F

Salam Jumaat yg penuh ketenangan!


Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Alhamdulillah..... lama benar saya tidak update blog ni....ermmm.... alhamdulillah ketika ini diberi peluang dan ruang untuk mengetik keyboard. Sebenarnya ada banyak nak dikongsi tetapi tak tahu mana nak mula. Otak macam tepu plak. Almaklum dah lama tak menjengok blog.....

Salam Jumaat penghulu segala hari, hari mulia penuh barakah...Alhamdulillah syukur dengan segala kurniaan dan rahmat dari Allah s.w.t. Semoga kita akan terus ditetapkan iman untuk menjadi hambaNya yang bersyukur, beriman dan bertakwa kepadaNya.

Ermmm... memandangkan hari ini hari Jumaat... biarlah saya kongsi sesuatu yang berkisah tentang Kelebihan Hari Jumaat, sesuatu perkara yang mmg org semua dah tahu, namun inilah yg mampu saya kongsi buat masa ini.Big cheesy grin

Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu 
1) Allah ciptakan Adam , 
2) Allah turunkan Nabi Adam ke bumi,
3) Allah mematikan Nabi Adam, 
4) Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram. 
5) Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.
( Riwayat Hadis Muslim)

Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).

Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul Aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” 

Katanya Rasulullah SAW bersabda: Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani.


Hari ini juga, adalah hari ucapan selawat kita kepada Junjungan Nabi SAW akan dipersembahkan terus kepada baginda, sebagaimana dinyatakan dalam banyak hadits, antaranya yang diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi bahawa Junjungan Nabi SAW bersabda: "Perbanyakkanlah berselawat ke atasku pada setiap hari Jumaat, kerana selawat umatku dibentangkan / dipersembahkan kepadaku pada setiap hari Jumaat. Maka sesiapa yang banyak berselawat ke atasku, jadilah mereka orang yang paling hampir kedudukannya denganku."

Marilah kita rebut peluang keemasan ini dengan sebaik-baiknya. Basahkan lidah dengan ucapan selawat dan salam ke atas Junjungan Nabi SAW.
0 Responses

Sahabat2ku.......