F

Misteri Kehilangan MH370 - Hari Ke 10

Assalamualaikum....

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kehilangan pesawat MAS MH370, membuatkan saya lebih banyak menonton televisyen, mendengar dan membaca... (tetapi urusan rumahtanggan masih berjalan dengan baik....... in sya Allah)Wink

Setiap detik hati ini ternanti2 akan setiap pekembangan, nak tahu berita terkini tentang status pesawat tersebut... Terlalu banyak persoalan yang belum ada jawapannya.... walaupun pelbagai cerita yang didengar termasuklah dengan beberapa spekulasi dari wartawan baru... hehehehe..... semakin kuat hati ni nak tahu akan kebenaran ceritanya......

- Ke mana menghilangnya pesawat tersebut?

- Apakah faktor-faktor yang menyebabkan pesawat tersebut hilang daripada radar?

- Bagaimana dengan keadaan semua penumpang dan anak kapal yang berada di dalam pesawat tersebut? 

- Betul ke pesawat tu terhempas seperti spekulasi yang bertebaran di media2 sosial?

- Sekiranya pesawat tersebut telah berpatah balik, di mana pesawat tersebut mendarat?dan macam2 soalan lagi nak tahu......

-  Dan macam2lah soalan-soalan CID pencen ada dalam benak ni.....

Namun semakin banyak kita nak tahu dan berfikir tentang kehilangan pesawat MH370, semakin banyak persoalan yang berlegar-legar di fikiran kita...... Sekarang ni rakyat Malaysia semua nak jadi CID dan wartawanDoofus

Pelbagai usaha telah dilakukan bagi mencari jawapan.....
  • Pandangan dan pendapat pakar berkaitan dengan teknologi penerbangan telahpun kita dengar .. 
  • Bermacam jentera telah kita kerahkan dalam usaha mencari pesawat yang hilang... 
  • Bantuan dan kepakaran dari negara luar juga telah kita gunakan...
Tetapi, Walau secanggih mana pun teknologi yang ada, sehingga 10 hari berlalu, pesawat yang dicari tidak juga dijumpai... Ini menunjukkan kemampuan manusia ada batasannya.. Walaupun kita mampu menguasai sains dan teknologi, tetapi kita perlu akur dengan kekuasaan Allah S.W.T......

TETAPI.....

Janganlah kita berhenti berharap....teruskan berdoa dan berusaha kerana setiap apa jua masalah pasti ada KUNCI penyelesaiannya. Cuma mungkin kita belum menemukan KUNCI yang betul lagi bagi merungkaikan masalah ini.

"Ya Allah Ya Tuhanku, jika pesawat MH370 masih ada di langit, turunkanlah.. Jika pesawat tersebut ada di daratan, tunjukkanlah di mana ia berada.. Jika pesawat tersebut ada di dalam lautan, timbulkanlah... Berkat keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh."

Marilah kita sama-sama berdoa supaya... dengan izin Allah S.W.T kapal terbang MH370 yang hilang akan segera ditemui semula dalam keadaan selamat... sebagaimana kapal tersebut hilang dengan izin Allah S.W.T juga...
0 Responses

Sahabat2ku.......