F

Makan buah sebelum makan makanan utama .... Jadikan amalan!

Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Saje nak kongsi tajuk ni.... saya yakin semua orang tahu akan perkara ini.... Buah biasanya dijadikan makanan segar untuk pencuci mulut selepas makan makanan utama.  Namun, amalan ini sebenarnya tidak bagus untuk kesihatan.  Cara yang betul adalah makan buah sebelum menikmati hidangan utama. kelebihan makan buah@dessert@pencuci mulut sebelum makan makanan berat seperti nasi, pasta, sandwich, dan kuih-muih dan sewaktu dgnnya. Kebiasaannya, orang ramai menjadikan buah-buahan sebagai pencuci mulut setelah selesai menjamah makanan berat setiap hari tidak kira untuk santapan tengah hari atau pun makan malam. Sudah menjadi tradisi untuk mengikut amalan budaya barat, buah-buahan akan melengkapkan amalan pemakanan setiap masa. Bila time makan aje..... yg pasti ambil pinggan isi penuh dgn pelbagai menu hidangan dan akhir sekali makan buah sambil duduk santai2.... pernah tak buat mcm tu??? 

Dalam majlis-majlis tertentu, selalunya buah dihidangkan di waktu terakhir sebagai pencuci mulut dan ini adalah budaya barat yang bertentangan dengan amalan Rasullullah S.A.W yang mengambil buah sebelum memakan makanan berat. Apa2 pun banyak kelebihannya makan buah dulu ni.... kita ambil hikmah baiknya sahaja yer.....

Kenyataan Rasulullah SAW yang menyatakan bahawa "perut adalah punca penyakit". Bagi orang Islam, Nabi SAW adalah contoh terbaik, setiap perbuatan Nabi SAW mempunyai sebab tersendiri, dan sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui.

Pernahkan anda berasa mengantuk selepas menjamah nasi di waktu makan tengah hari?

Ini adalah kerana asid amino, L-tryptophan yang ada di dalam perut yang menjadi dasar terbentuknya vitamin B lain iaitu Niacin yang digunakan untuk menghasilkan serotonin. Zat serotonin akan menghantar signal ke otak kita seterusnya akan mewujudkan perasaan nyaman dan menyebabkan kita merasa mengantuk.

Jadi, sudah tentu selepas menjamah nasi atau makanan berat, kita akan mengantuk dan ingin tidur. Khasiat buah yang mengandungi Fruktosa dapat meningkatkan kadar insulin dan kerana itulah memakan buah-buahan sebelum makan nasi dapat mengelakkan pankreas dalam badan kita berkerja terlalu kuat untuk menghasilkan insulin.

Selain itu, kajian juga membuktikan memakan buah-buahan dapat mengurangkan risiko menghidap penyakit. Pakar Diet Klinikal, Pusat Perubahan Gaya Hidup, Pusat Perubatan Prince Court, Tan Yen Sing menjelaskan, kajian menunjukkan pengambilan lebih daripada lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran sehari dikatakan boleh mengurangkan sehingga 17 peratus penyakit jantung koronari.

Seperti buah epal, jika dikupas kulitnya dan dibiarkan seketika, buah epal itu akan berubah warna dan akan menjadi busuk jika tidak diusik. Keadaan itu sama juga digambarkan seperti perut kita.

Jika makan nasi terlebih dulu, pankreas akan bekerja kuat untuk memproses nasi dan protein yang ada dalam lauk pauk dan memerlukan masa berjam-jam untuk diproses. Sekiranya buah-buahan dimakan selepas menjamah nasi, maka buah yang sudah berada di dalam perut akan mengambil masa yang lama untuk melalui proses penghadaman dan zatnya akan rosak terlebih dahulu sebelum sempat dihadamkan. Tambahan pula kandungan gula di dalam buah memerlukan masa untuk dicerna. Jika kita makan buah selepas makan, cara ini membuatkan perut kita mengalami masalah pencernaan.  Ini boleh menyebabkan nutrisi makanan yang lain tidak dapat diserap dengan baik di dalam tubuh.  Jadi, walaupun kita makan makanan yang sihat sekalipun, nutrisi yang terdapat di dalamnya tidak dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

Buah amat disarankan untuk makan ketika sarapan.  Makan pada waktu pagi dengan potongan buah dan jus berbanding makan sepinggan nasi berserta lauk-pauknya lebih diutamakan.  Ini adalah kerana buah boleh membantu kita meningkatkan gula darah dalam tubuh dengan perlahan.  Selain itu, makan buah yang sihat sebaiknya tidak dicampurkan dengan bahan tambahan seperti  mayones atau aiskrim.
Haa.... buah pisang nilah yg  biasanya kita
makan selepas makan nasi.
Ada sesiapa yang pernah buat?

