F

Cerai Susu Badan (Wean-off)


Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Alhamdulillah Siti Khadijah Maisarah dah berusia 1 thn 8 bln masih lagi menyusu badan sepenuhnya. Makan tetap seperti biasa, apa yang kita makan dia makan, tidak memilih, sayur pun dimakan... alhamdulillah. Cuma bila nak bagi susu FM dia tak nak. Dah berkali2 bagi susu FM, macam2 brand tapi dia tak nak jgk. Tapi tak mengapa, yang penting Khadijah tetap sihat membesar. In sya Allah.

Sasaran saya ingin menyusukan Khadijah sehingga 2 thn.... in sya Allah.
Moga semuanya akan dipermudahkan apabila tiba masanya. Saya tidak beriya2 sgt nak melatih Khadijah bercerai susu ni, sebab selagi dia mahu menghisapnya...saya okay sahaja... tak ada masalah apa pun. Alhamdulillah proses menyusukan Khadijah tiada banyak masalah pun.....

Moga penyusuan Khadijah akan berjaya seperti yg disasarkan.... In sya Allah. Wean-off like a winner… bercerai susu bagai juara!!

Cuma di sini saya ingin berkongsi artikel bagaimana hendak menceraikan susu (wean-off) anak kita yang telah berusia 2 thn.

Memang ada ketikanya untuk becerai susu dengan anak walaupun dah berusia 2 thn, menjadikan ibu dalam dilema juga. Ibu akan merindukan saat2 indah bagaimana menyusukan si kecil itu. Namun usah lah bersedih, ceria..... Yang lebih penting selepas tempoh 2 thn ini, hubungan keakraban (bonding) ibu dan anak telah terjalin erat. Bayi dan ibu boleh saja memberhentikan penyusuan ibu (bercerai susu) pada bila-bila masa selepas 2 tahun tetapi ada juga bayi (dan ibu) yang tidak mahu “berpisah”. Bayi yang menyusu daripada ibu masih tetap mendapat nutrien yang terdapat pada susu ibu yang segar. Mereka telah menjadi JUARA !!!

Namun begitu ibu-ibu tidak perlu tergesa-gesa untuk menceraikan susu sebaik anak mencecah usia 2 tahun 1 hari! Proses bercerai susu memerlukan ‘persetujuan’ kedua-dua pihak iaitu ibu dan anak. Selalunya ibulah yang telah bersedia untuk memberhentikan penyusuan ibu tetapi jarang sekali anak yang telah menyusu selama 2 tahun itu menolak susu ibunya.

Memberhentikan penyusuan ibu boleh dilakukan secara perlahan-lahan. Kekalkan hubungan akrab dengan anak seperti mendakap dan bermesra dengannya pada bila-bila masa. Jangan rasa tertekan dengan wean-off ni.... suka atau tidak perkara itu perlu dilalui. Yang penting terima aje dengan ikhlas. Ucapkan tahniah pada diri kita dan anak bahawa kita telah berjaya!

Tips Bercerai susu (weaning off)
Ramai para ibu tertunggu-tunggu usia anak mencecah 2 tahun kerana dirasakan di situlah ukuran kejayaan ibu menyusukan anak sebagaimana yg telah digariskan di dalam Al Quran mengenai penyempurnaan penyusuan anak sehingga usia 2 tahun.

Untuk anak anda :
  • Perlahan-lahan menukar susunya kepada minuman dan makanan yang berkalsium seperti air yogurt atau susu segar. Jika anak tidak serasi dengan susu lembu, gunakan susu soya.

Langkah pertama :
Kurangkan Dahulu, Baru Berhenti
#   Elakkan berhenti secara tiba-tiba kerana dibimbangi emosi anak terganggu. Gunakan kaedah ansuran. Ia mungkin ambil masa beberapa bulan.

#   Jangan tawarkan susu ibu tetapi jangan menolak jika dia minta.

#   Kenyangkan dia dengan makanan lain dulu sebelum dia minta susu badan.

# Jangan menyusu terlalu lama pada tiap sesi penyusuan. Anda boleh mengalihkan perhatiannya kepada aktiviti/benda lain.

#   Kurangkan satu sesi penyusuan pada setiap minggu.

#   Hadkan masa penyusuan, mungkin hanya selepas makan.

#   Jangan terburu-buru untuk memberhentikan penyusuan pada waktu malam.

#   Jangan salin baju di depan anak kerana bila nampak, dia akan ingat. Bila ingat dia akan minta.

#  Anda juga boleh memakai baju yang sukar untuk anak anda selak. Mungkin baju labuh/panjang.

Langkah kedua:
Terangkan Biar Anak Faham
#   Terangkan kepada anak anda kenapa anda mahu berhenti menyusukannya.

