشِيًّا
"Bagi setiap penghuni syurga dua orang isteri, terlihat sum-sum betisnya dari belakang dagingnya kerana indahnya, tidak ada perselisihan diantara mereka serta tidak ada permusuhan. Hati-hati mereka hati yang satu, mereka bertasbih kepada Allah pagi  dan petang" (HR Muslim no 2834)

Oleh kerananya jelas bahawa yang berlaku di dunia tidak sama dengan yang berlaku di akhirat. Jika di dunia poligami menimbulkan kesedihan dan kecemburuan sertap permusuhan maka tidaklah demikian tatkala di akhirat. seseorang yang masuk syurga tidak akan sedih dan khuatir.

Ketujuh: Keadaan wanita.
Seorang wanita tidak keluar dari salah satu dari keadaan-keadaan berikut ini:

Pertama: Dia meninggal sebelum menikah.
Maka wanita ini boleh jadi dinikahkan dengan lelaki dunia yang masuk syurga yang akan menyenangkan hatinya (lihat Majmu Fatawa Syaikh al-'Utsaimin 2/53). Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :
وَمَا فِي الْجَنَّةِ أَعْزَبُ
"Tidak ada seorang yang membujang pun di syurga" (Disahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam As-Sahihah no 1736 dan 2006)

Kedua: Dia meninggal setelah bercerai dan belum sempat menikah lagi.
Maka keadaan wanita ini sama dengan keadaan wanita pertama

Ketiga: Dia meninggal dalam keadaan bersuami, akan tetapi suaminya tidak masuk syurga bersamanya.

Keadaan wanita ini juga sama dengan keadaan wanita yang pertama dan yang kedua. Syaikh al-'Utsaimin rahimahullah berkata, "Seorang wanita jika masuk syurga dan belum menikah atau suaminya tidak masuk syurga, maka jika wanita ini masuk syurga maka akan ada para lelaki dunia yang masuk syurga yang belum menikah, maka bagi para lelaki tersebut para isteri dari bidadari dan juga dari para wanita dunia –tentunya jika para lelaki tersebut berminat-" (Majmu' Fatawa Syaikh al-'Utsaimin 2/52).

Yang penting bahawasanya para wanita yang masuk syurga pasti bersuami.

Keempat: Dia meninggal setelah menikah dengan suaminya.

Kaum wanita dipasangkan oleh Allah di dalam jannah dengan suaminya yang dahulu dalam hidupnya di dunia. Allah Ta’ala berfirman:

رَبَّنَا وَأَدْخِلْهُمْ جَنَّاتِ عَدْنٍ الَّتِي وَعَدتَّهُم وَمَن صَلَحَ مِنْ آبَائِهِمْ وَأَزْوَاجِهِمْ وَذُرِّيَّاتِهِمْ إِنَّكَ أَنتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
“Wahai Rabb kami, dan masukkanlah mereka ke dalam syurga ‘Adn yang telah Engkau janjikan kepada mereka dan orang-orang soleh antara bapa-bapa mereka, dan isteri-isteri mereka. Engkaulah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Qs. Ghafir: 8)

(Rujukan: Soal-Jawab Masalah Iman dan Tauhid, Syekh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin, Pustaka at-Tibyan, 2002.)

Kelima: Suaminya lebih dahulu meninggal dan setelah itu perempuan tersebut tidak menikah lagi hingga meninggal dunia.
Maka wanita ini juga keadaannya sama dengan wanita yang keempat, dia akan menjadi isteri suaminya.

Keenam: Setelah suaminya meninggal dia pun menikah lagi dengan lelaki lain (meskipun menikah berkali-kali)

Maka dia akan menjadi isteri dari suaminya yang terakhir. Tatkala Mu'awiyah radhiallahu 'anhu melamar Ummu Dardaa' maka Ummu Dardaa'pun menolak lamarannya dan berkata, "Aku mendengar Abu Darda' (suaminya yang telah meninggal-pen) berkata, Aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :

الْمَرْأَةُ لِآخِرِ أَزْوَاجِهَا
"Seorang wanita bagi suaminya yang terakhir". Dan aku tidak ingin pengganti bagi Abu Dardaa'" (Disahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam As-Sahihah no 1281).