Buah yang sihat untuk dimakan adalah buah-buahan segar.  Buah jenis ini lebih baik dibandingkan dengan buah yang diproses, di dalam tin ataupun buah yang dijadikan jus.  Makan buah ketika perut kosong sangat baik agar tubuh dapat menyerap nutrisinya dengan maksimum.

Jadi, eloklah kiranya kita menukar tabiat pemakanan kita dengan meletakkan buah-buahan hidangan awal sebelum kita menjamah makanan berat.

Biasanya perkara yg baik mmg payah nak buat, kan? Ada tu yg memang dah makan buah dah tapi lepas makan tetap juga nak makan buah lagi.... ermmmm... Blushing smiley

Kenapa Nyamuk Suka Anda?

Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Hari ni baca satu artikel berkaitan nyamuk.... good info.... 
credit  utk :Nadia (Mingguan Wanita)

Info & Psikologi

Kenyang nyamuk ni!

Anda tentu tidak gemar apabila sering diganggu nyamuk tidak kira di mana anda berada. Malah, di antara ramai-ramai orang yang berada di suatu tempat bersama anda, hanya anda yang kerap diganggu nyamuk. Sebenarnya, ini bukan perkara aneh kerana nyamuk memang memilih mangsanya sendiri.  Ada beberapa sebab yang membuat nyamuk memilih anda sebagai mangsa iaitu:

Genetik
Secara genetik, sesetengah orang sememangnya akan sering diganggu nyamuk. Pada gen-gen tertentu, seseorang menjadi sasaran nyamuk.

Kandungan asid pada tubuh
Nyamuk lebih tertarik kepada orang yang menghasilkan asid berlebihan pada tubuh. Bahan seperti asid urik dan asid laktik mengeluarkan aroma tertentu dari tubuh yang mengundang nyamuk untuk hinggap dan menghisap darah dari tubuh anda.

Tinggi kadar kolesterol
Prof. Jerry Butler dari Universiti Florida mengatakan seseorang dengan konsentrasi kolesterol yang tinggi di dalam tubuh menarik perhatian nyamuk.

Penghasilan gas karbon dioksida
Orang yang mengeluarkan gas karbon dioksida lebih banyak daripada tubuh adalah sasaran terbaik nyamuk.  Golongan ini adalah di kalangan orang dewasa dan wanita hamil.

Kategori darah
Mereka yang memiliki darah O cenderung digigit nyamuk berbanding kategori darah yang lain.

Tips memberi Hadiah Ulangtahun untuk anak!


Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Memandangkan Keysha baru sahaja menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 3, jadi rasanya ingin berkongsi tips Memilih Hadiah.... moga ianya bermanfaat. Kadang2 saya sendiri pun tak tahu nak beli hadiah apa.... Big cheesy grin

Berikut adalah tips untuk memilih hadiah.

1. Jenis Jantina
Pada dasarnya jenis jantina anak pun tidak kurang pentingnya dalam menentukan pemilihan jenis hadiah apa yang akan kita berikan kepadanya. Misalnya pistol mainan, akan menjadi kurang sesuai untuk anak perempuan, begitu juga dengan mainan masak-masakan tidak sesuai untuk diberikan kepada anak lelaki.

