Poligami Rasulullah Bukan Ayat-ayat Cinta
Hai...satu lg artikel yg saya rasa mesti dibaca dan dikongsikan dgn sahabat....Berkenaan poligami lagi...... ya bila bercakap pasal poligami mmg never ending story kn....tp kita perlu memahami isu poligami ini dengan mata hati yg terbuka. Islam itu syumul, melihat kepada keperluan umat islam secara keseluruhannya, tetapi tetap ada batasannya… secara realitinya di dlm masyarakat Malaysia, saya melihat banyak kes2 yg mana poligami tidak byk membawa kebaikan malahan mencipta pelbagai masalah, kesan dari salah faham terhadap aspirasi poligami itu dibolehkan…….mungkin di masyarakat lain, lain ceritanya….kalau yg berjaya pun terlalu segelintir....... asalkan namanya poligami ini pasti akan melukakan hati yg dinamakan wanita, jgn ada org yg underestimate perasaan wanita yang tidak mendapat keadilan dan sedih kerana dimadu. Cuba fahami dan selami kehidupan sesetengah dari mereka yg sentiasa makan hati berulam jantung. Even, Rasulullah pun suruh menantunya batalkan perkahwinannya dgn puteri Abu Jahal sbb Fatimah bersedih dan cemburu. Cuba bayangkan kalau seorang suami mempunyai isteri yang mencintai lelaki lain. Apa perasaan suami itu? Nasib baik, Allah haramkan isteri berkahwin lebih? Kalau tak mesti ramai suami yg terjun lombong. Namun apa-apa pun hanya insan yang terpilih sahaja yg diberi "mandat" Poligami ni..... hanya Allah swt sahaja yg maha mengetahui......sekadar pandangan ikhlas saya.
Berdasarkan buku Bahagiakan Dirimu Dengan Satu Istri oleh Ustaz Cahyadi Takariawan:-
- Rasulullah berpoligami setelah baginda berumur 53 tahun.
- Rasulullah bermonogami selama 25 tahun dan berpoligami selama 10 tahun.
- Rasulullah sentiasa terkenang-kenangkan zaman monogaminya dengan Khadijah sehingga Aisyah cemburu walaupun Khadijah telah lama wafat.
- Rasulullah pernah membatalkan pertunangan menantunya Saidina Ali (suami Fatimah) dengan puteri Abu Jahal. Kata Baginda,
“Meragukan aku apa yg meragukan Fatimah dan menyakitiku apa yang menyakiti Fatimah.” (HR. Bukhari dan Muslim).
- Anas menceritakan bahawa Aisyah dan Zainab bertengkar sehingga bersuara keras, padahal sudah terdengar azan solat. Abu Bakar lewat dan terdengar suara pertengkaran mereka maka dia berkata, “Keluarlah wahai Rasulullah, dan taburkan tanah ke dalam mulut mereka”. Nabi SAW keluar dan Aisyah berkata, “Sekarang Nabi sedang menunaikan solat.” Abu Bakar datang dan melakukan sesuatu terhadap Aisyah seraya mengecam dengan keras, “Apakah pantas kamu melakukan ini?” (HR. Muslim).
- Daripada buku Aisyah Keunggulan Sebenar: Kisah di atas diriwayatkan oleh Muslim. Pada suatu malam, Zainab datang ke rumah Aisyah. Pada masa itu, rumah-rumah belum diterangi lampu. Kemudian nabi masuklalu menghulurkan tangannya kepada Zainab tanpa sengaja. Aisyah terus berkata, “Itu Zainab”. Nabi segera menarik tangannya. Aisyah dan Zainab bertengkar dengan nada yang tinggi. Pada masa itu azan juga berkumandang. Abu Bakar yang sedang menuju ke masjid terdengar pertengkaran Aisyah dan Zainab. Abu bakar pun berkata, “Wahai pesuruh Allah, marilah kita ke masjid, lemparkan pasir ke mulut isteri-isterimu.” Nabi Muhammad pun keluar bersembahyang, Aisyah dengan cemas berkata, “selepas pesuruh Allah bersembahyang, mesti Abu bakar akan datang memarahiku.” Selesai sembahyang, Abu bakar benar-benar datang lalu memarahi Aisyah dengan keras, ‘Mengapa anakanda melakukan hal itu kepada pesuruh Allah?”