Hudzaifah radhiallahu 'anhu juga pernah berkata kepada isterinya:

إِنْ شِئْتِ أَنْ تَكُوْنِي زَوْجَتِي فِي الْجَنَّةِ فَلاَ تَزَوَّجِي بَعْدِي فَإِنَّ الْمَرْأَةَ فِي الْجَنَّةِ لِآخِرِ أَزْوَاجِهَا فِي الدُّنْيَا فَلِذَلِكَ حَرَّمَ اللهُ عَلَى أَزْوَاجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يَنْكِحْنَ بَعْدَهُ لِأَنَّهُنَّ أَزْوَاجَهُ فِي الْجَنَّةِ
"Jika kau ingin menjadi isteriku di syurga maka janganlah engkau menikah lagi setelah aku meninggal. Ini kerana seorang wanita di syurga akan menjadi isteri bagi suaminya yang terakhir di dunia. Oleh kerana itu Allah mengharamkan isteri-isteri Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam untuk menikah lagi setelah meninggalnya Nabi, kerana mereka adalah isteri-isteri Nabi di syurga" (Disahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam As-Sahihah no 1281).

Kelapan : Wanita yang nusyuz
Jika perkaranya adalah sebaliknya, iaitu seorang wanita dunia bermaksiat dan membangkang kepada suaminya maka dia tentu akan kalah bersaing dengan para bidadari syurga dan akan menyebabkannya terjerumus dalam neraka jahannam. Bahkan tatkala seorang wanita dunia menyakiti hati suaminya maka bidadari syurga akan protes dengan perlakuannya sebagaimana dalam sabda Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam :

لاَ تُؤْذِي امْرَأَةٌ زَوْجَهَا فِي الدُّنْيَا ؛ إِلاَّ قَالَتْ زَوْجَتُهُ مِنَ الْحُوْرِ الْعِيْنِ : لاَ تُؤْذِيْهِ قَاتَلَكِ اللهُ ؛ فَإِنَّمَا هُوَ عِنْدَكِ دَخِيْلٌ يُوْشِكُ أَنْ يُفَارِقَكِ إِلَيْنَا
"Tidaklah seorang wanita menyakiti suaminya di dunia kecuali isterinya di akhirat dari bidadari akan berkata, "Janganlah engkau mengganggunya, semoga Allah membinasakanmu. Sesungguhnya dia hanyalah tetamu di sisimu, hampir-hampir lagi ia akan meninggalkanmu menuju kepada kami" (HR At-Thirmidzi dan Ibnu Majah, dan disahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam As-Sahihah no 173)

Ya Allah,
Kurniakanlah kami teman di dalam syurgaMu kelak.
Yaa Ar-Rahman, Maha Pengasih …
Janganlah Engkau biarkan hamba…
Kedinginan tanpa pakaian…
Kerana Engkau Telah Berfirman…

هُنَّ لِبَاسٌ لَّكُمْ وَأَنتُمْ لِبَاسٌ لَهُنَّ
“Mereka [isteri-isteri]  adalah pakaian bagimu, dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka.” [Al-Baqarah: 187]

Yaa Al-Mannan, Maha pemberi Anugerah
Jangan biarkan Hamba…
GALAU SENDIRIAN…
Kerana Engkau Telah Berfirman…

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجاً لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri daripada jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang.” [Ar-Rum: 21]

Perempuan Tidak Berasal Daripada Tulang Rusuk

Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dah lama sangat artikel ni berada dalam simpanan saya. Dari sehari ke sehari nk di post dalam blog saya ni........ ermmm tau2 dah dekat setahun berlalu... Satu artikel yang meminta kita berfikir di luar kebiasaan kita yang mana kita ni kadang2 terlepas pandang akan sesuatu perkara yang tidak benar menjadi benar dan perkara benar adalah tidak benar. Jadi sama-sama kita hadamkan.....


Sumber di sini!

Oleh: Muhammad Hanief bin Awang Yahaya


Kita sering mendengar cerita bahawa Hawa diciptakan daripada tulang rusuk Adam. Sehingga terdapat ungkapan yang mengatakan wanita dijadikan daripada tulang rusuk supaya yang dekat dengan hati dan supaya sering didampingi serta diingati dan bermacam-macam lagi. Begitu juga, hampir semua kitab-kitab tafsir menyebutkan kisah penciptaan Hawa dan menjadi asas kepada ulama tafsir ketika menjelaskan maksud ayat pertama surah al-Nisa’. (Sila lihat Tafsir at-Tabari, Tafsir al-Baidhawi, al-Kahzin dan lain-lain)

Kenyataannya ialah tidak ada satupun ayat al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. yang jelas menyebutkan hakikat kejadian Hawa. Al-Quran tidak menyebutkan Hawa dicipta daripada Adam tetapi manusia itu dicipta daripada jiwa yang satu. Apa yang disebutkan di dalam al-Quran ialah manusia itu diciptakan daripada jenis yang sama dengannya juga. Seorang manusia tentunya ibu bapanya manusia juga bukan makhluk yang lain.

