F

Petua Mudah merawat SENGGUGUT


Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Ramai di kalangan para wanita yang pernah mengalami senggugut. Ada yang mengalami senggugut tahap kronik sehingga tidak boleh bangun. Ini tentunya sangat menyusahkan.

Walaupun terdapat ubat untuk menghilangkan sakit ketika haid ini, tetapi ia hanya berkesan setiap kali kita menelan ubat sahaja. Bukankah lebih elok jika kita dapat menghilangkan senggugut itu selama-lamanya, tanpa perlu bergantung kepada ubat?

Anda juga boleh mengamalkan pengambilan JUS DELIMA

Berikut adalah petua bagaimana menghilangkan sengugut yang dapat saya kongsikan buat tatapan anda semua.
1- Ambil sembilan biji pinang tua, dibakar hingga menjadi arang lalu ditumbuk halus. Campurkan secawan air suam dan minum sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.


2- Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia ke dalam segelas air suam, apabila halia mendap barulah diminum air tadi didahulukan dengan selawat.

3- Ubati senggugut dengan minuman air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.

4- Semasa sakit ketika haid, hendaklah sentiasa meminum air teh pahit tanpa gula. Jangan tambah gula kerana ini akan mengurangkan keberkesanannya.


5- Berlari atau berjalan dengan laju juga dipercayai boleh mengurangkan kesakitan sakit sengugut. Kebanyakan kesakitan sengugut adalah bermula dengan kurangnya bersenam. Berjalan laju atau beriadah dapat membebaskan hormon endorfin yang membantu mengurangkan kesakitan.


6- Bantal panas atau "heat pad" boleh membantu dengan peradangan dan mengurangkan penumpukan cairan di dalam rangkaian. Ia juga memudahkan kejang otot. Para pakar mendorong kita untuk berbaring pada perut kami sambil melaksanakan panas atau di kedudukan yang paling selesa yang mungkin.


7- Tidur. Perlu alasan untuk tidur? Tidak ada waktu seperti sekarang yang menyakitkan. Ini akan membawa fikiran anda dari rasa sakit dan biarkan anda mendapatkan rehat yang sangat diperlukan.


8- Mandi air panas. Ini akan membantu anda merehatkan otot-otot perut anda dan yang lebih penting, menenangkan fikiran anda. Untuk usaha tambahan, membawa lilin aromaterapi dan minyak wangi mandi sebagai penyegar udara.


9- Pertimbangkan vitamin dan suplemen. Pertimbangkan untuk mengambil Evening Primrose Oil dalam dos 500-1000mg sekali sehari dalam bentuk kapsul (terdapat di kedai-kedai vitamin dan kedai makanan kesihatan) bersama-sama dengan 200-400mg 100-200mg magnesium dan vitamin B6 untuk empat sampai tujuh hari sebelum bermulanya tempoh anda.


10- Minum secawan teh. Pertimbangkan secawan TEH HIJAU. Menurut para ahli, teh hijau tinggi dengan fenolat, yang boleh menghalang senggugut. Tidak ingin kafein? Fikirkan tentang secawan teh chamomile. Lebih baik lagi, meminumnya apabila anda sedang di tab mandi.


11- Ambil segelas air teh yang telah sejuk dan campurkan dengan sedikit kapur (kapur makan/sirih). Minumlah air campuran tersebut.


12- Campurkan sedikit air limau nipis bersama air kunyit yang telah ditumbuk. Jadikan ia sebanyak segelas penuh. Amalkan meminumnya setiap malam tiga hari sebelum datang haid.


13- Ambil kulit kayu manis kira-kira 40gram, lima keping kulit limau nipis atau limau purut dan rebus. Amalkan meminumnya segelas setiap malam tiga hari sebelum haid. 


14- Buah petola yang biasa ditanam di kampung-kampung dikhabarkan juga baik untuk mengurangkan kesakitan sengugut. Ia dapat diamalkan dengan mudah sekali kerana kita cuma perlu memakan sebarang masakan yang berasaskan petola tersebut. Amalkan memakan petola seminggu sebelum kedatangan haid.