#   Anda boleh memberitahu yang dia hanya boleh menyusu jika dia nak tidur atau selepas hari sudah gelap.

#   Kebanyakan anak selepas umur ini boleh faham perkataan 'nanti'. Jadi cuba lengahkan sedikit.

#   Jika anda hamil dan puting anda terasa sakit, terangkan kepadanya.

#   Jangan marah, jangan stres. Anak anda boleh merasakannya.

Langkah ketiga:
Memberhentikan Penyusuan Waktu Malam
#   Elakkan menjadikan penyusuan susu ibu sebagai jalan untuk menidurkannya. Gantikan dengan membacakan buku cerita, mendodoi, berzikir, menyanyi, menepuk perlahan atau menggosok belakangnya.

#   Jika anda mahu menyusukannya sebelum tidur, susukan di tempat lain daripada kebiasaan dia menyusu malam sebelum tidur. Mungkin di bilik lain atau di ruang tamu.

#   Jika anak terjaga di waktu malam, biar bapanya yang menenangkannya sementara waktu ini. Jika dia mahu susu, perah dan minta suami anda memberikannya. Anda ibu normal jika anda 'rasa tak sampai hati.'

Keselesaan diri Anda
  • Jangan makan atau minum oat. Oat biasanya menambahkan penghasilan susu.
  • Letakkan helaian kobis antara payudara dengan coli anda. Potong urat kobis yang keras dahulu supaya anda rasa lebih selesa. Biarkan selama 20 minit. 2 kali sehari sudah mencukupi.
  • Jika susu penuh pada payudara buat anda tidak selesa, perah sedikit sekadar untuk mengurangkannya. Semakin sedikit susu anda diperah, semakin cepat badan anda mendapat signal yang ia tak lagi perlu menghasilkan susu.
  • Mandi dengan air suam. Tumpukan curahan air suam pada bahagian payudara anda yang penuh.

Info tambahan
- Proses memberhentikan/menyapih/sapih/menceraikan susu ibu memberikan kesan emosi kepada anak-anak di umur ini. Jadi jangan lupa tambahkan belaian, pelukan, ciuman sebagai ganti kemewahan belaian emosi yang dia dapat semasa menyusu susu ibu.

- Biasanya seseorang ibu akan merasa sedih, sunyi dan mungkin tertekan selepas kali terakhir anak anda menyusu. Anda (perasaan, fizikal) akan mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan perubahan hormon ini terutamanya jika anda berhenti secara tiba-tiba.

- Anak anda mungkin akan berubah sikap seketika walaupun dia sendiri yang mahu berhenti menyusu. Dia mungkin mengekori ke mana sahaja anda pergi. Kadang-kadang kenakalannya juga lebih semasa ini. Anak anda juga perlu masa menyesuaikan diri dengan keadaan baru ini. Beri dia masa.

Berilah masa untuk anda dan anak untuk menyesuaikan diri dengan pengalaman baru ini. 
12 Responses
  1. Anonymous Says:

    BACA pon da sedih


  2. Anonymous Says:

    Sy baca pun sedih..hari ni hari ke2 sy cerai susu anak sy berumur 1 thun 11bln...sy memang ikutkan x sampai hati langsung tgk dier...tp sy cuba kuatkan hati sy utk kebaikan die & sy...tp btl2 mencabar sgt saat2 ni...


  3. Khadijah dah 2 thn 3 bln dah skrg ni...pun msih belum mampu wean off....tp hati sy x berhasrat utk buat tergesa2. tgk keadaan, lihat secara perlahan2 dulu....


  4. Unknown Says:

    Terima kasih di atas perkongsian puan. Lega sikit rasa bila baca tulisan puan. Anak saya 2 tahun sebulan. InsyaAllah akan slowly wean off mengikut tips puan. Blom mampu nak letak asam ke belacan ke sbb anak saya ni tak nak FM. Thank puan.