Abu A`la al-Mawdudi menulis komentar bagi ayat pertama surah al-Nisa’ ini: “Umumnya para pentafsir al-Quran menyebutkan Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam dan Bible juga menyebutkan perkara yang sama. Kitab Talmud pula menambah bahawa Hawa diciptakan daripada tulung rusuk Adam yang ketiga belas. Tetapi al-Quran tidak menyentuh langsung perkara ini dan hadis-hadis yang dipetik untuk menyokong pandangan ini mempunyai makna yang berbeza dari yang sering difahami. Oleh itu, perkara yang terbaik ialah membiarkan perkara yang tidak dijelaskan seperti yang terdapat dalam al-Quran dan tidak perlu membuang masa bagi menentukan perinciannya.” ( The Meaning of The Quran, jil. 2 hal. 94)

Menurut al-Mawdudi, hadis-hadis Rasulullah s.a.w. tidak menyatakan perkara yang sebagaimana yang tersebar dalam   masyarakat Islam iaitu sebenarnya tidak ada satupun hadis baginda s.a.w yang menerangkan asal- usul kejadian Hawa.

Kaedah yang sebenar ialah tidak perlu memberatkan diri dalam menentukan perkara yang Allah s.w.t. tidak menyatakan dengan terang dan jelas. Contohnya, apabila Allah s.w.t. menyebutkan cerita tentang bahtera Nabi Nuh tidak perlu bagi kita untuk menentukan apakah saiz dan kapasitinya atau bahan buatannya. Perincian itu bukan menjadi maksud penurunan al-Quran. Apa yang penting ialah menjadikan peristiwa tersebut sebagai iktibar dab pengajaran. Dengan kata lain, al-Quran bukan kitab sejarah atau sains tetapi kitab yang memberi panduan hidup kepada manusia supaya selamat di dunia dan akhirat.

Dalam hal ini Shah Waliyullah menyebutkan dengan jelasnya. Kata beliau ketika mengulas kisah-kisah yang diceritakan oleh al-Quran: “Bukanlah maksud cerita-cerita di dalam al-Quran untuk mengetahui cerita itu sendiri. Maksud sebenarnya ialah  supaya pembaca memikirkan betapa bahayanya syirik dan kemaksiatan serta hukuman Allah hasil dari perbuatan syirik  itu  di samping menenangkan hati orang-orang yang ikhlas dengan tibanya pertolongan dan perhatian Allah kepada mereka” (al-`Fawz al-Kabir Fi Usul al-Tafsir, hal. 138)


Mengapa Berlaku Kekeliruan Tentang Kejadian Hawa Ini?

Ada beberapa faktor mengapa berlaku kekeliruan dalam memahami makna sebenar ayat ini:

1. Berpegang Dengan Riwayat Israiliyyat

Fasal yang kedua di dalam Sifr al-Takwin menyebutkan Hawa diciptakan daripada tulang rusuk kiri Nabi Adam ketika baginda sedang tidur. (Tafsir al-Manar, jil. 4, hal. 268.)  Disebabkan ada riwayat dalam kitab-kitab yang dahulu, ahli-ahli tafsir terus menganggap ia sebagai sokongan atau pentafsiran kepada al-Quran. Bagaimana mungkin ayat al-Quran ditafsirkan dengan riwayat Israiliyyat walhal penurunan kitab-kitab nabi terdahulu lebih awal lagi daripada al-Quran. Sepatutnya, kitab yang turun kemudianlah yang menjelaskan kitab-kitab yang terdahulu.

Hadis berkenaan perkara ini mempunyai beberapa versi. Antaranya ialah;


1.1     Perempuan itu diciptakan daripada tulang rusuk
1.2     Perempuan seperti tulang rusuk
1.3     Perempuan adalah tulang rusuk.

2. Mengkhususkan Keumuman Hadis Tanpa Nas Yang Jelas

Antara kesilapan dan kekeliruan ialah mengkhususkan lafaz hadis yang menyebut perempuan kepada Hawa. Hadis-hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. semuanya dengan jelas menyatakan perempuan dalam bentuk tunggal atau jamak dan tidak ada yang menyebutkan Hawa secara khusus. Jelasnya, para pentafsir  menyangka wanita dalam hadis tersebut adalah Hawa tanpa berdasarkan kepada nas yang lain yang menentukan makna yang dikehendaki oleh Rasulullah s.a.w. itu.