Khasiat Rempah Ratus

Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Alhamdulillah.... baru dpt update blog hari ni. Hari ni nak kongsi artikel berkenaan rempah ratus yg biasa kita gunakan di dalam masakan atau pendek kata dekat dgn kita setiap hari. Paling tidak pun 4 sekawan tu pasti ada di dapur kita kan? Kalau dulu arwah mak saya, bila saya nak pergi sklh pasti dia suruh saya kunyah bunga cengkih. Nak tak nak ikut juga.... katanya bila kunyah bunga cengkih ni, kita akan rasa tenang, tidak mengantuk, nafas berbau wangi, dan gigi akan kuat.... katanya. Tapi memang benar! Bila dalam kelas mmg tak mengantuk segar aje, nafas pun segar aje, almaklum sklh sessi ptg. Mulut rasa berangin aje!Blowing Bubble Arwah atuk saya memang suka makan rempah ratus ni, usia beliau 98 tahun masa meninggal tu.... itu pun tak ada sakit apa pun! Arwah atuk saya suka sgt mkn kunyit hiudp dan dun kunyit.... Lagi satu yg pasti beliau makan ulam2 saje, pucuk ubi, pucuk paku, ulam raja dan macam2 lagi. Itu memang pasti. Kebanyakan orang tua dulu2, hidup lebih sihat,jarang dihinggapi penyakit,kuat daya tahan tubuh badannya,cergas dan tegap ototnya serta lebih panjang jangka hayatnya.

Ini semua kerana gaya hidup dan corak pemakanan lah yang membezakan kualiti hidup antara generasi hari ini dengan mereka yang terdahulu. Salah satu amalan yang menjadi rutin nenek moyang kita dahulu ialah mengamalkan pengambilan rempah ratus dalam sajian harian mereka.


Nah,jika anda ingin hidup lebih ceria,punya tubuh yang lebih sihat dan menawan,apa kata…cetak catatan ini,tampalkan pada kabinet dapur,peti sejuk atau di mana sahaja tempat di dapur yang boleh mengingatkan anda agar sentiasa mempertimbangkan penggunaan rempah ratus ini dalam sajian harian anda,dan lihat kuasa ajaibnya sebagai penyembuh!

KAYU MANIS
Khasiat : Ujian klinikal menunjukkan bahawa kayu manis adalah rempah yang aktif,menambah glukos dan mencegah lebihan kandungan gula dalam darah. Penyediaan : Jadikan serbuk kayu manis sebagai bahan campuran dalam hidangan pagi seperti kopi,teh,sup atau bijirin.Amalkan satu sudu sehari.
Bonus: Dapat menghindarkan tubuh daripada kesejukan. Kayu manis dalam sajian boleh melancarkan peredaran darah dan membantu mengatasi masalah suhu badan yang rendah.

JINTAN 
Khasiat : Kajian di Jerman mendapati  minyak   daripada jintan mengandungi carminative   (gas pelega) untuk melegakan masalah kembung dan sakit perut. Penyediaan : Masukkan 1 sudu serbuk jintan ke dalam omelette,coleslaw atau kek buah-buahan.Untuk mengubati masalah pencernaan (dypepsia) campurkan jintan dengan minyak pepermin dalam ramuan.

Bonus: Meredakan batuk – berkesan meredakan batuk dan sakit kerongkong. Masukkan 2 sudu jintan ke dalam 2 cawan air dan biarkan selama 2 minit. Kemudian campurkan madu dan sedikit air panas sebelum diminum.

LADA HITAM
Khasiat : Lada hitam dipercayai boleh melegakan masalah kerap membuang air kecil.Ia juga mengandungi thermogenic yang menggalakkan kadar metabolik. Penyediaan: Taburkan serbuk lada hitam dalam hidangan ,sama ada hidangan steak ataupun salad.
Bonus : Mampu menyerap lebih nutrien – Piperine iaitu komponen aktif dalam lada hitam menggalakkan penyerapan nutrien ke dalam usus. Jadi,mengambil lada hitam bersama hidangan menjadikan anda lebih sihat!

JINTAN PUTIH
Kelebihan :Menurut kajian Universiti Cornell,jintan putih yang bersifat antibakteria menghapuskan 80 % bakteria atau fungus dalam makanan serta mematikan kuman. Penyediaan :Kisar jintan putih dengan sedikit kapur makan dan jadikannya sebagai bahan penyedap salad atau roti dan sebagai salah satu ramuan dalam sajian hidangan Mexico dan India.
Bonus :Mengelak strok-Kajian daripada pelajar University Of Southern Denmark mendapati jintan putih menyekat pembekuan darah sekali gus memberi peluang kepada pengamalnya dari risiko terkena strok.

CENGKIH
Kelebihan :Kajian di Universiti Kansas berkaitan rempah mendapati cengkih berkuasa sebagai antibakteria dan membantu memusnahkan Escherichia Coli Infection (E.Coli) dalam daging. Penyediaan :Gaul satu sudu serbuk cengkih pada daging sebelum memasak sebagai cara untuk menjadikan hidangan anda sekeluarga menyihatkan.
Bonus :Melindungi gigi dan gusi.Perisa dan minyak cengkih menyekat pertumbuhan bakteria.Untuk gusi yang sihat,masukkan 1 atau 2 sudu cengkih dalam1 cawan teh pekat dan minum.