- Kisah yang lain di apabila Aisyah cemburukan madunya Zainab binti Jahsi, bahawa Aisyah berkata, “Beliau (Rasulullah) berada di sana melebihi waktu saya maka saya cemburu.” Aisyah kemudiannya berunding dengan Hafshah bahawa siapa saja isteri Nabi yang didatangi baginda, beliau harus mengatakan, “Sesungguhnya aku mencium bau maghafir (getah manis yg baunya tidak enak) padamu, apakah engkau habis minum maghafir?” Maka setiap isteri baginda berjumpa baginda, mereka akan bertanyakan soalan yang sama. Nabi berkata, “Tidak apa-apa, saya tadi minum madu di rumah Zainab dan saya tidak akan mengulanginya lagi.” Maka turunlah ayat Allah: (At-Tahrim: 1-4)
Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yg Allah halalkan bagimu: kamu mencari kesenangan hati isteri-isterimu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya Allah telah mewajibkan kepadamu sekalian membebaskan diri dari sumpahmu dan Allah adalah Pelindungmu dan Dia Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana.
Dan ingatlah ketika Nabi membicarakan secara rahsia kepada salah seorang isterinya (Hafshah) secara peristiwa. Maka tatkala (Hafshah) menceritakan peristiwa itu (kepada Aisyah) dan Aisyah memberitahu hal itu (perbicaraan Hafshah dan Aisyah) kepada Muhammad lalu Muhammad memberitahu sebahagian (yang diberitakan Allah kepadanya) dan menyembunyikan sebahagian yg lain (daripada Hafshah).
Maka tatkala (Muhammad) memberitahukan perbicaraan (antara Hafshah dan Aisyah) lalu (Hafshah) bertanya, “Siapakah yang telah memberitahukan hal ini kepadamu?” Nabi menjawab, “Telah diberitahukan kepadaku oleh Allah yg Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal”.
Jika kamu berdua (Aisyah dan Hafshah) bertaubat kepada Allah maka sesungguhnya hati kamu berdua telah condong (utk menerima kebaikan), dan jika kamu berdua bantu-membantu menyusahkan Nabi, maka sesungguhnya Allah adalah Pelindungnya dan (begitu pula) Jibril dan orang-orang mukmin yang baik, dan selain itu malaikat-malaikat adalah penolongnya pula.
Dan ingatlah ketika Nabi membicarakan secara rahsia kepada salah seorang isterinya (Hafshah) secara peristiwa. Maka tatkala (Hafshah) menceritakan peristiwa itu (kepada Aisyah) dan Aisyah memberitahu hal itu (perbicaraan Hafshah dan Aisyah) kepada Muhammad lalu Muhammad memberitahu sebahagian (yang diberitakan Allah kepadanya) dan menyembunyikan sebahagian yg lain (daripada Hafshah).
Maka tatkala (Muhammad) memberitahukan perbicaraan (antara Hafshah dan Aisyah) lalu (Hafshah) bertanya, “Siapakah yang telah memberitahukan hal ini kepadamu?” Nabi menjawab, “Telah diberitahukan kepadaku oleh Allah yg Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal”.
Jika kamu berdua (Aisyah dan Hafshah) bertaubat kepada Allah maka sesungguhnya hati kamu berdua telah condong (utk menerima kebaikan), dan jika kamu berdua bantu-membantu menyusahkan Nabi, maka sesungguhnya Allah adalah Pelindungnya dan (begitu pula) Jibril dan orang-orang mukmin yang baik, dan selain itu malaikat-malaikat adalah penolongnya pula.
- Kisah Nabi Ibrahim iaitu kebencian Sarah terhadap Hajar sehinggakan Nabi Ibrahim terpaksa membawa lari dan meninggalkan Hajar di kawasan yang terpencil, jauh dari Sarah. Ibnu Abbas menceritakan, “Perempuan yg mula-mula mengenakan minthaq (pengikat pinggang) adalah Ummu Ismail (Hajar). Ia memakai minthaq untuk menghilangkan jejaknya terhadap Sarah.” (HR. Bukhari)
KESIMPULANNYA:
- Rasulullah berpoligami bukan untuk tujuan cinta atau seks dan nafsu. Baginda berpoligami setelah berumur 53 tahun dan semua isteri Baginda merupakan janda dan balu kecuali Aisyah. (Ada juga ulama mengatakan Maryam, seorang wanita mesir juga salah seorang isteri Nabi. Beliau seorang perawan dan melahirkan seorang anak, namun anak Nabi tersebut meninggal ketika bayi).