2. Sesuai dengan usia si anak
Usahakan untuk memilih hadiah yang sesuai dengan usia anak. Permainan komputer mungkin lebih sesuai untuk diberikan kepada anak usia 3 tahun ke atas.
Hadiah teddy bear ke, anak patung, robot, mungkin sesuai untuk semua usia, namun perhatikan jenis anak patung yang akan diberikan, misalnya jangan berikan anak patung yang dibuat daripada seramik kepada anak usia 1-2 tahun.
Berikut adalah sebagai contoh hadiah mengikut usia.....
  • 1 tahun. Anda boleh memilih anak patung yang tidak terlalu besar, namun juga tidak terlalu kecil. Mainan lain seperti plastersin atau tanah liat juga bermanfaat bagi usia satu tahun yang tengah asyik mengeksplorasi dunia dengan keupayaan  kedua tangannya, namun dalam pantauan ibu dan bapa.
  • 2 tahun. Anak usia ini sedang mengembangkan kemampuan motorik dan koordinasi otot besarnya. Anda boleh memilih hadiah berupa mainan yang boleh ditarik dan didorong.
  • Untuk si 3 - 5 tahun. Anda boleh memilih aneka mainan yang lebih berbeza-beza. Misalnya, kereta, masak-masakan, atau basikal.
3. Bersifat mendidik
Anak usia 3 tahun mungkin akan senang sekali mendapat hadiah mainan pistol-pistolan, namun belum tentu mainan tersebut memeberi implikasi yang baik bagi perkembangan anak tersebut. Mungkin sahaja anak tersebut akan meniru gaya ganas yang sering dipaparkan di kaca tv. Ini juga secara tidak langsung memberi input yg kurang sihat pada perlembangan tingkah laku anak2 tersebut.

4. Pastikan peralatan mainan selamat
Pastikan alat permainan selamat sebelum anda membeli. Bila si kecil berusia di bawah tiga tahun, jangan belikan ia mainan bersaiz kecil. Atau, bila kita membelikan mainan dengan saiz yang cukup besar, jangan sampai bahagian mainan itu boleh dengan mudah dipatahkan menjadi bentuk kecil-kecil. Kerana mainan tersebut dapat ditelan oleh si kecil.

Kita juga perlu memeriksa permukaan mainan. Elakkan permukaan yang kasar atau berhujung tajam, kerana boleh melukai si kecil. Bila mainan tersebut berwarna-warni, pastikan cat pewarna yang digunakan cukup selamat . Dalam hal ini, kita boleh mengetahuinya dengan membaca keterangan pada label mainan.

5. Merangsang Perkembangan Kognitif
Dalam pemilihan hadiah, perlu kita perhatikan juga mengenai kebermanfaatan dari apa yang akan kita berikan kepada si kecil.

Dunia anak-anak adalah dunia bermain. Beberapa jenis mainan hanya bersifat untuk permainan semata-mata, akan tetapi banyak mainan juga yang dapat menunjang proses belajar si kecil. Akan lebih bijak jika kita akan memberikan mainan sebagai hadiah bagi si kecil, maka kita pilihkan mainan yang dapat merangsang perkembangan kognitif si kecil. Sebagai contoh, kita boleh memilih puzzle yang sesuai dengan usia anak. Di pasaran tersedia puzzle dari yang berbentuk sederhana hingga yang lebih berbeza-beza.

6. Rekacipta Sendiri
Hadiah untuk si kecil tak semestinya mahal. Kita dapat mencari dan memilih hadiah yang sesuai untuk anak namun tak membebankan kocek kita. Salah satu bentuk hadiah dapat kita buat sendiri berdasarkan rekaan dan kreativiti kita. Misalnya, kita boleh membuat anak patung dari potongan-potongan kain pelbagai tekstur. Atau mainan ular-ularan dari karton bekas dan gulungan tisu tandas yang dihias dengan pelbagai warna.

Dalam merekabentuk  "sesuatu" untuk si kecil, kita dapat mengajak si kecil secara langsung untuk ikut membantu dalam proses pembuatan tersebut. Selain dapat mengajak si kecil bermain, dengan hal tersebut akan dapat mengasah kreativiti si kecil dan juga dapat lebih mendekatkan hubungan kita pada si kecil.

7. Budget
Ini juga penting dalam menentukan hadiah si kecil (^_^). Kita harus menyesuaikan hadiah dengan budget kita. Kita harus mempertimbangkan dengan baik-baik.

8. Kualiti
Kualiti barang mainan juga harus diperhatikan jika membeli hadiah, jangan hanya memilih murah tetapi ternyata barang cepat rosak. Mungkin kita dapat menanyakan kepada penjual secara detail barang tersebut supaya tidak kecewa di kemudian hari dan yang penting tidak berlaku pembaziran.