SERBUK LADA MERAH
Kelebihan : Capsaicin iaitu bahan aktif dalam lada boleh meningkatkan kadar metabolik sebanyak 25%. Penyediaan : Untuk membakar lemak,campur 1 sudu teh serbuk lada merah dalam penyediaan makanan.Sebelum menyediakan menu yang berbentuk manisan,taburkan sedikit lada merah ini bersama campuran madu dan kayu manis.
Bonus : Melegakan sakit otot – 81% kes sakit otot dapat diatasi apabila pesakit ini mula mengamalkan lada merah dalam pemakanan dalam tempoh dua bulan.

HALIA
Kelebihan : Gingerols sebagai komponen aktif dalam halia menyekat cyclooxygenase iaitu enzim yang bertindak balas kepada penyakit radang. Penyediaan : Sedia satu cawan teh panas yang dicampurkan dengan 2 sudu serbuk halia. 2 sudu halia kering juga boleh dijadikan sebagai bahan campuran dalam pai,roti atau kek.
Bonus : Halia membantu menyeimbangkan kandungan gula dalam darah,kata Susan M.Lark yang mengkaji kebaikan halia kepada tubuh.

KUNYIT
Kelebihan : Cucumin yang didapati dalam kunyit berfungsi meningkatkan daya ingatan dan membantu masalah mental.Kajian ahli sains di Los Angeles mendapati diet yang kaya dengan bahan cucumin boleh mengurangkan pertumbuhan beta- amyloid yang menghalang komunikasi antara sel otak. Penyediaan : Tingkatkan daya ingatan anda dengan mencampurkan satu sudu kunyit dalam sayuran atau sebagai perisa makanan yang sesuai.Cuba dapatkan satu sudu sehari.
Bonus : Kandungan cucumin yang bersifat antioksida dan antiradang juga bertindak balas melawan radikal bebas yang merosakkan kulit. Dengan mencampurkan 2 sudu serbuk kunyit,1 sudu jus limau dan sedikit air boleh menyembuhkan kesan luka.

Salam Aidil Adha 1434H

Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Alhamdulillah...  disebabkan kengkangan masa yg begitu menghambat, tak sempat sy nak update blog ni.... walau apa pun, moga sambutan Hari Raya AidilAdha berjalan dengan lancar.... moga semuanya mendapat ibadah korban yang berkah dari Allah SWT....

Belum terlambat utk saya mengucapkan:-


Puasa Hari Arafah


Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Alhamdulillah...... tidak lama lagi kita akan sama-sama meraikan Hari Raya Aidil Adha.... sebelum itu marilah  kita berpuasa pada 9 Zulhijjah BERSAMAAN HARI WUKUF.

Sebagai meraikan jemaah yang akan berwukuf di padang Arafah , marilah kita di sini merebut peluang berpuasa pada tanggal 9 zulhijjah ini bersamaan hari Isnin. Kepada yang akan berpuasa... diucapkan selamat berpuasa, moga ibadah kita mendapat kebaikan dari Allah SWT.

Saya kongsikan artikel berkenaan PUASA ARAFAH, moga sama-sama manfaatkan ilmu yang benar dari kebenaran dan menghayati Faedah di Bulan Dzulhijjah yang mulia ini.

 Puasa sunat pada hari Arafah. Sabda Baginda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :
"Puasa pada hari Arafah itu menghapuskan dosa tahun yang lalu dan tahun yang akan datang." (Hadis riwayat Muslim). 

Hari Arafah adalah bertepatan dengan 9 Zulhijjah. Tidak ada dalil syarak yang menetapkan bahawa puasa Arafah mesti dilakukan serentak dengan masa wukuf jemaah haji di Arafah. Sebaliknya, ia disunatkan pada tanggal 9 Zulhijjah. Bahkan, dengan bentuk dunia yang bulat dan perbezaan waktu, puasa yang dilakukan di benua dan rantau selain dari tanah suci, tidak akan dapat dijalankan serentak dengan wuquf, walau dilaksanakan pada hari wuquf itu sendiri.