3. Kesilapan Memahami Kata Sendi Nama Min من

Walaupun perkataan min itu memberi erti “daripada”, “punca sesuatu perkara” atau “sebahagian”, kata sendi nama min juga mempunyai makna lain seperti “untuk menyatakan sebab” dan “menyatakan jenis sesuatu perkara”. Oleh itu, pemakaian huruf ini dalam bahasa Arab adalah luas dan tidak semestinya terikat dengan satu makna sahaja. (lihat, Ibn Hisyam, Mughni al-Labib, jil. 1, hal. 319)

Abu Muslim al-Asfahani mengatakan, maksud menciptakan daripadanya pasangannya ialah menciptakannya dari jenisnya. (lihat Hasyiah Zadah `Ala al-Baidhawi) Ini seperti ayat-ayat al-Quran berikut:

وَمِنْ آَيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآَيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (Surah al-Rum: 21)

فَاطِرُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ جَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا وَمِنَ الْأَنْعَامِ أَزْوَاجًا يَذْرَؤُكُمْ فِيهِ لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

Dialah yang menciptakan langit dan bumi; Dia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri dan menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak pasangan-pasangan (bagi bintang-binatang itu); dengan jalan yang demikian dikembangkanNya (zuriat keturunan) kamu semua. Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya dan pentadbiranNya) dan Dialah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. (Surah al-Syura: 11)

وَاللَّهُ جَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا وَجَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَزْوَاجِكُمْ بَنِينَ وَحَفَدَةً وَرَزَقَكُمْ مِنَ الطَّيِّبَاتِ

Dan Allah telah menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri dan menjadikan bagi kamu daripada pasangan-pasangan kamu anak-anak dan cucu dan memberikan rezki kepada kamu daripada benda-benda yang baik. (Surah al-Nahl: 72)

Ayat-ayat ini tidak boleh difahami sebagai isteri-isteri kita itu diciptakan daripada diri atau jasad kita tetapi mestilah difahami sebagai “mereka itu dari jenis yang sama dengan kita”.

لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِنْ أَنْفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُمْ بِالْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang rasul dari jenis kamu, yang amat berat baginya kesusahan kamu, sangat berharap akan keimanan kamu dan sangat kasih serta menyayangi kepada orang-orang yang beriman. (Surah al-Taubah:128)

لَقَدْ مَنَّ اللَّهُ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ إِذْ بَعَثَ فِيهِمْ رَسُولًا مِنْ أَنْفُسِهِمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آَيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِنْ كَانُوا مِنْ قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُبِينٍ

Sesungguhnya Allah s.w.t. telah memberikan kurniaan yang besar kepada orang-orang yang beriman ketika Dia mengutuskan seorang rasul kepada mereka dari kalangan mereka sendiri, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, menyucikan mereka dan mengajarkan Kitab dan Hikmah. Sesungguhnya mereka sebelum itu berada di dalam kesesatan yang nyata. (Surah Ali Imran: 164.)

Kedua-dua ayat ini dengan jelasnya menyebutkan Rasulullah s.a.w. yang diutuskan kepada kita adalah dari kalangan manusia yang sama seperti kita bukan dari kalangan makhluk yang lain seperti malaikat.

Dengan itu, hadis ini ditafsirkan sebagai sifat dan perasaan perempuan itu daripada jenis yang mudah  bengkok.

عن أبي هريرة عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: (من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فلا يؤذي جاره واستوصوا بالنساء خيرا، فإنهن خلقن من ضلع، وإن أعوج شيء في الضلع أعلاه، فإن ذهبت تقيمه كسرته، وأن تركته لم يزل أعوج، فاستوصوا بالنساء خيرا .

Sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka janganlah menyakiti jirannya dan hendaklah dia menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana sesungguhnya mereka diciptakan daripada tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas, jika kamu berusaha untuk membetulkannya kamu akan mematahkannya, jika kamu terus biarkan begitu ia akan terus bengkok. Oleh itu terimalah pesanan supaya menjaga wanita-wanita dengan baik. (Hadis riwayat al-Bukhari no: 4890)

عن أبي هريرة: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: المرأة كالضلع، إن أقمتها كسرتها.

Perempuan itu seperti tulang rusuk. Jika kamu ingin memperbetulkannya kamu akan mematahkannya. (Hadis riwayat al-Bukhari4889).

Hadis ini telah dikemukakan oleh Imam al-Bukhari di dalam kitab al-Nikah bab berlembut dengan wanita. Tujuan al-Bukhari mengemukakan hadis ini ialah untuk menyatakan sifat fitrah wanita bukannya hakikat  kejadian mereka. Apakah tubuh atau jasad wanita akan mudah patah apabila dikasari oleh orang lain? Tentu sekali tidak.

عن أبي هريرة. قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن المرأة كالضلع. إذا ذهبت تقيمها كسرتها.

Sesungguhnya perempuan itu seperti tulang rusuk. Jika kamu ingin memperbetulkannya kamu akan mematahkannya. (Hadis riwayat Muslim no: 1468.)

Hadis ini lebih jelas lagi menyatakan sifat perempuan itu seperti tulang rusuk bukan diciptakan daripada tulang rusuk. Penggunakan partikel kaf  ك ini bagi menyatakan persamaan antara perempuan dan tulang rusuk. Sementara ayat yang kedua merupakan sudut persamaan antara kedua-duanya.