- Anak-anak Rasulullah dibesarkan dalam suasana monogami. Ini satu fakta yang majoriti kita terlepas pandang akan hikmah dan rahsianya. Hanya Fatimah sahaja yg masih hidup sehingga waktu Rasulullah berpoligami. Itupun Fatimah sebenarnya seusia dgn Aisyah (sudah dewasa) ketika itu.
- Kisah di atas menunjukkan para Ummul Mukminin juga wanita biasa yg mempunyai perasaan yang fitrahnya ada sifat cemburu. Allah sama sekali tidak memadamkan sifat sebenar mereka daripada al-Quran utk kita ambil iktibar. Jika para Ummul Mukminin yang mulia mempunyai sifat sedemikian, bagaimana pula kita? Adakah kita mampu elakkan semua sifat-sifat wanita fitrah kita?
- Begitu juga tatkala Rasulullah pada asalnya cuba memujuk isteri baginda masa bila baginda berjanji untuk tidak akan ke rumah Zainab lagi, tetapi telah ditegur dan dinasihati oleh Allah SWT. Bayangkan Rasulullah sendiri membuat kesilapan tetapi mempunyai Allah dan para malaikat untuk memberi petunjuk secara terus dan telus. Siapa pula yang mampu menegur kita?
- Rasulullah juga mencegah poligami tatkala Fatimah bersedih setelah mengetahui beliau akan dimadukan (tidak kena sebab berpoligami-mengundang kesedihan Fatimah). Maka, sudah tentu Rasulullah tidak redha dengan mana-mana poligami yang salah atau tidak kena tujuannya. Kesedihan isteri pertama untuk dimadukan tidak boleh diperkecil-kecilkan.
- Disebut di dalam Quran, poligami Rasulullah di 10 tahun pemerintahan baginda yang penuh dengan peperangan dan penjajahan kawasan di mana pada zaman ini ramai janda dan balu. Tetapi, di dalam al-Quran dan Hadis tidak ada secara literal menyarankan atau menggalakkan poligami hanya disebabkan jumlah wanita ramai secara umum.
Marilah kita berfikir sejenak…
salam saudari,
terima kasih atas rencana yang menarik hati ini. saya suka menarik perhatian saudari pada satu premis yang memang sering digunakan oleh para pendiskusi poligami, iaitu tentang betapa Rasulullah SAW tidak berpoligami kerana nafsu. di dalam tulisan saudari, saudari highlight frasa tersebut. pastilah, sebagai manusia Maksum lagi paling mulia, tidaklah rasulullah itu berpoligami kerana nafsu. tetapi, marilah kita berfikir dan mengkaji, apakah terdapat Nas-nas yang melarang manusia Mukmin bernikah kerana nafsu? malahan di dalam Islam yang mulia, manusia yang bernafsu, diarah Allah agar segera berkahwin. jika tidak mampu maka dikehendaki dia berpuasa dan menahan diri. Nafsu, diiktiraf oleh Allah SWT. tetapi nafsu harus disalur dengan cara yang halal.
maka, persoalan :
1. kejikah bernikah kerana nafsu? (lalu, jika A punyai nafsu, juga punya iman, maka bertemu gadis B, punyai nafsu dan punyai iman.. maka kejikah mereka bernikah untuk melepaskan nafsu itu?, kerana jika tidak, terjerumuslah mereka ke kancah zina.)
2. Hina dan dangkalkah berpoligami kerana nafsu?
( jika isteri tidak punyai sebarang masalah atau kecacatan, tetapi suaminya terdorong oleh nafsu pada seorang wanita C. maka adakah haram baginya menikahi wanita C?)
sekian cetusan persoalan yang mungkin boleh dibincangkan, kerana saya sangat tertarik pada perakuan saudari bahawa rencana ini harus dibaca tanpa ikatan emosional, sebaliknya berlandas pada yang Haq. wAllahua'lam.