Bertakbir, bertahmid dan bertahlil kepada Allah, serta berselawat ke atas Baginda Rasulullah S.A.W. bermula dari subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) sehingga waktu Asar hari tasyriq yang terakhir (13 Zulhijjah). Ini berdasarkan Hadith Jabir r.a. yang bermaksud bahawa “Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. bertakbir pada solat Fajar hari Arafah, sehingga waktu Asar daripada hari tasyriq yang terakhir, selepas Baginda memberi salam dari solat fardhu.” (riwayat Ad-Daruqutni)

Melaksanakan ibadat korban pada AidilAdha sehinggalah penghujung hari tasyriq. Ibadat ini mengingatkan masyarakat Islam  untuk sentiasa bersifat ikhlas dan bertaqwa kepada Allah s.w.t. Ibadat ini juga dapat merapatkan hubungan dan menyebarkan kasih sayang di antara manusia, dengan perkongsian daging bersama mereka yang memerlukan, keluarga, sahabat dan jiran tetangga.

Puasa Hari Arafah ialah puasa pada hari ke 9 Zulhijjah yang disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji. Mereka boleh memanfaatkan kemuliaan hari Arafah dengan berpuasa sunat, berzikir dan melakukan amalan-amalan sunat lain.

Daripada Abu Qatadah al-Anshari r.a.; Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Rasulullah SAW juga bersabda: “Orang yang berpuasa pada Hari Arafah (9 Zulhijjah), Allah akan menuliskan baginya puasa 60 tahun dan Allah menuliskannya sebagai orang yang taat.”

Niat Puasa Hari Arafah;
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ مِنْ يَوْمِ الْعَرْفَةَ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى
Daku berniat puasa hari Arafah, sunat  kerana Allah Ta’ala.

Rasulullah SAW. bersabda lagi: “Tiada hari yang paling ramai Allah SWT melepaskan hamba-Nya dari api neraka melainkan pada Hari Arafah. Dan sesungguhnya Allah Azzawajalla menghampiri (hamba-hamba-Nya) dan berbangga dengan mereka di kalangan para malaikat serta bertanya; Apa yang dikehendaki oleh mereka?”

Manakala bagi mereka yang melakukan ibadah haji pula adalah disunatkan untuk tidak berpuasa pada hari Arafah dan adalah menyalahi perkara yang utama jika mereka berpuasa juga pada hari itu.

Pendapat Ulama Tentang Puasa Arafah
1.   Al-Imam as-Syaf’ie rh berpendapat; “Disunatkan puasa pada hari ‘Arafah bagi mereka yang tidak mengerjakan ibadah haji. Adapun bagi yang mengerjakan ibadah haji, adalah lebih baik untuknya berbuka agar ia kuat beribadat di ‘Arafah.”
2.  Dari pendapat Imam Ahmad rh pula; “Jika ia sanggup berpuasa maka boleh berpuasa, tetapi jika tidak hendaklah ia berbuka, sebab hari ‘Arafah memerlukan kekuatan (tenaga).” Begitu juga dengan para sahabat yang lain, lebih ramai yang cenderung untuk tidak berpuasa pada hari ‘Arafah ketika mengerjakan ibadah haji
3.  Ulama Syafi’iyyah membenarkan untuk berpuasa pada hari tasyrik hanya untuk keadaan tertentu seperti bersumpah, qadha puasa di bulan Ramadhan serta puasa kifarah (denda). Puasa tanpa sebab tertentu pada hari-hari ini (puasa sunat) adalah ditegah.

BETUL KE KOD WARNA PADA TIUB UBAT GIGI MEMPUNYAI Klu KANDUNGAN BAHAN????

Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Saya baru saje dpt email dari kawan tentang kod warna ni, bila saya baca terkejut juga saya, tapi ada  keraguan juga di hati jadi saya surfing lah dan bertanya kepada beberapa orang teman yg lain.... alhamdulillah begini lah jawapannya.....


BETUL KE KOD WARNA DI TIUB UBAT GIGI MEMPUNYAI KLU KANDUNGAN UBAT GIGI, SAMA ADA IA SEMULAJADI, ADA UBATAN ATAU BAHAN KIMIA?

Jawapan : SALAH. Kod warna itu memberi maksud lain yang tiada kena-mengena dengan kandungan ubat gigi tersebut.

Mungkin ada di antara anda pernah terjumpa dengan artikel yang mendakwa bahawa "kod warna" di bahagian bawah tiub ubat gigi itu memberitahu kandungan di dalam ubat gigi. Mereka mendakwa bahawa jika tiub ubat gigi mempunyai warna :




MERAH : Bahan semula jadi + bahan kimia
BIRU : Bahan semula jadi + bahan ubatan
HIJAU : Bahan semula jadi sahaja
HITAM : Bahan kimia sahaja




TETAPI ADAKAH BENAR SEPERTI YANG DISEBARKAN?????