Kecenderungan Imam al-Bukhari ketika membuat Tarjamatul Bab di dalam Sahihnya, iaitu:

باب: المداراة مع النساء، وقول النبي صلى الله عليه وسلم: (إنما المرأة كالضلع .

Bab berlembut dengan wanita dan Sabda Nabi s.a.w.: Sebenarnya perempuan itu seperti tulang rusuk.

Dengan membuat tajuk begini Imam al-Bukhari tidaklah berpendapat bahawa Hawa itu dijadikan daripada tulang rusuk kiri  Nabi Adam.

Begitu juga di dalam al-Adab al-Mufrad, Imam al-Bukhari mengemukakan riwayat:

إن المرأة ضلع , وإنك إن تريد أن تقيمها تكسرها

Sesungguhnya perempuan itu tulang rusuk. Jika kamu mahu untuk meluruskannya maka kamu akan mematahkannya. (al-Adab al-Mufrad, no: 747)

Apakah hadis ini menyatakan hakikat perempuan itu sebenarnya tulang rusuk? Tentu sekali  tidak. Hadis ini merupakah satu bentuk tasybih atau perumpamaan yang mempunyai nilai balaghah atau retorik yang tinggi di mana perkataan yang menyatakan persamaan tidak digunakan begitu juga sudut keserupaan tidak disertakan. Ayat yang kedua boleh juga dikatakan sebagai bukti bahawa perkataan tulang rusuk tidak difahami secara harfiah.


Sokongan Kepada Penafsiran Ini

Penafsiran min bukan dengan makna punca atau asal-usul sesuatu adalah sesuai hadis berikut:

عن أبي قلابة، عن أنس رضي الله عنه: أن النبي صلى الله عليه وسلم كان في سفر، وكان غلام يحدو بهن يقال له أنجشة، فقال النبي صلى الله عليه وسلم: (رويدك يا أنجشة سوقك بالقوارير). قال أبو قلابة: يعني النساء.

Daripada Abu Qilabah daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah s.a.w. berada dalam satu perjalanan. Ada seorang budak yang dikenali dengan Anjisyah menarik unta yang ditunggangi oleh wanita-wanita. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: Wahai Anjisyah! Perlahankanlah kerana yang kamu tarik itu ialah botol-botol kaca. Perawi, Abu Qilabah, berkata: Maksudnya ialah wanita-wanita. (Hadis riwayat al-Bukhari no: 5857.)

Rasulullah s.a.w. menggambarkan wanita sebagai golongan yang lembut dari segi perwatakan dan cukup sensitif. Baginda menyebutkan wanita seperti botol-botol kaca yang mudah pecah jika tidak dijaga dan diberi perhatian.


Kesimpulan

Hadis ini perlu difahami secara balaghah iaitu berdasarkan retorik bahasa Arab. Rasulullah s.a.w. menyampaikan pesanan ini dalam bentuk tasybih (perumpamaan) supaya maksud pesanan difahami dengan lebih mendalam. Tegasnya, supaya pendengar lebih peka dan prihatin bukan memberi perhatian  kepada makna harfiah. Rasulullah s.a.w. membuat perumpamaan wanita seperti tulang rusuk bukan bermaksud untuk merendahkan kedudukan mereka tetapi sebagai peringatan kepada kaum lelaki supaya memberi perhatian kepada mereka, melayani mereka dengan baik, mendidik dan menjaga hati mereka. Sama seperti lelaki, wanita sama-sama berperanan untuk menegakkan agama dan menguruskan hal ehwal kehidupan.

Dengan pemahaman yang betul tentang hadis-hadis ini maka tertolaklah anggapan bahawa wanita adalah dari kelas kedua  kerana kononnya dijadikan daripada orang lelaki iaitu Adam!

PERKONGSIAN : Dunia Adalah Jambatan Akhirat


Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS


Dunia Adalah Jambatan Akhirat

عَنِ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ أَخَذَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمَنْكِبِي فَقَالَ كُنْ فِي الدُّنْيَا كَأَنَّكَ غَرِيبٌ أَوْ عَابِرُ سَبِيلٍ
وَكَانَ ابْنُ عُمَرَ يَقُولُ إِذَا أَمْسَيْتَ فَلَا تَنْتَظِرْ الصَّبَاحَ وَإِذَا أَصْبَحْتَ فَلَا تَنْتَظِرْ الْمَسَاءَ وَخُذْ مِنْ صِحَّتِكَ لِمَرَضِكَ وَمِنْ حَيَاتِكَ لِمَوْتِكَ

