F

Wabak Selsema Babi Telah Menular ke Sekolah pula

Bila terdengar berita tentang wabak selsema babi hari ini, saya terus sahaja terfikirkan anak2 saya yang bersekolah....tiba-tiba sahaja perasaan risau menerpa di dada, yalah seorang ibukan....la ni wabak dah pun menular kat sekolah-sekolah di sekitar Kuala Lumpur....Risau juga kerana kanak-kanak ni bukannya tahu apa2....Semoga para ibubapa akan lebih berhati-hati lagi kerana penyakit kalau nak datang tak payah diundang pun akan datang juga....marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah swt agar wabak ini tidak terus menular di negara ini. Semoga langkah-langkah keselamatan di ambil demi menjaga anak-anak kita, mgkn topeng mulut/hidung kita pakaikan kepada anak-anak kita.... ianya mgkn dapat menghalang wabak ini terkena kepada anak-anak kita.....insyaallah. Pihak sekolah rasanya sudah patut mewajibkan pelajar2 mereka untuk memakai topeng mulut/hidung sebagai langkah-langkah keselamatan, ya ianya hanyalah satu cadangan...mgkn ada cara yg lebih berkesan lagi...

Artikel ini saya dapat di kosmo online hari ini....
Sekolah kedua ditutup seminggu - Lapan lagi kes baru H1N1 dengan tiga adalah jangkitan tempatan



GURU Besar SK Assunta 2, Ho Swee Ping berjalan keluar dari pintu pagar yang tertera notis tutup sekolah seminggu kerana H1N1 di Petaling Jaya semalam.

KUALA LUMPUR - Wabak selesema babi atau influenza A (H1N1) memasuki fasa yang semakin membimbangkan apabila Sekolah Kebangsaan (SK) Assunta 2, Petaling Jaya ditutup seminggu mulai semalam, menjadikannya premis kedua menerima arahan dikosongkan.

Keputusan Kementerian Kesihatan itu bermakna kira-kira 800 pelajar dan hampir 50 kakitangan termasuk guru sekolah berkenaan terpaksa dikuarantin di rumah sehingga 27 Jun ini.

Kelmarin, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Jalan Davidson di sini pada 19 Jun lalu, kini Sekolah Kebangsaan (SK) Assunta 2 di Petaling Jaya pula mengalami nasib yang sama.

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, arahan tersebut dikeluarkan berikutan terdapat dua kes positif jangkitan tempatan H1N1 membabitkan dua pelajar berusia 11 tahun dari kelas yang berbeza.

"Mangsa demam, batuk dan sakit tekak sejak 21 Jun lalu sebelum dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan disahkan positif wabak,'' katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Selain itu, pihaknya juga mengarahkan tiga buah sekolah iaitu Seri Chempaka International School di Batu 9, Cheras, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 9 di Shah Alam dan SMK Damansara Utama, Petaling Jaya menutup satu daripada kelas bermula semalam sehingga 27 Jun ini.
0 Responses

Sahabat2ku.......