F

Berdoa Demi Sebuah Berita MH370

Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Dah beberapa hari tak update blog..... saya sibuk menghadap tv mengikuti dan menanti berita2 berkenaan kehilangan Pesawat MH370 (Boeing 777-200)......  hari ini masuk hari yg ke 4 berita tentang PESAWAT MH370.... semua rakyat Malaysia , malah juga seluruh dunia masih lagi tertunggu-tunggu berita nasib Kapal Terbang MAS yang hilang semasa dalam perjalanan menuju ke Beijing pagi sabtu lepas, 8 Mac 2014.

Buat keluarga dan waris yang terlibat dlm tragedi Pesawat MH370 ini..... jangan berputus asa terus berdoa kerana Allah SWT sedang mendengar doa kalian.

Saya seisi keluarga berasa begitu sedih mengenangkan nasib semua penumpang dan krew yang berada di dalam pesawat, namun saya yakin lebih hebat lagi gelora sedih dan hiba keluarga dan waris yang terlibat. Walaubagaimana pun kami seisi keluarga berharap agar semua waris dan keluarga yang terlibat sentiasa bersabar dan berharap agar ada perkhabaran yg baik..... yang penting jgn berhenti berdoa dan berharap kerana di kegelapan lorong yang gelap pasti akan ada cahaya yang akan menerjah di celah-celahan lorong itu.... teruskan berdoa. Sesungguh Allah SWT yg mengatur dan sesungguhnya perancangan Allah SWT tiada siapa yg tahu.
Nota kaki : Pelbagai versi berita yg kita terima melalui media sosial mengenai kehilangan Pesawat MH 370 ini. Hentikan sebarang spekulasi yg boleh menyebabkan keluarga dan waris terlibat menjadi bertambah sedih dan tertekan. Hormatilah perasaan keluarga dan waris mereka yg skrg sudah pasti dalam kerisauan menanti berita akn ibu, baoa, kakak, abang atau saudara mara mereka yg berada di dalam pesawat itu. Usah tambah lagi kesedihan mereka! Kepada rakan-rakan blogger, jangan sebarkan berita atau copy and paste apa2 saje berita yang belum pasti kesahihannya semata2 untuk meraih pengunjung.
0 Responses

Sahabat2ku.......