9. Bungkuslah secara menarik
Setelah kita mendapatkan “sesuatu” yang sesuai untuk si kecil, bungkuslah “sesuatu” tersebut dengan menggunakan kertas pembungkus dengan warna dan gambar menarik. Bagi si kecil, membuka hadiah merupakan pengalaman yang amat menggembirakan. Mana taknya bungkusan yang dibalut dengan kertas dikoyak2kan kemudian, nampak isinya. Haaaa.... itulah yang sangat ia nanti-nantikan. Si kecil tentu akan tertanya-tanya apakah isinya... (walau pun hanya sebungkus coklat) Surprise !” ^_^

Birthday Keysha yg ke 3 tahun.....


Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Alhamdulillah.... Keysha Damia Zahirah telah berumur 3 tahun.... moga Allah SWT memberikan perlindunganNya. Moga anakku ini akan menjadi anak yang soleha...... InsyaAllah.

happy birthday to Keysha Damia Zahirah Binti Abdullah
buat sayang mama... usiamu sudah 3 tahun.........
Mama sentiasa doakan moga anak mama, Keysha dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yg baik berpanjangan, menjadi anak yg solehah yg sentiasa membahagiakan dan membanggakan mama dan papa serta berjaya di dunia dan di akhirat. Tiada apa yg istimewa dari mama, sekadar ucapan selamat hari lahir dan salam penuh kasih sayang dari mama dan papa. 


Kebiasaannya persiapan sambutan hari Ulangtahun kelahiran disambut sederhana sahaja... cukup dengan kek dan beberapa juadah... yang mana dinikmati oleh seisi keluarga..... sekadar memeriahkan hari ulangtahun anak. 

Inilah persiapan ringkas untuk besday Keysha.....
Kek, steambot ringkas dan oren mandarin... simple aje.... beberapa keping gambar yg dpt diupload... lambat sgt internet hari ni....
Hai papa...... busy nampaknyer!!!

Seronok dpt hadiah dari along....
Asyik benar ...... dpt hadiah dari mama & papa....
si Khadijah  pun tumpang sekaki....
Haaa.... ni hadiah dari angah!  Busy buka hadiah hingga tak perasan si adik naik basikalnyer....
Apa lagi si Khadijah ambil kesempatan lah gamaknyer ...... hehehehe
Bila birthday aje, tak tahu apa nak diberikan sebagai hadiah, akhirnya basikal sebagai hadiah. Bukan apa, nak beli mainan dah banyak, barang mainan along dan angah banyak dan masih boleh dimain lagi.... akhirnya basikal sebagai hadiah.... alhamdulillah......

Kunjungan Mesra Bertemu Sahabat Lama!!


Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Alhamdulillah.... berkesempatan update blog.... hari nak menceritakan keseronokan berjumpa sahabat lama di Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Dah lama rancang nak berkunjung ke rumah sahabat, alhamdulillah kesempatan menjelma, kebetulan hubby ada meeting di Batu Pahat, so ambil kesempatan sekali lah.... Anyway sangat teruja, dari pagi sampai ke petang, dapat bersembang macam2 hal.... ermmmmm seronok sangat.....

Oh ya.... nak juga share tentang menu yang dihidangkan kepada kami hari tu.... pelik tapi sedap... sebenarnya saya yg tak pernah makan makanan tu, tapi alhamdulillah memang sedap.... Pernah dengar ikan Kapak? Saya sendiri baru dengar dan baru nampak.... hehehehe....Happy 1

Menu makan tengahari
Ikan kapak masak asam pedas
Inilah ikan kapak...
hari tu tak sempat ambik gambar pun...hehehhe... 
(Tq Mr. G)
Pucuk paku masak lemak kupang
Ikan kapak masak kicap
Sayur pak choy rebus

Petang kami dihidangkan dengan mee goreng dan tea panas.... alhamdulillah... terima kasih sahabat...

sibuk benar sahabat nak menyiapkan juadah makan tengahari

Amboi..... terangkat2 periuk belanga semua.... hehehehe

Haaaa.... inilah sahabat lamaku & anak2nya....
banyak kenangan bersamanya

Ini suami sahabatku.... dan heronya! Tq En. Hassan
Mengenalimu adalah 1 kesyukuran, bergurau denganmu adalah 1 kebahagiaan, menyakiti hatimu akan kuelakkan, dan 1 permintaan dariku semoga persahabatan kita abadi hingga akhir hayat.

Sahabat yg baik adalah sahabat yg berani membetulkan kita ketika kita berbuat kesalahan sehingga kita tidak hanyut dalam kesalahan dan dosa.

