F

Apabila anak sakit kronik???


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani… Alhamdulillah…segala puji hanyalah bagi Allah tuhan sekalian alam.

Apabila memiliki anak yang sakit kronik, pasti hati ibu atau bapa akan tersentuh, jiwa kacau dan mudah sangat tersentuh. Tatkala ibu bapa yang lain sibuk memarahi anak mereka dari beralari-larian, kita pula terpaksa melihat sayu anak kita yang sedang terbaring lemah dan tidak berdaya kerana keadaan kesihatan yang tidak begitu baik. Sebagai ibubapa, kita pasti tidak mahu sesuatu yang buruk menimpa anak-anak kita. Namun apa kan daya, pastinya banyak perkara yang boleh terjadi di luar kuasa kita sebagai manusia. Untuk itu, kita mesti menjadi ibu bapa yang kuat dan sentiasa berusaha dan berdoa. Jangan berhenti berdoa dan berharap kerana doa dan harapan adalah kekuatan kita untuk terus menjalani kehidupan kita bersama anak-anak kita.


Apabila dalam keluarga ada anak-anak yang kurang sihat, maka semua ahli di dalam keluarga mempunyai peranan. Baik ibu, bapa dan anak-anak yang lain turut sama membantu antara satu sama lain. Anak-anak yang sakit ini, mereka memang memerlukan perhatian yang lebih, namun sebagai ibu bapa janganlah diabaikan anak-anak yang lain. Mereka juga amat memerlukan perhatian kita. Kita semua faham bahawa apabila memiliki anak yang sakit, memerlukan masa yang lebih untuk anak itu dan kerja-kerja kita juga terganggu. Tambahan pula bagi ibu yang berkerja, terpaksa banyak berkorban. Namun kehidupan mesti tetap diteruskan dengan tenang. 
Doa untuk anak yang sakit
Berikut adalah tips yang boleh kita jadikan panduan......moga bermanfaat.

1.   Menyiapkan diri untuk menerima kenyataan
Kehidupan memang tidak menyenangkan apabila anda tahu anak anda tercinta menderita penyakit atau cacat. Jangan terus menyalahkan diri atau orang lain, jangan berkeluh kesah menyesali nasib diri yang malang, sebaiknya berlapang dadalah menerima kenyataan ini. Beristiqamah dalam berdoa agar diberi kekuatan pada diri anda agar dapat terus merawat dan menjaga kehidupan anak anda. Minta ahli keluarga sentiasa berdoa dan memohon kepada Allah swt agar diberi kesembuhan dan memohon agar semua ahli keluarga diberi kekuatan dalam menghadapi dugaan ini dan sekaligus mendapat sokongan positif dari ahli keluarga. Berdoalah agar dimudahkan segala urusan.....

Maksudnya: Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki.


2.   Kenali penyakitnya
Apabila anak anda di diagnosis menderita penyakit kronik, maka perkara yang penting anda lakukan adalah mengenali penyakit tersebut.Berhubunglah dengan doktor yang merawat anak anda. Pada mula mengetahui akan penyakit anak anda, pasti anda tidak dapat memahami dengan jelas masalah penyakit itu, jadi jumpa doktor dan tanyakan dengan lebih lanjut. Sekarang ini terlalu bayak cara untuk mendapatkan informasi tentang pelbagai penyakit seperti di internet. Elakkan bertanya kepada orang lain kerana mereka tidak pakar, nanti pelbagai perspektif yang diberikan dan akhirnya jiwa kita menjadi kacau lagi. Terus berkomunikasi dengan doktor yang merawat anak anda itu. Ianya akan lebih baik untuk anda dan keluarga mengetahui apa tindakan2 yang boleh anda lakukan bila menghadapi situasi cemas seandainya terjadi pada anak anda itu.

3.   Tetap berfikiran positif
Dalam apa jua keadaan yang kita hadapi dalam kehidupan ini, tetap terus berfikiran positf kerana dengan itu saje kita dapat mengembalikan tenaga dalaman diri kita. Jangan sekali-kali berfikiran bahawa segala kesukaran yang kita lalui ini adalah merupakan bebanan kepada kita. Terokai kehidupan kita ini dengan muhasabah diri. Sesungguhnya Allah SWT tak akan memberi kita sesuatu dugaan melebihi dari kemampuan kita. Allah SWT itu maha adil. Berfikirlah bahawa apa jua yang menimpa kita adalah sebahagian tanda kasih sayang Allah SWT kepada kita. Tetap terus berdoa  dan beristiqamahlah dalam melakukan ibadah kita agar kita akan dapat melalui kehidupan ini dengan hati yang tenang. Insyaallah pasti akan dibuka pintu ketenangan dalam jiwa kita.

4.   Jaga kesihatan diri
Dalam kesibukan kita merawat dan memberi perhatian kita kepada anak kita yang sakit itu, perhatikanlah diri kita, manja dan belailah diri kita kerana kita perlukan itu semua boleh menjadi energy booster untuk kita meneruskan aktiviti harian kita yang menanti di hadapan. Sediakan ruang waktu untuk anda bersendirian, agar anda dapat merehatkan fizikal dan juga mental and bagi mempersiapkan diri anda lebih bertenaga merawat anak anda yang sakit itu. Berjumpalah dengan teman-teman untuk berbual bagi melegakan tension anda. Gunakan ruang masa itu untuk tidak memikirkan masalah anak anda itu. Insyaallah pasti anda akan rasa segar semula.

5.   Lihatlah di sekeliling anda
Jangan lupa bahawa ada lagi "insan-insan" kerdil yang memerlukan kasih sayang anda...iaitu anak-anak anda yang lain. Mereka perlukan kasih sayang anda juga. Jangan diabaikan mereka. Ajak mereka untuk turut sama merasakan tanggungjawab menjaga adik beradik mereka yang sait itu, namun mengikut kemampuan mereka. Tetap terus tersenyum di hadapan mereka walaupun di dalam hati anda sedang menangis. Bawalah anak-anak beriadah bersama, jangan abaikan kerana anak-anak memang memerlukan saat-saat gembira bersama keluarga. Mereka menginginkan keluarga yang riang gembira. Janganlah menjadikan anak-anak yang lain sebagai tempat untuk mengeluarkan kemarahan dan ketidakpuasan hati anda. Yang penting tetap terus tersenyum! 

Doa perlindungan untuk anak-anak...teruskan mengamalkannya agar anak-anak kita sentiasa mendapat perlindungan Allah SWT. Rasullullah S.A.W telah berdoa untuk perlindungan cucu2nya (Hasan dna Husain) dengan membaca:

 Maksudnya: Aku minta perlindungan bagu kamu berdua dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada setiap syaitan, binatang yang berbisa dan bencana ain (pandangan mata yang menimpakan penyakit.


0 Responses

Sahabat2ku.......