Dari Ibnu Umar radliallahu 'anhuma dia berkata; Rasulullah SAW pernah memegang bahuku dan bersabda: Jadilah kamu di dunia ini seolah-olah orang asing atau seorang pengembara. Ibnu Umar telah berkata; Bila kamu berada di waktu petang, janganlah kamu menunggu datangnya waktu pagi, dan bila kamu berada di pagi hari, maka janganlah menunggu waktu petang. Manfaatkanlah waktu sihatmu sebelum sakitmu, dan hidupmu sebelum matimu. (HR Bukhari No: 5937)

Mengetahui dan meyakini bahawa akhirat adalah kehidupan abadi adalah dua perkara yang berbeza. Tahu sahaja tidak cukup, andai tidak diterjemah melalui perbuatan. Realitinya hari ini kita hidup pada bayangan impian yang dikejar untuk hari esok. Cita-cita melangit pada hari depan yang belum pasti tidak sepatutnya menghalang kita daripada mengingati tarikh kembali ke negeri akhirat yang abadi. Kerana itu Rasulullah SAW menyarankan agar kita menyikapi kehidupan umpama seorang musafir. Bersegera di waktu pagi tanpa menanti waktu petang, beramal di waktu petang tanpa bertangguh ke esok paginya!

Pengajaran:

1. Dunia adalah jambatan menuju akhirat. Jangan jadikan dunia sebagai matlamat dan tempat tinggal hakiki. Sebagai musafir di perjalanan, kita tidak membawa kesemua yang kita milik berbentuk harta untuk bermusafir. Kita hanya membawa sekadarnya.

2. Seorang Muslim perlu bersegera melakukan amal kebajikan , memperbanyakkan ketaatan dan amal solleh.

3. Elakkan dari bertangguh untuk melakukan amal solleh kerana kita tidak pasti apakah berkesempatan untuk melakukannya pada masa akan datang.

4. Setiap Muslim perlu merebut peluang dan kesempatan yang ada sebaik mungkin. Lakukan amal kebaikan ketika kita sihat dan masih hidup. Sakit dan ajal boleh berlaku bila-bila masa.

Mukmin yang merindui akhirat, makan dan tidurnya untuk akhirat. Mukmin yang mencintai syurga, pekerjaan dan ibadahnya untuk Allah semata. Mukmin yang mengharapkan ganjaran pahala akan mengelakkan diri dari aktiviti yang tidak berfaedah. Semuanya kerana mereka seakan tidak punya masa, lantaran dunia ini sementara cuma dan harus dimanfaatkan demi meraih akhirat yang selamanya.

Ayuhlah sama kita rebut peluang beramal ketika kita muda, sihat, berharta, lapang dan semasa hidup ini. Insha Allah.

RESEPI : Kimchi Mudah

Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Saya suka makan kimchi ni... sangat berkhasiat. Cuma proses penyediaan agak remeh temeh. Memang perlukan kesabaran.  Alhamdulillah anak2 juga suka makan kimchi. Lagi pun kimchi ni lebih lama disimpan, lebih sedap rasanya. Saya nak share very simple kimchi resepi yang saya google juga...tapi dah tak ingat dr mana site... apa2 just enjoy the cooking....


Bahan-Bahan

2 kobis panjang or napa cabbage 
garam secukup rasa untuk dilumur pada kobis,
1 lobak putih, (tapi jika tak suka jangan letak...sebab rasanya memang tak sedap sangat)

Bahan bubur,
1/2 cup tepung beras
1/4 cup gula (saya guna gula perang)
3 cup air

Bahan kimchi paste
3 tablespoon serbuk cili ( ikut kepedasan)
1 cup sos ikan
2 large daun bawang,

Blender:
1 bawang besar
3 ulas bawang putih,
1 inci halia,

Cara membuatnya

1. Basuh kobis sebersihnya.
2. lumur kobis dengan garam, pastikan rata,
3. Biarkan 4 jam
4. Basuh kobis dan bilas 3 kali,
5. toskan kobis and tekan bagi kobis jangan berair sangat.
Rendam Kobis selama 4 jam (atau lebih pun boleh)  dengan garam

Bubur
Bubur untuk kimchi.
1. campurkan tepung beras dengan air dan panaskan sampai keluar bubble.
2. masukkan gula dan kacau dalam 1 minit, tutup api biarkan sejuk.

Kimchi paste
3. blender bawang besar, bawang putih, halia
4. potong daun bawang saiz sederhana ikut korang,
3. dalam bekas yang lain masukkan semua bahan kimchi paste bawang besar, bawang putih, halia, sos ikan, serbuk cili, daun bawang
4. campurkan kimchi paste dengan bubur.
5. rasa kimchi paste kalau tak cukup pedas tambah cili, tak cukup masin tambah sos ikan. tapi pastikan jangan masin sangat sebab kobis dah masin,

Kimchi
6. ambil kobis masukkan dalam bekas kimchi paste lumur kimchi paste dengan kobis panjang, pastikan rata.
7. tekan kimchi supaya air kobis keluar sebelum letak dalam Tupperware.
8. masuk dalam fridge, tunggu 24 jam.

selamat mencuba,

16 Tips Untuk Menjadi Manusia Yang Bijak! Oleh Professor Diraja Ungku Aziz


Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Very good article to shared.....