SALAH. Kod warna itu langsung tak memberi apa-apa maklumat tentang kandungan ubat gigi. Sebenarnya, warna-warna tersebut digunakan oleh mesin pemproses di kilang ubat gigi tersebut. Ia dipanggil "eye marks" atau "eye spots"

Eye marks ini digunakan oleh sistem kamera elektronik mesin pembungkusan yang moden. Ia memberi arahan untuk mesin tersebut supaya melakukan tugas-tugas spesifik seperti memotong, mengapit, membentuk tiub ubat gigi dan lain-lain. Selain itu, ia boleh juga memberi arahan untuk mencetak sesetengah warna pada pembungkus barang. Jika tiada tanda eye marks seperti ini, mesin mungkin tersalah memotong pembungkus kerana tiada 'tanda potong'.

Jika ada yang bertanya "kenapa setiap ubat gigi tu warnanya lain-lain?", ini kerana setiap pengilang mempunyai cara penandaan yang tersendiri dan mungkin berbeza dengan jenama lain. Tambahan pula, warna yang berlainan mungkin memberi maksud arahan yang berlainan.
Banner1
Jika anda perasan, banyak lagi produk di sekeliling anda ada tanda-tanda seperti ini. Ia sangatlah digunakan secara meluas baik di tiub ubat gigi mahupun kotaknya. Jus oren yang 100% asli juga mungkin mempunyai kod berwarna lain, jika anda lihat kotaknya dengan teliti.
Tambahan lagi, mengapa pihak pengilang perlu bersusah-payah memberikan kod warna untuk memberitahu kandungan produk sedangkan mereka sudahpun menceritakan segala kandungannya di bahagian "isi kandungan" di kotak produk? Itu lebih bermaklumat bagi kita berbanding untuk meneka apakah kandungan "bahan semula jadi", "bahan kimia" atau "bahan ubat-ubatan" itu?

Bila anak kita demam, apa perlu dibuat?????

Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Info yg baik utk dikongsi bersama.....Sila baca....sila baca.. x rugi pun ibu2 baca....... 

Sememangnya anak demam akan menghantui ibu bapa yang baru menimang cahaya mata. Tiada pengalaman dan baru pertama kali menguruskan anak tentunya membuatkan ibu bapa sedikit kalut jika mengalami situasi anak demam panas atau lain-lain penyakit. Ermmm.... ibu-ibu yg dah berpengalaman pun kalut juga bila berhadapan situasi ini.....

Apa punca anak demam? Usah difikirkan apa puncanya kerana sakit dan sihat adalah urusan Allah SWT. Apa yang penting kita tahu bagaimana menangani situasi apabila anak demam panas.

Kenapa demam menjadi ancaman kepada ibu bapa? Anak yang lahir dengan cukup sifat dan sihat pastinya menjadi idaman ibu bapa. Namun apabila secara tiba-tiba anak mengalami kecacatan akibat demam panas, adakah itu menjadi kesalahan anak itu? Pastinya ibu bapa yang harus dipersalahkan kerana langkah pencegahan awal mampu mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku. Tindakan awal kita mampu menyelamatkan nyawa mereka dan jangan biar anak anda menjadi mangsa akibat kecuaian anda.

Suhu bagi anak yang sihat adalah sekitar +/-37.1 darjah celcius (suhu biasa) dan sekiranya anak bermain secara agresif dan aktif suhunya boleh mencapai (38.5 darjah celcius). Adakah itu dikira demam? Tidak, jika tiada tanda-tanda lain seperti diam, menangis, merengek, selsema dan batuk.

Apabila anak demam.... usah risau sangat, relaks, tarik nafas..... setiap satu perkara pasti ada cara penyelesaiannya...

Jika anak demam...pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Memang betul pun, masa kita belajar sains dulu pun ada topik kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit? Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk.... samalah dengan suhu badan yang panas tadi. 

•Bila selesema ...tetap mandikan 3 kali sehari...supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun sayangnya ramai ibu2 hari ini ingat jika selesema anak sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku.... anak mudah berkahak sehingga sesak nafas. Ibu cuba praktikkan setiap kali anak anda selsema, alhamdulillah maksimum pun 3 hari. 

•Batuk....tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar....dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak yuu yee dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi, insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak. Bila kahak dah longgar tepuk belakang anak everytime anak batuk, takpe anak muntah,  lebih baik jadi semua lendir2 tu akan keluar. Dan saya sendiri mengamalkan sesudu madu dicampurkan dengan minyak habbatussauda'.

•Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya chest tidak mudah sejuk dan diserang selsema. 

•Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun2 anak, belakang telinga, tapak tangan, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak langsung. Kalau orang dulu, demam, batuk dan selsema tak bagi mandi....jadi panas tu akan terperap dalam badan dan lama-kelamaan boleh menyumbang kepada keadaan yang lebih teruk. 

Zaman dah berubah, bidan pun belajar sains dan teknologi...... Even doktor turut pesan, jika anak demam ...pasangkan aircond di rumah jika ada supaya suhu sejuk dan rumah tidak berkuap .... Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu, menjadi satu kelebihan dengan kerap menyusukan anak semasa anak dalam fasa tidak sihat supaya anak menjadi lebih bertenaga dan antibodi yang dibekalkan mampu melawan penyakit dengan cepat. Maka buat ibu baru....jangan panik. Banyakkan membaca, pasti luas pengetahuan.

Apa2 pun, setelah semua cara telah dibuat masih tidak berubah, bawalah ke klinik yg berhampiran....

Kebaikan EPO (Evening Primrose)


Assalamualaikum....

 اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Dah lama nak masukkan enti pasal EPO ni, tapi belum ada kesempatan, hari ni baru ada masa skit.... Saya sendiri mengamalkannya, saya menggunakan EPO ni.....

Primrose atau lebih dikenali sebagai evening primrose mengandungi pelbagai khasiat terutama untuk wanita. Bunga liar berwarna kuning ini, digunakan sebagai bahan kesihatan sejak dulu lagi. Tumbuhan ini juga dikenali dengan beberapa nama lain termasuk pokok demam, raja mengubati penyakit dan herba willow malam.

Habitat bagi tumbuhan ini boleh dijumpai di mana-mana sahaja di seluruh dunia. Ia tumbuh di tepi-tepi jalan, tebing landasan, tanah terbuka yang kering, padang rumput dan padang lama. Pokok primrose biasanya hidup selama dua tahun dan tumbuh dengan sendiri.

Primrose mudah hidup di tanah yang disaliri air selain memerlukan sinaran matahari yang banyak untuk hidup. Tumbuhan tersebut agak tinggi iaitu kira-kira 4 hingga 5 kaki. Batang pokok ini sentiasa berdiri tegak, bersaiz gempal, berbulu lembut, kemerahan dan bercabang.

Saiz daunnya pula adalah sebesar 3 hingga 6 inci manakala permukaannya yang kasar dan berbulu mengeluarkan bau limau. Akar tunjang primrose biasanya panjang, bergentian, kekuningan di bahagian luar dan keputihan di tengah-tengah.

Bunganya pula mempunyai duri setinggi 21/2 inci di bahagian cabang, berwarna kuning dan mempunyai empat kelopak. Kelopak bunga primrose akan mekar pada sebelah malam dan kuncup pada sebelah siang. Bunga tersebut yang mengeluarkan bauan yang wangi seperti haruman manis yang sering menarik rama-rama melakukan pendebungaan.

Daun pokok primrose boleh direbus dan dimakan seperti sayur manakala akarnya pula mengeluarkan air manis yang enak seperti kentang apabila direbus. Sementara itu, bunga primrose pula boleh dijadikan manisan tambahan untuk salad manakala lenggainya boleh dikukus. Selain akarnya yang mempunyai pelbagai khasiat, teh yang diperbuat daripada akar primrose pula digunakan untuk merawat masalah kegemukan. Bagi wanita yang ingin kulit muka kelihatan merah dan cantik, serbuk yang diadun daripada batang berbunga primrose dapat memenuhi impian tersebut. Bagaimanapun, serbuk tersebut hanya boleh diperoleh di pasaran sebagai salah satu daripada produk kosmetik.  Evening Primrose Oil adalah minyak yang diekstrak dari bijian tumbuhan Evening Primrose (Oenothera biennis) yang berasal dari benua Amerika Utara serta tumbuh sekitar Eropah dan hemisfera selatan. Minyak yang terhasil daripada biji primrose dikatakan mengandungi sejenis asid lemak yang sangat berguna. Bijian dari tumbuhan ini kaya dengan asid gamma linolenik (GLA) iaitu sejenis asid lemak perlu (essential fatty acid). GLA diperlukan oleh tubuh kita untuk proses pertumbuhan dan pengembangan dan perlu diperolehi daripada pemakanan seharian.

Gamma-linolenik asid (GLA) adalah sejenis asid lemak Omega-6 yang banyak terdapat di dalam minyak berasaskan tumbuhan. Ianya tergolong di dalam asid lepak perlu (essential fatty asid) kerana GLA tidak dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh kita, jadi bekalan GLA perlu diperolehi dari pemakanan seharian kita.

