F

Kereta kita???


Bercerita tentang kereta ini...di Malaysia skrg ni dh ramai yg memilikki kenderaan sendiri....maknanya rakyat Malaysia dh semakin kaya lah yer...hehehehe...apa2 pun sebagai pengguna kenderaan kita mesti tahu basic penggendalian dan juga penyelenggaraan kereta kita tu...bukan apa pengetahuan yg sedikit byk memberi manfaat kepada kita....berdasarkan kajian yg sy baca di dalam akhbar Berita Harian (Selasa/19/7/2011) kenderaan yg membawa penumpang berlebihan tidak mampu beroperasi secara optimum kerana menyebabkan bahagian kenderaan tertentu seperti tayar dan brek gagal berfungsi seperti sepatutnya. Ramai juga di antara kita tidak tahu akan perkara ini , kita tahu selagi boleh muat okaylah tu...... Teringat sy semasa menghantar ank2 ke sekolah, sy nampak  ada pelajar2 yg menaikki kenderaan seperti van, kdg2 sy tgk begitu padat mcm ikan sardin......ngeri sy tgk...nk ditegur serba salah, nnt org kata memandai-mandailah plak..... apa2 pun fikirkanlah keselamat apabila kita masuk aje ke dalam kenderaan kita....bkn kenderaan bertayar empat aje...bertayar dua seperti basikal dan motor pun perlu berhati2....ada tu sy nmpk ibu ke bapa ke antar ank naik moto sampai 4 org membonceng...tak pakai helmet lg.......hai ngeri betul.


pix_gal0
Bawa penumpang berlebihan boleh jejas komponen kenderaan

KUALA LUMPUR: Orang ramai, terutama pemilik kereta bersaiz sederhana perlu menyedari bahawa kenderaan yang dinaiki lebih lima individu berisiko tinggi terbabit dalam kemalangan jalan raya kerana ia boleh menyebabkan komponen tertentu gagal berfungsi dengan berkesan.

Ketua Pengarah Institut Kajian Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Prof Dr Ahmad Farhan Muhammad berkata pengeluar juga mentapkan kapasiti penumpang dan barangan yang boleh dibawa bagi setiap kenderaan supaya tidak membebankan kenderaan.

"Kenderaan bersaiz sederhana seperti Proton Wira, Gen 2 dan Persona mempunyai had maksimum lima penumpang. Perlu diingat kereta adalah satu sistem. Ia gagal berfungsi jika terlebih muatan.

Kegagalan ikut peraturanmenyebabkan tayar tidak mencengkam kerana momentum dari graviti terlalu tinggi mengakibatkan kenderaan terdedah kepada kemalangan," katanya semalam.

1 Response
  1. HAFIZAL Says:

    betul tu.....kita kena lah selalu beringat...semua kenderaan ada had limit yg telah ditetapkan, seperti brek, beban, dan kelajuan


Sahabat2ku.......