Terima kasih malay-machista.... pendapat sy secara peribadi (1) jika bernikah berlandaskan nafsu semata2...keji bkn persoalannya....kalau ianya dpt menghindar kepada masalah yg lebih buruk lg....tiada masalah...namun fikirkan ke mana hala tuju pernikahan yg murni itu kerana didasari oleh nafsu semata2.
Hukum2 pernikahan di dlm Islam:
(a) Wajib: kepada orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjatuhkan ke lembah maksiat (zina dan sebagainya) sedangkan ia seorang yang mampu.disini mampu bermaksud ia mampu membayar mahar(mas berkahminan/dower) dan mampu nafkah kepad bakal isterinya. Dalam permasalahan ini boleh didahulukan perkahwinan dari naik haji kerana gusar penzinaan akan berlaku, tetapi jika dapat dikawal nafsu, maka ibadat haji yang wajib perlu didahulukan kerana beliau seorang yang berkemampuan dalam segala aspek.
(b)Sunat: kepada orang yang mampu tetapi dapat mengawal nafsunya.
(c)Harus : kepada orang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin dan ini merupakan hukum asal perkahwinan
(d)Makruh : kepada orang yang tidak berkemampuan dari segi nafkah batin dan lahir tetapi sekadar tidak memberi kemudaratan kepada isteri, sama ada ia kaya atau tiada nafsu yang kuat
(e)Haram : kepada orang yang tidak berkemampuan untuk memberi nafkah batin dan lahir dan ia sendiri tidak berkuasa (lemah), tidak punya keinginan berkahwin serta akan menganiaya isteri jika dia berkahwin.
2. Poligami atau monogami yg berlandaskan nafsu sama saje....Tp tidak sampai jatuh HARAM.....Hina?? bkn persoalannya, kekalkah pernikahan hanya kerana nafsu? Nafsu adalah sesuatu yg perlu kita kawal sendiri...insyaallah dgn muhasabah diri kita mmg boleh mengawalnya...sama ada kita hendak atau tidak. Mgkn jwpn sy tidak akan memuaskan hati saudara/saudari tetapi fikirkan dari pelbagai sudut kerana jelas sekali sebagai manusia mmg harus mengawal NAFSU....binalah pernikahan yg diredho oleh Allah swt. Ibarat membina rumah, dasarnya perlu kuat untuk menampung keberatan rumah tersebut...renung2kanlah.
Salam..kalau kerana nafsu, isteri pertama tidakkah boleh settlekan permasalahan itu?...
salam kpd Atie A. Razak......sy ingin berkongsi pndapat ttg hal ini...pd hakikatnya mmg la sukar bg seseorg wanita itu utk menerima isu poligami...tp cuba kta fikir,pd zaman skrg...nisbah wanita dgn lelaki amat lah ketara...dn pd akhir zaman nnti...Rasulullah ckp nisbah lelaki dgn wanita ialah 1:50.so ape yg trjdi kpd nasib mereka....dn hal ini lah yg menyebabkan brlakunya zina yg brleluasa...jd dlm mslah ini...poligami dpt mnjadi satu penyelesaian yg trbaik......x kira la wanita nk bt researh nk tambah kaum lelaki ke ape ke..sbb dh konpfem rasulullah ckp nisbah lelaki pmpuan d akhir zmn ialah 1:50.satu lg,klau suami nk sgt kawin,bg je la,dia bkn nk bt dosa pn,siap dpt pahala lg...dan klau kamu membantu dlm prkahwinan itu,kamu pn akan dpt gnjaran yg besar dr allah...sy phm prsaan kamu...tp....kamu fikir lah....poligami ni sunnah rasulullah...bkn nya sje2 kaum laki bt...lg satu,sy nmpk kamu ni x phm lg ttg sifat seorng lelaki...klau kamu nk tahu...laki ni len...nafsu dia pelik...walaupn casing nmpk buruk...tp enjin dia sntiasa tiptop..tu pn klau kamu phm la kata2 sy ni...wanita len....umur 4o da x de nafsu da...pstu muka tu tiap2 mlm pkai bedak sejuk..mcm hantu...pstu duk rmh okai baju buruk je....tp klau time nk g kenduri or krja...kalah mak datin dressing....so sbb hal ni la suami dh x de mood utk brsama...pikir la kaum hawa...jgn duk pikir ikur perasaan aje...