Bersama-sama dengan asid lemak Omega-3, Omega- memainkan peranan penting di dalam fungsi otak serta untuk proses pertumbuhan dan pengembangan tubuh kita. Juga dikenali sebagai polyunsaturated fatty acid (PUFAs), ia membantu meransang pertumbuhan rambut dan kulit yang sihat, mengawal metabolisma badan, dan mengekalkan kesihatan sistem peranakan/pembiakkan.

Asid jenis itu dikatakan jarang dijumpai dalam mana-mana tumbuhan dan mempunyai pelbagai kegunaan utama dalam tubuh manusia. Asid tersebut yang dikenali sebagai asid GLA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita. Asid lemak ini dikatakan dapat mengelakkan pembekuan arteri, penyakit jantung, ekzema, sirosis, artritis reumatoid, menopaus, PMS, sklerosis dan tekanan darah tinggi.

Ia juga dikatakan memberi kesan baik terhadap hormon seks termasuk estrogen dan testosteron selain membantu menurunkan kadar kolesterol dalam badan. Penyelidikan yang dilakukan turut mengesahkan bahawa minyak primrose boleh membantu mengurangkan kesakitan dan penyakit radang.

Selain itu, minyak tersebut juga memberi kesan yang positif kepada otot uterine, sistem saraf dan metabolisme. Kulit kayu dan dedaun primrose pula amat berguna untuk merawat masalah usus, batuk dan lelah.

Kenapa GLA yang terdapat dalam EPO berbeza dengan Omega-6 yang lain?

Terdapat banyak jenis asid lemak yang tergolong dalam asid lemak Omega -6 seperti linoneik asid (LA) arachidonic asid (AA), gamma-linolenik asid (GLA) dan banyak lagi. GLA berbeza dengan Omega-6 yang lain kerana GLA berperanan mengurangkan kadar keradangan (inflamation) manakala LA dan AA menaikan kadar keradangan.
Apabila anda mengambil makanan tambahan GLA terutama daripada EPO, di dalam tubuh kita, GLA tersebut akan ditukarkan kepada bahan yang dipanggil DGLA yangberfungsi mengurangkan keradangan. Mempunyai cukup nutrient seperti magnesium, zinc, vitamin C, B3 dan B6 dalam tubuh kita membantu pertukaran GLA kepada DGLA.

Kebaikan Dan Khasiat Evening Primrose Oil (EPO)

** Kebaikan EPO Terhadap Kesihatan kulit
Evening primrose oil pada awalnya digunakan secara meluas untuk mengurangkan masalah kulit seperti keradangan, kegatalan, kulit kering dan berkeruping (scaling) serta alahan. Kajian saintifik telah membuktikan Evening Primrose oil (EPO) mampu mengurangkan symptom eczema dan dermatitis iaitu sejenis penyakit kulit. EPO baik diamalkan oleh kanak-kanak dan dewasa yang menghadapi masalah kulit.

** Kebaikan EPO Melegakan Symptom Pra-haid (Pre Menstrual Syndrom)
Kajian saintifik membuktikan EPO mampu membantu wanita yang mengalami symptom pra-haid (premenstrual syndrom PMS) seperti kemurungan, perubahan mood dan ketidakselesaan payudara .

** Diabetic Neuropathy
Diabetic neuropathy merupakan masalah sistem saraf yang disebabkan oleh penyakit diabetes/ kencing manis. Antara symptom diabetic neuropathy adalah seperti berasa kebas, sakit dan berdenyut serta pengurangan deria rasa terutama pada kaki dan tapak kaki. EPO merangsang peredaran darah pada sistem saraf dan berkemungkinan mampu mengurangkan risiko dan symptom ganguan saraf yang disebabkan oleh penyakit diabetes/kencing manis.

** Kesihatan Jantung dan Paras Kolestrol
Kandungan GLA dalam EPO merupakan sejenis asid lemak dalam kategori Omega-6, kajian mendapati GLA mampu mengurangkan paras kolestrol dalam darah yang menyebabkan penyempitan saluran darah (atherosclerosis). Atherosclerosis adalah penyebab utama serangan jantung (heart attact) dan stoke. Oleh itu pengambilan asid lemak Omega-6 dan Omega-3 yang seimbang dapat mengurangkan risiko serangan jantung.