    Jemput singgah blog saya puan
    http://souqvitamin.blogspot.com/


  5. Unknown Says:

    Bagus artikel ni. Saya baru seminggu wean off. Saya letak tape hitam dekat tuttt.. bila baby tgk dia terkejut. Dia takut nak bf. Hehheeh.. Dia dah 2 tahun 2 bulan..

    jemput dtg blog saya
    www.bidadarigojes.blogspot.com


  6. haslin Says:

    Saya pulak letak sirap.Alhamdulilah berkesan.jemput baca pengalaman saya diblog saya.

    bentara13.blogspot.com


  7. Anonymous Says:

    saya pun letak sirap dan kopi supaya rasa pahit bila dihisap...kita juga kena memohon pada Allah dipermudahkan urusan ...


  8. fisya Says:

    Harapnya sy kuat utk pisahkan anak dgn susu bdan.Dah masuk 2 tahun sbln anak tapi masih blm berjaya ceraikan susu bdan.


  9. Anonymous Says:

    as salam.. saya seorang ibu yg sgt tegas.. sudah 3 hari 2 malam cuba memaksa ank saya agr tidak menyusu badan... kesan nya, saya yg stress & anak asyik menangis d mlm hari... sehingga bertemu info ini.. sesungguhnya tidak mudah untuk memisahkan anak dari menyusu badan... insya allah berkat dari info ini benar2 membuka minda saya... saya akan cuba memberi kefahaman melalui belaian kpda ank saya... mungkin sbb tu dia nangis sbb saya memaksa diri sendiri & memaksa anak dari berhenti menyusu.. tq sis...


  10. syuhada Says:

    tq for the tips...moga sy juga akn berjaya wean off bila tiba masanya nnt.... :)


  11. Unknown Says:

    salam..wana pun nak share sikit pengalaman wana untuk wean-off nie. Actually wana pun baru je bercerai susu badan sebab umur anak pun dah nak masuk 3 tahun. Niat nak fully bf sampai 2 tahun je..nie dah terlebih pulak :")

    Kalau cakap pasal sedih..allah je tahu bila anak yang kita susukan selama 2 tahun lebih terpaksa kena stop kan? Lagi pulak bila anak merayu2 mintak sampai tertido. Just imagine dia tertido dalam keadaan haus & penat sebab menangis. Seriusly hati memang kena kuat!

    Apa yang wana buat untuk wean-off bukan sekadar letak ASAM JAWA, SOS, BAWANG PUTIH, KAPUR MAKAN..tapi doa tak putus2 mintak Allah bantu usaha wana untuk wean-off. Yelah kan kadang2 kita dah usaha tapi kalau Allah tak beri macam apa yang kita harapkan tetap juga tak dapat. So rahsianya adalah DOA! Sebab doa seorang ibu nie mustajab :)

    Plus wana jugak selalu advice dia and compare dengan kawan2 sebaya yang tak menyusu badan. Contohnya wana akan cakap "naura cuba tengok hakim..dia mana ada nenen mami dia'. Lama2 dia faham sendiri. Maklumlah dah besar kan :)

    Alhamdulillah berkesan tips tu. Kadang2 bila letak sos..sirap wana akan pura2 nangis cakap 'nenen mami atit...huuhuuuu'. So dia sendiri ada rasa belas.

    Honestly memang hati kena kuat..mula2 wana sendiri rasa lonely, rasa jauh dengan dia .rasa macam bonding makin jauh.. sedih sangat bila tengok dia dah tidur sambil peluk bear. Sampai sekarang saya rasa rindu sangat sangat .Tapi takpelah..dia pun dah besar . and wana bersyukur Allah beri rezeki untuk dia menyusu 2 tahun lebih . Yang penting , as a mom kita kena sentiasa berdoa, always positive and banyak sabar. In Shaa Allah. Moga bermanfaat :)


  12. Anonymous Says:

    Saya pun bru lps wean off anak 2 tahun 2 bulan. Letak batang bakawali. Pahit tak boleh bwk bincang. Tpi seminggu jugak bru berjaya. Pahit2 pun dia try hisap. Sy kurangkan menyusu waktu siang dlu. Bila perasan seharian tak menyusu smpi lewat mlm, dah takde bengkak sgt, bru sy start letak batang bakawali waktu malam..sebelum tu berbulan sy dah ulang2 ckp nnt dah tak boleh minum susu mama etc. kdg2 campur batang bakawali and garlic.


Sahabat2ku.......