F

Kecemerlangan dalam Berpuasa

Ramadhan bulan yg penuh keberkatan yang mengandungi banyak hikmah kepada muslimin. Tidak hairanlah Rasullullah SAW menyifatkan Ramadhan sebagai bulan umatnya. Ini terkandung dalam satu hadis, bermaksud, "Rejab adalah bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadhan itu bulan umatku." Dalam menghadapi bulan ini kita mestilah mempersediakan mental dan fizikal untuk merasai keseronokan untuk meningkatkan ketakwaan kepada Allah dan menambah amal ibadah selain menahan lapar dan dahaga.

Sehubungan itu bagi mencapai tahap kecemerlangan berpuasa yg jitu sebagaimana yang dihayati oleh kalangan salihin dan aulia Allah, pembersihan hati dan peribadi amat penting. Tetapi bagaimana hendak membersihkan diri sebagaimana yang dituntut Allah SWT dan Rasulullah SAW. Ini kerana rohani yang bersih melahirkan keikhlasan. Hati yang  ikhlas kunci segala amalan dan ibadat Muslimin itu diterima Allah. Akhlak adalah kecantikan peribadi seseorang. Akhlak juga cermin kerohanian insan  yang dikasihi Penciptanya. Manusia dicipta untuk menjalani kehidupan yang  berakhlak, sebagaimana firman Allah dalam surah al-Imran (85) bermaksud, “Siapa  yang memilih cara kehidupan selain agama Islam, Allah tidak sekali-kali akan  menerima apa saja daripadanya dan juga di akhirat dia dimasukkan ke dalam  golongan orang yang rugi.” 


Manusia itu sifatnya tidak sempurna, kerana kesempurnaan itu hanya milik Allah. Orang yang berakhlak mulia dan terpuji ialah insan yang sentiasa menginsafi  dirinya hanyalah hamba kepada Penciptanya. Hidupnya untuk kembali ke alam  akhirat, manakala setiap perbuatan walaupun satu huruf tetap akan dihisab di hadapan Allah di akhirat kelak. Orang inilah yang diberi peluang oleh Allah  untuk membersihkan hatinya.

Firman Allah dalam surah an-Naziyat (40-41) bermaksud, “Dan adapun orang yang takut atas kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari hawa nafsunya/keinginannya, maka sesungguhnya syurga itu tempat tinggalnya.”

Mereka yang membersihkan diri ialah orang yang sentiasa berusaha meningkatkan iman dan takwanya. Baik dalam kehidupan rahsianya mahupun ketika di khalayak  ramai.


Kita semua tahu yang bulan Ramadhan adalah bulan rahmah. Bulan yang ditutup pintu neraka dan dibuka pintu syurga seluas-luasnya. Bulan Ramadhan adalah bercerita tentang bagaimana kita mengikhlaskan diri kita dalam berpuasa dan memanfaatkan ibadah untuk Allah swt semata-mata. Jadi ibadah puasa ini sangat2 berkait rapat dengan keikhlasan hati kita sebagai seorang hambaNya. Jadi berusahalah untuk ikhlas dalam berpuasa, malah dalam apa jua ibadah yg kita lakukan. Selaras dengan maksud dari hadits Abu Hurairah di mana Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan karena iman dan mengharap pahala dari Allah maka dosanya di masa lalu pasti diampuni”. (HR. Bukhari dan Muslim)


Ibnu Baththol rahimahullah mengatakan, “Yang dimaksud karena iman adalah membenarkan wajibnya puasa dan ganjaran dari Allah ketika seseorang berpuasa dan melaksanakan qiyam ramadhan. Sedangkan yang dimaksud “ihtisaban” adalah menginginkan pahala Allah dengan puasa tersebut dan senantiasa mengharap wajah-Nya.” (Syarh Al Bukhari libni Baththol, 7: 22). Intinya, puasa yang dilandasi iman dan ikhlas itulah yang menuai balasan pengampunan dosa yang telah lalu.

Moga kita sama-sama menuju kecemerlangan dalam berpuasa dan mendapat pengampunan dosa2 yang telah lalu....insyaallah.



0 Responses

Sahabat2ku.......