Puding Roti Simple


Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Petang ni.... nak share resepi puding roti simple yg saya buat.... Minggu ni aje dh dua kali saya buat puding roti ni... anak2 memang sgt suka, bila anak2 suka, hati mama ni pun berbunga bangga untuk membuatnya.... almaklum bila sesuatu yg kita buat disukai, maka rasa diri dihargai!..... mudah, dalam hidup ni kena selalu mudah dan gembira, jadi semua yg kita buat semuanya menjadi.......

Ni puding roti yg dibuat hari Isnin...
tp x sempat nk snap "finishing picture"..... sbb ank2 dh ngap dulu....

Ha... ni baru tadi buat.... belum dibakar lagi

Tadaaaa..... Ni yg dh siap dibakar, punyalah gebussssss....
Tak tahu brape lama boleh bertahan ..... ni saya bubuh fruit mix,

ada lebihan buat kek buah hari tu.....

Resepinyer....
Bahan 1
Sebungkus roti
 2 1/2 cawan susu segar@ susu tepung pun boleh
Carikkan roti dan rendam dengan susu 30 minit

Bahan 2
180gm gula kastor (saya tak buat sos kastad sebab tu gula saya letak banyak)
3 sudu besar butter
2 biji telur
1 sudu makan tepung jagung
esen vanila
Pukul hingga sebati . 

Campur kesemua bahan Bahan 1 dan Bahan 2.  Boleh campur kismis, chip coklat, dan fruit mix (ikut suka)

Bakar selama 40 minit atau hingga masak dengan suhu 180°C . Biarkan sejuk.

Bila nak makan, hidangkan dengan sos kastad . Tapi anak2 saya suka makan tanpa sos kastard ni..... sebab tu gula saya lebihkan sikit.


Sos Kastard

1 tin susu cair
2 sudu besar gula
2 sudu tepung kastard
Kacau semua bahan di atas api sederhana sehingga pekat .

SELAMAT MENCUBA YER!

Sarapan dengan Pasta

Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Alhamdulillah..... pas breakfast sempat update blog jap......
Pagi ni hujan lebat, tapi sekejap aje. La ni kat Nilai, tiap2 hari hujan tapi sekejap aje, tu yang panas dibuatnya. Keysha pun tak berapa sihat hari ni, sejak semalam badannya agak suam2 panas aje (betul ke perkataan ni Cheeky smiley)...., smlm kena hujan skit masa nak hantar along ke sekolah. 

Ya Allah semoga diberi kesembuhan kepada anak kecil ku ini!...

Dah bagi makan madu dan habatussawda, insyaAllah eloklah tu. Kebiasaannya kalau anak2 demam saya bagi madu dan habatussawda aje, alhamdulillah beransur pulih mereka. Apa2 pun doakan yg terbaik untuk anak kecil ku ini!

Sebenarnya nak berkongsi menu sarapan pagi hari ni.... share is caring..... tp share aje, kalau nak kena buat sendiri..... anyway sesuatu yg dikongsi akan sentiasa mendapati keberkatan dariNya, kan?

Spiral Pasta
Cabonara sauce + ayam + carrot + cabbage.
Tumiskan dengan bawang besar & bawang putih, potong dadu.
Tambahkan air sikit, masukkan pasta, bila dah kering angkat boleh dihidang.

Nasi impit tempoyak. Resepi Tgk sini yer!

Sambal Tumis Ikan bilis

Bubur Nasi Ayam..... utk Keysha,
ni bukan Keysha aje yg makan, along, angah dh confirm join sekaki!!
resepi wajib kalau anak2 demam

SaLaM MerDeka ke 56 TAHUN


Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Alhamdulillah.... mungkin masih belum terlewat untuk saya mengucapkan Selamat Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia yang ke 56 tahun.... Moga Allah SWT sentiasa memberi perlindunganNya kepada seluruh rakyat Malaysia, moga kekal aman dan sejahtera di bawah perlindungan Allah SWT!

Ya Allah.... terima kasih atas limpahan kasih sayangmu kepada negara kami maka kami dapat bernaung di dalamnya dan moga kami menjadi hambaMU dan rakyat yang sentiasa BERSYUKUR!


Kepada pemimpin Malaysia...... pimpinlah Malaysia ke arah Kegemilangan dan Kejayaan dan moga rahmat Allah SWT sentiasa bersama kalian!

Sahabat2ku.......