F

Berakhirkah MH370????


Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Hati kecil ni masih tertanya2... apakah sebenarnya terjadi pada MH370... seperti banyak sangat persoalan yang tak terjawap.....Pada ketika entri ini dibuat pun saya masih tertanya2.... semua penantian dan semua spekulasi yg didengar berhenti seketika..... apabila akhirnya pada hari ke-18 (24 Mac 2014) tragedi misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines, Perdana Menteri telah mengesahkan melalui sidang media di PWTC bahawa penerbangan MH370 sudahpun berakhir di selatan Lautan Hindi. Dalam sidang media tersebut PM umumkan bahawa ;

1. Penerbangan MH370 telah berakhir di lautan hindi.

2. Ia disahkan dan disokong dengan maklumat tambahan yang dibekalkan oleh IMMARSAT dan AAIB yang menyimpulkan MH370 telah berakhir di lautan hindi.

Sebak rasanya hati ni. Namun apa pun itu semua ketentuanNya juga.

Takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga krew dan penumpang MH370. Semoga tabah menghadapi kenyataan ini. Seluruh Malaysia dan mungkin dunia merasai kesedihan ini. Namun, pencarian masih belum berakhir. Sama-samalah kita berdoa semoga Allah s.w.t mempermudahkan urusan menemui pesawat yang jauh di dalam Lautuan Hindi.

Malaysia sedang berhadapan dengan pelbagai saat getir dlm kes MH370 ini.......Apapun yang mendatang, semua kritikan terhadap Malaysia oleh pihak antarabangsa, moga dapat ditangani oleh kerajaan kita dengan baik. In sya Allah.
0 Responses

Sahabat2ku.......