Siapa tidak kenal Professor Diraja Ungku Aziz? Seorang intelektual Melayu yang tidak perlu untuk diperkenalkan lagi. Tidak perlu juga menyenaraikan sumbangannya terhadap negara yang terlalu banyak. Anda boleh membaca buku-buku di pasaran yang menceritakan tentang sumbangannya terhadap dunia pendidikan, ekonomi, persuratan Melayu dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja, orang yang dikenali sebagai Pak Ungku ini sangat terkenal dengan disiplin dan rutin hariannya. Pak Ungku bukanlah jenis orang yang bercakap di atas angin, beliau buat apa yang beliau cakap, bukan cakap dulu tapi tak buat-buat. Oleh itu, saya berasa teruja untuk berkongsi kepada anda semua tentang tips yang saya kutip daripada Pak Ungku sendiri ketika ceramahnya di Universiti Malaya.

1. Tidur 6 atau 7 jam sehari
Pak Ungku mencadangkan agar kita tidur selama 6 hingga 7 jam sehari. Kalau orang muda-muda yang sihat 5 jam pun mencukupi. Dan disiplin diri kita untuk melupakan segala apa yang berlaku sebelum masuk tidur. Sumbat segala permasalahan hidup ke bawah karpet.
2. Tidur selama 30 minit pada waktu tengah hari
Waktu tengah hari semua orang harus tidur sekurang-kurangnya selama 30 minit. Tak payah pilih waktu yang sesuai untuk tidur pada tengah hari ini, asalkan kita boleh curi masa untuk tidur sebentar pada waktu tengah hari itu sudah memadai. Masa yang sesuai antara pukul 12 hingga 3 petang. Kemudian Pak Ungku menyuruh kita tidur selepas makan tengah hari dengan keadaan berbaring, sepertimana kita tidur pada waktu malam. Tapi jangan tidur lama sangat hingga 2 atau 3 jam, itu tidak sihat untuk badan.
Tidur pada waktu tengah hari ini penting untuk ‘repair’ kembali sistem badan kita lalu membuatkan kita lebih cergas pada waktu petang. Rutin tidur sebentar pada waktu tengah hari ini memerlukan disiplin dan menuntut kebiasaan kita. Ini kerana bila kita tidur, selalunya isu-isu lain akan mengganggu kita. Kata Pak Ungku, jangan mempedulikan apa sahaja yang berlaku ketika tidur. Masa tidur adalah masa tidur, jangan ingat benda-benda lain atau mempedulikan apa yang berlaku di sekitar kita.
3. Makan bawang mentah
Antara aspek pemakanan yang menjadi rutin Pak Ungku ialah memakan bawang mentah.
4. Jangan makan terlalu banyak ‘fast food’
Pak Ungku melarang kita makan fast food seperti Burgers kerana bahan-bahan yang ada di dalamnya mempunyai racun yang banyak. Nak makan sekali sekala boleh.
5. Jangan minum air Cola-Cola
Kata Pak Ungku buang tabiat minum air Cola-Cola kerana padanya terdapat terlalu banyak gula yang memberi racun kepada badan
6. Amalkan pemakanan ‘fit for life’
Falsafah pemakanan Pak Ungku ialah makanlah bahan yang hidup, jangan makan bahan yang telah mati. Umpamanya sayur dan ulam, semuanya mesti dimakan hidup-hidup. Kalau kita masak, goreng serta rebus sayur dan ulam itu bermakna bahan itu telah mati. Maka, lebih baik makan sayur dan ulam yang masih segar, bukan yang telah dimasak. Kecuali daging.
7. Jangan borak kosong
Borak kosong itu merugikan dan membazir masa. Kalau orang Islam berdosa jika kita membuang masa begitu.
8. Masa giat dan masa rehat
Masa harus dibahagikan kepada dua, iaitu bahagian giat(aktif) dan rehat(pasif). Masa aktif digunakan untuk kita melakukan pelbagai aktiviti. Masa pasif digunakan untuk kita fikirkan apa yang telah kita buat, dan kita fikirkan apa yang kita akan buat. Jadi kita mesti sedar bila masa kita gunakan minda kita untuk melaksanakan pelbagai kegiatan dan bila masa kita gunakan untuk bersantai-santai. Ini terpulang kepada kreativiti masing-masing.
9. Jangan pedulikan tekanan orang
Bila ada orang marah kita tak tentu pasal. Jangan ambil kemarahan tersebut untuk difikirkan sehingga menyebabkan stress. Anggap saja orang yang marah itu gila.
10. Selalu perhatikan baki wang
Kena tengok selalu baki wang yang ada di poket kita. Untuk mengelakkan masalah kewangan pada masa yang akan datang. Sebab orang yang tak ada duit selalu stress.
11. Amalkan senaman tiga kali seminggu
Buat jadual tiga kali seminggu untuk buat senaman. Tak kira jogging atau bermain permainan seperti badminton dan sebagainya.
12. Senaman Minda
Minda kita harus bersenam juga. Senaman minda boleh dilakukan seperti bermain permainan Sodoku dan Chess atau Dam Haji pun boleh. Ini baik untuk kesihatan minda
13. Jangan main computer games
Buang tabiat suka bermain computer games. Ianya boleh menyebabkan seseorang ketagih dan menghabiskan masa terlalu lama di hadapan komputer. Gunakan komputer sebagai hamba kepada kita. Bukan kita yang menjadi hamba kepada komputer.
14. Amalkan budaya membaca
Pak Ungku seorang yang banyak membaca. Beliau membaca 5 surat khabar sehari. Dengan banyak membaca, ia akan mengasah minda dan pemikiran kita. Kita juga boleh membaca buku-buku yang membantu perkembangan minda dan pemikiran kita.
15. Kita mesti berfikir, berfikir dan berfikir
Bila kita melakukan sesuatu, kita harus berfikir terlebih dahulu. Supaya apa yang kita fikir sesuai dengan keputusan yang kita mahu capai. Ini mengelakkan kita daripada berangan-angan.
16. Banyakkan diskusi
Berbincanglah perkara yang bagus dengan rakan-rakan anda. Ini menggalakkan minda kita berfikir secara kreatif dan kritis. Supaya kita mendapat idea-idea baru yang ,mungkin tidak pernah difikirkan oleh orang lain sebelum ini.
credit : Source link