** Osteoporosis
Kajian mendapati individu yang kekurangan asid lemak perlu (essential fatty acid) terutama GLA dan EPA lebih cenderung mendapat masalah tulang rapuh. Pengambilan makanan tambahan GLA dan EPA (Omega-3) yang seimbang secara berterusan berkemungkinan dapat menguatkan struktur tulang dan seterusnya mengelakkan masalah tulang rapuh terutama bagi wanita berumur 65 tahun keatas.

Khasiat dan kegunaan lain EPO

Mengurangkan radang dan sakit sendi
Melegakan sclerosis
Kanser terutama kanser payudara
Mengurangkan tekanan darah

**Pengambilan Omega-6 (GLA daripada EPO) dan Omega-3 (daripada fish oil) yang seimbang meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan. Oleh itu pengambilan makanan tambahan EPO bersama-sama Fish Oil lebih memberi kebaikan daripada pengambilan EPO sahaja.

Maklumat Pengambilan

Secara umumnya kita perlu memastikan mendapat nutrient yang seimbang antara omega-6 dan omega-3. Ratio/julat yang seimbang antara omega-6 kepada omega-3 adalah 2:1 sehingga 4:1.

Kanak-kanak:
Untuk masalah kulit atau ruam, dos disarankan adalah 2000-4000mg EPO (dalam bentuk kapsul)sehari . Pengambilan EPO tiak digalakkan kepada kanak-kanak berusia 10 tahun dan kebawah. Telah dilaporkan pengambilan maksima EPO tidak boleh melebihi 0.5 gram/kg berat badan sehari. Oleh itu disarankan berbincang dengan pengamal perubatan sebelum memberi makanan tambahan kepada anak anda.

Dewasa:
Eczema atau atopic dermatitis : Evening primrose (EPO) 4,000 - 8,000 mg sehari.
Rheumatoid arthritis: Evening primrose oil (EPO), 3,000 mg sehari.
Diabetes: Evening primrose oil (EPO), 5,000 mg sehari.

Mastalgia (ketidakselesaan, sensitive dan kesakitan payudara) atau simpton pra haid (PMS): Evening primrose oil (EPO), 3,000 - 4,000 mg sehari.

*dos yang dicadangkan disini adalah untuk individu yang mempunyai masalah tertentu. Bagi anda yang mengambil sebagai makanan tambahan sila rujuk dos yang disyorkan oleh pengeluar seperti yang tertera pada label produk tersebut.

**Perlu dipastikan bahawa pengambilan makanan tambahan berasaskan herba perlu diambil dengan berhati-hati dan dibawah pengawasan dan nasihat doktor. Apabila mendapatkan rawatan, pastikan anda menerangkan pengambilan makanan tambahan yang anda amalkan kerana makanan tambahan berasaskan herba mungkin (jika ada) mempunyai tindakbalas dengan sesetangah ubat-ubatan serta mungkin mempunyai kesan sampingan. Kepada individu yang akan menjalani pembedahan disarankan untuk berhenti mengambil EPO 2 minggu sebelum pembedahan dijalankan.

Kesan Sampingan/kontraindikasi/langkah berjaga-jaga:
Evening Primrose Oil (EPO) secara keseluruhannya adalah selamat untuk diamalkan pada kadar yang disyorkan. Kesan sampingan yang mungkin berlaku apabila diambil dalam kadar berlebihan adalah seperti rasa loya, sakit perut dan sakit kepala.

Elakkan mengambil GLA melebihi 3000 mg sehari iaitu bersamaan 30 gram EPO sehari. Paras GLA yang terlalu tinggi akan menigkatkan kadar keradangan/inflammation.

Semasa mengandung/menyusu:
Sehingga kini maklumat perubatan tidak melaporkan sebarang kesan sampingan pengambilan EPO terhadap pembentukan janin dalam kandungan ataupun kepada bayi yang disusukan. Walau bagaimanapun masih kekurangan kajian saintifik terhadap kesan pengambilan EPO semasa mengandung dan menyusu. Oleh itu sila dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil EPO semasa mengandung atau menyusu.

Makanan tambahan Omega-6, termasuk GLA dan EPO tidak digalakkan terhadap individu yang mempunyai penyakit sawan (seizure) atau epilepsi. Telah dilaporkan Omega-6 boleh mencetuskan sawan (seizure) pada individu yang mempunyai penyakit sawan.

EPO tidak digalakkan diambil oleh individu yang mempunyai masalah pembekuan darah.

EPO tidak seharusnya diambil bersama-sama ubat-batan seperti;
warfarin, heparin, dalteparin, tinzaparin, enoxaparin, danaparoid sodium, antithrombin III, lipirudin, argatroban, bivalirudin,aspirin

Sahabat2ku.......