PERKONGSIAN 1 HADIS : Kedamaian dalam kemaafan



Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Saya nak share sesuatu..
"Ustaz...apa jadi kalau kita TAK REDHA atas kesalahan orang lain yang orang tu buat kat kita?"

Jawapan ustaz tu..ringkas je..tapi menyentap..
"Jika 2 ekor kambing bergaduh sekalipun, di akhirat kelak, akan ditanya oleh Allah..."
Jika kita tak redha..tak memaafkan orang lain..kita akan LEWAT MENITI TITIAN SIRAT..nak ke? Ia akan MELEWATKAN AMALAN KITA DIHISAB ..nak ke? 

SEBAB Allah nak kita selesaikan dulu kes kita ni dengan org2 yang kita tak redha tu...sorang2 akan datang menghadap kita minta maaf..nak ke? 
Sedangkan..semua orang sepatutnya berlumba2 mahu segera ke SYURGA..kita duk fikir2 lagi pasal nak meredhai ke tak..mengampunkan ke tak.."

Sekarang..tanya balik kpd diri sendiri..berbangga ke kita dengan prinsip, "merangkaklah korang cari aku kat padang mahsyar nanti!"
Sebab..bukan dia je tertangguh masuk ke syurga..malahan kita juga..
Urusan kesalahan dia tu..biar Allah selayaknya membalasnya...
Biar Allah menghakimi..
Biar dia ditanya dihadapan Allah kelak..

Memaafkan orang..tak boleh baiki masa silam...tapi akan memperbaiki masa hadapan kita..
Kita akan lebih tenang..
Insha Allah..

Tak perduli siapapun dan bagaimanapun kita sekarang, namun satu yang pasti, kerendahan hati kita untuk memaafkan dan meminta maaf mencerminkan ketinggian dan keluhuran budi sebagai manusia.

Berikan senyum dan jabat tangan orang yang meminta maaf dengan ikhlas kepada anda, begitupun sebaliknya. Jangan biarkan kekerasan hati hadir sebagai pembatas dan pemungkas semua keikhlasan kita untuk menuju kesucian diri.

Jangan biarkan hati dikuasai ego dan emosi, apalagi hanya sekedar kepentingan duniawi. Betapa indah hari yang fitri, sebagai nikmat dan kurniaan Ilahi yang tiada batas, yang terikat dalam jalinan silatulrahim.

Semoga Allah menggolongkan kita atas hamba-hamba-Nya yang berhati lembut kerana mudah tersedar atas kesalahan diri dan ringan dalam meminta maaf. Dan semoga kita tergolong hamba- hamba yang berjiwa besar kerana keluasan hati kita dalam memaafkan saudara-saudara kita yang telah menyakiti kita. Aamiin.

Sahabat2ku.......